Followers

Pages

Thursday, May 26, 2011

Zaman Kecilku

Teringat Zaman Kecilku,
Masa umur 5 tahun,
Tengahari Atok ambil aku,
Balik dari tadika.

Lepas balik aku makan,
Lihat Atok bersiap-siap,
Ke sawah katanya,
Aku terus mengikutnya,
Di sawah aku lihat atok menanam padi,
Untuk dibuat nasi katanya,

Aku tergelincir dan jatuh dalam lumpur,
Habis semua baju seluar kotor,
Atok ketawakan aku,
Aku main lumpur kotor,
Namun aku gembira,
Bila penat aku berehat di tebing,
Aku lihat beberapa petani sedang bercucuk tanam,
Ada juga sedang berehat,
Kelihatan gembira.

Sesudah itu kami pulang,
Atok bawa aku ke sungai,
Dia angkat aku masuk kedalam sungai,
Aku rasa air dingin,
Aku nampak anak-anak ikan bermain,
Aku nampak pasir di dasar sungai,
Atok mengajarku berenang,
Aku menyelam dan buka mata,
Sungguh cantik dalam sungai,
Memang cantik ciptaan yang esa.

Kini,
Aku sudah dewasa,
Dewasa dari segalanya,
Aku teringat zaman kecilku,
Aku pulang ke kampung,
Aku ingin bermain di sawah,
Aku ingin bermain di sungai,

Tapi....
Bila aku pulang,
Aku lihat rumah-rumah di kawasan sawah,
Aku lihat longkang besar di sungai,
Banyak sampah, Air kotor, Ikan berenang terbalik,

Aku melalui jalan kampung,
Aku bingung,
Lalu aku bertanyakan diriku,
Ini kampung atau bandar?

Aku terserempak dengan seorang lelaki tua,
Jauh tua dariku,
Dia panggil aku,
Dia cakap dunia semakin moden,
Zaman sudah canggih,
Teknologi semakin membangun,
Semuanya sudah berubah,

Pakcik tu cakap lagi,
"Pakcik rindukan zaman muda pakcik"

Dunia semata-mata!!!!