Followers

Pages

Tuesday, January 11, 2011

Fate or Change?

FATE,bahasa melayunye takdir....Adakah kamu semua mengikut takdir?
Sememangnya kita menuruti takdir.Takdir yang menentukan hidup kita.Tapi adakah jika kita ditakdirkan untuk hidup miskin seumur hidup,anda terima atau tidak????
persoalan itu selalu bermain didalam diri aku.Hinggalah suatu hari itu,aku berborak dengan nenekku.Masa itu kami tengah borak pasal kematian seseorang meninggal akibat serangan jantung.Merokok banyak sangat.aku pun merokok jugak..Tapi aku ingin berhenti.sekarng pun aku cuba untuk mengurangkan rokok.wish me luck kawan ek....
Berbalik kepada cerita kematian ,aku pun cakap gini " hendak buat bagaimana sudah takdir dia meninggal"..Lalu nenekku membidas kata2 aku...Dia cakap "Jika dia tidak merokok tegar,pasti kematiannya dapat dipanjangkan sedikit..Memang tidak dinafikan jika itu ketentuan Allah untuk menarik nyawanya,tetapi sekurang-kurangnya kita usaha untuk menghindar.
Aku berfikir sejenak....Memang kata2 itu sangat munasabah.Jadi berbalik dengan TAKDIR tadi.Kita sebagai manusia sudah dikurniakan akal fikiran,tubuh badan sihat,dan kudrat untuk kita melakukan sesuatu perkara.Jadi sememangnya kita mampu menghindar untuk menjadi miskin.Kita perlu berusaha untuk mencari rezeki dan sebagainya untuk menghindar kita dari ditimpa kemiskinan.Itulah dipangil USAHA...Selagi mampu kita perlulah berusaha.

CHANGE,Bahasa melayunya dipanggil berubah..Perubahan selalunya pasti berlaku keatas diri kita.Dari kecil sebelum kita boleh bercakap kepada boleh bercakap,dari tidak dapat berjalan kepada berjalan,dari tidak boleh sekarnag kita sudah boleh berfikir baik.Dari bodoh kepada cerdik..Adakah itu dipanggil berubah? sememangnya betul....Kita sememangnya berubah.anda juga berubah.Saya juga berubah.Cuma satu sahaj yang ingin aku katakan,Perubahan tidak mengenal cara.Samaada berubah kearah kebaikan atau keburukan.Jadi kita manusia diberikan akal fikiran yang waras untuk berfikir samaada untuk memilih mana baik atau buruk.Jika baik kita maka kita akan berubah kepada baik, tetapi jika kita memilih kearah buruk,maka buruklah jadi kita....Harapan saya agar kita semua akan berubah kearah yang lebih baik....

(Merapu aje) :-P

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)