Followers

Pages

Thursday, September 30, 2010

REMAJA

HIDUP USIA REMAJA HARUSLAH BERWASPADA

Disini saya cuba mengulas tentang hidup kita pada usia remaja ini.Anda mesti tahu dan pernah mengalami usia rema.Apa kebiasaan remaja akan lakukan.Bersosial?baligh?..kebanyakannya apa yang saya lihat remaja zaman sekarang suka bersosial.Kebanyakannya suka berhibur,melepak,merempit sana,merempit sini,mengambil alkohol,menghisap dadah.Semua itu saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri.Anda pun mungkin pernah melihat atau pernah mengalaminya.Itu anda punya pasal.Apa yang saya ingin katakan melalui ayat diatas hanyalah "kita hidup pada usia remaja sememangnya haruslah berwaspada.Banyak yang perlu kita berwaspada seperti berwaspada dengan perkara-perkara yang saya katakan diatas.

DARI HELAH TIPU DAYA DUNIA PANCAROBA

Maksud perkataan diatas yang ingin saya katakan ialah dunia sekarang sememangnya sudah tidak semacam dunia dahulu.Harap anda faham dengan kata-kata saya dunia sekarang..Dunia dahulu manusia tidak memikirkan sangat pasal2 hiburan,sosialism ni...Anda pun tahu kan..Sesiapa belajar sejarah mesti tahu.Dunia sekarang banyak yang berubah dimana manusia sudah lupa tangungjawabnya,anak sudah lupa ibu bapa,remaja yang buat anak tetapi tak pandai jaga,kemana pergi anaknya itu?? anda mesti sudah tahukan..Manusia sekarang sememangnya pandai menipu dan sanggup menipu semata-mata kerana wang,nama,dan kepentingan diri sahaja tanpa memikirkan orang lain.

JANGAN MUDAH KITA TERGODA

Disini saya ingin menegaskan kepada anda semua bahawa janganlah kita mudah terpedaya,tergoda dengan helah,tipu muslihat manusia zaman sekarang.Jika tidak kita merana.Anda buat,anda fikir,anda dapat.

Saya mengambil satu rangkap lirik lagu dikir barat sebenarnya ni.Lagu ini diciptakan oleh PAK NASIR(Adiguru di aswara) sebaggai satu ulasan.Sebenarnya saya buat ni saje2 je..Maklumlah boring punya pasal..Tetibe je saya teringat lirik lagu tu,So apa lagi,saya buat ulasan je lah..Mengarutlah skit kawan2..Tp saya harap kawan2 faham lah ye apa yang ingin saya sampaikan tu...Hehe...BAI-Bye kawan..Salamualaikum W.B.T

Monday, September 27, 2010

kita dan bercakap...

Bercakap satu perkara yang kita kena jaga setiap hari..Percakapan setiap hari ni bukan satu yang mudah dan akan menjadi mudah jika kita pandai bercakap.Andan mesti bingung kenapa kan,sbb anda sudah pandai bercakap.Maksud saya,bercakap ni satu rutin harian setiap manusia.Tetapi adakah kita selalu bercakap benda baik?selalu bercakap beralah? selalu bercakap menyinggung perasaan orang sekeliling??? selalu bercakap bena? atau lain2....???? Tidak kan???

Samaada anda itu seorang yang berilmu,bijak dan kaya atau sebaliknya,anda akan juga bercakap sehingga boleh membuat orang sekeliling terasa.Samaada terasa sakit hati atau sebaliknya,wallahuallam.

Jadi kita sebagai manusia ni patutlah bercakap baik.Walaupun dengan penjahat sekalipun,kita kena bercakap baik..Kita juga patut berfikir sebelum bercakap supaya tidak terlalu menyinggung perasaan orang sekeliling kita.Kita juga perlu bercakap beralah,bercakap tidak menggunakan terlalu banyak kata2 kesat seperti mencarut dan sebagainya.

Allah S.w.t tidak menyuruh kita untuk bercakap bodoh atau seangkatan dengannya.dan Allah telah menjanjikan kepada sesiapa yang bercakap buruk akan dikenakan dosa yang banyak.
Anda fikirlah.....Siapa buat dia dapat...Fikir2kanlah....

(Buat suka2 aku jer.)

Saturday, September 25, 2010

Hajat Saya

Saya mempunyai sebuah hajat.Hajat saya sebesar:

Saya harap suatu hari nanti saya akan bertemu:


Saya akan bagi awak:



Saya akan suruh ibu saya pegi kt awak untuk:



Tunggu masa yang ditetapkan dan kita akan:





Semasa dimajlis itu,saya akan bagi hadiah kat awak:
Supaya nanti kita sama-sama boleh:


SUPAYA DIAKHIRAT NANTI KITA SEMUA AKAN BERTEMUNYA:


ALLAHUAKBAR.

PILIHAN

Satu hari saya duduk seorang diri didalam bilik.Tiada siapa yang mengganggu saya.Saya baring dengan tangan didahi.Saya pun melihat cahaya terang lampu.Saya terfikir sesuatu....
Saya terfikir..urm...fikir tentang yang mana saya patut pilih....Pilih bakal teman wanita...

Saya terfikir mana patut saya pilih..wanita HITAM atau PUTIH.....bukan warna kulit yang saya maksudkan..Anda fikirlah apa itu....

Saya telah melalui kedua-duanya pada masa dahulu.Apa yang saya temui,wanita yang PUTIH saya pilih dahulu adalah seorang yangmenutup aurat, cantik,baik,sembahyang tidak tinggal dan yang paling penting suka MEMBAZIR,suka MENGUMPAT dan suka melengahkan masa...

Selepas itu,saya pun tinggalkan.Bukan saya tidak cinta,tetapi mungkin keimanan saya memaksa saya untuk meninggalak wanita itu...Saya pun berubah cara..
Setelah itu saya pilih pula wanita HITAM untuk dijadikan teman wanita...Yang dimaksudkan HITAM itu adalah seorang wanita yang tidak menutup aurat,kurang sembahyang,juga cantik dan seksi,tidak menjaga tepi kain orang,tidak MENGUMPAT,tidak MEMBAZIR,menurut perintah teman lelaki atau suami(jika sudah berkahwin)....Disebabkan halangan dari keluarga,kawan-kawan,saya terpaksa memutuskan hubungan dengan wanita itu...

Kedua-duanya saya cinta..tetapi saya terpaksa melepaskan mereka..Kerana saya tahu bahawa saya kena memilih lagi...Saya sudah mempunyai pilihan saya.Itu RAHSIA saya..Anda???  buatlah pilihan anda dan fikirlah sebelum melakukan sebarang keputusan....


Friday, September 24, 2010

"PIM"


‘BANG’.Tembakan  itu terkena salah seorang penduduk.
“Pim, terjun ke sungai”.Kata salah seorang penduduk kampung kepada Pim.
Tanpa membuang masa,Pim terjun kedalam sungai dan berenang menyeberangi sungai itu.Dia  merempuh sesiapa sahaja yang menghalang laluannya.Fikirannya pada masa itu hanyalah untuk menyelamatkan dirinya daripada ditembak oleh tentera kerajaan.Ramai penduduk  telah ditembak dan kebanyakannya mati.Pim masih meneruskan renanganya itu.Walaupun dalam usia 11 tahun,namun Pim sudah mengetahui apa itu kematian.
Pim naik ke tebing  sungai.Tanpa membuang masa dia terus lari masuk ke dalam hutan.Dia kemudiannya menyorok dalam semak samun di dalam hutan itu.Matanya memerhati tepat ke arah seberang sungai dimana  kampungya terletak  disana.Kampung yang sedang berada didalam keadaan huru hara.Pihak kerajaan menghantar tenteranya untuk membanteras penduduk yang mengingkari perintah kerajaan untuk menghapuskan intitusi Raja berdaulat di Pattani Thailand.
Ratusan penduduk yang cuba menyelamatkan diri dengan menceburkan diri kedalam  sungai telah ditembak seperti ikan yang diburu.Pim melihat ramai penduduk telah dibunuh oleh tentera kerajaan itu.
‘Kenapa sebegini rupa kamu buat kepada kami,apa salah kami wahai pemerintah ?’.Pim bermonolog.
Pim melihat air sungai yang  menjadi sumber minuman dan sumber rezeki penduduk kampungnya.Dahulunya jernih  telah dicemari oleh warna darah yang pekat kemerah-merahan. Mayat-mayat penduduk pula sedang berarak ke hilir sungai seperti  kereta yang sesak  di bandaraya  Kuala Lumpur dimana pada waktu petang masyarakat berpusu-pusu untuk pulang kerumah masing-masing.
Mata Pim tiba-tiba mengeluarkan beberapa titisan air yang jernih.Tanpa membuang masa,Pim  meneruskan perjalanannya ke tempat yang lebih selamat.Dalam perjalanan didalam hutan,Pim telah terserempak dengan seorang perempuan tua  yang juga salah seorang penduduk kampungnya yang melarikan diri.Pim tersentak setelah  melihat perempuan tua itu sedang mengheret mayat seorang lelaki.Perut mayat itu telah terbelah seperti di belah dengan pisau.Badan mayat itu dipenuhi dengan warna darah yang tidak henti-henti mengalir seperti paip yang dibuka mengeluarkan air yang perlahan.Pim menuju ke arah perempuan itu.
Perempuan yang sedang menarik mayat suaminya itu berhenti dan memandang kearah Pim.Dia melambai tangan tanda memanggilnya.Pim kaku.Dia terkenangkan nasib yang telah menimpa ibunya.

                                       **************************

“Pim,tolong ibu belikan barang di kedai.Ibu nak memasak untuk ayah kamu,nanti bising pula orang tau tu bila pulang nanti”. Kata ibunya kepada Pim.
Pim mengiyakan sahaja apa yang disuruh oleh ibunya.Dia tidak mahu  menjadi anak derhaka.Dia akan menuruti apa yang disuruh oleh ibunya.Setelah mengambil wang dan pesanan daripada ibunya,Pim terus mendapatkan basikalnya dan mengayuh menuju ke pekan.
Dalam perjalanan ke pekan,Pim telah terserempak dengan sebuat Trak bernombor ZT19338. Setelah trak tentera melewatinya,Pim berhenti seketika dan menoleh kearah trak tentera itu. Di dalam trak itu terdapat seramai 21 orang tentera Thailand bersama senjata api.Pim sempat melihat tentera di dalam trak itu sedang meminum arak dan sebahagian daripada tentera itu berada dalam keadaan mabuk.
Setelah pandangan Trak itu kabur dari pandangannya,dia kemudian meneruskan perjalanannya ke pekan untuk membeli barang yang dipesan oleh ibunya.
Setelah selesai membeli barang,tanpa membuang masa Pim terus pulang ke rumahnya.Dalam perjalanan pulang kerumahnya,Pim tiba-tiba mengenangkan kembali akan trak tentera yang terserempak dengannya sebelum itu.Dia berasakan seperti sesuatu yang tidak diingini akan berlaku di kampungnya.Dia teringatkan ibunya yang sedang memasak didapur.Dia kemudiannya melajukan kayuhan basikalnya dan menuju ke arah rumahnya.
Pim sampai di kawasan kampungnya.Dia terkejut kerana sebelum dia pergi ke pekan,suasana kampungnya aman,tetapi setelah dia pulang suasana kampungnya menjadi huru hara.Pim melihat beberapa mayat penduduk yang terbaring di atas jalan raya,di kawasan  rumah penduduk  dan sebagainya.
Pim meneruskan kayuhan basikalnya  ke arah rumahnya.Dia merasakan seperti ada sesuatu menimpa ibunya.Pim masuk kedalam  kawasan rumahnya.Halaman rumah masih seperti sedia kala.Terdapat kesan  tayar trak di halaman  rumahnya.
“Ibu,ibu”. Pim menjerit sekuat-kuat hatinya memanggil ibunya.
Jeritan Pim tidak disambut oleh ibunya.Pim merasakan semakin risau.Tanpa membuang masa,Pim meletakkan basikalnya dan berlari menuju  kedalam  rumahnya.Pim melihat ruang tamu rumahnya berselerak.Kerusi terbalik,meja kaca pecah,televisyen jatuh ke lantai manakala skrinnya pecah.Pim melihat cermin Make up yang biasa digunakan oleh ibunya untuk menghias diri.Terdapat kesan tembakan pada cermin itu.Kaca yang bertaburan dilantai telah menyebabkan  kaki Pim luka akibat terkena serpihan kaca itu.Walaupun sakit, namun Pim tidak menghiraukannya kerana tujuannya untuk mencari ibunya masih tidak selesai.Pim semakin susah hati.Pim berasakan ada sesuatu yang telah menimpa ibunya.Sekali lagi dia memanggil ibunya.
“Ibu,kamu dimana?Jawablah panggilan Pim ni”.
Jeritannya masih lagi tidak dijawab oleh ibunya.Dia kemudiannya  masuk ke ruang dapur.Ibunya masih juga tiada.Akhirnya Pim menuju ke kamar tidur ibunya.Pim tersentak.Dia  melihat ibunya berada dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang terlantar di atas katil dengan berlumuran darah.
Pim mati kata-kata.Air mata Pim terus keluar dari kelopak matanya yang sepet  itu.Di dinding bilik itu terdapat beberapa perkataan yang ditulis dengan menggunakan darah,Pim membaca perkataan itu. 
Pim,segeralah lari keseberang.Cari saudaramu disana.Selamatkan dirimu.Ayahmu telah dibunuh oleh tentera.Ibu  tidak dapat menjagamu lagi.Kamu jagalah dirimu .Apabila kamu dewasa nanti, berjuanglah untuk rakyat yang telah dibunuh kini’.

Pim membaca  perkataan itu sambil menangis teresak-esak.
‘Pim berjanji dengan  ibu dan semua penduduk yang  meninggal dunia,Pim akan menuntut bela atas kematian semua.Pim berjanji ibu’. Pim bermonolong.
Pim mengangkat mayat ibunya dan mengebumikan mayat ibunya di belakang rumahnya.Dia kemudiannya 
mendapatkan basikalnya dan menuju ke pinggir sungai.

                                                                ****************

Pim tersedar dari lamunannya itu.Dia kemudian menghampiri perempuan tua yang sedang mengheret mayat suaminya itu.
“Baguslah anak datang,tolong Makcik angkat mayat ini.”
“Mayat siapakah ini mak cik?”Pim bertanyakan perempuan itu dalam keadaan serba salah..
“Mayat suami mak cik.Perutnya telah dirobek oleh tentera kerana dia disyaki menjadi salah seorang ahli jemaah islamiah”.Perempuan tua itu memberitahu Pim.
Tidak dapat menahan kesedihan dihatinya kerana mengenangkan keadaan suaminya itu,perempuan tua itu terus  menangis.Pim menenangkan perempuan tua itu.
“Sabar makcik.Tuhan lebih menyayangi dia.Biar saya tolong makcik kebumikan mayat suami makcik”.
Mayat lelaki itu dibawa kesebuah tempat  sunyi.Pim mendapatkan  beberapa utas  rotan halus.Dia menuju kearah mayat lelaki itu,kemudiannya dia menjahit bahagian yang telah dibelah oleh tentera Siam.Dia menggunakan kemahiran menjahitnya yang telah diajar oleh ibunya semasa ibunya masih hidup. Semasa menjahit badan suami perempuan tua itu,Pim telah memberitahu tentang nasib yang menimpa keluarganya.Ibunya telah dirogol dan dibunuh oleh tentera siam,manakala ayahnya pula ditembak mati.Dia kini sudah menjadi anak yatim piatu.Mendengar kisah Pim,Perempuan tua berasa kasihan akan nasib yang telah menimpa Pim dan terus memeluk Pim.
Akhirnya Pim berjaya menyiapkan jahitan untuk menutup  badan yang telah dirobek oleh tentera terhadap suami perempuan tua itu.Mereka kemudiannya mengebumikan mayat lelaki itu di satu tanah perkuburan islam yang berdekatan.

                                                       *************************
Segala bentuk kekejaman yang dilakukan oleh tentera Siam terhadap penduduk disitu setanding dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang Serbia terhadap bangsa Bosnia dan Zionis terhadap rakyat Palestin.Sesungguhnya kekejaman tidak dapat menyelesaikan masalah malah akan lebih menambahkan lagi kebencian penduduk terhadap pemerintah.
Kejadian yang berlaku di kampungnya  itu  ibarat seperti penduduk Palestin yang berjuang menegakkan keadilan.Serangan demi serangan terhadap penduduk kampung Pim menyebabkan  semakin banyak manusia yang tidak berdosa dibunuh.
Kebanyakan penduduk di kampung itu melarikan diri di sebelah malaysia.Walaupun tanpa pengenalan diri atau pasport,mereka tetap memasuki negara jiran  kerana disana walaupun ditangkap,mereka tidak akan dihukum bunuh.Paling-paling tidak,mereka akan dipenjarakan . Mereka sanggup dipenjarakan asalkan bangsa,kaum dan agama dapat diselamatkan.Begitulah penderitaan masyarakat selatan Thailand pada masa itu.
                                                   ************************
“Nampaknya semuanya sudah selesai makcik.Mayat suami makcik pun sudah selamat dikebumikan.Lebih baiklah sekiranya kita teruskan perjalanan ke tempat yang lebih selamat.Disini saya rasa masih tidak selamat untuk kita.” Pim bersuara.
Perempuan tua itu hanya mengangguk menandakan setuju dengan permintaan Pim.Mereka kemudiannya  meneruskan perjalanan ke tempat yang selamat.Mereka memasuki sebuah kampung .
Disana mereka telah terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.Hon kereta dibunyikan.Pemuda itu memberhentikan kereta toyota SE nya berwarna silver di hadapan Pim dan perempuan tua itu.
“Anak dan ibu ini hendak kemana?Boleh saya bantu?”Kata pemuda itu.
Pim pada mulanya tidak mahu menjawab soalan pemuda itu kerana dikhuatiri salah seorang kuncu kerajaan.Tetapi setelah beberapa kali ditanya dan pemuda itu juga menunjukkan keikhlasannya untuk menolong mereka,barulah Pim menceritakan keadaan sebenar mereka.
Setelah mendengar cerita daripada Pim,lelaki tersebut berjanji untuk menolong mereka.Pim dan perempuan tua itu kemudiannya dibawa ke suatu tempat dimana tidak diberitahu oleh lelaki tersebut.
Tanpa disedari,mereka dibawa masuk kembali ke sebelah Siam.Semasa dalam perjalanan,Pim melihat sebuah trak tentera yang bernombor ZT19338 telah musnah akibat terkena bom.Kesemua tentera yang berada didalam trak itu telah terkorban.Pim teringat kembali Trak yang telah memusnahkan kampungnya.Pim mengucapkan tanda kesyukuran kerana akhirnya kematian penduduk kampung serta ibu bapanya sudah terbalas.Sampai disebuah tempat, Pim dan perempuan itu diberikan kepada tentera Siam.Lelaki itu diberikan upah seperti yang dijanjikan oleh tentera sekiranya berjaya membawa penduduk yang melarikan diri.
“Pengkhianat.Kamu sanggup  menjual bangsa dan kaummu sendiri.Kamu pembelot”.Pim bersuara lantang kepada lelaki itu.
Lelaki itu tidak mempedulikan kata-kata Pim.Dia kemudiannya menghilangkan diri setelah mendapat bayaran daripada tentera itu.Pim dan perempuan tua itu terpaksa akur dengan apa yang menimpa mereka.
Seorang tentera menuju ke arah Pim.Tanpa disedari,satu tendangan padu  hinggap di belakang Pim.
“Aduh! Sakit.”Pim mengerang kesakitan
“Kamu hendak lari ya.Inilah balasan untuk orang yang lari dari kami.”Kata seorang tentera kepada Pim.
Pim berdiam diri.Dia tunduk.Sekali lagi kasut tentera itu hinggap ditubuh kecil Pim.Pim mengeluarkan air mata kerana tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya.
 
‘Sungguh kejam tentera Siam.Aku akan balas dendam  bila ku dewasa kelak wahai tentera.Aku akan menuntut bela dengan apa yang kamu buat kepadaku,kepada keluargaku,dan kepada masyarakatku’.Pim bermonolog dalam keadaan mengerang kesakitan.
Seorang tentera menghampiri Pim.Rambutnya dipegang dan kemudiannya  diheret kedalam bilik tahanan.Pim sekali lagi terpaksa menahan kesakitan yang dialaminya.
Pim sempat melihat perempuan tua yang berada berdekatan dengannya.Perempuan tua itu dipukul dan ditendang oleh beberapa orang tentera Siam.Darah terkeluar dari mulut perempuan tua itu.Perempuan tua itu mengerang kesakitan.
“Kamu salah seorang pejuang jemaah islamiah ya?”Soal seorang tentera kepada perempuan tua itu.
Perempuan tua itu hanya berdiam diri.Dia kemudiannya dipukul lagi oleh tentera itu.Bukan sahaja dipukul malah dikencing di atas kepala oleh tentera Siam itu.Sungguh zalim sekali perbuatan tentera Siam.Pim hanya mampu melihat sahaja kerana tidak bermaya untuk menolong perempuan tua itu.Perempuan tua itu terpaksa menahan apa yang diperlakukan oleh tentera itu kepadanya.
Tidak lama selepas itu,perempuan tua itu dibawa kedalam bilik tahanan dan diletakkan sekali dengan Pim.Pim hanya mampu mengeluarkan air mata kerana sedih melihat perempuan tua yang diperlakukan seperti binatang oleh tentera.Perempuan tua mengesat air mata di pipi Pim.Dia senyum kepada Pim.Pim hairan.Walaupun  kejam sekali diperlakukan,namun perempuan tua itu masih dapat lagi senyum.
“Pim,jangan sedih nak.Makcik tidak dapat hidup lama lagi.Makcik mahu apabila kamu keluar nanti, kamu tuntutlah apa yang telah mereka lakukan terhadap bangsa kita,agama kita dan kaum kita.Mereka tidak akan bunuh kamu kerana mereka hendak sesuatu daripada kamu.Pim kena kuatkan semangat Pim.Jangan mudah mengaku kalah.Makcik percaya suatu hari nanti kamu  akan menjadi seorang pejuang yang menegakkan keadilan untuk bangsa,agama dan kaum kita.Kamu janji dengan makcik”.
Pim menganggukkan kepalanya kepada perempuan tua.Dia kemudiannya berhenti menangis dan mendengar apa yang diberitahu oleh perempuan tua itu.Pim juga berjanji dengan perempuan itu untuk menuntut bela dengan apa yang berlaku kepada bangsanya.Dia menuju kearah pintu bilik tahanan itu.
 “Aku akan menuntut bela di kemudian hari wahai pemerintah yang zalim.Aku janji”.Pim menjerit dengan sekuat hatinya.

 

POLITISME

Demokrasi,
Autokratik,
Kuku Besi,
Republik,
Komunis,
dan banyak lagi..

Apakah itu semua?
apakah itu pemerintahan ?
Kenapa dibuat sistem sebegitu?

Untuk kesejahteraan masyarakat.
Untuk kesejahteraan penduduk.
Untuk kemakmuran negara bangsa.
Untuk merdeka.

Siapakah yang untung?

Pemerintah.,
Rakyat? untung juga,
tapi tidak SEBANYAK dia...

Siapa penyumbang?
KITA..
Siapa kita?
Masyarakat dibawah pemerintahan itu....

KITA sumbang kepada siapa?
 Negara?
Oh,dukacita dimaklumkan bahawa,
Sumbanganmu kepada DIA..

Manusia baik , Manusia jahat.

Manusia ni mempunyai perangai.Perangai ni pula datangnya dari perasaan kita.Setiap manusia berlainan perasaan dan perangai.Ada yang baik,ada yang jahat.Ada juga yang baik tetapi bukan semua yang baik itu adalah baik.Ada juga manusia yang jahat,tetapi xsemestinya jahat.

Dalam hidup ni saya telah menempuh banyak dugaan dan cabaran.Disitulah saya belajar dan memerhati sedikit sebanyak perangai manusia.

Baru-baru ini saya pergi kesebuah kelab karaoke disebuah tempt.Disitulah aku melihat orang jahat tetapi xsejahat yang jahat.Anda mungkin keliru dgn kenyataan itu kan? Saya terangkan:Orang hajat yang xsejahat yang jahat tu ialah orang yang berperangai jahat tetapi xmelakukan perbuatan yang betul-betul jahat seperti membunuh dan sebangainya dan juga walaupun melakukan perbuatan jahat namun dia tidak menyusahkan orang lain.
Berbalik dengan apa yang saya lihat.Orang hajat yang xsemstinya melakukan perbuatan jahat ini banyak kategori.Contohnya mereka meminum arak.Walaupun minum arak,namun mereka tidak melakukan perbuatan seperti merogol,membunuh dan sebagainya.Namun mereka hanya merosakkan dirinya sahaja.tetapi jika dengan kawan mereka tetap berkawan walaupun kawan itu xsepertinya.

Orang yang baik pula xsemestinya baik.Saya melihat ini semasa saya berada di negeri perantauan,di negeri sendiri juga ada.Saya kenal seorang ni,walaupun baik,namun dia hanya baik pada dirinya sahaja,tetapi kepada kawan-kawannya,dia buat semacam dia bos.Pada mula nya kita tengok dia baik,namun semakin lama semakin naik kepala.manusia sebeginilah yang tidak memikirkan perasaan orang.
Saya mendapat info ini daripada seorang kawan dan juga melalui pemerhatian saya,walaupun baik,namun manusia ini tidak memikirkan perasaan orang sekelilingnya.Dia hanya buat mengikut kehendak diri sahaja.Bercakap pun hanya ikut perasaan diri.Tidak berfikir panjang sebelum bercakap walaupun telah menyinggung perasaan orang sekelilingnya.Saya mendapat tahu bahawa terdapat seorang kawannya yang telah dijadikan seperti kuli oleh manusia baik ini,Adakah patut manusia baik itu menyuruh kawannya membasuh keretanya,bajunya hanya dengan memberi rm 5 kepada kawannya.Sungguh hina sekali perbuatan orang baik itu.Telah menyinggung perasaan kawannya.BAIKKAH manusia semacam itu?? .ADAKAH itu namanya baik???Anda fikirlah!!!

JIKA SAYA....Saya lebih suka berkawan dengan orang yang jahat yang saya maksudkan diatas daripada berkawan dengan orang yang baik tp x semsetinya baik ini.Walaupun jahat namun mereka lebih "PANDAI" berkawan daripada orang yang bai tetapi x"MAKAN" kawan.

Thursday, September 9, 2010

Keperibadi seseorang watak


Pertama-tama saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terasa atau marah dengan kenyataan saya.Saya hanya seorang perantau yang ingin memeenuhi masa sunyi sahaja..Tidak ada kene mengena sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia..

                                  .....BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM....

Cuba anda lihat kedua2 gambar diatas...Berbeza kan..Satu seorang perempuan yang berpakaian biasa dan tidak memakai tuung,manakala seorang lagi berpakaian menutup aurat..Disini Saya mengambil gambar contoh sahaja.Kita lihat dari segi keislaman mereka..

Dunia sekarang,kalau kita lihat dari konteks ISLAM,perepmpuan sekarang banyak menunjukkan keperibadiannya melalui cara berpakaian.Kebanyakan wanita yang baik akan memakai pakaian yang menutup aurat,manakala wanita yang berwatakan buruk biasanya berpakaian yang terlalu menonjol.Contohnya pakaian yang ketat dan sebagainya yang mana secara tidak langsung akan menaikkan kegairahan lelaki sekiranya melihat seseorang wanita itu.Berlainan pula dengan wanita yang berpakaian yang sopan.Contohnya berpakaian seperti gambar diatas kanan.Kebanyakannya wanita yang sepeeti ini mempunyai ciri2 yang baik.TETAPI..... :

Saya telah membuat pemerhatian.mungkin pemerhatian saya ini salah atau sebaliknya.Melalui pengalaman dan mendengar cerita2 dari rakan2, mereka sama sekali tidak bersetuju dengan pernyataan diatas,tetapi mereka menidakkan kenyataan itu salah.

DISINI saya ingin menyatakan bahawa tidak semestinya cara berpakaian seseorang itu menunjukkan keperibadian masing2.Ini kerana pengalaman saya telah membuktikan bahawa wanita yang berpaian yang kurang sopan itu sebenarnya tidak jahat.Adakalanya mereka LEBIH baik dari golongan yang berpaian sopan.Manakala wanita yang berpaian sopan pula tidak semestinya baik.Kebanyakan mereka hanya mengikuti cara berpakaian dalam ISLAM tetapi tidak mempraktikkan apa itu ISLAM serta amalan2nya.
Saya pernah berjumpa dengan wanita yang berpakaian sopan,tetapi memiliki watak atau keperibadian yang kurang disenangi.Kebanyakan wanita2 seperti ini lebih suka mengumpat.

SAYA bukan ingin menafikan atau menidakkan keperibadian seseorang itu.tetapi dari segi pemerhatian saya telah memberi bukti yang paling tepat kepada saya untuk menilai.

BUKAN semua wanita yang mempunyai peribadi yang tidak sama dengan cara mereka menunjukkan diri.Saya lebih suka jika masyarakat menilai wanita dari segi cara mereka berpakaian,contoh seperti diatas,namun mereka juga tidak boleh mengiakan semua perkara diatas.

Saya harap golongan sekarang  perlu menilai seseorang dari segi peribadi dan tidak dengan hanya melihat sahaja mereka dengan mata tetapi tidak dari segi pemikirang.Ini adalas supaya mereka tidak melakukan kesilapan..
 

IDEA MR JAY...