Followers

Pages

Wednesday, July 20, 2011

MATINYA SEORANG PENIAGA


Matinya seorang peniaga sayur,
Menyebabkan ramai yang jatuh sakit,
Sebab kurang sumber vitamin,
Daripada sayur.

Matinya seorang peniaga ikan,
Ramai pula yang jatuh pengsan,
Kerana kurang sumber protein,
Daripada ikan.

Matinya seorang peniaga beras,
Manusia jadi kebuluran,
Kerana kurang sumber kanji,
Daripada beras.

Semasa hidup,
Peniaga ini sering dihina, dicaci,
Dibenci, disakiti,
Namun mereka teguh berdiri,
Bekalkan sumber makanan,
Kepada si dengki lain,
Balasan diterima  rela hati,
Janji ilahi perlu tunaikan,
Pergi jua dia akhirnya.

-Arwah Abe Di (belimbing, kedai mulong)-

Monday, July 11, 2011

2 kilogram Belida Sungai

Sungguh tidak percaya, pertama kali aku berjaya menaikkan ikan Belida sungai seberat 2 kilogram. Pertarungan selama setengah jam di tebing sungai Kelantan dibantu oleh dua orang sepupuku iaitu Mohd Ahnaf serta Mohd Afiq.
Berikut adalah gambar Kami bersama ikan Belida seberat 2 kilogram:



Aku berbaju puteh, manakala Mohd Ahnaf berbaju merah. Jenis kamera yang tidak canggih tidak menunjukkan ikan Belida itu kelihatan kecil, namun selepas gambar dibawah, anda pasti  percaya.


Gambar kanan ialah Mohd Afiq. Bersama2nya ialah Azimah, juga salah seorang sepupuku serta ikan Belida. Lokasi gambar tersebut adalah di rumah Mok Tok di Kampung Chekok Kerawat, Pulau Chondong, Kelantan.

Tu pun sepupuku.. Mohd Adam Hashim... Adam beumur 4 tahun. . Ikan Belida betul2 dekat dengannya. Jadi Anda bayangkanlah besar atau tidak iakn Belida Sungai itu... 

Percaya kan 2 kilogram... Aku dah timbang jgk pn berat ikan tu...hehe~ :P

Friday, July 8, 2011

Penelitian dalam Manusia

Manusia sebagai HOMO SAPIENS:
HOMO SAPIENS dimaksudkan dengan makhluk yang berfikir. Dalam konteks lain , berfikir menggunakan akal fikiran. Melalui pengalaman serta pembalajaran , seseorang manusia itu akan lebih berfikir dalam melakukan sesuatu pada masa tersebut. Namun itu juga, pemikiran manusia itu juga secara tidak langsung akan mewujudkan budaya tersendiri.

Manusia sebagai HOMO FABER:
HOMO FABER  bermaksud manusia dapat membuat alat-alat dan menggunakan alat tersebutt. Dalam konteks ini, homo faber juga diertikan sebagai manusia kerja dengan salah satu tindakan atau wujud budayanya yang berupa barang buatan manusia ( artifak). Manusia mula mencipta alat-alat kerana menyedari bahawa melalui kemampuan sendiri, mereka tidak dapat mencapai apa yang diinginkan. Contohnya manusia cuba menangkap kijang. Dengan menggunakan hanya kudrat serta tubuh badan sendiri, manusia tidak dapat untuk menangkap kijang tersebut. Namun manusia boleh menangkap kijang tersebut dengan menggunakan panah atau tali atau alatan lain untuk menangkap binantang. Dengan itu, HOMO FABER mula muncul dalam diri seseorang manusia itu setelah mereka berfikir.

Manusia sebagai HOMO LANGUENS :
HOMO LANGUENS adalah manusia dapat berbicara apa yang difikirkan oleh otak mereka. Cara penyampaian mereka adalah melalui bahasa kepada manusia lain. Contohnya mereka menggunakan bahasa tubuh @ simbol @ bercakap melalui mulut @ dengan cara melukis dan menulis. Apa yang disampaikan juga adalah mempunyai persamaan dengan pemikiran manusia lain.

Manusia sebagai HOMO SOCIUS :
HOMO SOCIUS adalah manusia mula hidup bermasyarakat. Bukan bergerombol seperti binatang. Manusia bermasyarakat diatur dengan tata tertib demi kepentingan bersama. Maka terbitnya sikap tolong menolong antara satu sama lain dan sebagainya. 

Manusia sebagai HOMO ECONOMICUS :
HOMO ECONOMICUS dimaksudkan dengan manusia dapat mengadakan usaha untuk menghitung ekonomi (homo economicus).  Satu prinsip dalam hukum ekonomi ialah semua kegiatan harus atas dasar untung-rugi.  Dalam konteks ini, manusia mula melakukan aktiviti ekonomi. Terbitnya juga sistem bater pada masa ini.  Manusia juga melakukan kegiatan ekonomi di luar kawasan dan sebagainya demi mencapai tujuan yang diinginkan.

Manusia sebagai HOMO RELIGIUS :
HOMO RELIGIUS diertikan dengan manusia menyedari adanya kuasa ghaib yang memiliki kemampuan yang hebat dari kemampuan manusia sendiri. Demikian itu , manusia mula mempercayai suatu yang membuatkan mereka mula menyembah apa yang dipercayai mereka. Dalam tahap awal lahirnya kepercayaan animisme, dinamisme dan totenisme yang sekarang dikategorikan dengan konteks 'kepercayaan'.   Kemudian lahirlah kepercayaan yang disebut sebagai agama samawi yang percaya kepada Tuhan yang Maha Esa, percaya kepada nabinya dan kitab suci yang digunakan sebagai pedoman kepada manusia.

Manusia sebagai HOMO HUMANUS
HOMO HUMANUS ialah manusia sebagai makhluk yang mempunyai naluri kemanusiaan. Contohnya naluri@ kata hati dan sebagainya.

Manusia sebagai HOMO AETETICUS
HOMO AETETICUS bermaksud manusia berbudaya iaitu mementingkan cara hidup yang beradap dan mengikut peraturan sosial yang ditetapkan melalui kesepakatan bersama antara kelompok, individu ataupun kekeluargaan.
Rujukan : nota psikologi watak