Followers

Pages

Friday, October 29, 2010

Teringat DIA

Jam menunjukkan puluk 1.40 am..Hari ini ialah hari sabtu bersamaan 30 oktober 2010...jika dibilang tahun umurku sudah hampir 21 tahun 5 hari...Hari ini juga ialah hari yang akan menentukan samada perlawanan bola antara negeri KELANTAN dengan negeri SEMBILAN yang akan berlangsung pada pukul 8.00pm di stadium bukit jalil.
Malam ni suasana sunyi saja.Sepi menamiku di rumah mohd sabri abu bakar iaitu pakcikku di puchong.Aku tiba-tiba teringatkan seseorang yang sangat aku sayangi selepas ibu bapa,adik2 abang,atok nenek dan sepupu sepapatku,serta sedikit kawan baikku.

Semasa umurku berusia 3 tahun.Aku ditinggalkan disebuah rumah di seberang kampungku.Setiap hari kecuali hari jumaat dan sabtu.Aku akan pulang ke rumah sendiri kerana pada hari itu ibu bapaku tidak bekerja.Merekalah yang akan mengambil alih menjaga aku dan abangku.Pada hari2 bekerja mereka akan meninggalku di sebuah rumah yang didiami oleh sepasang suami isteri.Anak2 sudah besar dan sudah memiliki keluarga tersendiri.Hanya aku dan abangku sahaj yang menjadi peneman si Dia.Setiap hari kami bermain bersama2,abangku dan aku selalu mengikutinya pergi kemana sahaj.Mungkin Dia membuat demikian kerana tidak mahu kami sunyi.Hari berganti hari maka genaplah aku berumur 6 tahun.Pada usia begitu aku sudah tidak lagi dijaga oleh DIA.Namun kami masih lagi berhubung.Kebiasaan pada petang2 abah akan bawa aku kerumahnya.sampai sahaja disana,aku terus turun dari motosikal dan masuk kedalam rumahnya.Walaupun tiada apa2 yang menjadi penghibur atau benda2 untuk aku bermain,namun dihatiku masih lagi aku rasa sungguh seronok berada dirumah itu.Walaupun rumah usang dengan kayu yang sedikit reput,atap yang bocor pada waktu hujan,dan pintu yang hampir setiap malam tidak berkunci namun rumah itulah satu2 tempat aku berlindung dan bermain pada usia kecilku.

Menjelang usia 5 tahun,aku dimasukkan kesebuah tadika yang terletaknya dibelakang masjid berhampiran rumahku.Pada waktu pulang,aku terus sahaja berjalan kaki pulang kerumah kerana rumahku dengan pusat asuhan itu ibarat "kentut dilepaskan disini,bau sampai disana"...peribahasa buatan sendiri..Balik sahaja aku terus masuk kerumah atok dan nenekku.rumahku hanya bersebelahan sahaj dengan rumah atok dan nenek.Kebiasaannya atok nenek akan turun kesawah pada waktu pagi dan pulang kerumah pada tengahari.Jadi setelah aku pulang dari tadika,mereka juga pulang kerumah..begitulah seharian2...

Menjelang bulan haji....Atok dan nenek menyatakan mereka akan menunaikan haji di mekah.Bersama2 mereka ialah si DIA yang menjadi penjaga hidupku.Mereka pergi selama sebulan.Aku tidak sempat melihatnya pada haji mereka menaiki kapal terbang untuk berlepas ke mekah.Satu kerugian bagiku kerana itulah hari2 yang penting bagiku.Mungkin pada masa itu aku masih kecil..Masil kecil...Masih kecik.... namun aku sudah pandai berfikir pada usia begitu.Tetapi mereka yang dewasa selalu mengatakan "budak2 tidak tengok pun x apa.mereka kecik lagi"....begitulah..Lagipun mmg perlu yang dewasa menjadi pelawat.anak2 kecil hanya pelengkap sahaja..

Atok dan nenek bersama2 DIA pun berlepaslah ke mekah dengan menaiki kapal terbang.Selama setengah bulan mereka disana,kami dikampung dikejutkan dengan satu panggilan.Dalam talian itu mengatakan "MOK sudah tiada dah"........aku masih ingt lagi....Abah meletakkan ganggang telifon.Dia memberitahu ibuku bahawa MOK sudah tiada..Walauoun aku masih kecil,namun aku sangat sangat sangat mengerti maksud TIADA itu.
Ibu bertanya abah,dimana MOk dikuburkan??? abah cakap,MOK dikebumikan di kota mekah...Satu2 tempat yang agung agung agung di hati orang2 yang beragama islam....
Aku terus sahaj masuk kebilik.Tanpa disedari air mataku mengalir sediki dan turun kepipi bagai air embun jatuh keatas daun keladi....

Aku hanya menyebut perkataan Innalillahhiwainnailaihirajiun.....

Kini aku sudah besar.Hanya gambar menemaiku jika aku rindu DIA....Aku doakan semoga rohnya ditempat disisi orang yang beriman,disisi ALLAH s.b.t...Di tempat disyurga firdaus....Aminn....

DIA yang ku maksudkan itu hanyalah seorang wanita yang berumur 70 tahu semasa aku berumur 5 tahun iaitu MOK....MOYANGku yang AMAT AMAT AMAT aku sayangi sampai akhiratku.....

Insyallah jika berpeluang,akanku melawat kuburnya di kota suci Mekah..Insyaallah.....

2 comments:

  1. dialah arwah moyang sy... Meninggal dunia semasa sy umur 8 tahun. Dikebumi di Makkah semasa ingin tunaikan ibadah haji... Semoga mok di tempatkan di sisi para sahabat dan disisi allah s.w.t.... Amin....

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda... :)