Followers

Pages

Tuesday, June 14, 2011

Bayangan di sebalik sifat manusia


Manusia xsemestinya  jahat. Tak semestinya baik. Tetapi ada juga yang jahat dalam melakukan kebaikan. Ada juga yang jahat tapi berpura-pura baik. Yang sebeginilah yang kita paling takutkan. Kerana kita tidak tahu mereka ini adalah sebenarnya jahat tetapi tidak tunjuk. Baik luaran namun dalaman tidak seperti yang dilakukan oleh luarannya. Kebanyakan manusia yang melakukan kejahatan semestinya mempunyai niat tersendiri, samaada untuk kepentingan peribadi atau kepentingan orang sekeliling yang berpunca dari banyak perkara terutama “Dengki”. Yang pentingkan diri sendiri inilah yang paling kita kena berwaspada. Manusia yang jahat bukan sahaja terdiri dari manusia yang benar-benar berani, tetapi ada juga di kalangan manusia yang lemah dan penakut. Apa yang kita biasa lihat manusia yang jahat di kalangan manusia lemah atau penakut ini ialah cara mereka melakukan kejahatan.  Cara yang selalu digunakan oleh golongan jahat ini adalah dengan cara halus seperti bomoh. Kebanyakan golongan sebegini sudah semestinya kufur dengan nikmat ilahi. Mereka sudah rosak akidah. Khidmat bomoh yang ditafsirkan oleh mereka adalah untuk mencapai hasrat mereka. Namun jika kita berfikir sejenak, sebenarnya khidmat bomoh adalah satu cara ikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyembuhkan penyakit yang dialami selepas sesudah seseorang pesakit itu mendapatkan rawatan di hospital dan sebagainya. Maka khidmat bomoh adalah salah satu caranya. TETAPI manusia yang jahat ini sudah tidak menghiraukan apa itu khidmat bomoh. Golongan sebegini sanggup menghabiskan beratus-ribu duit semata-mata untuk mendapatkan khidmat bomoh bagi mencapai hasrat mereka. Bagi mereka , segala-galanya sudah tidak penting demi mencapai hasrat yang diinginkan.
Manusia yang lemah ini biasanya akan menyuruh bomoh untuk menyantau, membalas dendam ke atas orang yang dikehendakinya.

TERDAPAT kes sebegitu saya dengar. Sebagai contoh masalah keluarga, harta, dengki dan sebagainya menjadi punca dimana berlakunya perbuatan yang tidak bermoral ini. Beberapa desas desus dari beberapa pihak yang boleh dipercayai mengatakan bahawa terdapat dua keluarga yang juga adik beradik bergaduh. Mungkin disebabkan oleh hal peribadi ataupun harta (wallahualam). Si kakak sanggup mendapatkan khidmat bomoh untuk menyantau si adik sehingga terkena penyakit ganjil. Pihak hospital tidak dapat berbuat apa-apa lagi untuk menyembuhkan penyakit si adik. Selepas itu si adik mencari ikhtiar dengan cara mendapatkan khidmat bomoh. Tanpa disedari sudah 7 orang khidmat bomoh telah cuba mengubati penyakit si adik. Kesemua 7 orang bomoh tidak dapat untuk mengubati namun mereka dapat menilik bahawa terdapat seorang perempuan ( menyatakan secara detail tentang si kakak kecuali nama)  yang telah menyantau si adik. Ketujuh-tujuh bomoh tidak berani melakukan sebarang upacara bomoh ke atas si adik kerana mempunyai sebab tersendiri. Maka si adik yang kakinya sudah  menjadi seperti hangus dibakar api terpaksa balik dan berikhtiar lagi. Si adik hanya berdoa keatas yang maha esa untuk meminta pertolongan. Kata-kata bomoh sudah tidak dihiraukan oleh si adik. Walaupun si adik tahu siapa yang cuba membuatkannya sakit, namun dia masih tenang. Dia juga sudah tidak mahu memikirkan tentang si kakak. Bagi hatinya yang tulus itu, dia telah memaafkan perbuatan si kakak. Harap2 semua akan selamat, kembali ke zaman dahulu. Sama-sama bersepakat dan muafakat, sama-sama berganding bahu, dan sama-sama tolong-menolong.
 
REKAAN SEMATA-MATA!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)