Followers

Pages

Thursday, January 27, 2011

Maksud Kritikan sastera dari segi pandangan sarjana-sarjana

Maksud kritikan sastera
Rene Welk – Concepts of critism(19630 – KRITIKAN SASTERA  (KRIENEIN- BAHASA YUNANI)  =
-Penilaian terhadap seseorang pengarang,sesebuah teks dan sesebuah cerita yang dipaparkan dalam karya tersebut.
- Menguji sejauh mana kekuatan sebuah teks itu,daya intelektual seseorang pengarang dan kedudukan pembaca.

George Lucas
Buku studies European 1958
-Sesebuah kritikan sastera bukannya melontarkan penilaian terhadap kekuatan teks dan pengarangnya tetai juga menilai ideologi dan fungsi teks kepada masyarakat dan pembaca

Matthew Arnold
-Kritikan sebagai satu usaha yang bukan hendak mencari untung tetapi mempelajari dan menyebarkan  sesuatu fikiran dan sesuatu yang diketahui sbg yg terbaik dalam dunia
-Matthew Arnold membuat definisi ini berdasarkan buku The Grounds critism in poetry (Jonh Dyryden 1677)

.

Professor Katrinbendle
Kritikan sastera ialah suatu pengelasan tentang kedudukan teks, pengarang hingga penilaian sesebuah sastera.


Hashim Awang
Sesuatu  untuk menilai hasil ciptaan seseorang sasterawan dengan cara yang beralasan serta bersistem dan bertujuan untuk mengembangkan sesebuah yang difikirkan baik lagi indah
(Hashim awing 1988:5)

Budi Darma
Apa sahaja pendapat atau pandangan tentang sesebuah teks sastera adalah kritikan sastera

Sir Stanley Edgar Hugman
“Interpreting the work,relating it to literary tradition,evaluating it and so on”
(Mentafsir karya,mengaitkannya kepada sastera tradisiona dan menilai.)

Othman Puteh
-Kritikan sastera merupakan cabang dan disiplin sastera  yang emenwujudkan analisis   pentafsiran dan penilaian terhadap sesuatu wacana sastera.
-Dengan kata lain,kritikan sastera merupakan usaha murni untuk mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan ceria.Oleh itu kritikan harus dilaksanakan dengan menerapkan kaedah tertentu dan bersistematik

Penghayatan sastera menelusuri jagat  kritikan sastera melayu
-          Kritikan sastera adalah mendisiplin ilmu.Sebagai disiplin ilmu,aktiviti kritikan sastera ada matlamat,yang ketara, antara pecipta(pengarang) karya sastera dengan pengkritik(dikenali juga sebagai kritikus atau kritikawan) Sastera,wujud situasi yang tidak seimbang,malah semacam wujud jurang.
-          Bagaimanapun,kritikan sastera memiliki tujuan yang pelbagai dalam usaha memajukan kesusasteraan.

(Mendekati kesusasteraan Melayu (1985)
–Di Malaysia, terdapat enam ciri kritikan sastera iaitu sanjungan,teguran,saranan,pendekatan,    penganalisian dan penilaian.

Abdul Halim Ali
Mana Sikana – satu disiplin ilmu yang sistematik  atau membicarakan soal penghayatan dan penilaian sebuah karya kreatif.

Thursday, January 13, 2011

Tauke Kedai shisha dan pekerja

Pada 9 januari 2011,jam menunjukkan pukul 10 malam.aku mendapat satu panggilan dari seorang kawan.Dia ajak untuk melepak di sebuah kedai yang terletak di belakang petronas yang terletak berdekatan dengan Hospital pusrawi kuala lumpur..Aku dan seorang lagi kawan ni pun pegi la.Jumpa la kawan2 dikedai tu.Ingatkan apa,rupa2 nye kedai shisha.Kawan aku tempah shisha super yang besar dan power..Memang la best,pure n sedap.Kitorag pun borak2 la kosong sambil menghisap Shisha.
aku tersentak bila seorang waiter negro datang mengambil pesanan kami yang baru datang.Negro tu cakap gini 'Can i take order?"..Kawan aku pun cakapla "yes,i wanna barbican 3 botle"..Lepas mengambil pesanan,negro tu pun terus pegi.Kami pun borak2 la lagi.aku lihat suasana di kedai itu semuanya bukan orang melayu.Pekerja terdiri dari orang negro n bangladesh.Taukenye pulak pak Arab..Aku tertanya2 dimana pekerja MELAYU???
Mungkin pekerja melayu tidak suka bekerja disitu kot,aku berkata dalam hati.
sebelum pulng,seorang kawan aku pun memesan KEBAB.makanan arab yang telah menjadi malakan melayu.Jam pula menunjukkan sudah pukul 1.30 pagi.Kebab yang dipesan pula dari pukul 12.00 tngh malam tidak2 lagi sampai.Jadi oleh kerana lambab n lembab,kami pun membayar apa yang sudah di minum,shisha n makanan yang telah dimakan.Jadi selepas bayar,kami pun berjalan keluar.Sampai saja di motosikal,seorang pekerja BANGLADESH datang dan berkata kepada aku "Your dont pay what KEBAB,Please go to counter"..Kami semua pelik la.Bila masa pulak kami mkn kebab xtahu..Kebab yg dipesan xsmpai2 ade lh juga..So kami pun pergi la dkt kaunter pembayaran.Kt situ ade la tauke die.Pak arab.jadi kami pun pergi bercakap dgn dia.Kawan aku pun gitau gini" sir why i must pay for KEBAB,atlhough i dont get our kebab?i take order for an hour ago,but my kebab did not came?"..Lepas tu dtg la mamat bangla ni.die plk ckp"kebab are already fried"...Disebabkan malas nk cari masalah,jadi kami pun tnggu la kebab.lepas tu kami pun pulang.Mase dekat parking motor,aku terlihat la seorang mamat ni.menjaga tmpt parking.Ingat kew bangla or negro,tp rupe2nye mamat MELAYU...

AKU pun terfikir.Tauke Pak ARAB,Pekerja pulak NEGRO n BANGLADESH, yang MELAYUNnyer pula bekerja di tempat parking.Pelik la.ADAKAH aku ni berada di negara lain???? Ker aku masa tu duduk di negara ARAB?? Jadi dimana negara MALAYSIA kita???DIMANA MALAYSIA sekarang?
SEDIH la lihat orang MELAYU kerja jadi KULI orang asing..
Pemberi lesen peniaga pun satu hal.Sepatutnya buatlah syarat yang susah skit untuk orang asing di MALAYSIA ni.ni tidak.Kita bukan saje memeberi peluang untuk MEREKA berniaga di negara sendiri,malah boleh menyebabkan kadar duit negara jatuh.Ye la.Banyak duit keluar dari masuk kedalam negara.MELAYUnyer hanya KULI..
aku pun salah juga jika nk dibandingkan dengan yang lain.Ye lah,pergi juga ke kedai itu.membuang duit di kedai asing..Apa salahnye jika orang MELAYU menjadi TAUKE dan pekerja2 nya juga orang melayu.

KALAULAH sebegitu orang MELAYU menjadi peniaga.Semestinya NEGARA MALAYSIA akan berjaya dan kadar KEMISKINAN dapat dibanteras dengan mudah..........yang pengunjung pun patut2kan lah untuk tidak mengunjungi kedai orang asing.TOLONG lah orang MELAYU kita.

HARAPAN saya lah.KEPADA orang MELAYU kita ini,cubalah berusaha n janganlah asyik menjadi kuli orang saja.Insyallah MELAYU kita BOLEH.....BOLEH....BOLEH.....

HIDUP MELAYU....

(merapu tapi berfikir)

Wednesday, January 12, 2011

YANA SEZENGER



         MALAM ini malam yang penuh dengan ketenangan.Hujan yang turun renyai membuatkan tubuhku sedikir kedinginan.Mungkin suhu yang dingin menyelubungi seluruh kamarku.Mungkin juga disebabkan rumah yang diperbuat daripada kayu ini sedikit sebanyak memerangkap udara yang dingin.Aku duduk terbaring di atas katil bujang sambil memegang sebuah novel yang bertajuk "cinta bukan untukku".Cerita itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang keluar merantau untuk mencari ilmu.Untuk dibawa pulang sebagai habuan selepas dewasa.Lelaki itu bernama Zubir.Zubir seorang penuntut di sebuah universiti di Johor .

Suatu hari Zubir berjalan menuju keperpustakaan.Dia kelihatan tergesa-gesa sambil memegang sebuah  buku.Zubir telah bertembung dengan Yana.Mereka berlanggar antara satu sama lain.Yana Sezenger juga seorang gadis kecil berkulit hitam manis seorang yang cepat marah.Buku ditangan Zubir terjatuh bersama buku-buku yang dibawa oleh Yana.Yana kemudiannya memandang Zubir dan kemudiannya memarahi Zubir.
"kamu buta kah?Tak nampak kah saya berjalan disini?"

"Maafkan saya tidak sengaja melanggar awak.Saya mahu cepat sebab ingin memulangkan buku."Zubir menunduk muka.
"Sudah-sudah.aku tak ingin hendak bercakap dengan kamu.Dasar budak kampung".Yana Sezenger pergi dari situ tanpa memandang Zubir.Zubir hanya memandang dari situ.Kelihatan Yana semakin lama semakin kabur dari pandangan Zubir.Zubir kemudian mengambil bukunya dan menuju keperpustakaan.
"Nasib baik aku sempat.jika tak,nampaknya terpaksalah aku membayar kesalahan lewat hantar buku kepada pihak perpustakaan."
Zubir kemudian menuju ke kafe untuk menjamu sedikit makanan.Setelah mengambil makanan,Zubir kemudian mencari tempat duduk untuk menjamu seleranya.Dalam perjalanan menuju kesebuah meja,Zubir terpandang Yana.Dia memberanikan diri untuk duduk disebelah Yana.
"Kamu lagi.apa kau nak dari aku?Dah la tadi kau main langgar saja."
Zubir duduk dan kemudian dia berkata kepada Yana."Maafkan saya tentang kejadian tadi.Saya tidak sengaja.Saya harap awak tidak kisah jika saya duduk disini".
"Duduk sajalah.lagipun kerusi meja ini bukan aku punya."Yana berkata kepada Zubir.Yana Sezenger ialah seorang gadis yang mudah untuk melupakan kemarahannya.dia juga seorang yang tidak suka menyimpan dendam kepada sesiapapun.
"Saya Zubir,pelajar jurusan ekonomi." Zubir memandang Yana.
"aku Yana.Yana Sezenger."Yana memandang kearah kipas yang berputar.Matanya memandang tepat ke kipas seperti sedang memikirkan sesuatu masalah untuknya selesaikan.
"Namamu tidak menunjukkan kamu ini dari keturunan melayu".
"Ia..Aku lahir di australia.Bapaku memang orang melayu tetapi ibuku adalah kacukan bugis india."
Setiap hari semakin lama mereka menjadi kawan rapat. Mereka sentiasa makan bersama-sama dan melakukan tugasan bersama.
Aku tiba-tiba tersenyum membaca bab itu.Mereka kelihatan seperti bercinta.Hujan masihku dengari.Bunyi deraian air hujan yang mencurah di bumbung rumah yang berzink itu memecah keheningan sunyi di waktu malam.Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 3 pagi.Aku menarik selimut dan memeluk bantal busukku.Di tanganku masih lagi ku pengang novel itu.Lampu dinding masih kelihatan terang menerangi kegelapan malam.Aku membuka halaman seterusnya.Mataku memandang tepat kearah perkataan-perkataan yang tertera di halaman itu.Otakku juga masih segar untuk melakukan imiginasi.

Suatu hari Zubir berjalan menuju ketaman.Dalam perjalanan  dia terlihat Yana sedang duduk di sebuah kerusi batu.Zubir mendekati Yana.Yana menunduk muka dengan kedua tapak tangannya menutupi wajahnya yang ayu itu."Hai Yana.Apa awak buat itu?" Zubir seperti ingin mengetahui adakah Yana sedang berjenaka ataupun sedih.Yana kemudiannya mengangkat mukanya dan memandang Zubir.Muka Yana yang basah dicurahi air matanya membuatkan Zubir terkesima.Dia seakan-akan memahami perasaan Yana.
" Kenapa menangis Yana?Kamu ada masalah ya? Cubalah ceritakan kepadaku?"
Yana bangun dan kemudiannya berlari menuju ke asrama wanita.Zubir hanya melihat karenah Yana.Zubir masih tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi kepada Yana.Dia ingin menolong Yana jika diberi peluang.Baginya Yana adalah satu-satunya gadis yang baik dikenalinya di kampus itu.
 Pada malam itu Zubir menghubungi Yana.Didalam talian Yana menyatakan bahawa hubungan antara dia dengan teman lelakinya putus.Zubir tiba-tiba tersentak.Sebelum ini Yana tidak pernah menceritakan tentang hubungannya dengan teman lelakinya.Zubir juga memikirkan adakah disebabkannya hubungan antara Yana dengan teman lelakinya rentak.Zubir diam seketika.
"Helo,Zubir.Kamu masih dalam talian?"
Zubir tersentak.Dia kemudian menjawab pertanyaan Yana."ya ya..Saya masih lagi disini.Saya mendengar cerita awak.Boleh saya tahu apa punca sebenar yang membuatkan hubungan kamu putus?"Zubir memberanikan diri menanyakan soalan sebegitu.
"Saya tidak tahu.Teman lelaki saya meminta untuk memutuskan hubungan antara kami.Saya sedih sangat Zubir.Katanya dia sudah tidak mahu bercinta dengan saya.Saya sangat sayang kepadanya ZubirApa patut saya lakukan?"
"Sabar Yana.Mungkin dia saja-saja mengatakan begitu.Mungkin hanya gurauan sahaja.Kamu jangan sedih.insyallah suatu hari nanti dia akan kembali kepada kamu."tambah Zubir lagi. "Jodoh antara kamu berdua tidak akan kemana jiga ditentukan oleh tuhan".
"Terima kasih Zubir".Talian kemudiannya dimatikan.Zubir berbaring diatas katilnya.Fikirannya masih tertumpu kepada Yana yang mempunyai masalah dengan teman lelakinya.
Selama perkenalan antara Zubir dengan Yana,Zubir telah menaruh hati kepada Yana.Mungkin cintanya itu terpaksa disimpan sebagai kenangan dimasa remaja.Walaubagaimanapun Zubir terpaksa menyimpan perasaannya kepada Yana,namun buat masa itu zubir hanya berfikir untuk menolong Yana.Baginya perhubungan kawan lebih penting dari memutuskan perhubungan antara dua insan.

tiba-tiba air mataku menitis.Apakah itu namanya sedih?ataupun air mata yang menitis disebabkan oleh terlalu lama berjaga malam.Namun mataku masih lagi kurasa cergas seperti sedang melihat permandangan cantik di waktu petang.Dingin malam yang dirasaiku menjadi hangat setelah aku berselimut dengan toto yang besar.Hujan yang turun juga semakin perlahan bunyinya.aku masih tertanya-tanya adakah perhubungan antara Yana dapat diselamatkan dan bagaimana pula dengan Zubir.Adakah dia dapat memiliki Yana ataupun tidak.Aku membuka helaian terakhir.

Keesokan harinya Zubir menghubungi Halim.Halim ialah teman lelaki Yana.Zubir menjelaskan kepada Halim bahwa Yana sangat mencintainya.Zubir tidak putus-putus meminta supaya Halim meneruskan hubungan semula dengan Yana.
Seminggu kemudian.Kelihatan Zubir sedang berjalan kearah kafe kampus.Dia kemudian duduk disebuah meja.Tiba-tiba datang seorang lelaki berbadan tegap dan berpakaian kemas menghampirinya.Zubir memandang lelaki itu.Dia tidak mengenali lelaki itu.
"Kamu Zubir?"tanya lelaki itu.
"Ya saya Zubir.Kamu?"
"Saya Halim.Teman wanita Yana."Halim senyum kepada Zubir.
Zubir terkejut melihat Halim seorang lelaki kacak.Halim juga kelihatan baik.Mereka kemudian berborak.Halim mengucapkan terima kasih kepada Zubir kerana memberitahunya perkara sebenar tentang Yana kepadanya.Zubir hanya senyum walaupun hatinya sedih.Baginya kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya.Yana kemudiannya datang.Mereka kemudiannya beredar dari situ.Sekali lagi Halim bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Zubir kerana berjaya memujuknya untuk meneruskan hubungan kembali dengan Yana.

secara tidak sengaja aku senyum.sambil memeluk bantal busukku.Novel yang ku pegang entah bila terjatuh dari tanganku.Lampu malam yang bercahaya tidak ku tutup.Selimutku baluti semua badanku kerana kesejukan.Tanpa disedari aku tertidur.







Tuesday, January 11, 2011

Fate or Change?

FATE,bahasa melayunye takdir....Adakah kamu semua mengikut takdir?
Sememangnya kita menuruti takdir.Takdir yang menentukan hidup kita.Tapi adakah jika kita ditakdirkan untuk hidup miskin seumur hidup,anda terima atau tidak????
persoalan itu selalu bermain didalam diri aku.Hinggalah suatu hari itu,aku berborak dengan nenekku.Masa itu kami tengah borak pasal kematian seseorang meninggal akibat serangan jantung.Merokok banyak sangat.aku pun merokok jugak..Tapi aku ingin berhenti.sekarng pun aku cuba untuk mengurangkan rokok.wish me luck kawan ek....
Berbalik kepada cerita kematian ,aku pun cakap gini " hendak buat bagaimana sudah takdir dia meninggal"..Lalu nenekku membidas kata2 aku...Dia cakap "Jika dia tidak merokok tegar,pasti kematiannya dapat dipanjangkan sedikit..Memang tidak dinafikan jika itu ketentuan Allah untuk menarik nyawanya,tetapi sekurang-kurangnya kita usaha untuk menghindar.
Aku berfikir sejenak....Memang kata2 itu sangat munasabah.Jadi berbalik dengan TAKDIR tadi.Kita sebagai manusia sudah dikurniakan akal fikiran,tubuh badan sihat,dan kudrat untuk kita melakukan sesuatu perkara.Jadi sememangnya kita mampu menghindar untuk menjadi miskin.Kita perlu berusaha untuk mencari rezeki dan sebagainya untuk menghindar kita dari ditimpa kemiskinan.Itulah dipangil USAHA...Selagi mampu kita perlulah berusaha.

CHANGE,Bahasa melayunya dipanggil berubah..Perubahan selalunya pasti berlaku keatas diri kita.Dari kecil sebelum kita boleh bercakap kepada boleh bercakap,dari tidak dapat berjalan kepada berjalan,dari tidak boleh sekarnag kita sudah boleh berfikir baik.Dari bodoh kepada cerdik..Adakah itu dipanggil berubah? sememangnya betul....Kita sememangnya berubah.anda juga berubah.Saya juga berubah.Cuma satu sahaj yang ingin aku katakan,Perubahan tidak mengenal cara.Samaada berubah kearah kebaikan atau keburukan.Jadi kita manusia diberikan akal fikiran yang waras untuk berfikir samaada untuk memilih mana baik atau buruk.Jika baik kita maka kita akan berubah kepada baik, tetapi jika kita memilih kearah buruk,maka buruklah jadi kita....Harapan saya agar kita semua akan berubah kearah yang lebih baik....

(Merapu aje) :-P

Wednesday, January 5, 2011

menjala ikan di kampung Mok Tok

aksi jer tu..haha..jadinyer x sbenarnye..




Tu baru Penjala Pro.....spupu aku..namanye Mat Anah atau (John junior)
Ni Mat Serah...abgnyer John Junior..Sedang memerhatikan kami menjala...

Berseluar pendek Merah tu apik..Adik kpd anah...ditangan john Junior tu lah Hasil kami menjala hari tu..Besst..Ikan tu boleh la mkn untuk dua kali gulai.