Followers

Pages

Friday, March 25, 2011

MALIKATUL MAUT



Kau lah yang ku takutkan,
Setiap malam sering kau bertandang di dalam mimpiku,
Hidupku menjadi tidak tentu,
Kerana kau menyengat hatiku,

Tidak ku ketahui siapa dikau,
Kerana kau tidak punyai jantina,
Berbaju putih berselendang putih dan bercahaya,
Fikiranku menjadi tidak tentu,
Kerana ku tahu kau bukan makhluk biasa,

Sering kali ku dengar tentang dirimu,
Latar belakang mu membuatku semakin takut,
Semakin seram dan ,
Paling ku risau ialah akan nasib diriku,
Kerana  ku tahu kau sentiasa ada di sisiku,
Sentiasa menulis akan diriku,
Sentiasa  menunggu  untuk,
Mencari peluang untuk,
Mencabut nyawaku.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)