Followers

Pages

Thursday, April 14, 2011

2 x 5 = 6 + 4 = 10

Apa BEZA pengumpat orang lain, dan Orang lain  mengumpat si pengumpat. Sama lah 2 kali 5 dengan 6 tambah 4....sama lah dgn 10 kan...ape bezanya?? aku pun TAK FAHAM....

si PENGUMPAT = 2 X 5
ORANG yg menumpat si pengumpat = 6 +4

bukankah dua2 tu sama dengan 10????

Kalo aku cakap dkt org tu, aku plk yg kene bidas.. Nk kata pengumpat tu laki mmglah  ada..tp kbanyakan yg aku jumpe....sumenyer perempuan...yg terjadi br2 ni kt aku nyer kls, sume perempuan..Baik si Pengumpat dgn si mengumpat pengumpat tu...dua2 sama jer...adoiii...ape nk jadi aku pn TAK TAHU.....

Berubahlah PENGUMPAT,
Berubahlah ORANG yang mengumpat si pengumpat ni..

DUA2 ni bukanya orang lain, KAWAN2 aku jgk......

Monday, April 4, 2011

Ilham dipagi hari

Malam ni aku pegi shisha dgn kwn2 kt Baghdad Shisha di BB.. Seperti biase, lepak2 smbil borak2 kosong.. Kawan aku plk bercakap tntng keluarganya yang hmpir pecah belah kerana keegoan dan kesombongan sedara2nya terhadap ibunya. Aku mendengar rintihan kawanku itu. Mak sdaranya sudah tidak mengenal erti hubungan kekeluargaan. Sanggup dia menghalau ibu kawanku dari rumah yang diduduki mereka semata2 kerana seCEBIS harta yang tidak sberapa..SANGGUP kah kamu buat begitu keatas adik beradik kamu???

Kerana HARTA dia sanggup menghalau adik sendri untuk tinggal ditanah itu.Tanah itu juga tanah pusaka.. Apa salahnya jika rumah adik sendiri terlebih sedikit diatas tanah itu,.... Itulah orang yang tidak mengenal budi..Sanggup mengeruhkan air yang jernih sejernih air embun ini.... Aku sedih melihat orang begitu rupa....

Maka dari kisah itu, aku mendapat ilham untuk mencipta satu puisi tentang keluarga itu... Disamping itu ak juga selitkan sesuatu.. Yang mngkin ad kaitan dengan orang sedemikian. Aku juga ingin meluahkan rasa tidak puash hati juga kt puisi tu...Puisi yang bertajuk RUMAH PUSAKA.....

Selamat membaca....:))

RUMAH PUSAKA

Kamu adalah wanita,
Wanita yang tidak menutup aurat,
Wanita yang tidak seperti wanita,
Wanita yang penting harta dan pangkat,
Wanita yang tidak mengenal darjat,
Wanita yang ego,
Wanita yang sombong,
Wanita yang tamak,

Rumahmu itu rumah pusaka,
Orang kampung bercakap tentangmu,
Suka mengambil hak orang lain,
Menjual rumah pusaka itu,
Aku sudah bosan melihat kamu,
Hasutan syaitan kerana harta.

Mak kata kau sudah derhaka,,
Apa hendak jadi dengan kamu,
Neraka sudah menunggumu,
Syurga masih memanggilmu,
Untuk bertaubat kejalan yang benar,
Rahmat ilahi pasti datang,

Jika kau mengambil balik harta pusaka itu,
Untuk dibahagikan kepada adik beradikmu.

PENGEMIS ITU SEORANG BAPA

Hari demi hari,
Masa demi masa dan tanpa jemu,
Mengemis dijalanan,
Mengemis dijambatan,
Mengemis ditepi bangunan,
Meski  dihina dicaci,
Kau tetap mengemis,
Mengemis untuk mencari sesuap nasi,
Mengemis untuk membesarkan anak-anak,
Mengemis untuk makan isteri,
Mengemis untuk menghantar anak-anak ke sekolah,
Mengemis untuk menghantar anak-anak ke menara gading.

Kini anak-anak sudah berjaya,
Anak-anak sudah bekerja,
Bergaji besar,
Namun kau tetap mengemis lagi,
Kerana angkara anak-anak tidak kenang budi,
Tidak kenang  jasa,
Tidak  tahu erti pengorbanan seorang bapa.

Apakah itu namanya anak?
Anak yang penting diri sendiri.