Followers

Pages

Friday, November 18, 2016

Puisi ku kepada Mu.

Aku,
Insan kerdil mencari masa
Dikala mereka sudah rencanakan hidup,
Aku tetap mundur dibelakang,
Walau onak duri sudah kutempuh,
Kadangnya mereka dahului dulu,

Aku ketinggalan dibelakang,
Yang cuba kejar bayang bayang,
Namun dihalang oleh malam,
Sukar kucari,
Kerana bayang hilang dimamah gelap mentari,

Tetapi,
Aku yakin,
Pelita malam sudah memadai,
Yang dapat kudekati,
Untuk mencari arah bayang itu pergi. 

Hidup mati tu pasti,
Masa depan tu infiniti,
Usaha yang terbaik,
Demi gapai niat yang suci.

Ku dedikasikan puisi ini,
Buat teman yang kukenali,
Agar kau mengerti isi hati,
Seorang pemuda yang jauh ini. 

:) 

Tuesday, November 15, 2016

PUISI SURAT DAN WHATSAPP


Puisi Surat dan Whatsapp

Dulu surat itu merapatkan,
merpati jadi perantaraan,
Mata berkaca melepas rasa
ukhwah terjalin tanpa sengketa,
jasad jauh hati mendekat,
kian lama aku tidak bersurat

wassap membuatkan aku, kau dan mereka,
Mendekat,
bagai ada depan mata,
senafas sahaja dapat berita,
wifi tiada bagaikan kiamat,
tanpa sedar timbu hasad ,
yang terbina kian runtuh,
gunalah penuh manfaat,
nukilan ini dari aku yang jahil berwassap.



nukilan dari saudari cik bunga. :)

Monday, November 14, 2016

PUISI TANGGA RUMAH

RUMAH ITU TANGGANYA KIAN RAPUH,
PENGHUNINYA JAHIL DALAM BERTUKANG,
EGO ,

PENDAPAT TUKANG DIENDAHNYA,
SANGKAKAN DIRI BISA MENITI DI ATAS TANGGA,
BANGGA,

SAMPAI MASA,
EMPUNYA DIRI JATUH TANGGA,
AKIBAT RAPUH MENITI USIA,

SEKARANG, 
PENGHUNI SEDAR,
KEBENARANNYA TENTANG ILMU BERTUKANG,
ITULAH TANGGA RUMAH.

IN SHAA ALLAH,
DIPANJATKAN DOA KEPADA PENCIPTA,
AGAR TANGGANYA KUKUH MENUNGGU USIA. 



Idea asal dr seseorang yang sangat dikenali. :)

Monday, November 30, 2015

MEMBINA SEBUAH RUMAH

Membina sebuah rumah,
mahunya cantik serta megah,
serta kukuh dan gah di balik bencana,
ibarat mahligai di puncak bukit.

Membina sebuah rumah
sukarnya dalam membina,
pelbagai pelan serta arkitek diperlukan,
ramainya pembantu dalam membina,
lamanya tempoh untuk di siapkan,

Membina sebuah rumah,
perlukan tukangnya,
serta pembantunya,
dan juga bahan binaannya,
barulah boleh mula membina.

Membina sebuah rumah,
perlunya kesabaran,
perlunya ketekunan,
perlunya kebertanggungjawaban,
perlukan masa.

Akhirnya,
Rumah siap di bina,
Di catnya cantik lamannya indah,
berkat usaha tukang dan pembantunya,
itulah impian setiap pemiliknya.

#ikhlas dr Galak Hitam.


HORMAT MENGHORMATI vs EGO



Hormat Menghormati. Itulah suatu yang sukar bagi seseorang itu. Walau jiwa selembut salju embun, tapi masih ada walau secebis ego dalam diri setiap manusia. Itulah lumrah setiap manusia. Tidak di nafikan ada manusianya salih menghormati antara satu sama lain, namun dalam sesetengah situasi atau keadaan, pastinya akan ada walau setitik atau sebesar zarah rasa keegoan itu dalam diri. Tidak menyalahkan sesiapa kerana Galak sendiri mempunyai sikap sedemikian. 
Malam ini Galak belajar sesuatu yang baru. Dalam ke egoan diri, kadangnya kita kena hindar rasa itu demi kepentingan orang lain, sekeliling atau persekitaran kita. Jika itupun kita tidak boleh buat, nescaya kita akan dipandang hina oleh orang lain. Sifat ego itu di ibaratkan dengan sifat dengki atau cemburu sesama manusia, persekitaran atau sekeliling kita. Janganlah kerana kepentingan diri, sampai kita lupa akan niat murni kita untuk kesejahteraan di masa akan datang. Jika boleh, jangan kita ikuti sifat sedemikian, dan jika ada berlaku dalam setiap masa kita, jauhilah, dan tenangkanlah diri supaya tidak memudharatkan. 

'Biar orang buat kita asalkan jangan kita buat orang '. Ungkapan itu sering kita dengar dalam setiap buah mulut orang tua-tua. Ini kerana, mereka tahu akan keburukan jika kita yang memulakan perbalahan atau bersikap ego akan membawa padah kepada diri malah kepada persekitaran serta orang sekeliling. Jadi, untuk menghindar dari berbuat demikian, kita cubalah istighfar dan tenang serta bersikap positif dalam segala perbincangan, permasalahan mahupun persekitaran sekeliling. Jangan pula kita memanaskan sikap itu sehingga mendidih gelegak dan akhirnya keluar dari dalam diri . Oleh itu sebagai manusia yang mempunyai akal yang telah dikurniakan oleh Allah swt, kita kenalah bersikap mudah menerima, hormat menghormati serta bermacam lagi dalam membentuk sahsiah diri dan keperibadian diri. 

Sukar nak hindar sifat ego?
Memang sukar, tapi jika kita praktikkan dalam kehidupan seharian pastinya akan berjaya kita hindar sifat itu. Malah kita kena selalu bersikap adil, menerima teguran dan nasihat, serta mengakui kesalahan serta ringankan diri dengan meminta maaf sekiranya menyedari kesalahan yang telah dilakukan. Nescaya jika itu yang kita praktikkan dalam kehidupan seharian, pastinya kita akan disenangi oleh setiap golongan muda mahupun tua. 



Thursday, October 22, 2015

ALI DAN NASI KERABUNYA. -

Kisah Lelaki Bodoh dengan cita-citanya.

Hoi, Nasi kerabu!!

Entah apa di pikirnya, tiba-tiba keluar dari mulutnya menyebut nasi kerabu berkali-kali. Itupun setiap kali dia melihat seorang budak perempuan yang umurnya lebih kurang sebaya dengan Ali. Hendak di katanya budak perempuan itu bernama nasi kerabu memang salahlah sebab nama budak perempuan itu ialah Zirah. Tapi apa makna nasi kerabu yang selalu Ali sebut setiap kali melihat Zirah. Kadangnya pernah sekali dipandang garang oleh Zirah apabila Ali melaungkan nasi kerabu kepada nya.

Entah aku pun pelik apa kena dengan Ali. Nasi kerabu dipanggilnya Zirah itu. Mau nya malu budak perempuan yang rendahnya seinci dari Ali dengan lesung pipit yang sedikit nampak walau dalam keadaan sedang marah.

Suatu hari Zirah bermain pondok-pondok bersama rakan sebayanya di taman. Ali yang dari jauh sedang berjalan di kawasan berdekatan ternampak Zirah yang sedang bermain. Di laungnya dari jauh, " hoi, Nasi kerabu !!!"... Rakan Zirah yang sedang bermain sama-samanya terus tertawakan Zirah kerana di gelar nasi kerabu. Dalam keadaan marah, Zirah yang sedang memegang sudip plastik terus bangun dan berlari ke arah Ali. Ali yang memerhati dari jauh mematikan langkah jalannya seperti tahu akan Zirah yang sedang menuju ke arahnya.

"Seperti mengetahui Zirah sedang menuju ke arahnya.". Ali yang nampaknya tenang itu hanya menungu kehadiran Zirah dengan senyuman. Sesudah sampai tanpa berkata apa-apa Zirah terus memukul kepala Ali.

'Adoi'.... Ali merasakan sedikit kesakitan di kepalanya. Walau sudip plastik namun rasa kesakitan di pukul itu bagaikan menusuk di dalam jiwa. Namun Ali hanya senyum, Entah apa yang di pikirnya sampai tindak balas rasa sakit itu seperti hilang dengan tiba-tiba.

Zirah pelik dengan Ali. Sepatutnya Ali membalas balik atau memarahinya, tapi lain dipikirnya apabila melihat Ali hanya senyum walau dipukul oleh Zirah.

"hei budak bodoh, kenapa dengan kau ha?"

Ali hanya senyum. Tanpa berkata apa-apa.

"aku bagi amaran sekali lagi kau menggelarkan aku nasi kerabu, aku akan pukul kau lagi "

Tegas Zirah dengan memek muka garang dengan renungan tajam. Walau dalam keadaan marah itu masih kelihatan jelas lesung pipitnya walau tidak kelihatan begitu jelas di masa dia senyum. Namun itu lah yang membuatkan Ali hilang rasa sakit yang di alaminya.

Zirah kemudiannya beredar dari Ali. Sedang dia berjalan menjauihi Ali, tiba-tiba terdengar kata-kata Ali yang samar-samar dengarnya,

"nasi kerbau tu banyak ulam, biru nasinya, pelbagai lauknya, Begitulah juga dengan awak..."

Zirah yang berjalan pergi itu bingung, Entah apa yang disebut Ali tentang nasi kerabu dengan dia, Biarlah, malas Zirah nak pikir,  dia terus pergi meninggalkan budah Ali itu.  Mungkin di sebabkan faktor umur yang masih kebudak -budakan itu membuatkan Zirah malas untuk berfikir apa yang di sebut oleh Ali.


" Nasi kerabu itu ibarat awak. semuanya ada dalam diri awak. Itulah yang membuatkan Ali selalu mencari Zirah. " - Nasi Kerabu.

Tuesday, May 12, 2015

Pakej Candat Sotong di Kuala Besut, Terengganu

Tawaran Pakej Mencandat Sotong di Kuala Besut, Terengganu

Pakej: Candat sotong, Memukat Sotong ( oleh awak-awak nelayan ) serta memancing di sekitarnya.

Saiz Bot A ( lebih kurang lebar 15kaki dan 60 kaki panjang.)
Maximum : 10 orang

Harga Rm 2,000 untuk satu hari 

Kepada peminat aktiviti mencandat sotong di seluruh negeri tidak kira pantai timur mahupun dari pantai barat di alu-alukan untuk menempah sekiranya berminat dengan pakej yang ditawarkan. 

Juga kepada yang ingin merasakan atau melihat atau mencari pengalaman merasakan suasana mencandat sotong mahupun melihat cara memukat sotong di alu-alukan juga untuk membuat tempahan. 

Kemudahan yang tersedia:
Dapur memasak, tempat simpanan ais, tempat tidur, bekalan air bersih, lampu sportlight dan lampu sotong, baju.jaket keselamatan, sistem GPS, 

PENGECUALIAN: Pakej ini tidak di lindungi oleh sebarang polisi insuran. Jika berlaku sebarang masalah atau musibah, pihak/tauke bot tidak akan bertanggung jawab dalam sebarang perkara yang berlaku.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

En Farid: 019-9191749

Note: Musim Sotong kebiasaannya di antara bulan march hingga jun/julai setiap tahun di kawasan Pantai timur. 

Gambar di bawah di ambil semasa mengikuti 1 kumpulan yang turun mencadat dengan pakej tersebut.


Saiz Bot A 


Pandangan dari atas bot. Boleh juga di jadikan tempat untuk solat. Panduan arah kiblat boleh tanya pada tekong bot.


Kumpulan tersebut sedang menjamu selera sebelum melakukan aktiviti mencadat atau memancing.


Aktiviti mencadat pada waktu malam.


Antara Jenis sotong yang berjaya di candat. 1 bekas biru bersamaan dengan 15 kilogram atau 20 kilogram berat hasil.



Hasil tersebut dari memukat sotong oleh para awak-awak bot. Tidak terlepas juga kumpulan tersebut untuk membantu mengasingkan sotong dan ikan ke dalam bekas-bekas yang tersedia.

Hasil pada malam itu ialah 90 Kilogram Sotong dan 20 kilogram Ikan pelbagai jenis.