Followers

Pages

Wednesday, January 12, 2011

YANA SEZENGER



         MALAM ini malam yang penuh dengan ketenangan.Hujan yang turun renyai membuatkan tubuhku sedikir kedinginan.Mungkin suhu yang dingin menyelubungi seluruh kamarku.Mungkin juga disebabkan rumah yang diperbuat daripada kayu ini sedikit sebanyak memerangkap udara yang dingin.Aku duduk terbaring di atas katil bujang sambil memegang sebuah novel yang bertajuk "cinta bukan untukku".Cerita itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang keluar merantau untuk mencari ilmu.Untuk dibawa pulang sebagai habuan selepas dewasa.Lelaki itu bernama Zubir.Zubir seorang penuntut di sebuah universiti di Johor .

Suatu hari Zubir berjalan menuju keperpustakaan.Dia kelihatan tergesa-gesa sambil memegang sebuah  buku.Zubir telah bertembung dengan Yana.Mereka berlanggar antara satu sama lain.Yana Sezenger juga seorang gadis kecil berkulit hitam manis seorang yang cepat marah.Buku ditangan Zubir terjatuh bersama buku-buku yang dibawa oleh Yana.Yana kemudiannya memandang Zubir dan kemudiannya memarahi Zubir.
"kamu buta kah?Tak nampak kah saya berjalan disini?"

"Maafkan saya tidak sengaja melanggar awak.Saya mahu cepat sebab ingin memulangkan buku."Zubir menunduk muka.
"Sudah-sudah.aku tak ingin hendak bercakap dengan kamu.Dasar budak kampung".Yana Sezenger pergi dari situ tanpa memandang Zubir.Zubir hanya memandang dari situ.Kelihatan Yana semakin lama semakin kabur dari pandangan Zubir.Zubir kemudian mengambil bukunya dan menuju keperpustakaan.
"Nasib baik aku sempat.jika tak,nampaknya terpaksalah aku membayar kesalahan lewat hantar buku kepada pihak perpustakaan."
Zubir kemudian menuju ke kafe untuk menjamu sedikit makanan.Setelah mengambil makanan,Zubir kemudian mencari tempat duduk untuk menjamu seleranya.Dalam perjalanan menuju kesebuah meja,Zubir terpandang Yana.Dia memberanikan diri untuk duduk disebelah Yana.
"Kamu lagi.apa kau nak dari aku?Dah la tadi kau main langgar saja."
Zubir duduk dan kemudian dia berkata kepada Yana."Maafkan saya tentang kejadian tadi.Saya tidak sengaja.Saya harap awak tidak kisah jika saya duduk disini".
"Duduk sajalah.lagipun kerusi meja ini bukan aku punya."Yana berkata kepada Zubir.Yana Sezenger ialah seorang gadis yang mudah untuk melupakan kemarahannya.dia juga seorang yang tidak suka menyimpan dendam kepada sesiapapun.
"Saya Zubir,pelajar jurusan ekonomi." Zubir memandang Yana.
"aku Yana.Yana Sezenger."Yana memandang kearah kipas yang berputar.Matanya memandang tepat ke kipas seperti sedang memikirkan sesuatu masalah untuknya selesaikan.
"Namamu tidak menunjukkan kamu ini dari keturunan melayu".
"Ia..Aku lahir di australia.Bapaku memang orang melayu tetapi ibuku adalah kacukan bugis india."
Setiap hari semakin lama mereka menjadi kawan rapat. Mereka sentiasa makan bersama-sama dan melakukan tugasan bersama.
Aku tiba-tiba tersenyum membaca bab itu.Mereka kelihatan seperti bercinta.Hujan masihku dengari.Bunyi deraian air hujan yang mencurah di bumbung rumah yang berzink itu memecah keheningan sunyi di waktu malam.Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 3 pagi.Aku menarik selimut dan memeluk bantal busukku.Di tanganku masih lagi ku pengang novel itu.Lampu dinding masih kelihatan terang menerangi kegelapan malam.Aku membuka halaman seterusnya.Mataku memandang tepat kearah perkataan-perkataan yang tertera di halaman itu.Otakku juga masih segar untuk melakukan imiginasi.

Suatu hari Zubir berjalan menuju ketaman.Dalam perjalanan  dia terlihat Yana sedang duduk di sebuah kerusi batu.Zubir mendekati Yana.Yana menunduk muka dengan kedua tapak tangannya menutupi wajahnya yang ayu itu."Hai Yana.Apa awak buat itu?" Zubir seperti ingin mengetahui adakah Yana sedang berjenaka ataupun sedih.Yana kemudiannya mengangkat mukanya dan memandang Zubir.Muka Yana yang basah dicurahi air matanya membuatkan Zubir terkesima.Dia seakan-akan memahami perasaan Yana.
" Kenapa menangis Yana?Kamu ada masalah ya? Cubalah ceritakan kepadaku?"
Yana bangun dan kemudiannya berlari menuju ke asrama wanita.Zubir hanya melihat karenah Yana.Zubir masih tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi kepada Yana.Dia ingin menolong Yana jika diberi peluang.Baginya Yana adalah satu-satunya gadis yang baik dikenalinya di kampus itu.
 Pada malam itu Zubir menghubungi Yana.Didalam talian Yana menyatakan bahawa hubungan antara dia dengan teman lelakinya putus.Zubir tiba-tiba tersentak.Sebelum ini Yana tidak pernah menceritakan tentang hubungannya dengan teman lelakinya.Zubir juga memikirkan adakah disebabkannya hubungan antara Yana dengan teman lelakinya rentak.Zubir diam seketika.
"Helo,Zubir.Kamu masih dalam talian?"
Zubir tersentak.Dia kemudian menjawab pertanyaan Yana."ya ya..Saya masih lagi disini.Saya mendengar cerita awak.Boleh saya tahu apa punca sebenar yang membuatkan hubungan kamu putus?"Zubir memberanikan diri menanyakan soalan sebegitu.
"Saya tidak tahu.Teman lelaki saya meminta untuk memutuskan hubungan antara kami.Saya sedih sangat Zubir.Katanya dia sudah tidak mahu bercinta dengan saya.Saya sangat sayang kepadanya ZubirApa patut saya lakukan?"
"Sabar Yana.Mungkin dia saja-saja mengatakan begitu.Mungkin hanya gurauan sahaja.Kamu jangan sedih.insyallah suatu hari nanti dia akan kembali kepada kamu."tambah Zubir lagi. "Jodoh antara kamu berdua tidak akan kemana jiga ditentukan oleh tuhan".
"Terima kasih Zubir".Talian kemudiannya dimatikan.Zubir berbaring diatas katilnya.Fikirannya masih tertumpu kepada Yana yang mempunyai masalah dengan teman lelakinya.
Selama perkenalan antara Zubir dengan Yana,Zubir telah menaruh hati kepada Yana.Mungkin cintanya itu terpaksa disimpan sebagai kenangan dimasa remaja.Walaubagaimanapun Zubir terpaksa menyimpan perasaannya kepada Yana,namun buat masa itu zubir hanya berfikir untuk menolong Yana.Baginya perhubungan kawan lebih penting dari memutuskan perhubungan antara dua insan.

tiba-tiba air mataku menitis.Apakah itu namanya sedih?ataupun air mata yang menitis disebabkan oleh terlalu lama berjaga malam.Namun mataku masih lagi kurasa cergas seperti sedang melihat permandangan cantik di waktu petang.Dingin malam yang dirasaiku menjadi hangat setelah aku berselimut dengan toto yang besar.Hujan yang turun juga semakin perlahan bunyinya.aku masih tertanya-tanya adakah perhubungan antara Yana dapat diselamatkan dan bagaimana pula dengan Zubir.Adakah dia dapat memiliki Yana ataupun tidak.Aku membuka helaian terakhir.

Keesokan harinya Zubir menghubungi Halim.Halim ialah teman lelaki Yana.Zubir menjelaskan kepada Halim bahwa Yana sangat mencintainya.Zubir tidak putus-putus meminta supaya Halim meneruskan hubungan semula dengan Yana.
Seminggu kemudian.Kelihatan Zubir sedang berjalan kearah kafe kampus.Dia kemudian duduk disebuah meja.Tiba-tiba datang seorang lelaki berbadan tegap dan berpakaian kemas menghampirinya.Zubir memandang lelaki itu.Dia tidak mengenali lelaki itu.
"Kamu Zubir?"tanya lelaki itu.
"Ya saya Zubir.Kamu?"
"Saya Halim.Teman wanita Yana."Halim senyum kepada Zubir.
Zubir terkejut melihat Halim seorang lelaki kacak.Halim juga kelihatan baik.Mereka kemudian berborak.Halim mengucapkan terima kasih kepada Zubir kerana memberitahunya perkara sebenar tentang Yana kepadanya.Zubir hanya senyum walaupun hatinya sedih.Baginya kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya.Yana kemudiannya datang.Mereka kemudiannya beredar dari situ.Sekali lagi Halim bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Zubir kerana berjaya memujuknya untuk meneruskan hubungan kembali dengan Yana.

secara tidak sengaja aku senyum.sambil memeluk bantal busukku.Novel yang ku pegang entah bila terjatuh dari tanganku.Lampu malam yang bercahaya tidak ku tutup.Selimutku baluti semua badanku kerana kesejukan.Tanpa disedari aku tertidur.







No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)