Followers

Pages

Friday, October 29, 2010

Teringat DIA

Jam menunjukkan puluk 1.40 am..Hari ini ialah hari sabtu bersamaan 30 oktober 2010...jika dibilang tahun umurku sudah hampir 21 tahun 5 hari...Hari ini juga ialah hari yang akan menentukan samada perlawanan bola antara negeri KELANTAN dengan negeri SEMBILAN yang akan berlangsung pada pukul 8.00pm di stadium bukit jalil.
Malam ni suasana sunyi saja.Sepi menamiku di rumah mohd sabri abu bakar iaitu pakcikku di puchong.Aku tiba-tiba teringatkan seseorang yang sangat aku sayangi selepas ibu bapa,adik2 abang,atok nenek dan sepupu sepapatku,serta sedikit kawan baikku.

Semasa umurku berusia 3 tahun.Aku ditinggalkan disebuah rumah di seberang kampungku.Setiap hari kecuali hari jumaat dan sabtu.Aku akan pulang ke rumah sendiri kerana pada hari itu ibu bapaku tidak bekerja.Merekalah yang akan mengambil alih menjaga aku dan abangku.Pada hari2 bekerja mereka akan meninggalku di sebuah rumah yang didiami oleh sepasang suami isteri.Anak2 sudah besar dan sudah memiliki keluarga tersendiri.Hanya aku dan abangku sahaj yang menjadi peneman si Dia.Setiap hari kami bermain bersama2,abangku dan aku selalu mengikutinya pergi kemana sahaj.Mungkin Dia membuat demikian kerana tidak mahu kami sunyi.Hari berganti hari maka genaplah aku berumur 6 tahun.Pada usia begitu aku sudah tidak lagi dijaga oleh DIA.Namun kami masih lagi berhubung.Kebiasaan pada petang2 abah akan bawa aku kerumahnya.sampai sahaja disana,aku terus turun dari motosikal dan masuk kedalam rumahnya.Walaupun tiada apa2 yang menjadi penghibur atau benda2 untuk aku bermain,namun dihatiku masih lagi aku rasa sungguh seronok berada dirumah itu.Walaupun rumah usang dengan kayu yang sedikit reput,atap yang bocor pada waktu hujan,dan pintu yang hampir setiap malam tidak berkunci namun rumah itulah satu2 tempat aku berlindung dan bermain pada usia kecilku.

Menjelang usia 5 tahun,aku dimasukkan kesebuah tadika yang terletaknya dibelakang masjid berhampiran rumahku.Pada waktu pulang,aku terus sahaja berjalan kaki pulang kerumah kerana rumahku dengan pusat asuhan itu ibarat "kentut dilepaskan disini,bau sampai disana"...peribahasa buatan sendiri..Balik sahaja aku terus masuk kerumah atok dan nenekku.rumahku hanya bersebelahan sahaj dengan rumah atok dan nenek.Kebiasaannya atok nenek akan turun kesawah pada waktu pagi dan pulang kerumah pada tengahari.Jadi setelah aku pulang dari tadika,mereka juga pulang kerumah..begitulah seharian2...

Menjelang bulan haji....Atok dan nenek menyatakan mereka akan menunaikan haji di mekah.Bersama2 mereka ialah si DIA yang menjadi penjaga hidupku.Mereka pergi selama sebulan.Aku tidak sempat melihatnya pada haji mereka menaiki kapal terbang untuk berlepas ke mekah.Satu kerugian bagiku kerana itulah hari2 yang penting bagiku.Mungkin pada masa itu aku masih kecil..Masil kecil...Masih kecik.... namun aku sudah pandai berfikir pada usia begitu.Tetapi mereka yang dewasa selalu mengatakan "budak2 tidak tengok pun x apa.mereka kecik lagi"....begitulah..Lagipun mmg perlu yang dewasa menjadi pelawat.anak2 kecil hanya pelengkap sahaja..

Atok dan nenek bersama2 DIA pun berlepaslah ke mekah dengan menaiki kapal terbang.Selama setengah bulan mereka disana,kami dikampung dikejutkan dengan satu panggilan.Dalam talian itu mengatakan "MOK sudah tiada dah"........aku masih ingt lagi....Abah meletakkan ganggang telifon.Dia memberitahu ibuku bahawa MOK sudah tiada..Walauoun aku masih kecil,namun aku sangat sangat sangat mengerti maksud TIADA itu.
Ibu bertanya abah,dimana MOk dikuburkan??? abah cakap,MOK dikebumikan di kota mekah...Satu2 tempat yang agung agung agung di hati orang2 yang beragama islam....
Aku terus sahaj masuk kebilik.Tanpa disedari air mataku mengalir sediki dan turun kepipi bagai air embun jatuh keatas daun keladi....

Aku hanya menyebut perkataan Innalillahhiwainnailaihirajiun.....

Kini aku sudah besar.Hanya gambar menemaiku jika aku rindu DIA....Aku doakan semoga rohnya ditempat disisi orang yang beriman,disisi ALLAH s.b.t...Di tempat disyurga firdaus....Aminn....

DIA yang ku maksudkan itu hanyalah seorang wanita yang berumur 70 tahu semasa aku berumur 5 tahun iaitu MOK....MOYANGku yang AMAT AMAT AMAT aku sayangi sampai akhiratku.....

Insyallah jika berpeluang,akanku melawat kuburnya di kota suci Mekah..Insyaallah.....

Thursday, October 21, 2010

JARUM BERBISA

1.INT/RUMAH HADI/SIANG.

Kelihatan HADI sedang terbaring diatas tilam dalam keadaan nazak.Terdapat beberapa kudis bernanah dimukanya.Tiga orang termasuk ibunya sedang membacakan surah yasin disisi HADI.Orang kampung datang.Bersama-sama itu kelihatan JAMAL dan KUDIN mendekati HADI.Mereka melihat pada tubuh HADI yang terbaring.

JAMAL
Betul la apa yang dicakap
Oleh orang kampung ye..Penyakit
HIV AIDS rupanya.

KUDIN
(mengangguk kepala)
Tengok rupa dia tu..Penuh dengan
Kudis..( memandang orang sekeliling)
Orang-orang kampung sila jauhkan
Diri anda ya jika tidak mahu terkena
Jangkitan.

JAMAL
Jauhkan diri anda.Lelaki ini bahaya.
Pembawa penyakit.nanti tak pasal
Pasal seluruh kampung kita
Ni menghidap penyakit HIV ni..
Eee....Tak nak aku.

USTAT OSMAN
Astaghrfirullah kamu ni
JAMAL,KUDIN.Tak baik
Kamu kata macam tu.Orang dah
Tengah nazak.

KUDIN
Buat apa kami nak sabar
Pak ustat.Dah memang betul
Kan.

JAMAL
Betul Pak ustat.Betul apa
Kami cakap.Bangkai busuk ni mesti
dah buat perkara bukan-
bukan ni..Isap dadah ni..

KUDIN
Ha...Betul tu.Ataupun dia ni
Masa sihat,dia buat ehem..ehem
Kot....

Orang kampung memandang kepada JAMAL dan KUDIN.Mereka menggelengkan kepala.Ibu HADI,ROSNAH terpaksa bersabar.Kelihatan air mata mulai jatuh kepipi ROSNAH.

                                                CUT TO:

2.EXT/RUMAH HADI/SIANG.
Kelihatan beberapa orang kampung sedang naik kedalam rumah.Kelihatan sebuat kereta jenama MYvi datang.Pintu kereta dibuka.Kelihatan seorang wanita,ELISA keluar dari keretanya.ELISA mendapatkan seorang penduduk kampung yang baru sampai disitu.

ELISA
Salamualaikum abang.
Betulkah ini rumah HADI
Bin HAMID?
                                 
PENDUDUK 1
Ya..betullah,ini lah rumah
HADI..Dia sedang nazak sekarang
Ni cik..

ELISA
Owh..Terima kasih.

ELISA menutup pintu keretanya dan menuju ketangga rumah HADI.Dia kemudian memasuki rumah.

                                                CUT TO:

3.INT/RUMAH HADI/SIANG.
Kelihatan JAMAL dan KUDIN masih dengan karenah mengata kepada HADI dengan kata-kata yang kesat dan bukan-bukan.

                             JAMAL     
Orang kampung semua..
Saya nasihatkan,janganlah
Duduk dekat dengan budak kotor
Ni..Jauh..jauh...

USTAT OSMAN
Sudah sudah lah JAMAL.
Tak baik kamu mengata di depan
Orang yang dekat ajal ni.
Ada baiknya kalau kamu berdua
Ni ambil air sembahyang dan baca
Yasin kepadanya.
 
KUDIN
Ala pak Ustat..Buat apa kami
Nak baca yasin kepada orang
Yang buat perkara salah ni..Dia buat
Perkara salah,biar lah dia tangung.
Apa kene mengena dengan kami pulak.

USTAT OSMAN
Mana kamu tahu dia buat perkara
Salah? Kamu pernah lihat ke?
Jangan buat fitnah KUDIN.Nanti
Kamu pulak yang masuk neraka.

KUDIN tersentak,Dia diam dan menunjukkan riak wajah yang malu.JAMAL hanya diam.

ROSNAH
Ustat.. Anak saya tidak
Lakukan perkara salah ustat.
(Memandang orang kampung).Anak saya
Tidak bersalah..Dia tidak melakukan
Perkara salah.Saya tahu..Saya kenal
HADI..Saya yang membesarkannya..Tolonglah
Saya minta supaya kamu tidak memandang
Salah terhadapnya.Saya mohon banyak-banyak.

ROSNAH menangis.Dia kemudian mengelapkan air matanya dengan kain tudungnya.Kelihatan seorang wanita berjalan menuju kearah HADI yang terbaring nazak.Wanita itu memperkenalkan dirinya.

ELISA
Maafkan saya semua.
Benarkan saya berbicara dengan
Kalian.( memandang orang sekeliling)

Orang kampung memandang ELISA.

JAMAL
Ni kamu sapa?kau bukan orang
Kampung ni kan.Kau ni mesti
Perempuan yang si HADI ni
Buat dengan kau kan?


USTAT OSMAN
JAMAL..Kamu ni jangan menuduh.
Kita dengar dulu apa cik ni
Mahu cakapkan.Silakan cik.Jangan
Ambil kisah dengan budak-budak ni.

ELISA
Terima kasih pakcik.(memandang JAMAL)
Saya seorang jururawat di Hospital Serdang.
Saya tahu hari ini akan berlaku juga.

Semua orang diam.Mereka memandang kepada jururawat tersebut.Masing-masing menunjukkan sikap ingin tahu apa yang berlaku.Jururawat meneruskan percakapannya kembali.

                                                CUT TO:


 
4.EXT/JALAN KAMPUNG/SIANG
6 Tahun sebelum.
Kelihatan seorang lelaki sedang membonceng motosikal dari jauh melalui jalan kampung Senohong.Kelihatan seorang lelaki sedang menarik lembunya melintasi jalan kampung dan menuju ke padang rumput.HADI membonceng motosikal Yamaha 90 melewati lelaki tua yang sudah berada di seberang jalan.Di hujung selekoh di belakang HADI kelihatan sebuah kereta proton saga sedang bergerak laju.Kelihatan 4 orang lelaki sedang berborak didalam kereta sambil ketawa.Kereta itu mendekati HADI dan melewati HADi dengan laju.HADI terpaksa berhentikan motosikalnya kerana terkejut.Dia berhenti dibahu jalan.100 meter dihadapn kelihatan seorang lelaki tua bernama Pak Syukor sedang mengayuh basikalnya menuju kearah bertentangan dengan kereta yang bergerak.Pemandu kereta terkejut dan gagal mengawal keretanya lalu melanggal sisi basikal Pak Syukor.Pak Syukor tercampak kedalam semak.Akibat takut,pemandu kereta itu memecutkan keretanya lalu meninggalkan kampung itu.HADI yang menuju kearah yang sama ternampak pak SYukor dilanggar.Dia kemudian bergegas kearah pak Syukor.

                                                CUT TO:


 
5.INT/HOSPITAL SERDANG/SIANG.
Roda berputar.Kaki beberapa orang sedang berlari disisi roda katil.Kelihatan empat jururawat sedang menolak katil pesakit.HADI turut sama menolak katil pesakit.Sampai dibilik operasi,HADI disekat oleh jururawat dan melarang HADI masuk kedalam bilik rawatan.HADI kemudian duduk di bangku yang disediakan dekat bilik operasi itu.Lampu operation dinyalakan.

                                                CUT TO:
6.EXT/BILIK OPERASI/SIANG.
HADI melihat jam ditangannya.Jam menunjukkan pukul 6 petang.Dia masih duduk dibangku dekat wad operasi.Tiba-tiba,seorang jururawat keluar.Kelihatan tergesa-gesa menuju kesatu bilik.Kemudian seorang Doktor keluar dari bilik rawatan itu.HADI bangun dan menuju kearah doctor itu.

HADI
Doktor,bagaimana dengan pesakit
Tadi?
 
 
DOKTOR AZMAN
Keadaan pak Syukor sangat
Teruk.Banyak pendarahan keluar..

Tiba-tiba jururawat yang keluar tergesa-gesa tadi menghampiri Doktor AZMAN.Kelihatan jururawat itu keletihan.

JURURAWAT 1
Doktor,Darah jenis B sudah
Kehabisan stok.Hanya tinggal
1 paket sahaja.Darah yang telah
Ditempah esok hari baru sampai.Bagaimana
Ni Doktor?Pesakit benar-benar
Memerlukan darah sekarang.

DOKTOR AZMAN
Nampaknya kita kena hubungi
Ahli keluarganya.Kamu boleh hubungi
Tak keluarga pak Syukor ni?

HADI
Doktor,keluarga pakcik Syukor
Sekarang berada di luar negeri.
Mereka menghadiri majlis penganugerahan
Anak sulongnya dekat Pahang.
Untuk sampai disini,mereka akan
Mengambil masa lebih kurang Satu
hari .
 
DOKTOR AZMAN
Oh..Nampaknya tiadak peluanglah
Untuk pak Syukor sembuh.


HADI
Darah saya tidak boleh ke
Doctor?

DOKTOR AZMAN
Jika darah sama jenis boleh..

HADI
Boleh kita cuba tengok dulu jenis
Darah saya?

DOKTOR AZMAN
Boleh..Mari ikut saya.Kita
Kebilik saya.

HADI mengikuti DOKTOR AZMAN menuju kebiliknya.Diikuti sama ialah jururawat yang bernama ELISA.
                                                CUT TO:

7.INT/BILIK DOKTOR AZMAN/MALAM
Kelihatan seorang jururawat sedang mengemas bilik.Terdapat satu meja bergerak.Di atas meja itu terdapat dua bekas.Iaitu bekas untuk jarum bersih dan satu lagi untuk jarum yang sudah diguna.Kelihatan jururawat sedang menyapu lantai.Dia melihat satu jarum yang sudah digunakan jatuh di lantai.Dia kemudian memungut jarum tersebut dan meletakkan jarum bersebelahan dengan bekas jarum bersih.Tanpa disedari oleh jururawat itu..Tidak lama kemudian,DOKTOR AZMAN,HADI dan ELISA masuk kedalam bilik itu.Jururawat 1 keluar dari bilik itu.


DOKTOR AZMAN
ELISA,tolong ambilkan meja tu.
(menundingkan jari kearah meja yang ada bekas jarum)

ELISA
Baik Doktor AZMNA.

DOKTOR AZMAN
HADI,jemput duduk.

HADI menuju kearah meja DOKTOR AZMAN dan duduk di kerusi yang disediakan.Mereka kelihatan tergesa-gesa kerana nyawa pak SYUKOR masih tidak selamat.DOKTOR AZMAN terambil jarum yang telah digunakan yang terletak disebelah bekas jarum bersih lalu digunakan untuk mengambil sample darah HADI.Sampel darah HADI diuji oleh ELISA.Mereka gembira kerana darah HADI sama jenis dengan darah Pak SYUKOR.HADI dibawa oleh ELISA kebilik pengambilan darah.
                                                CUT TO:

8.INT/BILIK RAWATAN/MALAM.
Kelihatan seorang pesakit sedang dirawat oleh doktor.Terdapat 4 orang jururawat sedang menolong doctor.
    
                                                CUT TO:

9.EXT/BILIK RAWATAN/MALAM.
Lampu OPERASI pada dinding bilik tertutup.DOKTOR AZMAN dan ELISA keluar dari bilik rawatan.Kelihatan wajah mereka gembira.Tiba-tiba tiga orang jururawat keluar dari bilik itu bersama pesakit yang terbaring diatas katil

 
                                                 CUT TO:
 
10.INT/BILIK DOKTOR AZMAN/MALAM.
Kelihatan ELISAN memberi laporan pesakit kepada DOKTOR AZMAN.Tiba-tiba jururawat 1 masuk.Dia menuju kearah DOKTOR AZMAN dan memberitahu sesuatu.

JURURAWAT 1
DOKTOR AZMAN,saya tadi...
Tadi saya mengemas meja dan bekas
Jarum.Lepas tu saya menyapu
Lantai.

DOKTOR AZMAN
Bagus...Habis tu kenapa kamu
Macam takut saja ni saya tengok?

JURURAWAT 1
Sa..sa..saya sebenarnya..
Semasa saya menyapu lantai tadi,
Saya ternampak 1 jarum jatuh di
Atas lantai.Jadi saya pungut
Dan letakkan disebelah bekas jarum bersih.
Saya lupa untuk membuangnya kedalam
Kebas yang satu lagi DOKTOR AZMAN.
Maafkan saya Doktor.SAya tak sengaja.

DOKTOR AZMAN dan ELISA tersentak.Kelihatan riak wajah DOKTOR AZMAN seperti risau.
DOKTOR AZMAN
Tak apalah.. Saya maafkan.Tapi
Yang saya risaukan ialah HADI.
Saya takut effect kepadanya
Nanti.

Mereka diam seketikan.

DOKTOR AZMAN
ELISAn,nanti saya mahu,kamu
Beritahu HADI bahawa setiap setahun
Saya mahu dai datang untuk ujian darah.
Tapi ingat jangan beritahunya apa-apa
Tentang jarum ini.Saya mahu
Kamu cakap ini untuk ujian kesihatan
Biasa sahaja.

ELISA
Baiklah Doktor.Nanti saya akan
Beritahu HADI.

                                           CUT TO:
11.INT/RUMAH HADI/SIANG.
Kelihatan orang ramai terharu dengan HADI.Barulah mereka tahu kenapa HADI menghidap penyakit AIDS.Kelihatan riak wajah JAMAL juga berubah.

USTAT OSMAN
JAMAL,KUDIN,apa lagi kamu nak
Kata? Sekarang sudah jelas kan.
Kamu tengok JAMAL(sambil menoleh kearah JAMAL)
Kenapa HADI terkena penyakit
Ini?...Ini Semua kerana mahu
Memberikan darahnya kepada ayah kamu,
Kalau tak,sekarang ayah kamu
Itu dah tak ada di dunia ini dah JAMAL.

JAMAL(menangis)
Maafkan saya...Maafkan saya...
Saya berdosa kepada HADI..dan semua
Orang.Maafkan saya Puan ROSNAH..Maafkan saya...

KUDIN
(Menunduk malu)
Saya pun sama.. Maafkan saya semua.

                                      CUT TO:


Sunday, October 17, 2010

GostRider Shah alam...hihihi

Gostrider tp x mcm gostrider..hehe..tp gostrider lah ye..hihi
Inilah dia Gostrider yg dikata-katakan...hehe..Tengok warna moto beb....


Inilah aku!!!... Ada lagi..Jeng jeng jeng!!



That is me..hehe..inilah muhd uzair bin mohd zin....
Yg kt belakang tu x kenal...Pakcik tu la beria-ria suruh saya amik gmbr ni..heheheheheh... :-p

Friday, October 15, 2010

Ciri-ciri filem yang baik.

Hai2..Aku nk ckp skit tentang ciri2 filem yg baik..Biase lah aku skrg belajar cr bikin skrip filem..hehe..Budak2 penulisan katakan....

Ciri2 filem yg baik ialah:

1 - keupayaan sebuah filem itu untuk fokus pada subjeknya.

2 - Konflik yang betul2 hanyalah satu sahaja..Jika terdapat konflika lain,itu ialah
      konflik pembantu  sahaja.

3 - Mestilah mempunyai atau bergantung kepada 3 act struktu..Dimana terdapat
      Act 1,Act 2 dan  Act 3..

4 - Act 1 mestilah melibatkan atau mewujudkan atau memperkenalkan atau
      mendedahkan watak kepada subjeknya..Dimana ia akan menunjukkan 
      tentang tujuan watak hero atau protagonis itu.

5 - Terdapat katalis(penyebab) yang menyebabkan berlakunya sesuatu kejadian
      atau konflik.
      
              *Contohnya: Kenapa Hang jebat derhaka? Jwpnnya: Hang jebat 
                                    derhaka kepada sultan kerana sabahatnya Hang Tuah
                                   difitnah dan dihukum bunuh oleh sultan.

6 - Terdapat sesuatu yang menjadi penggerak kepada cerita ialah watak yang 
      penting.

7 - Watak adalah berbentuk naratif atau fiksyen.Watak2 boleh terdiri daripada 
     manusia,haiwan,benda atau sebagainya.Cuma perwatakannya itu
     menyerupai watak seorang manusia itulah dipanggil fiksyen.

8 - Cerita ialah tentang perubahan watak utama.Iaitu kenapa watak itu
      berubah? Watak berubah adalah disebabkan beberapa faktor 
      antaranya ialah:
                                            a)Perubahan peristiwa
                                            b)Kemahuan watak tersebut.
                                            c)terdapat watak antagonis(jahat)
                                            d)Persekitaran.
                                            e)Konflik.
                                            f) dan lain2

9 -   Watak yang menarik ditunjukkan juga ciri2 kelemahannya dan 
        kebaikannya/ kekuatannya.

10 - Konflik yang sangat penting adalah konflik yang berjaya mengubah 
        penonton  yang melihat   filem tersebut.

11 - Opening Scene adalah suatu yang penting dimana segala tujuan watak
        akan  ditunjukkan disitu.Sekiranya opening scene yang teruk akan 
        membuatkan penonton menjadi mudah boring melihat sesuatu filem  
        tersebut.


Peribadiku

Aku ni seorang yang simple...First2 aku nk katakan yg aku ni kalo org tu buat sekali kebaikkan kepadaku,akan aku bls seribu kebaikkan kepadanya..tetapi andai kata org u buat sekali kejahatan,akan ku balas dengan senyuman dan sejuta kejahatan..Anda buat anda mengerti..jeng..jeng..jenng....
     
        Ni aku nk ckp pasal diriku..Nama aku MUHD UZAIR BIN MOHD ZIN....tu nama yg diberi oleh ibu bapaku....Aku senang dgn namaku...lantak koranglah mahu kutuk ke apa ke,,,,Aku ni berumur 21 tahun...Lahir bln okt 1989...aku seorang yg peramah..anda nk tahu cb lah berhubung denganku..Aku ni jenis suka buli2..Buli thats mean aku ni suka bahan2 kwn2..tp kdg2 aku plak yg dibahannye..haha..Lagi..aku ni jenis yg pemalu skit..tmbh2 kalu dgn pempuan...tp kalu ak mahukan seseorang itu,aku akn besungguh-sungguh...Perwatakan aku: aku ni jenis yg gila2 skit..Pemalas tp adakalanya akan rajin terlebih rajin,aku seorang yg bersifat pendendam dan akan membalas dendam secara halus kepada musuhku..Maksudnya,anda faham je lah yer..hehe...aku suka seseorang itu,tp x dapat..kerana dia memilih org lain dr ku...Tp aku still kwn lagi...aku ni memang ramah...Aku suka mengembara..Kalo ada tempat2 menarik aku akan lawati..Walaupun mengambil masa yg lama..AKu tekda juga utk melawati tmpat itu..Aku ni lebih kepda suka berjalan...

Seterusnya,aku suka warna merah..Mengikut Psikologi,Warna merah ni bnyk makna..Antaranya Boros,pemarah tetapi cepat reda apabila dipujuk,Setia kepada pasangan,kwn yg baik,Dll... Mmg pun ada disitu menepati ciri2 diri aku ni..Tmbah2 sikap boros..Tetapi aku tidak lah boros seperti belanja org lain hari2..Aku pun pandai berjimat jugak tau.Aku ni suka mencuba sesuatu yg pelik..X bermakna aku ni pernah mencuba arak atau dadah..Eiiii minta jauh ya allah...Maksud ku aku ni jenis yg suka mencuba perkara2 extreme,mencabar la katakan...Ada bnyk lagiklah...

Antara kawan2 ku terdiri dr golongan kaya,miskin, penghisap dadah,perogol,baik,jahat,pencuri dan  ada lah lagi..Msti korang tertanya2 kenapa aku kawan dengan jenis golongan jahat kan?Aku ni jenis yg suka berkawan..tetapi aku tidak mengikuti apa yg kawan buat..Maksud ku disini aku ni jenis yg sukar dihasut atau dipengaruhi oleh org lain..Aku lebih suka membuat keputusan mengikut kata hati aku..Tidak mengikuti kata org lain..Aku jenis yg tenang,Walaupun bnyk perkara2,masalah2 yang datang,aku masih juga tenang mengahadapi semua itu...Tetapi kadang2 aku tension jgk..Cm aku dapat kawal la ketensionan aku tu...haha
K lah stakat ni jelah aku cerita pasal diriku..Nk tahu lebih bnyk lagi,Korg tnylah aku dgn mengadd aku kt Fb or YM....hehe..this my email ujeyy@yahoo.com.....

Melepas sudah....

Hari ni aku mula sedari..Sedari tentang diriku ini.Mungkin anda juga sama..tapi kadang2 kita tidak sedari juga ttg apa yg kita mahukan..Sama lah aku dahulu..Dulu aku tidak menyedari ttg sesuatu yg ku mahu..Tetapi setelah apa yg ku buat itu hanyalah mendatangkan kebaikan utk org sekeliling shj...tetapi aku?? segalanya tidak mendatangkan apa2..Just fruss yg menemani aku..huhu..Mungkin aku x salahkan sesiapa...Hal itu aku juga yg buat..
walaupun aku yg menanggung kerugian,namun aku buat semua tu dengan hati yg ikhlas..Tidak mengaharapkan apa2 pun....Aku bnyk kawan2...Walaupun br kenal,lama kenal,namun aku anggap mereka teman sahaja..Walaupun kadang2 hati ni x menunjukkan bhw aku suka dia,namun aku ttp tidak memberitahu atau menyatakan kepadanya..Suatu hari aku bwk seorg kwn jumpa kwn2ku..Setelah lama kenal,mereka semakin rapat dan rapat..aku sedari hubungan mereka,namun apa yg ku berdaya, aku hanya melihat sahaja..tetapi aku tidak kesali..Kerana aku tahu mereka ikhlas..walaupun aku menaruh sesuatu terhadapnya namun aku rela..Kerana aku tidak punyai apa2 untuk menyatakannya kepadanya..
Semakin lama,mereka semakin erat dan erat..Jodoh dia kot..Jadi terjadilah hbungan antara mereka...Walaupun aku keberatan,namun hal peribadi org xleh masuk cmpur..Biar mereka yg menentukan keputusan mereka...
Aku fikir2 balik,aku ni seperti ejen penjodoh org pulak...huhu..tp xpe lah..Apa2 pun aku doakan mereka kekal hbungan..huhu...Sedih dihati namun gembira diraut wajah,...

MELEPAS SUDAH!!!!! ...hahahahaha

Saturday, October 9, 2010

DAJJAL

           Wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai, mesej palsu, mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

           Dajjal akan keluar apabila Masjidil Aqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.
 
           Ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.            Kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.             Sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah kerana kamu telah berjanji di awal surat ini. jika kamu tidak menghantar surat ini seperti janji yang kamu telah kotakan. sesungguhnya orang yang mungkir janji dia adalah munafik. dan orang munafik dimurkai ALLAH!!!!
(Dipetik dari satu sumber..Bukan hasil  pemahaman atau pengetahuan saya. Sama2 kita kongsi bersama.)

Friday, October 1, 2010

Skrip menarik

Seorang penulis mempunyai tangungjawab besar semasa melakukan penulisannya.Setiap penulis bertangungjawab untuk menyakinkan pembaca tentang apa yang ditulisnya.Contoh2 penulis terdahulu sudah kita tahu kan.Penulis dahulu menjadi satu kehormat dimana orang akan takut kepada penulis terutama golongan2 penjajah.ini kerana penulis zaman dahulu penting dalam mengangkat sesuatu perpaduan,suatu semangat untuk mereka menentang penjajah.Gerakan refomasi dahulu kebanyakannya diangkat oleh penulis.Perjuangan dimulakan oleh penulis..Anda tahu kenapa? kerana penulis ini berjaya menaikkan semangat pembacanya untuk melakukan sebarang penentangan menentang penjajah.Ini konteks zaman dahulu lah ye...Anda lihatlah,penulisan yang MENARIK,MEYAKINKAN menyebabkan pembaca berani bangun menentang penjajah pada masa dahulu..
Sekarang!! banyak cabang penulisan yang kini diceburi oleh penulis2...Disini saya ingin menyentuh tentang penulisan skrip...Skrip yang menarik,meyakinkan akan membuatkan pembaca merasakan bahawa mereka berada didalam medium skrip tersebut...

Kata pensyarah saya,untuk menulis skrip yang MENARIK,kita kenalah dekat dengan skrip kita..Disini saya ingin katakan bahawa:anda ingin buat skrip.semudahnya anda buatlah skrip yang lahir dali pengalaman anda..Itu suatu yang mudah sekali anda buat..Jangan pula anda buat skrip yang tercetus dari idea yang susah,yang memerlukan anda untuk membuat kajian mana2..Untuk membuat skrip yang menarik,anda perlu ada seperti berikut didalam skrip anda:

1.latar yang betul dan munasabah.
2.ada watak hero(protagonis) dan jahat(antagonis)
3.ada jalan ceritanya.
4.ada konflik(sebab dan akibat)
5.tujuan watak utama dan watak jahat.
6.cerita tentang apa.
7.peristiwa yang menimpa watak baik sebelum dia bangun semula.
8... dan sebagainya( xingat dah..hehe)

Untuk buat skrip yang menarik,anda perlulah bersikap kejam terhadap watak baik sebelum menaikkan dia menentang watak jahat..(kiranya anda perlu buat biar watak jahat mengalahkan dahulu atau peristiwa yang menimpa watak baik sebelum membuatkan dia bangkit semual dari kegagalannya itu)
Selain itu,anda juga perlu banyakkan kajian.Contohnya buat ceritakan skrip itu dengan cara yang lebih dekat dengan pembaca@penonton..Contohnya: Dalam kontek malaysia,kebiasaan remaja suka melepak..Jadi anda kenalah buat remaja itu lepak.Gambaran bagaimana remaja itu lepak.Apa yang dibuat semasa melepak.Hal ini supaya pembaca akan mudah berimaginasi serta merasakan bahawa mereka dahulu pun pernah lepak..

Skrip yang menarik adalah skrip yang mudah difahami oleh pembaca dan juga pembaca akan merasakan bahawa mereka pernah lalui peristiwa2 seperti yang ditulis oleh anda.Anda perlu banyak memerhati contoh:gelagat masyarakat,cara mereka bercakap,cara mereka melakukan sebarang aktiviti dan sebagainya.Ini supaya anda akan mudah untuk menulis sesuatu skrip dengan membayangkan apa yang telah anda lihat,

Jangan pula anda buat skrip seperti skrip2 di HOLYWOOD.Kerana di malaysia tidak sama dengan HOLYWOOD..

Ada lagi nk ckp ni...tp dh x ingt..huhu......soryyyy...manusia xleh lari dr sikap pelupa...hihi

Doa untuk sabahatku...

Hari ni ambo ado terbaco satu status saing ambo...Disitu,dio royak dio hidap satu pnaykit yg bleh bawa mati...Ambo pn tersedok...Sedih raso hati ni...Wlaupun saing kan,ambo tetap raso sedih...bayangkan anda yg hidap pnyakit sebegitu..ap yg anda akan rasa? semestinya anda akan putus semangat kan..Tapi saya tengok dia xdk lah sedih.Dia ceria je..mcm orang normal..tp kita tahu bhw wlaupun ceria namun dibalik itu dia sedih...hati manusia ni xdk sapa tahu kan.Sebagai kawan,kita lah kena bagi dio sokongan,ceriakan dia,dn ap2 yg patut kita lakukan utk dia ceria...mmg manusia xboleh lari dr mati...Sama juga kita..cuma cpt dgn lmbt jah...
Sbagai kwn,saya hnya mmpu berdoa untuknya..smoga awk pnjang umur dan smoga pnyakit awk sembuh...insyallah....