Followers

Pages

Friday, October 1, 2010

Skrip menarik

Seorang penulis mempunyai tangungjawab besar semasa melakukan penulisannya.Setiap penulis bertangungjawab untuk menyakinkan pembaca tentang apa yang ditulisnya.Contoh2 penulis terdahulu sudah kita tahu kan.Penulis dahulu menjadi satu kehormat dimana orang akan takut kepada penulis terutama golongan2 penjajah.ini kerana penulis zaman dahulu penting dalam mengangkat sesuatu perpaduan,suatu semangat untuk mereka menentang penjajah.Gerakan refomasi dahulu kebanyakannya diangkat oleh penulis.Perjuangan dimulakan oleh penulis..Anda tahu kenapa? kerana penulis ini berjaya menaikkan semangat pembacanya untuk melakukan sebarang penentangan menentang penjajah.Ini konteks zaman dahulu lah ye...Anda lihatlah,penulisan yang MENARIK,MEYAKINKAN menyebabkan pembaca berani bangun menentang penjajah pada masa dahulu..
Sekarang!! banyak cabang penulisan yang kini diceburi oleh penulis2...Disini saya ingin menyentuh tentang penulisan skrip...Skrip yang menarik,meyakinkan akan membuatkan pembaca merasakan bahawa mereka berada didalam medium skrip tersebut...

Kata pensyarah saya,untuk menulis skrip yang MENARIK,kita kenalah dekat dengan skrip kita..Disini saya ingin katakan bahawa:anda ingin buat skrip.semudahnya anda buatlah skrip yang lahir dali pengalaman anda..Itu suatu yang mudah sekali anda buat..Jangan pula anda buat skrip yang tercetus dari idea yang susah,yang memerlukan anda untuk membuat kajian mana2..Untuk membuat skrip yang menarik,anda perlu ada seperti berikut didalam skrip anda:

1.latar yang betul dan munasabah.
2.ada watak hero(protagonis) dan jahat(antagonis)
3.ada jalan ceritanya.
4.ada konflik(sebab dan akibat)
5.tujuan watak utama dan watak jahat.
6.cerita tentang apa.
7.peristiwa yang menimpa watak baik sebelum dia bangun semula.
8... dan sebagainya( xingat dah..hehe)

Untuk buat skrip yang menarik,anda perlulah bersikap kejam terhadap watak baik sebelum menaikkan dia menentang watak jahat..(kiranya anda perlu buat biar watak jahat mengalahkan dahulu atau peristiwa yang menimpa watak baik sebelum membuatkan dia bangkit semual dari kegagalannya itu)
Selain itu,anda juga perlu banyakkan kajian.Contohnya buat ceritakan skrip itu dengan cara yang lebih dekat dengan pembaca@penonton..Contohnya: Dalam kontek malaysia,kebiasaan remaja suka melepak..Jadi anda kenalah buat remaja itu lepak.Gambaran bagaimana remaja itu lepak.Apa yang dibuat semasa melepak.Hal ini supaya pembaca akan mudah berimaginasi serta merasakan bahawa mereka dahulu pun pernah lepak..

Skrip yang menarik adalah skrip yang mudah difahami oleh pembaca dan juga pembaca akan merasakan bahawa mereka pernah lalui peristiwa2 seperti yang ditulis oleh anda.Anda perlu banyak memerhati contoh:gelagat masyarakat,cara mereka bercakap,cara mereka melakukan sebarang aktiviti dan sebagainya.Ini supaya anda akan mudah untuk menulis sesuatu skrip dengan membayangkan apa yang telah anda lihat,

Jangan pula anda buat skrip seperti skrip2 di HOLYWOOD.Kerana di malaysia tidak sama dengan HOLYWOOD..

Ada lagi nk ckp ni...tp dh x ingt..huhu......soryyyy...manusia xleh lari dr sikap pelupa...hihi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)