Followers

Pages

Friday, September 24, 2010

"PIM"


‘BANG’.Tembakan  itu terkena salah seorang penduduk.
“Pim, terjun ke sungai”.Kata salah seorang penduduk kampung kepada Pim.
Tanpa membuang masa,Pim terjun kedalam sungai dan berenang menyeberangi sungai itu.Dia  merempuh sesiapa sahaja yang menghalang laluannya.Fikirannya pada masa itu hanyalah untuk menyelamatkan dirinya daripada ditembak oleh tentera kerajaan.Ramai penduduk  telah ditembak dan kebanyakannya mati.Pim masih meneruskan renanganya itu.Walaupun dalam usia 11 tahun,namun Pim sudah mengetahui apa itu kematian.
Pim naik ke tebing  sungai.Tanpa membuang masa dia terus lari masuk ke dalam hutan.Dia kemudiannya menyorok dalam semak samun di dalam hutan itu.Matanya memerhati tepat ke arah seberang sungai dimana  kampungya terletak  disana.Kampung yang sedang berada didalam keadaan huru hara.Pihak kerajaan menghantar tenteranya untuk membanteras penduduk yang mengingkari perintah kerajaan untuk menghapuskan intitusi Raja berdaulat di Pattani Thailand.
Ratusan penduduk yang cuba menyelamatkan diri dengan menceburkan diri kedalam  sungai telah ditembak seperti ikan yang diburu.Pim melihat ramai penduduk telah dibunuh oleh tentera kerajaan itu.
‘Kenapa sebegini rupa kamu buat kepada kami,apa salah kami wahai pemerintah ?’.Pim bermonolog.
Pim melihat air sungai yang  menjadi sumber minuman dan sumber rezeki penduduk kampungnya.Dahulunya jernih  telah dicemari oleh warna darah yang pekat kemerah-merahan. Mayat-mayat penduduk pula sedang berarak ke hilir sungai seperti  kereta yang sesak  di bandaraya  Kuala Lumpur dimana pada waktu petang masyarakat berpusu-pusu untuk pulang kerumah masing-masing.
Mata Pim tiba-tiba mengeluarkan beberapa titisan air yang jernih.Tanpa membuang masa,Pim  meneruskan perjalanannya ke tempat yang lebih selamat.Dalam perjalanan didalam hutan,Pim telah terserempak dengan seorang perempuan tua  yang juga salah seorang penduduk kampungnya yang melarikan diri.Pim tersentak setelah  melihat perempuan tua itu sedang mengheret mayat seorang lelaki.Perut mayat itu telah terbelah seperti di belah dengan pisau.Badan mayat itu dipenuhi dengan warna darah yang tidak henti-henti mengalir seperti paip yang dibuka mengeluarkan air yang perlahan.Pim menuju ke arah perempuan itu.
Perempuan yang sedang menarik mayat suaminya itu berhenti dan memandang kearah Pim.Dia melambai tangan tanda memanggilnya.Pim kaku.Dia terkenangkan nasib yang telah menimpa ibunya.

                                       **************************

“Pim,tolong ibu belikan barang di kedai.Ibu nak memasak untuk ayah kamu,nanti bising pula orang tau tu bila pulang nanti”. Kata ibunya kepada Pim.
Pim mengiyakan sahaja apa yang disuruh oleh ibunya.Dia tidak mahu  menjadi anak derhaka.Dia akan menuruti apa yang disuruh oleh ibunya.Setelah mengambil wang dan pesanan daripada ibunya,Pim terus mendapatkan basikalnya dan mengayuh menuju ke pekan.
Dalam perjalanan ke pekan,Pim telah terserempak dengan sebuat Trak bernombor ZT19338. Setelah trak tentera melewatinya,Pim berhenti seketika dan menoleh kearah trak tentera itu. Di dalam trak itu terdapat seramai 21 orang tentera Thailand bersama senjata api.Pim sempat melihat tentera di dalam trak itu sedang meminum arak dan sebahagian daripada tentera itu berada dalam keadaan mabuk.
Setelah pandangan Trak itu kabur dari pandangannya,dia kemudian meneruskan perjalanannya ke pekan untuk membeli barang yang dipesan oleh ibunya.
Setelah selesai membeli barang,tanpa membuang masa Pim terus pulang ke rumahnya.Dalam perjalanan pulang kerumahnya,Pim tiba-tiba mengenangkan kembali akan trak tentera yang terserempak dengannya sebelum itu.Dia berasakan seperti sesuatu yang tidak diingini akan berlaku di kampungnya.Dia teringatkan ibunya yang sedang memasak didapur.Dia kemudiannya melajukan kayuhan basikalnya dan menuju ke arah rumahnya.
Pim sampai di kawasan kampungnya.Dia terkejut kerana sebelum dia pergi ke pekan,suasana kampungnya aman,tetapi setelah dia pulang suasana kampungnya menjadi huru hara.Pim melihat beberapa mayat penduduk yang terbaring di atas jalan raya,di kawasan  rumah penduduk  dan sebagainya.
Pim meneruskan kayuhan basikalnya  ke arah rumahnya.Dia merasakan seperti ada sesuatu menimpa ibunya.Pim masuk kedalam  kawasan rumahnya.Halaman rumah masih seperti sedia kala.Terdapat kesan  tayar trak di halaman  rumahnya.
“Ibu,ibu”. Pim menjerit sekuat-kuat hatinya memanggil ibunya.
Jeritan Pim tidak disambut oleh ibunya.Pim merasakan semakin risau.Tanpa membuang masa,Pim meletakkan basikalnya dan berlari menuju  kedalam  rumahnya.Pim melihat ruang tamu rumahnya berselerak.Kerusi terbalik,meja kaca pecah,televisyen jatuh ke lantai manakala skrinnya pecah.Pim melihat cermin Make up yang biasa digunakan oleh ibunya untuk menghias diri.Terdapat kesan tembakan pada cermin itu.Kaca yang bertaburan dilantai telah menyebabkan  kaki Pim luka akibat terkena serpihan kaca itu.Walaupun sakit, namun Pim tidak menghiraukannya kerana tujuannya untuk mencari ibunya masih tidak selesai.Pim semakin susah hati.Pim berasakan ada sesuatu yang telah menimpa ibunya.Sekali lagi dia memanggil ibunya.
“Ibu,kamu dimana?Jawablah panggilan Pim ni”.
Jeritannya masih lagi tidak dijawab oleh ibunya.Dia kemudiannya  masuk ke ruang dapur.Ibunya masih juga tiada.Akhirnya Pim menuju ke kamar tidur ibunya.Pim tersentak.Dia  melihat ibunya berada dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang terlantar di atas katil dengan berlumuran darah.
Pim mati kata-kata.Air mata Pim terus keluar dari kelopak matanya yang sepet  itu.Di dinding bilik itu terdapat beberapa perkataan yang ditulis dengan menggunakan darah,Pim membaca perkataan itu. 
Pim,segeralah lari keseberang.Cari saudaramu disana.Selamatkan dirimu.Ayahmu telah dibunuh oleh tentera.Ibu  tidak dapat menjagamu lagi.Kamu jagalah dirimu .Apabila kamu dewasa nanti, berjuanglah untuk rakyat yang telah dibunuh kini’.

Pim membaca  perkataan itu sambil menangis teresak-esak.
‘Pim berjanji dengan  ibu dan semua penduduk yang  meninggal dunia,Pim akan menuntut bela atas kematian semua.Pim berjanji ibu’. Pim bermonolong.
Pim mengangkat mayat ibunya dan mengebumikan mayat ibunya di belakang rumahnya.Dia kemudiannya 
mendapatkan basikalnya dan menuju ke pinggir sungai.

                                                                ****************

Pim tersedar dari lamunannya itu.Dia kemudian menghampiri perempuan tua yang sedang mengheret mayat suaminya itu.
“Baguslah anak datang,tolong Makcik angkat mayat ini.”
“Mayat siapakah ini mak cik?”Pim bertanyakan perempuan itu dalam keadaan serba salah..
“Mayat suami mak cik.Perutnya telah dirobek oleh tentera kerana dia disyaki menjadi salah seorang ahli jemaah islamiah”.Perempuan tua itu memberitahu Pim.
Tidak dapat menahan kesedihan dihatinya kerana mengenangkan keadaan suaminya itu,perempuan tua itu terus  menangis.Pim menenangkan perempuan tua itu.
“Sabar makcik.Tuhan lebih menyayangi dia.Biar saya tolong makcik kebumikan mayat suami makcik”.
Mayat lelaki itu dibawa kesebuah tempat  sunyi.Pim mendapatkan  beberapa utas  rotan halus.Dia menuju kearah mayat lelaki itu,kemudiannya dia menjahit bahagian yang telah dibelah oleh tentera Siam.Dia menggunakan kemahiran menjahitnya yang telah diajar oleh ibunya semasa ibunya masih hidup. Semasa menjahit badan suami perempuan tua itu,Pim telah memberitahu tentang nasib yang menimpa keluarganya.Ibunya telah dirogol dan dibunuh oleh tentera siam,manakala ayahnya pula ditembak mati.Dia kini sudah menjadi anak yatim piatu.Mendengar kisah Pim,Perempuan tua berasa kasihan akan nasib yang telah menimpa Pim dan terus memeluk Pim.
Akhirnya Pim berjaya menyiapkan jahitan untuk menutup  badan yang telah dirobek oleh tentera terhadap suami perempuan tua itu.Mereka kemudiannya mengebumikan mayat lelaki itu di satu tanah perkuburan islam yang berdekatan.

                                                       *************************
Segala bentuk kekejaman yang dilakukan oleh tentera Siam terhadap penduduk disitu setanding dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang Serbia terhadap bangsa Bosnia dan Zionis terhadap rakyat Palestin.Sesungguhnya kekejaman tidak dapat menyelesaikan masalah malah akan lebih menambahkan lagi kebencian penduduk terhadap pemerintah.
Kejadian yang berlaku di kampungnya  itu  ibarat seperti penduduk Palestin yang berjuang menegakkan keadilan.Serangan demi serangan terhadap penduduk kampung Pim menyebabkan  semakin banyak manusia yang tidak berdosa dibunuh.
Kebanyakan penduduk di kampung itu melarikan diri di sebelah malaysia.Walaupun tanpa pengenalan diri atau pasport,mereka tetap memasuki negara jiran  kerana disana walaupun ditangkap,mereka tidak akan dihukum bunuh.Paling-paling tidak,mereka akan dipenjarakan . Mereka sanggup dipenjarakan asalkan bangsa,kaum dan agama dapat diselamatkan.Begitulah penderitaan masyarakat selatan Thailand pada masa itu.
                                                   ************************
“Nampaknya semuanya sudah selesai makcik.Mayat suami makcik pun sudah selamat dikebumikan.Lebih baiklah sekiranya kita teruskan perjalanan ke tempat yang lebih selamat.Disini saya rasa masih tidak selamat untuk kita.” Pim bersuara.
Perempuan tua itu hanya mengangguk menandakan setuju dengan permintaan Pim.Mereka kemudiannya  meneruskan perjalanan ke tempat yang selamat.Mereka memasuki sebuah kampung .
Disana mereka telah terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.Hon kereta dibunyikan.Pemuda itu memberhentikan kereta toyota SE nya berwarna silver di hadapan Pim dan perempuan tua itu.
“Anak dan ibu ini hendak kemana?Boleh saya bantu?”Kata pemuda itu.
Pim pada mulanya tidak mahu menjawab soalan pemuda itu kerana dikhuatiri salah seorang kuncu kerajaan.Tetapi setelah beberapa kali ditanya dan pemuda itu juga menunjukkan keikhlasannya untuk menolong mereka,barulah Pim menceritakan keadaan sebenar mereka.
Setelah mendengar cerita daripada Pim,lelaki tersebut berjanji untuk menolong mereka.Pim dan perempuan tua itu kemudiannya dibawa ke suatu tempat dimana tidak diberitahu oleh lelaki tersebut.
Tanpa disedari,mereka dibawa masuk kembali ke sebelah Siam.Semasa dalam perjalanan,Pim melihat sebuah trak tentera yang bernombor ZT19338 telah musnah akibat terkena bom.Kesemua tentera yang berada didalam trak itu telah terkorban.Pim teringat kembali Trak yang telah memusnahkan kampungnya.Pim mengucapkan tanda kesyukuran kerana akhirnya kematian penduduk kampung serta ibu bapanya sudah terbalas.Sampai disebuah tempat, Pim dan perempuan itu diberikan kepada tentera Siam.Lelaki itu diberikan upah seperti yang dijanjikan oleh tentera sekiranya berjaya membawa penduduk yang melarikan diri.
“Pengkhianat.Kamu sanggup  menjual bangsa dan kaummu sendiri.Kamu pembelot”.Pim bersuara lantang kepada lelaki itu.
Lelaki itu tidak mempedulikan kata-kata Pim.Dia kemudiannya menghilangkan diri setelah mendapat bayaran daripada tentera itu.Pim dan perempuan tua itu terpaksa akur dengan apa yang menimpa mereka.
Seorang tentera menuju ke arah Pim.Tanpa disedari,satu tendangan padu  hinggap di belakang Pim.
“Aduh! Sakit.”Pim mengerang kesakitan
“Kamu hendak lari ya.Inilah balasan untuk orang yang lari dari kami.”Kata seorang tentera kepada Pim.
Pim berdiam diri.Dia tunduk.Sekali lagi kasut tentera itu hinggap ditubuh kecil Pim.Pim mengeluarkan air mata kerana tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya.
 
‘Sungguh kejam tentera Siam.Aku akan balas dendam  bila ku dewasa kelak wahai tentera.Aku akan menuntut bela dengan apa yang kamu buat kepadaku,kepada keluargaku,dan kepada masyarakatku’.Pim bermonolog dalam keadaan mengerang kesakitan.
Seorang tentera menghampiri Pim.Rambutnya dipegang dan kemudiannya  diheret kedalam bilik tahanan.Pim sekali lagi terpaksa menahan kesakitan yang dialaminya.
Pim sempat melihat perempuan tua yang berada berdekatan dengannya.Perempuan tua itu dipukul dan ditendang oleh beberapa orang tentera Siam.Darah terkeluar dari mulut perempuan tua itu.Perempuan tua itu mengerang kesakitan.
“Kamu salah seorang pejuang jemaah islamiah ya?”Soal seorang tentera kepada perempuan tua itu.
Perempuan tua itu hanya berdiam diri.Dia kemudiannya dipukul lagi oleh tentera itu.Bukan sahaja dipukul malah dikencing di atas kepala oleh tentera Siam itu.Sungguh zalim sekali perbuatan tentera Siam.Pim hanya mampu melihat sahaja kerana tidak bermaya untuk menolong perempuan tua itu.Perempuan tua itu terpaksa menahan apa yang diperlakukan oleh tentera itu kepadanya.
Tidak lama selepas itu,perempuan tua itu dibawa kedalam bilik tahanan dan diletakkan sekali dengan Pim.Pim hanya mampu mengeluarkan air mata kerana sedih melihat perempuan tua yang diperlakukan seperti binatang oleh tentera.Perempuan tua mengesat air mata di pipi Pim.Dia senyum kepada Pim.Pim hairan.Walaupun  kejam sekali diperlakukan,namun perempuan tua itu masih dapat lagi senyum.
“Pim,jangan sedih nak.Makcik tidak dapat hidup lama lagi.Makcik mahu apabila kamu keluar nanti, kamu tuntutlah apa yang telah mereka lakukan terhadap bangsa kita,agama kita dan kaum kita.Mereka tidak akan bunuh kamu kerana mereka hendak sesuatu daripada kamu.Pim kena kuatkan semangat Pim.Jangan mudah mengaku kalah.Makcik percaya suatu hari nanti kamu  akan menjadi seorang pejuang yang menegakkan keadilan untuk bangsa,agama dan kaum kita.Kamu janji dengan makcik”.
Pim menganggukkan kepalanya kepada perempuan tua.Dia kemudiannya berhenti menangis dan mendengar apa yang diberitahu oleh perempuan tua itu.Pim juga berjanji dengan perempuan itu untuk menuntut bela dengan apa yang berlaku kepada bangsanya.Dia menuju kearah pintu bilik tahanan itu.
 “Aku akan menuntut bela di kemudian hari wahai pemerintah yang zalim.Aku janji”.Pim menjerit dengan sekuat hatinya.

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)