Followers

Pages

Thursday, October 21, 2010

JARUM BERBISA

1.INT/RUMAH HADI/SIANG.

Kelihatan HADI sedang terbaring diatas tilam dalam keadaan nazak.Terdapat beberapa kudis bernanah dimukanya.Tiga orang termasuk ibunya sedang membacakan surah yasin disisi HADI.Orang kampung datang.Bersama-sama itu kelihatan JAMAL dan KUDIN mendekati HADI.Mereka melihat pada tubuh HADI yang terbaring.

JAMAL
Betul la apa yang dicakap
Oleh orang kampung ye..Penyakit
HIV AIDS rupanya.

KUDIN
(mengangguk kepala)
Tengok rupa dia tu..Penuh dengan
Kudis..( memandang orang sekeliling)
Orang-orang kampung sila jauhkan
Diri anda ya jika tidak mahu terkena
Jangkitan.

JAMAL
Jauhkan diri anda.Lelaki ini bahaya.
Pembawa penyakit.nanti tak pasal
Pasal seluruh kampung kita
Ni menghidap penyakit HIV ni..
Eee....Tak nak aku.

USTAT OSMAN
Astaghrfirullah kamu ni
JAMAL,KUDIN.Tak baik
Kamu kata macam tu.Orang dah
Tengah nazak.

KUDIN
Buat apa kami nak sabar
Pak ustat.Dah memang betul
Kan.

JAMAL
Betul Pak ustat.Betul apa
Kami cakap.Bangkai busuk ni mesti
dah buat perkara bukan-
bukan ni..Isap dadah ni..

KUDIN
Ha...Betul tu.Ataupun dia ni
Masa sihat,dia buat ehem..ehem
Kot....

Orang kampung memandang kepada JAMAL dan KUDIN.Mereka menggelengkan kepala.Ibu HADI,ROSNAH terpaksa bersabar.Kelihatan air mata mulai jatuh kepipi ROSNAH.

                                                CUT TO:

2.EXT/RUMAH HADI/SIANG.
Kelihatan beberapa orang kampung sedang naik kedalam rumah.Kelihatan sebuat kereta jenama MYvi datang.Pintu kereta dibuka.Kelihatan seorang wanita,ELISA keluar dari keretanya.ELISA mendapatkan seorang penduduk kampung yang baru sampai disitu.

ELISA
Salamualaikum abang.
Betulkah ini rumah HADI
Bin HAMID?
                                 
PENDUDUK 1
Ya..betullah,ini lah rumah
HADI..Dia sedang nazak sekarang
Ni cik..

ELISA
Owh..Terima kasih.

ELISA menutup pintu keretanya dan menuju ketangga rumah HADI.Dia kemudian memasuki rumah.

                                                CUT TO:

3.INT/RUMAH HADI/SIANG.
Kelihatan JAMAL dan KUDIN masih dengan karenah mengata kepada HADI dengan kata-kata yang kesat dan bukan-bukan.

                             JAMAL     
Orang kampung semua..
Saya nasihatkan,janganlah
Duduk dekat dengan budak kotor
Ni..Jauh..jauh...

USTAT OSMAN
Sudah sudah lah JAMAL.
Tak baik kamu mengata di depan
Orang yang dekat ajal ni.
Ada baiknya kalau kamu berdua
Ni ambil air sembahyang dan baca
Yasin kepadanya.
 
KUDIN
Ala pak Ustat..Buat apa kami
Nak baca yasin kepada orang
Yang buat perkara salah ni..Dia buat
Perkara salah,biar lah dia tangung.
Apa kene mengena dengan kami pulak.

USTAT OSMAN
Mana kamu tahu dia buat perkara
Salah? Kamu pernah lihat ke?
Jangan buat fitnah KUDIN.Nanti
Kamu pulak yang masuk neraka.

KUDIN tersentak,Dia diam dan menunjukkan riak wajah yang malu.JAMAL hanya diam.

ROSNAH
Ustat.. Anak saya tidak
Lakukan perkara salah ustat.
(Memandang orang kampung).Anak saya
Tidak bersalah..Dia tidak melakukan
Perkara salah.Saya tahu..Saya kenal
HADI..Saya yang membesarkannya..Tolonglah
Saya minta supaya kamu tidak memandang
Salah terhadapnya.Saya mohon banyak-banyak.

ROSNAH menangis.Dia kemudian mengelapkan air matanya dengan kain tudungnya.Kelihatan seorang wanita berjalan menuju kearah HADI yang terbaring nazak.Wanita itu memperkenalkan dirinya.

ELISA
Maafkan saya semua.
Benarkan saya berbicara dengan
Kalian.( memandang orang sekeliling)

Orang kampung memandang ELISA.

JAMAL
Ni kamu sapa?kau bukan orang
Kampung ni kan.Kau ni mesti
Perempuan yang si HADI ni
Buat dengan kau kan?


USTAT OSMAN
JAMAL..Kamu ni jangan menuduh.
Kita dengar dulu apa cik ni
Mahu cakapkan.Silakan cik.Jangan
Ambil kisah dengan budak-budak ni.

ELISA
Terima kasih pakcik.(memandang JAMAL)
Saya seorang jururawat di Hospital Serdang.
Saya tahu hari ini akan berlaku juga.

Semua orang diam.Mereka memandang kepada jururawat tersebut.Masing-masing menunjukkan sikap ingin tahu apa yang berlaku.Jururawat meneruskan percakapannya kembali.

                                                CUT TO:


 
4.EXT/JALAN KAMPUNG/SIANG
6 Tahun sebelum.
Kelihatan seorang lelaki sedang membonceng motosikal dari jauh melalui jalan kampung Senohong.Kelihatan seorang lelaki sedang menarik lembunya melintasi jalan kampung dan menuju ke padang rumput.HADI membonceng motosikal Yamaha 90 melewati lelaki tua yang sudah berada di seberang jalan.Di hujung selekoh di belakang HADI kelihatan sebuah kereta proton saga sedang bergerak laju.Kelihatan 4 orang lelaki sedang berborak didalam kereta sambil ketawa.Kereta itu mendekati HADI dan melewati HADi dengan laju.HADI terpaksa berhentikan motosikalnya kerana terkejut.Dia berhenti dibahu jalan.100 meter dihadapn kelihatan seorang lelaki tua bernama Pak Syukor sedang mengayuh basikalnya menuju kearah bertentangan dengan kereta yang bergerak.Pemandu kereta terkejut dan gagal mengawal keretanya lalu melanggal sisi basikal Pak Syukor.Pak Syukor tercampak kedalam semak.Akibat takut,pemandu kereta itu memecutkan keretanya lalu meninggalkan kampung itu.HADI yang menuju kearah yang sama ternampak pak SYukor dilanggar.Dia kemudian bergegas kearah pak Syukor.

                                                CUT TO:


 
5.INT/HOSPITAL SERDANG/SIANG.
Roda berputar.Kaki beberapa orang sedang berlari disisi roda katil.Kelihatan empat jururawat sedang menolak katil pesakit.HADI turut sama menolak katil pesakit.Sampai dibilik operasi,HADI disekat oleh jururawat dan melarang HADI masuk kedalam bilik rawatan.HADI kemudian duduk di bangku yang disediakan dekat bilik operasi itu.Lampu operation dinyalakan.

                                                CUT TO:
6.EXT/BILIK OPERASI/SIANG.
HADI melihat jam ditangannya.Jam menunjukkan pukul 6 petang.Dia masih duduk dibangku dekat wad operasi.Tiba-tiba,seorang jururawat keluar.Kelihatan tergesa-gesa menuju kesatu bilik.Kemudian seorang Doktor keluar dari bilik rawatan itu.HADI bangun dan menuju kearah doctor itu.

HADI
Doktor,bagaimana dengan pesakit
Tadi?
 
 
DOKTOR AZMAN
Keadaan pak Syukor sangat
Teruk.Banyak pendarahan keluar..

Tiba-tiba jururawat yang keluar tergesa-gesa tadi menghampiri Doktor AZMAN.Kelihatan jururawat itu keletihan.

JURURAWAT 1
Doktor,Darah jenis B sudah
Kehabisan stok.Hanya tinggal
1 paket sahaja.Darah yang telah
Ditempah esok hari baru sampai.Bagaimana
Ni Doktor?Pesakit benar-benar
Memerlukan darah sekarang.

DOKTOR AZMAN
Nampaknya kita kena hubungi
Ahli keluarganya.Kamu boleh hubungi
Tak keluarga pak Syukor ni?

HADI
Doktor,keluarga pakcik Syukor
Sekarang berada di luar negeri.
Mereka menghadiri majlis penganugerahan
Anak sulongnya dekat Pahang.
Untuk sampai disini,mereka akan
Mengambil masa lebih kurang Satu
hari .
 
DOKTOR AZMAN
Oh..Nampaknya tiadak peluanglah
Untuk pak Syukor sembuh.


HADI
Darah saya tidak boleh ke
Doctor?

DOKTOR AZMAN
Jika darah sama jenis boleh..

HADI
Boleh kita cuba tengok dulu jenis
Darah saya?

DOKTOR AZMAN
Boleh..Mari ikut saya.Kita
Kebilik saya.

HADI mengikuti DOKTOR AZMAN menuju kebiliknya.Diikuti sama ialah jururawat yang bernama ELISA.
                                                CUT TO:

7.INT/BILIK DOKTOR AZMAN/MALAM
Kelihatan seorang jururawat sedang mengemas bilik.Terdapat satu meja bergerak.Di atas meja itu terdapat dua bekas.Iaitu bekas untuk jarum bersih dan satu lagi untuk jarum yang sudah diguna.Kelihatan jururawat sedang menyapu lantai.Dia melihat satu jarum yang sudah digunakan jatuh di lantai.Dia kemudian memungut jarum tersebut dan meletakkan jarum bersebelahan dengan bekas jarum bersih.Tanpa disedari oleh jururawat itu..Tidak lama kemudian,DOKTOR AZMAN,HADI dan ELISA masuk kedalam bilik itu.Jururawat 1 keluar dari bilik itu.


DOKTOR AZMAN
ELISA,tolong ambilkan meja tu.
(menundingkan jari kearah meja yang ada bekas jarum)

ELISA
Baik Doktor AZMNA.

DOKTOR AZMAN
HADI,jemput duduk.

HADI menuju kearah meja DOKTOR AZMAN dan duduk di kerusi yang disediakan.Mereka kelihatan tergesa-gesa kerana nyawa pak SYUKOR masih tidak selamat.DOKTOR AZMAN terambil jarum yang telah digunakan yang terletak disebelah bekas jarum bersih lalu digunakan untuk mengambil sample darah HADI.Sampel darah HADI diuji oleh ELISA.Mereka gembira kerana darah HADI sama jenis dengan darah Pak SYUKOR.HADI dibawa oleh ELISA kebilik pengambilan darah.
                                                CUT TO:

8.INT/BILIK RAWATAN/MALAM.
Kelihatan seorang pesakit sedang dirawat oleh doktor.Terdapat 4 orang jururawat sedang menolong doctor.
    
                                                CUT TO:

9.EXT/BILIK RAWATAN/MALAM.
Lampu OPERASI pada dinding bilik tertutup.DOKTOR AZMAN dan ELISA keluar dari bilik rawatan.Kelihatan wajah mereka gembira.Tiba-tiba tiga orang jururawat keluar dari bilik itu bersama pesakit yang terbaring diatas katil

 
                                                 CUT TO:
 
10.INT/BILIK DOKTOR AZMAN/MALAM.
Kelihatan ELISAN memberi laporan pesakit kepada DOKTOR AZMAN.Tiba-tiba jururawat 1 masuk.Dia menuju kearah DOKTOR AZMAN dan memberitahu sesuatu.

JURURAWAT 1
DOKTOR AZMAN,saya tadi...
Tadi saya mengemas meja dan bekas
Jarum.Lepas tu saya menyapu
Lantai.

DOKTOR AZMAN
Bagus...Habis tu kenapa kamu
Macam takut saja ni saya tengok?

JURURAWAT 1
Sa..sa..saya sebenarnya..
Semasa saya menyapu lantai tadi,
Saya ternampak 1 jarum jatuh di
Atas lantai.Jadi saya pungut
Dan letakkan disebelah bekas jarum bersih.
Saya lupa untuk membuangnya kedalam
Kebas yang satu lagi DOKTOR AZMAN.
Maafkan saya Doktor.SAya tak sengaja.

DOKTOR AZMAN dan ELISA tersentak.Kelihatan riak wajah DOKTOR AZMAN seperti risau.
DOKTOR AZMAN
Tak apalah.. Saya maafkan.Tapi
Yang saya risaukan ialah HADI.
Saya takut effect kepadanya
Nanti.

Mereka diam seketikan.

DOKTOR AZMAN
ELISAn,nanti saya mahu,kamu
Beritahu HADI bahawa setiap setahun
Saya mahu dai datang untuk ujian darah.
Tapi ingat jangan beritahunya apa-apa
Tentang jarum ini.Saya mahu
Kamu cakap ini untuk ujian kesihatan
Biasa sahaja.

ELISA
Baiklah Doktor.Nanti saya akan
Beritahu HADI.

                                           CUT TO:
11.INT/RUMAH HADI/SIANG.
Kelihatan orang ramai terharu dengan HADI.Barulah mereka tahu kenapa HADI menghidap penyakit AIDS.Kelihatan riak wajah JAMAL juga berubah.

USTAT OSMAN
JAMAL,KUDIN,apa lagi kamu nak
Kata? Sekarang sudah jelas kan.
Kamu tengok JAMAL(sambil menoleh kearah JAMAL)
Kenapa HADI terkena penyakit
Ini?...Ini Semua kerana mahu
Memberikan darahnya kepada ayah kamu,
Kalau tak,sekarang ayah kamu
Itu dah tak ada di dunia ini dah JAMAL.

JAMAL(menangis)
Maafkan saya...Maafkan saya...
Saya berdosa kepada HADI..dan semua
Orang.Maafkan saya Puan ROSNAH..Maafkan saya...

KUDIN
(Menunduk malu)
Saya pun sama.. Maafkan saya semua.

                                      CUT TO:


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)