Followers

Pages

Monday, April 4, 2011

PENGEMIS ITU SEORANG BAPA

Hari demi hari,
Masa demi masa dan tanpa jemu,
Mengemis dijalanan,
Mengemis dijambatan,
Mengemis ditepi bangunan,
Meski  dihina dicaci,
Kau tetap mengemis,
Mengemis untuk mencari sesuap nasi,
Mengemis untuk membesarkan anak-anak,
Mengemis untuk makan isteri,
Mengemis untuk menghantar anak-anak ke sekolah,
Mengemis untuk menghantar anak-anak ke menara gading.

Kini anak-anak sudah berjaya,
Anak-anak sudah bekerja,
Bergaji besar,
Namun kau tetap mengemis lagi,
Kerana angkara anak-anak tidak kenang budi,
Tidak kenang  jasa,
Tidak  tahu erti pengorbanan seorang bapa.

Apakah itu namanya anak?
Anak yang penting diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)