Followers

Pages

Tuesday, December 27, 2011

Kisah Ayam Laga



INI kisah, (cerita rekaan) ayam laga. Ayam jantan yang berani(gedebe), dipertaruhkan oleh segelintir masyarakat dulu di dalam gelanggang(bong). 

Kisahnya bermula begini: 


           " KREEEKKKK kooookkk". Ayam jantan Pak Dik berkokok. Pagi-pagi lagi kelihatan Pak Dik keluar dari rumahnya menuju ke arah reban ayamnya. Di pegangnya segenggam dedak. Pak Dik yang terkenal dengan pemilik ayam laga yang tidak pernah kalah di bong, berkulit gelap dan berbadan sasa setiap hari akan memberi makan kepada ayamnya. Baginya ayam adalah segala-galanya. Seperti hari-hari lain, dia akan menyuap ayam jantannya sambil memeluk ayam itu. Setelah ayam itu selesai makan, dia akan membelai-belai, mengusap-usap ayamnya. Setiap hari juga dia akan berkata, "Galak, ayam baik, kau lah nyawa ku. Tanpa kau, kebulurlah aku'. Begitulah setiap hari selepas ayam jantan diberinya makan. 

Suatu hari, seorang lelaki bertubuh kecil tetapi sudah tua. Aku fikir umurnya dalam lingkungan 40 -an. Dia datang berjumpa dengan Pak Dik. Pak Dik pada masa itu sedang membaiki reban ayam, 'Galak' namanya. 

"Kuat bertukang, Dik". Sapa lelaki yang dipanggil Rasy oleh segelinting penduduk di kampung itu. Pak Dik berhenti bertukang. Dia meletakkan tukul di lantai. Kemudian dia menoleh ke arah Rasy. 

" Ha, Rasy. Ada apa?". Balas Pak Dik sambil menggoncangkan reban ayamnya untuk memastikan bahawa reban itu kukuh. 

" Aku datang ada hajat. Ayam aku di rumah tu, lama dah tak masuk bong. Tak ada lawan yang setaraf. Ramai orang cakap, Galak kau ni satu-satunya pencabar ayam aku, Si Rek tu". Rasy senyum sini.  Pak Dik balas senyuman Rasy dengan ketawa terbahak-bahak. 

"  Galak nak beradu dengan Rek? Aku rasa baik tak payahlah, Rasy. Kesian aku tengok si Rek tu. Nanti malu besar di Bong".  Muka Ras berubah sedikit merah. Dia pandang Galak yang sedang menguis-nguis kakinya di tanah berdekatan reban. 

"Belum cuba belum tahu. Aku taruh 10K untuk Rek". Kata Rasy yang matanya masih merenung Galak. Pak Dik tersentak. Dia diam seketika. Matanya beralih pandang ke arah ayamnya, Galak. Dia kemudian pandang   Rasy. 

"Baiklah, Kalau kau dah beria-ia nak sangat. Esok macam biasa jumpa di bong". Kata Pak Dik. 

Rasy mengangguk. Dia kemudian meninggalkan Pak Dik dan Galaknya.



*********************************************************************************


KEESOKAN harinya di bong. Ramai peminat-peminat ayam laga serta penjudi datang menyaksikan ayam Pak Dik dan ayam Rasy berlaga. Aku fikir semua orang yang menyaksikan pertandingan itu semuanya sudah tidak berilmu agama tinggi.  Di atas Bong, Pak Dik dan Rasy masing-masing memegang ayam mereka. Kelihatan bulu di tekak ayam sedang meremang seperti mahu beradu tenaga. Seorang pengadil yang berpakaian hanya kain pelikat serta baju pagoda sedang mengadili perlawanan tersebut. Dia memberi isyarat tangan menandakan perlawan sudah dimulakan. Di luar bong, kelihatan peminat, pengunjung, penjudi sedang bercakap sesama mereka. Ada yang tunjuk ke arah ayam Galak Pak Dik, dan ada yang menunjukkan kepada ayam Rek, Rasy. 

Setelah perlawanan dimulakan, Pak Dik dan Rasy melepaskan kedua-dua ayam mereka. Mereka keluar dar gelanggang dan perhatikan ayam masing-masing. Di atas bong, terdapat Galak dan Rek sahaja. Kesemua manusia-manusia yang aku kira tidak berilmu tinggi dalam agama semuanya sedang memerhatikan ayam itu.  

Aku lihat pemerhati-pemerhati diluar itu kehairanan. Mereka berbisik sesama mereka. Pak Dik dan Rasy kebingungan.  Begitu juga dengan pengadil tua yang berkain pelikat itu. Kebanyakan mereka menggaru kepala masing-masing walaupun tidak gatal.  

"Galak, kenapa ni? kau sakit ke?" Kata Pak Dik. 

" Hoi, Rek, apa kau tunggu lagi, patuk kepala Galak tu. Tunjukkan taring kau" Laung Rasy. Namun aku lihat kedua-dua ekor ayam itu tidak berbuat apa-apa. Tidak berbuat sebagaimana ayam itu pernah bertanding laga sebelum ini. Kelihatan beberapa pengunjung bong berjalan keluar.  Ada juga pengunjung yang cuba meminta duit dari kaunter tiket. Masing-masing seperti tidak puas hati kerana pertandingan tidak berjalan seperti sebelum ini. Beberapa orang penjudi marah-marah. Ada yang melaungkan kepada Pak Dik dan Rasy. 

" Hoi, bila nak laga ni? Aku bertaruh banyak ni." Kata seorang penjudi ayam. Kemudian beberapa penjudi serta pengunjung mula bising. Mereka menyatakan ketidak puas hati masing-masing dalam menyaksikan pertandingan itu. Pengadil mula naik berang.  Dia menyuruh pengunjung dan penjudi tenang dan diamkan diri. Dia kemudian pergi kepada Pak Dik dan Rasy. 

" Bos, macam mana ni? Kalau begini, rugi kita. Penjudi di luar sudah bising tu" kata Pengadil itu sambil menunjukkan muka yang takut. Pak Dik dan Rasy mula risau. Masing-masing cuba untuk membuatkan ayam mereka berlaga. Namun ayam mereka masih tidak berbuat apa-apa. Pak Dik semakin bimbang.  Dia berpaling pada Galak.

"Hei. ayam bodoh. Mulalah cepat. Adoii!!". Tengking Pak Dik kepada ayamnya. Begitu juga dengan Rasy, dia mula naik berang. Dia ambil seliparnya dan baling kepada ayamnya, Rek. Balingan tidak mengenai ayamnya. 

"Ayam tidak kenang budi. Aku bagi kau makan, minum, jaga baik. Ini yang kau balas." Tengking Rasy dengan mimik mukanya yang merah padam kerana marah. Begitulah manusia yang tidak berpendidikan dalam ilmu dunia. Penjudi-penjudi serta pengunjung juga masing-masing sedang memaki ayam di atas bong itu. 

" Kamu manusia bodoh, aku ini ayam, dan aku dicipta bukan untuk dipertaruhkan.Tugas aku memberi kamu kekenyangan dan bukan kesenangan namun aku boleh dijual untuk mendapat kesenangan" Tiba-tiba ayam, Galak bercakap. 

Semua manusia-manusia termasuk Pak Dik, Rasy dan Pengadil tersentak. Mereka diam.

Aku fikir mereka terkejut dengan kata-kata ayam itu. 


-Tamat-

Thursday, December 22, 2011

Cerita Pak Cik Buta di Taman Bunga

            SATU hari aku duduk ditaman bunga. Terlihat banyak bunga mekar cantik disertakan dengan bau-bau yang harum. Seekor kumbang datang hinggap pada bunga Orkid. Memaang cantik Orkid itu. Tiba-tiba seekor lebah datang. Menyerang kumbang itu. Maka, berlakulah pergelutan antara lebah dan kumbang. Aku fikir, kenapa mereka bergaduh?? Adakah kerana inginkan madu bunga Orkid itu? Aku cuba peleraikan, namun aku takut. Takut disengat dua ekor binatang itu. Aku perhatikan dua ekor kumbang dan lebah bergaduh. Tiba-tiba datang seorang pakcik tua yang buta. Dia duduk disebelahku. Dia cakap. "Harum bau bunga ini". Aku hanya mengiyakan kata-kata pak cik itu. Tiba-tiba Pakcik itu tanyaku lagi. "Kamu buat apa itu nak?" . Aku diam.

"Ni ha, tengok kumbang dan lebah tengan bersengketa". Jawabku.

"Kenapa mereka buat begitu?". Tanya Pak cik buta lagi.

Aku diam. Tiba-tiba pakcik itu kata. " Apalah kumbang dan lebah tu. Tidak cukupkah dengan banyak bunga di taman ini. Kenapalah pilih bunga yang satu itu.". 

Aku tersentak. Aku hairan. Apa yang ingin dikatakan sebenarnya oleh Pak cik itu. Aku tenung lebah dan Kumbang itu bergelut. Tiba-tiba Pak cik itu bangun. Dia meracau-racaukan tangannya dan kemudian dia berkata. "shuh! shuh! jangan berebut, kan banyak bunga ini. Kenapa-lah kamu nak bergaduh. Buat sakit tubuh saja."

Aku lihat kumbang dan lebah itu kemudan pergi. Aku hairan. Adakah mereka faham dengan kata-kata Pak cik itu ataupun mereka memang tidak mahu kena hempap dek tangan Pak Cik itu.  Aku beritahu Pak Cik buta itu. " Kumbang dan lebah sudah lari Pak Cik"

"Iya? Banguslah. Pak Cik pun hairanlah nak. Kenapalah dalam banyak-banyak bunga, bunga yang satu ini lah jadi taruhan. Apakah bunga lain tiada madunya.". Pak Cik buta itu kemudian pergi sambil membawa tongkatnya dan meninggalkan aku. Aku masih hairan. Apa yang ingin disampaikan oleh Pak Cik itu sebenarnya? 

- Kumbang dan Lebah bersengketa kerana madu pada sekuntum bunga Orkid-

p/s: tak perlu bergaduh hanya kerana inginkan sesuatu benda. 

Usaha dalam hidup untuk berjaya - Lumrah alam dunia sementara

             DALAM hidup ni, ada yang baik, ada yang buruk, ada yang berjaya dan ada yang sensara namun tidak semua yang menderita akibat sensara itu. Dan yang menderita ada yang berjaya. Begitulah lumrah alam ini. Allah telah menetapkan semua jadi makhluk di dunia ini tidak kira manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan mahupun zarah-zarah  yang tidak dilihat sekalipun. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berusaha. Berusaha untuk menjayakan hidup kita walaupun kita tahu bahawa penentu masa depan kita adalah sang pencipta. Namun tanpa usaha, kita pasti tidak dapat merubah kehidupan kita di masa hadapan. 

Ramai orang cakap ' kita hanya mampu usaha dan allah yang menentukan'. Itu betul. Betul juga bagiku. Namun perkataan 'Usaha' itu , ramai yang 'buat tak tau'. Iyalah, apa tidaknya, mereka tahu dan aku juga tahu, namun tidak mengaplikasikan 'usaha' dalam kehidupan mereka. Tidak dinafikan ada yang berusaha. Dan ada yang berjaya dalam usaha mereka. Ada juga yang menimpa 'kecelakaan' walaupun sudah berusaha, ada juga yang 'celaka' dalam berusaha. Yang ditimpa, yang berjaya itu sudah semestinya bagus, dan aku ucapkan 'syukur' namun sebaliknya yang 'celaka' ini kita jauhkan. 

Maksud 'celaka' yang aku ingin katakan ialah golongan manusia yang berusaha dan bijak dalam melakukan usahanya, namun 'arah' usahanya itu salah. Contohnya: Penjenayah yang berusaha untuk melarikan diri dari pihak polis. Pengedar dadah yang berusaha dalam mengedar dadah kepada penagih. Dan sebagainya. (anda tentu faham). Itu adalah 'celaka' namanya.  Kebanyakan yang aku lihat orang2 yang banyak melakukan jenayah ini adalah orang2 yang berlatar belakangkan orang yang bijak pandai. Tapi kenapa aliran yang diambil itu salah. Kenapa mereka memilih jalan yang salah. Allahuakbar!!! 

Kalaulah orang sebegini berusaha ke arah jalan yang baik di samping mempunyai nilai ilmu yang tinggi, adalah bagus. Pasti mereka berjaya kelak. Namun... Aku pun tidak boleh nak cakap. Begitulah kehidupan di alam ini. 

Berbalik dengan orang yang sensara menderita. Dalam hidup ada yang menderita, ada yang sensara dan ada yang gembira. Namun bagi yang ditimpa kecelakaan, anggaplah itu sebagai ujian dari Allah kepadanya. Allah sebenarnya ingin menguji sejauh mana kesabaran golongan ini dalam menempuh kehidupan mereka. apakah hikmahnya? 

Walaupun tidak ditunjukkan dengan jelas, namun kita sendiri pernah belajar. Belajar akan apa itu Pahala-dosa. Demikian bagi orang yang banyak bersabar, banyak berdoa, nescaya mereka pasti ditempatkan di syurga. Hikmah tidak semestinya ditunjukkan dan ada juga yang kita nampak. Tetapi aku tidak cakap yang aku nampak 'hikmah' itu. Apa yang ingin aku katakan ialah melalui contoh ini:

Sebuah keluarga yang terlalu daif hidupnya, memiliki pula 9 orang anak. Si ayah-ibu selalu keluar mencari rezeki untuk menyuap anak-anak makan, sekolah dan sebagainya. Namun mereka tidak lupa akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak dalam ilmu agama, dan matapelajaran, serta erti kehidupan. Dengan berkat kesabaran ibu-bapa itu akhirnya  anak mereka besar dan berjaya.Anak-anak masing-masing memiliki kerjaya besar, miliki kereta mewah-mewah, miliki rumah sendiri dan harta. Dan anak-anak itu yang diajar erti kehidupan, erti ilmu, erti agama masing-masing tahu akan kesusah-payahan ibu-bapa mereka. Akhirnya mereka pula yang berebut-rebut untuk menyara ibu-bapa mereka(yang masih hidup). Alangkah bahagianya seorang ibu-bapa itu apabila mereka dilayani sungguh mulia oleh anak-anak mereka. Alangkah bersyukurnya seorang ibu-bapa itu kerana dihargai penuh oleh anak-anak mereka. Dan alangkah bertuahnya anak-anak itu kerana dididiki dan diasuh oleh ibu-bapa mereka. Kesemua mereka pasti ke syurga jika terus berpegang kepada doa, sabar dan menuruti perintah Allah. Insyallah. 

Kita lihat ayat contoh di atas. Apa yang ingin aku katakan ialah ibu-bapa sudah berusaha mencari rezeki, dan berjaya mendidiki anak-anak mereka sehingga berjaya. Anak-anak pula berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam menghargai ibu-bapa mereka. Apakah bahagianya keluarga itu. Semoga sama2 berdoalah agar kita dijadikan dalam keluarga sedemikina.  Insyallah....:)

Setakat ini saja yer kawan2... Banyak lagi nk cerita ni, tapi....maklumlah, saya ni budak kecik dalam dunia pengetahuan, dan apa yang aku rasa betul, itu yang aku tulis. Agar kita faham dan selami apa yang ingin aku cakapkan....Semoga terhibur dengan kata2 ku diatas yer....


Wednesday, December 21, 2011

Pulau Pangkor, Dis, 2011 - Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa

        SELAMA 3 hari berada di Pulau Pangkor untuk menghadiri 'event' Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa bersamaan dengan pelancaran buku 'Puisi Pangkor' pada 17, 18 dan 19 disember 2011. 'Event' yang sangat meriah kerana mendapat sambutan daripada orang ramai terutama peminat-peminat sastera, puisi dan sebagainya. Dan aku salah seorang pengunjung di sana. Aku kira ramai juga nama-nama besar yang menghadiri 'event' tersebut, antaranya ialah SN Dato' Kemala, En Malim Ghozali PK, Siso, Rahman Syaari, Roslan Mahdun, A Rahim Abdullah, Normala Samsudin (pengacara), Aris Ariwatan, Kumpulan datang dari Sumatera Indonesia, Thailand dan ramai lagi pengiat seni lain menjayakan majlis tersebut. Majlis yang dirasmikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir (Menteri besar Perak) itu sangat-sangatlah meriah dan mendapat sambutan daripada orang ramai terutama penduduk Pulau Pangkor itu sendiri. Aku kira ramai juga yang hadir. Mana tak-nya, dari ASWARA, (kami) sudah sebuah bas, Pelajar UKM, sebuah bas, Pelajar UPSI, dalam 5 buah bas. Itu baru pelajar, ditambah pula dengan pengunjung-pengunjung lain, lagi meriah.  Dan memang meriah sekali.

        Pada malam penutup, Majlis tersebut dihadiri oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengamit seribu makna kepada kami dan aku. Meriah sungguh malam itu. Aku adalah salah seorang yang bertuah kerana dapat menghadiri majlis yang besar itu. Terima kasih. 

        Akhir sekali, ucapan beribu-ribu terima kasih kepada Hj Mohamed Ghozali Bin Hj Abdul Rashid ( Malim Ghozali PK) kerana menjemput kami dari ASWARA untuk menghadiri majlis besar itu. Jika ada majlis sebegini lagi, Jemputlah kami di sini. Insyallah kami akan datang..... 


Dibawah ialah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan di malam terakhir (Majlis Penutup) 'event' Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2:


Raja Muda Perak Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Muhibbuddin Azlan Shah bertemu rakyatnya semasa tiba di Dewan Majlis tersebut. Raja berjiwa rakyat.


Baginda besalaman dengan rakyatnya. Diiringi oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir dan beberapa pengiring baginda. 


Itulah Malim Ghozali PK. Orang yang menjayakan 'Event' tersebut. 


Di sisi itu ialah Sasterawan Negara ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya KEMALA. Beliau turut menjayakan majlis Puisi dan Lagu Rakyat Peringkat Antarabangsa tersebut.


Dan inilah Aku berada di dalam dewan tersebut... hehehe...  :)


p/s: Dapat jgk bersalam dgn Raja Muda Perak. 

Tuesday, December 20, 2011

Jiwa lara memikir - ke hadapan

Bila tenang hati mula kusut,
kusut memikirkan masa belakang,
yang mengajar erti pengalaman,
dalam menjalani liku kehidupan.


Aku berada di tengah jalan kehidupan
yang aku tidak tahu akan di hadapannya,
entah jalan mati atau tidak,
tetap juga aku tempuhi.


teringat pula pada pulau pangkor yang indah biru lautnya, jernih airnya, ramai pengunjungnya, banyak rumahnya, tinggi bukitnya.

Wednesday, December 14, 2011

Khazanah di Sungai Kelantan - memancing Udang bersama sepupu dan kawan..


Dua budak hitam,  main tepi telaga.. Satu dapat ikan, sorg lagi  ternganga.. Tu dia kawan aku yg gemuk, namanya Suwan ( air suan), sorang lagi Spupu aku aki atau  (kuki krisp)...Gigih duk tngh perhatikan mancing diorg..Hahahha..



Tu spupu aku jgk...Mak Apik atau selalu di panggil (sanggupal @ John Junior). Pun duk mancing jgk...


Ni?... Tah la sape...Haahhaa.....


Kami macing kt sini lah...Sungai kelantan.. View dia pun cantik jgk, kalo duk ptg2 sini best...Di tiup plk dgn angin petang yg sejuk..Perghhh..layan tido beb.... Tapi mancing tetap mancing... 


Inilah hasilnya duk sepetang memancing di sungai Kelantan... Boleh la..Nak kate kecik, nampak dh macam ayah udang dh..Sakit jgk kene sepit dia tadi, bedarah sudah jari tangan sikit...Hehehhe.... Tapi enjoy la..


Sebenarnya mancing tu mmg satu hal yg aku buat.. Tapi duk sana kan, alahai, tenang sungguh hati ni. Sambil2 mancing sambil2 menghirup udara segar yg ditiup angin sepoi2... Memang tenang la...Kalo tido kt situ, adoi... sedap gile....Sapa2 yg kai mancng, bolehlah cuba mancing kt Sungai Kelantan plk..Pasti dlm mancing, akan ada hasilnya. Ditambah dengan berkat sabar....Hahaha.. 

Udang adalah salah satu hasil yg pernah aku dapat di Sungai ni, ada lagi cmm ikan belida, tengok sini :http://ujeyy89.blogspot.com/2011/07/2-kilogram-belida-sungai.html . Ikan anak pari sungai pun pernah.. Lagi ikan baung.. Tu yg pernah saya dapat la...Tapi sapa tau kan, ada lagi yg besar dan kepelbagaian... 

Sekian, selamat memancing kepada peminat mancing di luar sana.... :)

Sunday, December 11, 2011

Picnic with Fmly at Serendah waterfall - hihi

Ari ni hari ke tiga mak ayah aku mai KL.. Hari ni hari ahad..So hari ni la bnyk free - cuti kan. kitorg g picnic bersama fmly pakcik2..


Tudung biru, nenek, oren ma saya, coklat duduk tu mak cik, n sorng ag pun mak cik jgk.



Baju hitam adik pmpuanku yg baru nak masuk tingkatan 5. Sorang lagi spupu aku. Yg kecik2 kt dpn tu sume anak2 pakcik(spupu aku)



Posing lagi...hahha.. Bersama pak cik aku..



Tu la..Budak2 baru kenal air.. Rela tu xmandi smata2 nk mandi kt air terjun..hahahha..dari kanan dan kedua kanan tu adik aku. Tih dan mek yan dan yg paling besar tu pn adik aku jugak... lain2 sepupu spapat spipit spopot2...haha



Ada yang mandi, ada juga yg main buai2... Yang duduk jaga budak2 tu, abang aku...



Alamak!!! kantoi sudah. xjadi nk tunjukkan budak kecik duk berenang..... Yang kecik tu Anik Mikail. Anak ketiga pakcik aku.... Suka bermanja2 budak tu.. hehe..


Eh..eh... terlepas plk sorang ni....Ni anak sulong pak cik aku yg sorang lagi...Dia ni skolah pagi petang tau. Pagi skola biasa, petang plk skolah agama... Otak bijak nnti budak ni - selarang dgn otak agama..


Eh.. Ada pulak budak kecik ni..Tadi duk berenang dlm air, skrg dh tukar dh...hhehe... Yg dukung budak tu, tah lah org dari planet mane... Hahahahahha......:P


Sekian saja gambar yg dpt ku amik utk picnik kt situ.. Sbnrya banyak lagi, tp xperlulah masukkan sume..Banyak sngt plk...

Credit to Samsung galaksi S plus kerana gambarnya boleh tahan.. Xperlu nk save duit cari nikon...hehhehe...

Saturday, December 10, 2011

Sudah 14 tahun aku tak nangis - akan datang??

INGAT lagi aku sewaktu umurku 8 tahun. Masa itu Arwah Moyang perempuan pergi ke Mekah bersama datuk dan nenek. Ibu bapaku hantar mereka. Dan masa mereka ingin bertolak, aku menangis.. menangis dan menangis sampai mataku merah. Memang sedih sekali, dan aku tak tahu kenapa aku begitu sedih dan menangis. Selepas itu, aku henti menangis. Dan jalankan kehidupan biasa. 

Selang dua minggu Arwah moyang di mekah bersama datuk dan nenek. Ingt lagi aku, masa tu lebih kurang pukul 5 ptg. Satu panggilan dijawab oleh bapa aku. Panggilan dari Datuk di Mekah. Aku dengar sikit perbualan mereka. Aku juga dengar perkataan 'innalillahhiwa'inna ilairajiun'. Masa tu aku sudah faham apa maksudnya. Cuma aku tak tahu ucapan itu kepada 'siapa'. Lalu ayah matikan panggilan telefonnya. Dia pergi kepada ibu. Ayah cakap 'Mok' (arwah Moyang) sudah tiada. Aku mengerti kata-kata 'tiada; itu.. Aku mengeti. Dan tanpaku sedari, air mataku keluar disertakan dengan mimik muka budak yang menangis teresak2...Sungguh. 

Itulah kli terakhir aku menangis. Sekarang, tidak tahu kenapa, aku memang sukar untuk menangis. Apa kerana aku tidak pernah lagi alami perkara menyedihkan? Tidak. Aku sudah lalui itu. Namun tidak juga menangis. Allahuakbar. 

Dan sebab itulah sampai hari ini aku tak nangis. Dan aku ingin merasakan menangis lagi. Sesiapa yg berjaya buatku nangis, aku pasti akan hargai mereka itu. :))

Wednesday, December 7, 2011

DUA-dua tak boleh harap - Tak semua.


Dua-dua aku katakan tidak bijak,
Kerana masing-masing memikirkan keuntungan diri,
Dasar pentingkan diri.
Kenapa tidak fikirkan orang yang buatmu untung.

Dua-dua ku katakan tidak pandai,
Kerana terlalu pentingkan agenda peribadi,
Dan tidak kepentingan sekeliling,
Yang buat kau maju.

Dua-dua ku katakan sombong,
Kerana tidak bertegur sapa sesama mereka,
Tapi tegur pula orang biasa,
Senyumlah sekali sebagai sedekah kepada dia.

Dan kedua-dua aku katakan ada ciri-ciri yang mudah nampak,
A cakap perlu siasat sampai ke akar umbi,
B pula cakap kita sabar dan cari perlahan-lahan,
Dua-dua betul dan aku akan pilih untuk mendapatkan kepentingan semua.

Teringat kata-kata seorang tua,
Kamu pilih orang atau pilih beribadi?
Aku fikir betul kata orang tua itu.

Ungkapan sesuatu tak terucap

Sesuatu yg aku tahu, aku lihat, aku dengar dan tidak dapat di ucap dengan kata-kata. Bilaku tenung lama, ku tenang. 

-Langit biru disertai angin sepoi2 di hari petang yang mendung -

Paling aku tak suka.

"Ibu abang datang ke sini ke hari ni? kenapa dia datang??"


KENAPA???

Apakah kedatangan mereka membantutkan urusan kamu? Adakah kedatangan mereka buat kamu serabut? Bagiku tidak. Dan aku akan gembira bila mereka datang di tempat kita. Nak tunggu kita datang ke tempat mereka susah (sbb sibuk dgn kerja).

Itu ibu kami. Kalaulah ibu mereka, tak datang pun suruh datang.  Kalaulah kami boleh menyayangi dan menghormati ibu bapa kamu, kenapa tidak kamu berbuat begitu?

Apakah patut ada pertanyaan, dan bukan penyataan.

 Contohnya: "betulkah datang, nanti nak jumpa ibu abang boleh? rindulah dkt dia.lama tak jumpa."


-Aku paling pantang bila kekasih or isteri ckp gitu kt ibu bapa aku-

Monday, December 5, 2011

Makan tengahari budak bujang - hari ni



Boleh la mkn utk hari ni... Kenyangkan perut..Sedaplh jugak...heheehe.Jemput2!!

Tuesday, November 29, 2011

UTOPIA - Lumrah alam

UTOPIA - selalu org anggap macam komik, tapi maksud sbnrnye xtau...Pe yg dimaksudkan dgn Utopia ialah sesuatu yg 'perfect' dalam kehidupan. Maksudnya  dalam dunia ni:


Ada yang baik, ada yg jahat
Ada yang kaya, ada yang miskin.
Ada yang lapar, ada yang kenyang,
Ada yang buruk, ada yang cantik.
Ada yang hina, ada yang dipuji,
Ada yang pandai, ada yang bodoh.
Ada yang Tampan, ada yang hudoh.
Dan macam2 lagi.....

Maksudnya, dalam kehidupan kita, macam2 yg kita jumpa baik dari segi perangai, ilmu dan macam2 lagi.. Jika semua baik, semua tampan, semua kaya, semua kenyang, semua +ve, maka xjadi 'Utopialah'... Tak naturallah alam. 


Friday, November 25, 2011

Sederhana

Ada orang cakap kaya tidak penting. Ada juga yang cakap kaya itu penting. Bagiku, sederhana lebih penting.  

Tenang di malam sunyi

Sejenak berikir dikala malam,
Di temani deruan kipas angin,
Menyejukkan suhu badan yang kepanasan kerana berfikir,
Akan nasib di depan hari.


Sepi malam ditemani cahaya gelap,
Ditemani cahaya lelangit malam yang cerah akibat cahaya lampu-lampu 
Di tengah bandar tumbuh,
Seperti cendawan tumbuh di kayu reput.


Aku kesepian ditemani komputer riba yang biasa,
Aku kesepian ditemani kerja yang berlambak,
Aku kesepian!
Ditemani jiwa yang kusut yang meracau-racau memikirkan masa depan.


Indah sungguh malam gelap,
Tiada bunyi di bandar metropolitan ini,
Tenang hati dalam kacau,
Dan aku tetap tenang.


Teringat sejenak akan bunga sendudup,
Tumbuh meliar di batasan tali air di sekitar sawah padi yang terbentang luas,
Cantik juga tumbuhnya.

Thursday, November 24, 2011

Renungan sejenak x0x0-2

Kenapa tidak kau katakan yang kau sudah perkosa bahasa sendiri. Kau selalu gunakan kata2 ' dalam mesej2 kau, dalam chat2 kau. Susahkah menggunakan bahasa kita sendiri.
(-untuk aku juga-)


Jangan kerana nama kau sudah di sanjung, kata2 kau, aku akan ikut. Maaflah, kerana aku akan ikut kata2 yang betul. Bukan kata2 yang salah.. Salah yang menjatuhkan kita semua. Aku mahu yang betul2.
(-Untuk kau-)


Melihatkan alam yang dahulu lebih tenang dari alam yang sekarang. Pokok2 kayu di hulu lebih indah dari pokok2 batu di bandar. 
(-Haba semakin meningkat-)


Kenapa kita selalu bingung dalam memikirkan samaada telur atau ayam yang keluar dahulu. Jawapannya muncul apabila ayam itu yang bercakap.
(-kuasa tuhan-)


Kalau lembu bertelagah dengan kerbau, aku akan pilih talinya. Kerana tali boleh mengheret binatang itu semua dari menyeksakan binatang.
(- Penyelesaian-)

Wednesday, November 23, 2011

Renungan sejenak.... x0x0

Orang buta ingin ke tempat dituju. Dia berjalan menggunakan tongkat sebagai petunjuk arah. Juga gunakan tangan untuk meraba sesuatu. Dan guna telinga untuk mendengar. akhirnya dia sampai juga di tempat itu. Jangan perli dia buta hanya kerana buta penglihatan.


Tidak perlu menyimpan benda yang tidak penting dihatinya. Tidak perlu menahan benda yang tidak diterima dada. Tidak perlu melaratkan diri dengan tubuh yang tidak seberani. Tidak perlu menidakkan kata yang pasti. Ucap sahaja maaf agar kembali ke duniawi ilahi.


Aku suka bergurau dengan kawan2ku. Dan aku suka menyakat kata2 mereka untuk membuatkan mereka ketawa. Bila mereka tidak ketawa, sedih. Aku pasti,dan pasti akan cuba untuk menolong mereka ketawa. Kerana mereka adalah kawan2ku.


Ego. Perlukah jadi Ego? Perlukah jadi Sombong? Demi kepentingan diri. Aku rasa tak perlu kerana ia menunjukkan kebodohan diri sendiri sahaja.

Bila api bertemu angin. Api akan menjadi lebih membawa. Pasti akan semakin besar dan besar api itu. Kenapa tidak saja api bertemu air. Supaya dapat meredakan ke-baraan api. 

Orang yang sabar adalah orang yang paling mulia. Kenapa kita tidak boleh jadikan kesabaran itu sbg satu perkara utama dalam menjalankan kehidupan harian. Apakah susah? susah untuk mengaplikasikan kesabaran dalam diri. 


Petikan dari satu iklan/movie:
"bila kita ada duit, kita terima dunia. Bila kita takde duit, dunia pula terima kita."


Jika tidak kerana budi, manusia sudah mati peribadi. Jika tidak kerana sakti, manusia lupa untuk mengingati.


Bagaimana minda kita dijajah? Tengoklah anda sekarang.  Segala-galanya sudah dijajah.


Tuesday, November 22, 2011

KITA SUDAH DIJAJAH

Hari ni aku belajar sesuatu.. Nk cite la sikit ni ttg pe yg aku blajar la ttg 'Kita telah dijajah"...

Cite dia gini..jeng, jeng, jeng!!!

Di jajah..Di jajah ialah kita telah di gunakan @ diaplikasi oleh orang luar(barat). Walaupun hari ni kita tidak dijajah dari segi jajah negara, tapi kita leka sebenarnya kita telah dijajah dari segi dalaman. Maksud aku ialah dijajah dari segi pemikiran kita. Barat ni pandai tau. Diorang keluarkan produk2 macam2, seperti video, pakaian, kecantikan, buku2 menarik, hiburan, makanan minuman dan sebagainya. Melalui perkara2 seperti ni lah, kita berjaya dijajah mereka. Betul ke?

Memang anda sudah dijajah. Aku pun telah dijajah. Kenapa?

Sebab hari ni,
  1.  kita pakaian cantik2, seksi2, smart2, dan kenapa kita tidak saja pakai jubah? jubah zaman nabi..Sebab fesyen kan..Pe baran jubah, x smart/hansome langsung kan... Dan wanita kenapa tidak pakai tudung(sesetengah wanita)..Sebab panas, nanti rosak rambut kalau pakai tudung.  Baju pun lawa2, singkat, nipis...Kenapa gitu? Sebab nak baju simple jer..Tak nak la yang susah2, labuh2... susah nak bukak nanti..Tmbah2 panas kan...
  2. Kita makan hari ni semua nak cepat, simple dan mudah. contohnya KFC, MCD dan sbaginya.. Kenapa tidak saja masak di rumah? Ala, lambat pulak nak pegi keje. Leceh la masak kan.. KFC, PIZZA, MCD kan senang, xnak tunggu, boleh pesan dan hantar kt rumah. ..akhirnya anak2 gemuk2, tak macam org kampung anak semua cukup sifat, sebab makan berkhasiat.
  3. Hari ni kita syik tengok cite2 aksi, thriller, horror dan sbaginya di pawagam or movie d Tv.. Kenapa tidak kita tengok cite2 bermakna( berilmu)? Sebab cite tu boringla..Tak ada aksi2, cite pun cm ceramah. Boring la...Kalau movie2 kan best. Actor pn hansome2 cantik2.. kan..
  4. Hari ni kita selalu pegi jalan2 dengan naik kreta, motor. Kenapa tidak kita jalan kaki jer? ala, jauh la, lagipun nk jalan kaki letih la... Kita lupa sbnrnya dgn jalan kaki tu satu senaman. Menyihatkan badan.
  5. Hari ni kita sering bercakap kasar, maki2, mengumpat2, marah org tu org ni. Kenapa buat gitu? sebab diorg bodoh kan. Jadi kena lah marah, maki2...kan... Sebenarnya kita lupa/ kita sudah hilang sifat rohaniah dalam diri kita.
  6. Jom kita tenangkan fikiran. Dimana ye? Clubbing je lah. Dengar lagu kuat2, dan berjoget. Bleh hilangkan tekanan perasaan. Kan... Kenapa tidak saja kita buka Al-quran dan baca. Kenapa kita tidak buat solah hajat?minta ketenangan? Alah..semua tu nanti kita free je la..Lagipun nk g clubbing bukan selalu. Ada duit jer baru bleh pegi...
Itu lah maksud ku dijajah. Aku pun sudah dijajah. Semakin lama kita di jajah, semakin mudah barat nak rampas kita/ nk bawa kita ke jalan kesesatan. Hanya kita saja mampu mengubahnya. Kenapa tidak hari ni kita lahirkan satu semangat baru, satu jajahan baru. Kita kena bangkit dan kita kena menjajah. Kenapa kita tidak pula menjajah mereka. Alangkah bagusnya jika kita yang menjajah. Menjajah ke arah kebenaran.  Kita pula keluarkan produk yang boleh menjajah barat. menjajah dari segi kebaikan.

Sedikit sebanyak perkara tidak seberapa diatas utk renungan bersama. AKU PUN TELAH DIJAJAH.....

p/s: cuba utk baiki diri agar tidak dijajah sepenuhnya. Insyallah...

Sunday, November 20, 2011

Tips untuk hilang rasa serabut - AKU

Anda SERABUT? Bukan saja anda, aku pun serabut. Tapi aku ada cara nk share2 la kt korang cara nk hilangkan Keserabutan dalam diri. Terutama kepada pelajar, macam aku la jgk... hehe. nk kongsi la sikit, aku ni dahla malas, n bile2 mase jer aku ada kejer.Baik keje dgn kwn2. mahupun keje persendirian(asigment la korang).......hehe.. So bile tibe jer mase nk pikirkan asigmnt, memang serabut, tambah2 kalo time tu bnyk pulak hal nak kene buat.. Asgmnt dah satu hal, tambah pulak kejer2 yang orang mintak suruh buat.. ADoi.... tapi kan korang, time2 serabut gitu, aku akn buat bende tau..benda yang boleh hilangkan serabut aku ni..Ha... ni la nk kongsi, mane la tau korang cube tips ni pastu korang rase hilang serabut(stress/tensyen) tu.... haa... ni dia:

  1.  bila aku serabut aku akan p jalan2 kt tmpt cantik2, yg ade angin sepoi2 bahasa...Biase aku akan g taman, g tasik2 tengok orang mancing or pemandangan.
  2.  bila aku serabut, aku akan tengok cite2 cartoon or cite2 lucu2..spt cite P. Ramlee, Stephen Chow, Jim Carey , M.Bean n banyk lah lagi cite2 lucu..Mase gelak ketawa tu lah kite akan hilang rasa serabutnya.
  3. Bila aku serabut , situasinya jika aku duk kt bandar2, or kt restoran, ak aka cuba bersedekah jika ada orang mintak sedekahlah..Tapi pilih jgk nk bagi kt sape..kalo orang tu betul2 memerlukan saja kita bagi, Kalo penagih baik xyh bagi.. Mase pas bagi sedekah tu lah aku akan rasa cm tenang jer..betulla kata guru2, ustaz2, sedekah leh tenangkan jiwa...
  4. Kalu aku serabut, ak akan g cari kwn2, lepak2 borak2 kosong..Ade jgk gelak ketawa..N then leh hilangkan stressan aku...
  5. Kalu aku serabut, aku akan g main games..Contoh kalo ade cuit banyak sikit, aku akan g men snooker ke, rollercoster ke..perghhhh....leh hilang terus tekanan jiwa lara ni...
  6. Kalo aku stress, aku akan g mancing..Hobi la..Kalo korang ade hobi lain, buatlah hobi masing2...Leh hilangkan serabut tau...
  7. urm, kalu aku serabut, aku akan tenangkan diri dgn tido..Hilang segala masalah bila tido tu..

Tu jer yg seingat2 aku lah...nnti if ade lagi, ak ckp jer kt Comment..heheh..Selamat mencuba..

First time aku buat.

Ni nk cite la sikit pe yang first time tu.

Satu hari yang gelap( malam- pukul 11.00), aku g hantar bakal kakak ipar la kt UPSI dgn abang aku. Maklumlah diorang dah letih g date, so mase nk g hantr diorang, dia ajak la aku g. Temankan ( tolong drive) . So aku bawak la kete tu Vios 1.5 wane gold. Time g sane, biase lah, bawak pun xlaju la. Dalam 110 km/j lebih kurang. Pejalanan ambik masa dalam 45 mnit nk sampai. So sampai la kt sana. Lepas hantr bakal kakak ipar, kitorang pun pulanglah ke rumah sewa(damansara).Esok plk kelas. Mase tu aku dh baru nk baik demam. Time pegi aku drive, time balik pun aku yang drive. So kami pun pulanglah. Lepas je tol UPSI tu, kami pun turunlah susur ke Kole Lumpo. Kt situlah aku nak cite ni...jeng, jeng, jeng.

Kalo korang nk tau, aku memang suka jgk la bawak keta laju. Hehe...tapi x lah selau keta F1 tu.. Laju setakat berani je la... Seingat aku lah mase tu sudah pukul 12.15 p.m. Aku di sebabkan jalan Clear, aku pun pe lagi, PECUT!!!! sudah.... mase pecut aku tak pandang meter kete.. Then bila aku rase dah sangat2 laju, baru aku pandang la meter tu. Sudah mencecah 160 km/j n nak g lagi tu ... Perghhhh boleh tahan jugak... Hehe....kali pertama aku drive kete.. Biasenye tak sampai setahap tu aku drive. Mase balik kg pun aku bawak slow jer. Pejalanan dari KL-Klntn. Maklumlah jalan nk balik klntan tu bukit2 belok2...bahaya kalo bawak laju. so aku drive jer 100-120 km/j gitu la... Berbalik yg tadi.. Tu lah first time aku Drive selaju 160km/j di jalan raya, Terasa jgk macam pelumba.... tu

Tu lah kisah yang nk aku cite sbnrnyer......FIRST TIME mybe la....

p/s: harap2 xde 'Speedtrack'. Mungkin la...

Rohaniah dalam diri

Kita sering disuruh berbuat baik sesama manusia. Kita sering disuruh memaafkan orang lain. Kita disuruh belajar mencari ilmu. Kita disuruh meminta maaf jika melakukan kesalahan. Kita disuruh bercakap jujur dan ikhlas dalam sesuatu hubungan. Kita disuruh beralah dengan sikap orang lain. Kita disuruh bersabar dalam apa jua perkara. Kita disuruh bercakap berhalus/ sopan santun dengan sekeliling. Kita disuruh menghormati orang lain tak kira tua atau muda. Kita disuruh untuk tidak melakukan perkara maksiat.


- Itu semua adalah rohaniah. Rohaniah yang perlu dilakukan oleh kita manusia di dunia. Perlu ada dalam diri kita semua.

p/s:Hal di atas sedikit sebanyak yang dapat ditulis dan di ingati semasa aku belajar.

Takdir tidak boleh diubah dan boleh diubah - terjadi tanpa disedari

Takdir ajal maut memang di catat bila2 oleh allah s.wt dan takdir itu tidak boleh ubah sama sekali. Namun takdir 'lain' boleh diubah. maksud takdir 'lain' ialah takdir2 seperti :
contoh: amik jurusan ekonomi tidak semestinya menjadi usahawan. Ada yang bekerja di bawah agensi kerajaan.

Maksud disini, kita di takdirkan mengambil jurusan dalam bidang ekonomi, belajar semua tentang ekonomi, namun bila kita keluar, kita sedar kita sudah menjawat jawatan kerajaan. Itu bermakna kita tidak di takdirkan untuk jadi ahli ekonomi.

Contoh: Mak ayah, orang kampung semua menyuruh kita untuk menjadi doktor, tetapi akhirnya kita hanya bekerja sebagai pemain muzik. itu menunjukkan takdir kita bukan di bidang kedoktoran, tetapi kesenian. Secara tidak langsung, kita sudah berjaya lari dari takdir yang ditentukan kepada kita untuk menjadi doktor.

Contoh: seorang bapa yang mahukan anaknya menjadi menteri bila besar nanti. Tetapi akhirnya dia menjadi ustaz.

-Takdir yang di maksudkan itu bukan takdir Allah tetapu takdir yang di minta @ takdir yang di suruh.

p/s: belajar dari pemikiran/ falsafah.

Tuesday, November 15, 2011

KAn Aku Dah CAkap buat yang penting dulu - ASGMNT

A ialah watak buatan xtahu sape2
B ialah aku...

Open Scene

INT / BILIK SEMINAR - SIANG

Dua orang pelajar duduk di kerusi. B sedang memetik keyboard laptopnya. A memerhatikan B. A bangun dari kerusinya dan menuju ke B. A melihat pada skrin laptop B. Pada skrin terpapar gambar 'Blogger'. A melihat B gigih menaip sesuatu pada blog. Tiba-tiba B berhenti. Dia pandang A.


A : Eh, apa kau buat?
B : Nk update Blog.

A : Kerja kau, tak de pun kau nak update.
B : Aku dah buat dah.

A : Bila submit ?
B : Hunjung bulan ni.

A : Ade berapa banyak lagi kau tak siap kerja kau?
B : Urm, dalam 1000 page. Bersamaan dengan 5 asgment.

A : Agak-agak boleh siap tak?
B : Boleh kot.

A : Kot?
B : hehe.....(ketawa dalam sedih)

A : KAn aku dah CAkap, jangan duk asyik main ni. Update benda ni lagi. Buat dulu kerja siap.
      Barulah boleh online...
B : baiklah....

B bermonolog : " Waaaa!!! kerja x siap lagi.. Macam mana ni. Macam mana nk enjoy.. Macam mane nk g joli..Macam mana nk g bercuti.. Xmo sambung sem, xmo repeat lagi.... Baik lah"

BLACK OUT - - - - - >>><<<- - - - - - TOU KCALB

Oke lah..Hari ni, lps jer update blog. aku bertekad, aku nak siapkan dulu sume asgment2 aku.. Aku janji, selagi xsiap kerja,aku takkan update blog.....Hehehe(janji).....

p/s: boleh ker tekad ni jadi kenyataan???

wait n see....

Friday, November 11, 2011

Rindu design lama..... :P

Rindu design blog yg dulu.. Tema dia sama dgn nama blog ni..Design yg ade burung 2 ekor kt tepi post....lebih kurang la...Tapi  lps aku tmbh gadjet kt blog, terus jadi kucar kacir  sume post aku...waaaa.... xpe2, nnti aku nk cuba buat balik design tu....

Wednesday, November 9, 2011

Aku bukan Putera Mr Cinderella.

Aku berjalan di lorong basah,
Bertemu dengan Puteri Cinderella,
Cantik dan tidak sama,
Kita.
Aku cuba putihkan kulitku,
Dengan minum susu,
Dan hitamkan kulitnya dengan air kopi,
Tetapi kita tetap berbeza.
Lalu aku jalan di lorong basah dengan memikul barang.
Selamba menyebut: Kain lelong, baju lelong, seluar lelong!
Beli , beli...Beli kak, makcik, abang.!
Dengan senyum, sedih meninggalkannya,

KITA TAK SAMA - KAWAN-MANUSIA-PERANGAI

Utama sekali aku memang ingin meminta SERIBU kemaafan daripada seorang kawan kerana telah aku menyebabkannya terasa , terguris, terhancur, termusnah hati gara2 kata-kataku. Aku sudah cuba utk membetulkan, menyamakan, mencuba, menahan...Tetapi aku tetap tidak sama. Tidak sama dengan apa yang kamu minta. Aku tidak sama dengan apa yang kamu anggap. aku tidak sama dengan apa yang kamu rasa, Kerana aku manusia. Manusia yang tidak sama nilai, sikap, perangai, kebaikan, keburukan, keperluan -yang kamu inginkan itu. Kerana aku adalah manusia. Manusia yang sama seperti kamu. Kamu tidak seperti orang lain, sama juga aku. Kamu tak sama dengan dia, sama juga aku. kamu dan aku tidak sama, tidak sama dengan semua manusia, tidak sama dengan semua benda.

Kamu, aku - kawan... Selama-lamanya aku akan anggap kita kawan. Walaupun kamu sudah tidak suka berkawan dgnku. Aku bukan jenis lupa kawan, aku bukan jenis pentingkan diri tapi aku hanya suka berkawan, insyallah aku akan cuba untuk pentingkan kawan-kawanku dari diriku. Aku tidak memilih kawan. Kawan jahat, kawan baik, kawan miskin, kawan kaya, kawan hodoh, kawan cantik, kawan bodoh, kawan pandai... Aku tetap akan berkawan, jika itu kawanku. Tak semua kawan-kwan yang +ve itu baik, dan x semua kawan-kawan yang -ve itu jahat/buruk. Semua itu dari diri sndiri. dan Tak semua kawan yang bodoh, hodoh itu tidak mengerti erti perasaan diri/hati.. Sama juga aku. Aku tidak pandai, aku tidak bijak, aku tidak baik, tapi aku adalah manusia. Manusia yang punyai perasaan yang dimiliki oleh semua orang.

Kita adalah manusia yang diciptakan oleh pencipta kita (Allah s.w.t). Dan kita di cipta tidak sama bentuk rupa, jauh dari dalam diri. Tidak sama. Namun kita di cipta untuk belajar. Belajar erti kehidupan. Kehidupan yang sama dengan manusia lain. Namun kita tidak sama dengan mereka dari segi rupa paras, hati, perangai, dan sebagainya.

Perangai.. Kamu berperangai buruk, samalah aku. Aku juga punyai perangai buruk. Dan jangan kamu merasakan perangai burukmu itu membebankan kamu, membuatkan ramai orang tidak suka. Mungkin juga. Kamu boleh hindar semua tu. Kamu kena bangkit, cuba, cuba dan cuba untuk menghindar perangai buruk itu. Aku juga mencuba, walaupun ada lagi perangai buruk di dalam diri ini. Aku akan tetap cuba. Kita belajarlah dari kehidupan, pengalaman, pembelajaran sehari-hari kita.

Aku tidak mengharap kamu maafkan aku, aku memang menjangka kamu akan benciku. Biarlah bencimu itu hanya urusan aku dengan ilahi.. Biarlah aku terima kebencianmu itu dengan azab nanti. Cuma satu sahaja aku inginkan.. Kamu cuba BERUBAH..... Berubah demi hidupmu. Berubah demi hidupmu. Berubah demi hidupmu...... Insyallah....

MAAFKAN KU..... Ikhlas dari hati.

Thursday, November 3, 2011

Di Bilik seminar kosong.....

AKU di kelas kosong yang tiada guru untuk mengajar, hanya jari ini menekan-nekan huruf-huruf di laptop acer yg tidak seberapa cangih, namun lebih canggih dr acer yg keluaran 2009, Ini acer 2010. Tidak sangka jari-jari ini telah berjaya mencipta satu benda yang tidak berapa nilainya jika dibandingkan dengan tulisan-tulisan agung seperti tulisan A.Samad Said ataupun Profesor Madya di universiti-universiti ternama di Malaysia mahupun luar negara. Jam menunjukkan pukul 3.25 petang. Hari pula hujan, hujan yang baru sahaja berhenti dari lebat. Hanya renyai-renyai yang boleh membasahkan tubuh kering yang berbaju biru ini.  Sudah ku janji, kelas kosong ini dipenuhi dengan ahli kumpulan kami yang terdiri dari 4 orang ahli. Masing-masing sibuk menaip kerja kumpulan yang hanya tidak lebih 24 jam dari sekarang untuk dipersembahkan kepada pensyarah , esok. Sunguh penat, penat dan penat. Baju masih dibasahi oleh air hujan semasa pergi makan di kedai di luar kolej. Tubuh basah di sejukkan dengan suhu aircond di kelas yang sejuk sekali. Menggigil! 


Penat aku bekerja di kelas ini. Sehingga aku rasa aku mahu pulang kerana bosan di kelas ini. Tidak perlu kerjasama jika tidak bekerjasama. Tidak perlu bergandingan jika kita tidak mahu berganding bahu. Tidak perlu ceria jika kita tidak menceriakan sekeliling. Itulah yang sedang bermain di dalam mindaku yang tidak seberapa bijak seperti pelajar yang sedang menduduki P.H.D atau Master. Aku tidak mahu. Aku tidak perlu jadi macam mereka. Aku hanya mahu berjaya. Berjaya di semua masa. Berjaya di dalam kalangan orang2 berjaya.   Tiba-tiba jariku berhenti, berhenti dari menaip. Berhenti dari bercakap, berhenti dari memikirkan sesuatu . Kerana sekarang aku hanya mahu sambung kerjaku. Menjayakan kerja group kami.

Wednesday, November 2, 2011

Kenali Jauh agar tidak Sesal.


Bukan mudah untuk kita itu menerima seseorang itu jika tidak mengenali hati budai serta memahami org itu. Dan jangan mudah menerima seseorang  itu hanya dengan mengenali tidak lama.  Jika tidak kita juga akan rugi. Rugi dalam hidup sendiri. Memusnahkan hidup sendiri kerana salah memilih. Kebanyakan orang yang buat begitu tidak lama bertahan. Ini kerana kita tidak mengenali dengan betul menyebabkan kita jadi tidak serasi. Ada orang yang menghargai hidup temannya, namun di sebalik yang lain, dia tidak mahu dikongkong. Dan keadaan itulah yang menyebabkan dia menjadi semakin ditak menghargai temannya jika sering dikongkong. Kehidupan sebegini boleh di elak jika kita sudah memahami hati  teman kita dan teman kita juga memahami kita. Walaupun ada perasaan saying, dan tidak mahu berjauhan, namun kita mesti ada masa untuk bersendirian dan tidak mahu diganggu. Atau kita juga mesti mahu untuk berhibur dengan kawan-kawan lain dan tidak berhibur dengan teman rapat kita dalam suatu masa tertentu. Walaupun begitu, sebagai teman, kita kenalah memahami teman kita. 


Selain itu juga, kita perlu memahami perangai teman kita. Walaupun perangai tidak sama, kita masih boleh bersama jika kita tahu bagaimana untuk menyejukkan perangai itu dengan keadaan kita. Kita boleh menegur jika perangai teman kita keterlaluan. Ini untuk kebaikan teman kita juga. Sebagai seorang manusia dan seorang yang baru mengenali dan dikenali, kita perlu berhati-hati dalam berkenalan.  Jangan mudah jatuh hati kerana ayat-ayat yang manis dari kenalan kita. Kita perlu berhati-hati agar kita tidak ditipu yang akan menyebabkan kita menjadi tidak tentu dan akhirnya kita buat perkara tidak sepatut seperti membenci orang itu, marah, mencaci, mengumpat dan menghina. Ini kerana, salahnya tidak semua terletak di atas kenalan kita, tetapi juga kerana sikap kita yang terlalu menaruh kepercayaan dengan mudah tanpa mengenali dengan lebih lama. Fikir-fkirkanlah sebelum membuat keputusan  agar kita tidak mudah ditipu atau dipermainkan.

p/s : pernah lalui semua itu masa dulu.. Sekarang TIDAK lagi…