Followers

Pages

Friday, October 15, 2010

Ciri-ciri filem yang baik.

Hai2..Aku nk ckp skit tentang ciri2 filem yg baik..Biase lah aku skrg belajar cr bikin skrip filem..hehe..Budak2 penulisan katakan....

Ciri2 filem yg baik ialah:

1 - keupayaan sebuah filem itu untuk fokus pada subjeknya.

2 - Konflik yang betul2 hanyalah satu sahaja..Jika terdapat konflika lain,itu ialah
      konflik pembantu  sahaja.

3 - Mestilah mempunyai atau bergantung kepada 3 act struktu..Dimana terdapat
      Act 1,Act 2 dan  Act 3..

4 - Act 1 mestilah melibatkan atau mewujudkan atau memperkenalkan atau
      mendedahkan watak kepada subjeknya..Dimana ia akan menunjukkan 
      tentang tujuan watak hero atau protagonis itu.

5 - Terdapat katalis(penyebab) yang menyebabkan berlakunya sesuatu kejadian
      atau konflik.
      
              *Contohnya: Kenapa Hang jebat derhaka? Jwpnnya: Hang jebat 
                                    derhaka kepada sultan kerana sabahatnya Hang Tuah
                                   difitnah dan dihukum bunuh oleh sultan.

6 - Terdapat sesuatu yang menjadi penggerak kepada cerita ialah watak yang 
      penting.

7 - Watak adalah berbentuk naratif atau fiksyen.Watak2 boleh terdiri daripada 
     manusia,haiwan,benda atau sebagainya.Cuma perwatakannya itu
     menyerupai watak seorang manusia itulah dipanggil fiksyen.

8 - Cerita ialah tentang perubahan watak utama.Iaitu kenapa watak itu
      berubah? Watak berubah adalah disebabkan beberapa faktor 
      antaranya ialah:
                                            a)Perubahan peristiwa
                                            b)Kemahuan watak tersebut.
                                            c)terdapat watak antagonis(jahat)
                                            d)Persekitaran.
                                            e)Konflik.
                                            f) dan lain2

9 -   Watak yang menarik ditunjukkan juga ciri2 kelemahannya dan 
        kebaikannya/ kekuatannya.

10 - Konflik yang sangat penting adalah konflik yang berjaya mengubah 
        penonton  yang melihat   filem tersebut.

11 - Opening Scene adalah suatu yang penting dimana segala tujuan watak
        akan  ditunjukkan disitu.Sekiranya opening scene yang teruk akan 
        membuatkan penonton menjadi mudah boring melihat sesuatu filem  
        tersebut.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)