Followers

Pages

Friday, March 25, 2011

Mencari pelangi



Seekor kucing tua,
Menjaga malam mencari tikus,
Untuk diberi makanan anak.

Satu hari ia keluar,
Pergi ke pasar mencari ikan,
Dipasar berjumpa dengan kawan,
Lalu menjalin hubungan teman,

Kisah anak kini terbuang,
Teman dikasih anak disisih,
Bagaimana anak mahu makan,
Bagaimana anak mahu kasih sayang.

Kini anak kucing sudah besar,
Menjadi seekor kucing liar,
Rumah buruk  tiada dinding,
Disitulah rumah perlindungan mereka,

Kucing liar kini mengganas,
Sanggup melanggar hukum karma,
Kerana ingin mempersoal kasih,
Kerana ingin mencari asal,
Persoalan tentang  kejadiannya,
Persoalan siapa keluarganya,
Persoalan akan  asal usulnya.

MALIKATUL MAUT



Kau lah yang ku takutkan,
Setiap malam sering kau bertandang di dalam mimpiku,
Hidupku menjadi tidak tentu,
Kerana kau menyengat hatiku,

Tidak ku ketahui siapa dikau,
Kerana kau tidak punyai jantina,
Berbaju putih berselendang putih dan bercahaya,
Fikiranku menjadi tidak tentu,
Kerana ku tahu kau bukan makhluk biasa,

Sering kali ku dengar tentang dirimu,
Latar belakang mu membuatku semakin takut,
Semakin seram dan ,
Paling ku risau ialah akan nasib diriku,
Kerana  ku tahu kau sentiasa ada di sisiku,
Sentiasa menulis akan diriku,
Sentiasa  menunggu  untuk,
Mencari peluang untuk,
Mencabut nyawaku.