Followers

Pages

Friday, August 26, 2011

Sedikit bicara tentang beberapa teori2 filem.

TEORI MONTAGE
Diperkenalkan oleh Sirgie Enstine
Teori ini berkesan keatas Silent Film dimana ia banyak bermula dengan imej. 
Elemen suntingan yang sedikit.
Visual memberitahu benda sebenar dimana visual bermain dengan emosi.
Contoh filem yg mempunyai teori montage ialah The batleship of potemkin

TEORI REALISM
 Diperkenalkan oleh Andre Bazin. Segala bentuk penceritaan dan visual menunjukkan bahawa perkara itu benar-benar berlaku. Kebiasaannya pelakon memainkan peranan penting dalam melakonkan sesuatu dalam filem tersebut. Maka pemilihan pelakon yang tidak terkenal adalah sangat betul untuk menunjukkan bahawa ia adalah filem yang realisme.  Teori ini juga dapat dilihat dalam kebanyakan dalam dokumetari dan sebagainya. Selain daripada bentuk filem, kita juga boleh melihat aspek realisme dari segi pelakon, set, editing, senmatografi, shot kamera, dan lain-lain.  

TEORI VERITE
 Teori ini sebenarnya tidak lari dari teori realisme cuma cara suntingan yang bersahajaserta tiada set Mise en-scene. Jalan cerita juga bukan realiti berbeza dgn teori realisme. Para pelakon juga akan berlakon dengan betul2..


TEORI  NEORIALISME
Juga diperkenalkan oleh Andre Bazin dan Pattal Pancalii. Filem yang menggunakan teori ini kebiasaannya menggunakan buget yang paling rendah. Ia juga susulan daripada  realisme. Kritikan sosial digunakan. Lebih kurang filem propaganda juga lah....Selain itu, ia juga boleh berbentuk Dokumentari.

TEORI AUTEUR
 Teori ini dikaitkan dengan skrip original dan tiada adaptasi. Teori ini bermula di perancis yang bermaksud Penulis.  Teori ini menunjukkan bahawa pengarah dan penulis adalah orang yang sama. Selain itu juga pengarah melakukan segala kerja tidak kira dari segi suntingan, editing dan lain-lain dalam menghasilkan sebuah filem itu.  Teori ini menunjukkan bahawa camera adalah elemen pencerita ( menggunakan teknik hard Held)
TEORI SURREALISM
Teori ini menunjukkan bahawa terdapat ideologi tentang subjek lakonan di bawah sedar( mimpi). COntoh yang paling jelas ialah melalui filem Maya Daren (lupe tajuk). Elemen yang menolak realiti. Filem berbentuk Avant gards/advance. Ia juga tiada elemen Mise en Scene. Tiada naratif.

TEORI KOLONIALISME
Berkaitan dengan filem yang berbentuk peperangan diatara penjajah. penaklukan dan sebagainya. Ia berbentuk penceritaan tentang penjajah. Dalam filem itu akan timbul semangat nasionalisme dalam menentang penajajah. 
Rujukan : nota rujukan teori filem

Awie dan Ziana Zain - Halaman Asmara


Video from : http://www.youtube.com/watch?v=zI6PJRGbmy0&feature=related

Pertama-tama  aku nak ucaplah selamat hari raya bagi warga dan umat islam di malaysia dan juga di dunia.. Selamat HAri Raya semua!! Maaf Zahir dan Batin ( x semestinya batin yang abadi )...hehe..

Disamping tu, aku nak la suh korang dengar lagu nie.. Memang best, lagu yang lain dari lagu raya yang lain... Sememangnya lagu ni sangat best la, bagi aku la.... Aku dah upload dari youtube.. maklumlah, youtube je la cara yang senang nak dapatkan lagu ni.. LAgu Awie... Aku memang minat awie ni. xkira lah dia blakon mahupun menyanyi./... Dianyer tarik suara tu, WAW!!! memang dasyat la, selain dari Amy Search dan artis2 lain... Kelebihan awie ni plk banyk, selain mnyanyi, dia jgk berlakon.. Dia jugak pegang watak utama dalam beberapa filem seperti Zombie kampung Pisang, Hantu Kak Limah balik rumah, dan ada lagi( lupe) hehhee....

Dikesempatan ini sblum korang dh xnk bace akunyer cite, jom la sku mintak kite karaoke kt sini..hehhehe.. Lagu tajuk Halaman Asmara duet Awie dan Ziana Zain... Memang menyentap rasa gembira.. BEST BEST BEST!!!!!..... JOM KAROK sempena hari raya ni.... Bye2... Selamat ari raya utk korang sume,.....:)

Friday, August 19, 2011

Itik Kahwin ( smbungan dari Cerita tik betina selamatkan itik jantan)

SAMBUNGAN.......... ITIK betina ( Cici ), dan itik jantan yang lari dari reban ayam terus masuk ke dalam hutan berdekatan untuk selamatkan diri dari ditangkap oleh tuan punye reban. Mereka lari sekuat hati , tiada toleh sedikit pun ke belakang. Bagi mereka, lari dulu sambil mencari tempat selamat daripada berhenti dan ditangkap oleh tuan reban. Semakin lama mereka lari semakin jauh ke dalam hutan. Akhirnya, Cici mengambil keputusan untuk berhenti. Mereka kemudian berhenti di satu kawasan yang terpencil. Mereka pun tidak tahu dimana mereka berada. "Nampaknya kita sudah selamat", kata Cici. Itik jantan yang tercungap-cungap keletihan itu hanya mampu mengangguk kepala sahaja. Mereka kemudia berehat di bawah pokok berdekatan. 

Itik jantan menoleh ke arah Cici. " Terima kasih kerana menyelamatkan saya, kalau tidak mungkin saya sudah disembelih oleh tuan reban itu". Kata itik jantan. Cici hanya tersenyum. Baginya pertolongannya itu amat dihargai oleh itik jantan. " Jadi bagaimana ingin saya balas jasa baik awak wahai itik betina?". 

"Cici, panggil saya Cici saja". Cici mencelah. Sambungnya lagi " pertolongan saya hanyalah kecil saja wahai itik jantan".

Itik jantan mencelah, " panggil saja Kaci". Kata itik jantan memperkenalkan namanya. " Kecil itu sebenarnya besar bagi saya, tanpa pertolongan itu, mungkin saya sudah menjadi daging yang akan dilatah oleh manusia". Cici hanya diam. Dia tahu pertolongannya itu sememangnya sangat penting bagi Kaci. Dia seakah-akan mengerti isi hati Kaci. Mereka kemudian berborak. 

Disebalik itu, diatas pokok terdapat seekor ular sawa yang sedang memerhatikan gelagat mereka dua ekor. Ular sawa itu semakin menghampiri Cici. Ular itu bergerak perlahan-lahan tanpa disedari oleh Cici dan Kaci. 
"Cici tunggu sini kejap ye, saya nak cari makanan. Jangan kemana-mana tau" kata Kaci yang menyedari bahawa mereka sedang lapar setelah habis tenaga digunakan semasa melarikan diri sebelum itu. Cici hanya mengangguk dan membiarkan saja Kaci pergi. Sementara Kaci pergi mencari makanan, ular sawa yang bergerak perlahan itu semakin menghampiri Cici. Dan dia cuba mengakap Cici. Kaci yang datang dari arah belakang melihat ular sawa yang ingin menerkam Cici. " Cici, cepat lari" jerit Kaci kepada Cici,  Lalu Kaci cepat-cepat mengambil kayu dan memukul ular itu. Cici yang terkejut menyedari bahawa ular sawa ingin menerkamnya lalu lari. Sesaat lambat mungkit akan menyebabkannya di terkam oleh ular sawa. Ular sawa yang dipukul oleh Kaci terus menggelupur kesakitan. Kaci dan Cici lari meninggalkan ular sawa itu. Lari punya lari akhirnya mereka berjumpa dengan sebuah paya. 

Dilihatnya paya itu cantik dengan air yang jernih. Terdapat beberapa ekor anak ikan yang berenang di dalam air. Kelihatan riang. Juga dilihat terdapat sebatang kayu balak yang reput terdampar didalam paya itu. Kaci dan Cici kemudian masuk ke dalam paya itu. Mereka gembira. Setelah penat bermain dengan air, mereka kemudian berehat di atas kayu balak yang pangkalnya masih terapung di gigi air. Disitu berlaku bibit2 percintaan antara Cici dan Kaci. Masing-masing saling terhutang budi kerana menyelamatkan nyawa mereka. Akhirnya bila mata bertentang mata, terpancarlah sinar keihlasan di mata kedua-dua itik ini. 

Akhirnya suara meminta keluar dari mulut Kaci." Sudi tak awak jadi teman hidup saya?". Cici terkejut. Dadanya bergoncang kuat. Sinar matanya yang memancar kelihatan jelas menunjukkan bahawa dia setuju dengan lamaran Kaci. Cici mengangguk kepala. Kaci yang memahami isyarat Cici terus memeluk Cici. akhirnya mereka membuat keputusan untuk berkahwin.....

setelah berkahwin, mereka menjadikan paya itu sebagai kawasan habitat mereka. Kaci dan Cici membuat rumah mereka di kawasan itu disaksikan oleh ikan-ikan yang keriangan berenang di dalam air, dan juga disaksikan oleh burung-burung yang hinggap di kawasan itu, dan juga disaksikan oleh yang maha pencipta.  Mereka hidup bahagia.

Hari berganti hari, masa silih bertukar hari, maka Kaci dikejutkan dengan kehamilan Cici. Begitu gembiranya mereka setelah mendapat tahu bahawa hidup mereka tidak berakhir dengan berdua tetapi dengan penghibur rumah tangga iaitu cahaya mata. Tidak lama kemudian maka Cici bertelurlah dua biji telur. Kaci pula bertungkus lumus untuk menjaga Cici semasa dalam proses mengeram telurnya. Segala makan minum Cici di cari oleh Kaci. Kaci bersunguh-sungguh menjaga Cici dan telurnya. Segala persiapan juga telah dilakukan oleh Kaci. Cici yang senang dengan Kaci hanya melihat apa yang dibuat oleh Kaci. Baginya Kaci dan anak yang bakal lahir itu adalah penting dalam hidupnya. Dia juga tidak mahu menghampakan Kaci. Cici berjanji di dalam hatinya anak melahirkan anak yang baik kepada Kaci.

Selang satu bulan maka menetaslah anak dalam telur itu. Alangkah gembiranya mereka setelah di kurniakan dua ekor anak itik jantan dan betina. Warna kuning keemasan dengan bulu yang lembut. Mereka namakan yang jantan ialah Ka-cu dan yang betina ialah Ci-ka.  

Bersambung......(macam cite kanak2 plk..ngeee~)

Akan datang insyallah.. tajuk die dh ade tau.. "Rumah tangga itik retak".......


Komen2 lah ek kawan....:)

Filem Psychological (Triller)


Pict from : http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/Misery


Award Best Actor: Kathy Bates- berjaya membawa watak yang sangat real dan baik.


Filem MISERY oleh Stephen King novel. Mengisahkan tentang seorang novelist Paul Sheldon (James Caan),seorang penulis yang berjaya menulis beberapa novel sehingga membuatkan salah seorang peminat novelnya taksub dengannya. Peminatnya ialah  Annie Wilkes (Kathy Bates), seorang bekas jururawat yang mempunyai masalah mental. Setiap kali Paul Sheldon ingin menyiapkan satu novelnya, dia akan menyewa sebuah rumah diatas bukit dimana rumah itu berada diatas bukit yang jauh dari penduduk. Setelah Paul Sheldon menyiapkan novelnya, dia bersiap2 untuk pulang. Dalam perjalanan, Paul Sheldon berlaku kemalangan menyebabkan dia cedera teruk. Dan diselamatkan oleh Annie Wilkes. Annie Wilkes membawa Paul kerumahnya untuk dirawat. Semasa berada di rumah Annie Wilkes, Paul dikejutkan dengan perubahan pelik yang berlaku keatas Annie setiap kali beliau bercerita tentang novel Misery yang ditulis oleh Paul Sheldon. Annie sangat taksub dengan Paul Sheldon sehinnga mengurung Paul dan memaksa Paul untuk menulis semula novel 'misery' yang baru. Paul dipaksa untuk menghidupkan semula watak misery yang ingin dimatikan oleh Paul. Setiap kali perubahan yang berlaku keatas diri Annie, dia akan berlaku pelik dan bertindak mencederakan Paul. Annie yang mempunyai sakit mental mempunyai sejarah membunuh bayi semasa dia bekerja sebagai jururawat. Dia juga mencederakan Paul dengan mematahkan kaki Paul agar Paul tidak melarikan diri dari Annie. Di akhir cerita, PAul dengan tekad dan menggunakan segala taktik akhirnya berjaya men-psiko Annie dan mereka bergelut. Paul berjaya membunuh Annie dan akhirnya dia selamat.

PSYCHOLOGICAL (Triller)
Selain Filem 'PSYCHO', filem MISERY ini juga sangat baik untuk dijadikan bahan kajian untuk mengkaji filem jenis psikological. Kita dapat mengetahui dengan mengkaji watak Annie Wilkes yang mempunyai penyakit mental. Dalam masa yang sama juga, dia sangat taksub dengan Paul Sheldon. Kita juga dapat tahu bahawa pesakit mental selalunya sangat teliti dalam melakukan pembunuhan. Jika kita menonton filem Misery ini, kita akan dapat lihat melalui watak Annie juga yang mana dia sangat teliti dalam menyimpan pisau ditempat tinggi, banyak ubat-ubatan di dalam satu bilik serta dia juga meneliti dalam meletakkan barang-barangnya. Terdapat juga kecuaian Annie iaitu semasa kita lihat bahawa terdapat satu 'pin' terjatuh didalam bilik Paul menyebabkan Paul berjaya membuka pintu biliknya. Kecuaian lain ialah Annie cuai dalam menyimpan minyak Gas di bawah rumahnya sehingga menyebabkan Paul dapat membakar novelnya pada akhir cerita. 

Seterusnya, kita juga dapat tahu pada akhir cerita dimana untuk melawan orang yang mempunyai masalah mental ialah dengan melawan melalui cara psiko semula pesakit itu. Di akhir cerita kita dapat kaji dimana Paul berjaya mempsiko Annie dengan membakar novelnya sehingga menyebabkan Annie menjadi tidak tentu dan akhirnya Paul berjaya membunuhnya....

p/s: Tulisan ini ditulis mengikut apa yang saya lihat dan kaji sahaja. Apa yang saya belajar, saya kemukakan untuk pengetahuan bersama. Jika ada tambahan, sila komen ya...." Terima kasih....:))


Saturday, August 13, 2011

Cerita Itik Betina selamatkan Itik Jantan

               PADA suatu hari, seokor itik betina, Cici berjalan-jalan di tepi tasik. Sambil berjalan, dia juga mencari makanan untuk dijadikan santapan tengahari. Dia cari di dalam tasik, tepi tasik, dalam semak samun di sekitar tasik, namun nasib dia malang. Tiada sedikit pun makanan untuk dia makan. Perutnya sudah berbunyi. Dia tidak juga berputus asa untuk mencari makanan. Baginya jika tidak makan, dia akan sakit perut( gastrik). Dia pun cuba lagi, cuba lagi sehinggalah dia ternampak seekor anak ikan yang sedang menggelupur diatas darat dekat tepi tasik itu. Dia pun menuju kearah anak ikan itu. Dia lihat anak ikan itu seperti sedang cuba mendapatkan air kerana ia tidak boleh hidup di atas darat. Cici yang lapar itu pun hendak makan anak ikan itu, tapi dia tiba-tiba berhenti. Dalam hatinya berkata 
" Kesian anak ikan ini, kesesakan nafas kerana tiada air. Tapi aku lapar, kalau aku tidak makan, aku akan sakit" . 
       Cici dilema samaada hendaka makan anak ikan itu atau melepaskannya ke dalam tasik. Anak ikan yang sedang menggelupur itu pun meminta bantuan Cici, katanya " Wahai itik betina yang budiman, tolonglah aku yang kerdil ini, aku sudah tidak bermaya untuk bergerak, bernafas". 

Cici berfikir lagi "habis kalau aku lepaskan , bagaimana aku hendak cari makan, Makanan disini susah hendak dapat." lalu Cici pun beritahu anak ikan itu. " Kalau aku lepaskan kamu, bagaimana dengan aku? aku lapar dan tiada makanan disini, hanya kamulah makanan aku untuk tengahari ini".

Anak ikan yang tidak bermaya itu pun berkata, " jika kamu lepaskan aku, aku akan beritahu dimana bisa kamu dapatkan makanan yang banyak".

Pada mulanya Cici tidak percaya, namun melihat kepada anak ikan yang semakin tidak bermaya itu, dia pun melepaskan anak ikan itu kedalam tasik itu. dalam hatinya berkata " tidak mengapalah jika anak ikan mahu menipuku, yang penting dia hidup, seperti ku".Lalu Cici pun lepaskan anak ikan itu kedalam tasik. Anak ikan yang bertemu air itu terus gembira kerana dia masih dapat hidup. Lalu anak ikan pun mengotakan janjinya. Dia pun beritahu Cici dimana ada makanan yang banyak. 
   " wahai itik yang baik, sekarang aku beritahumu dimana ada makanan yang banyak yang bisa kamu kenyangkan perutmu itu."
         Cici gembira kerana pertolonganya dibalas. Kata anak ikan itu, " di hujung tasik ini, ada sebuah reban ayam, Tapi untuk mendapatkan makanan itu, kamu kena berhati-hati kerana jika ditangkap, kamu akan dikurung di dalam reban itu oleh tuan punya reban". 
      Setelah mendengar perkara yang diberitahu oleh anak ikan itu, Cici pun pergi ke hujung tasik itu. Dia lihat beberapa ekor ayam dikurung di dalam reban itu. Dia juga nampak banyak makanan yang jatuh di bawah reban itu. Dengan petunjuk dan petua yang diberikan oleh anak ikan itu, Cici pun pergilah dengan berhati-hati. Sampai di kawasan reban itu, cici ternampak sebuah reban kecil. Dia tersentak setelah melihat seekor itik jantan yang kacak dikurung didalam reban itu. 

Dia mahu menolong itik jantan itu, namun tiba-tiba tuan reban keluar, dan Cici berjaya menyorok di dalam semak samun di kawasan itu. Cici juga berjaya mendapatkan sedikit makanan untuk dijadikan alas perutnya. Dalam fikirannya, dia ingin menolong bebaskan itik jantan itu. Dia mendapat satu idea. Ditunggunya sehingga malam baru dia bertindak.

Pada malam itu, Cici dengan berhati-hati pergi semula ke reban itik jantan itu. Sampai disana, dia berhati-hati cuba melepaskan itik jantan itu. Dengan berkat kegigihannya akhirnya dia berjaya membuka pintu reban itu. Dan itik jantan berjaya diselamatkan. Tiba-tiba ayam di dalam reban berkokok kuat dan mengejutkan tuan reban. Cici dan itik jantan itu melarikan diri kedalam hutan.... 

BERSAMBUNG..........:P

Insyallah akan datang cerita ini di kemudian hari..... :)

Friday, August 12, 2011

FILEM GLADIATOR

Pict from: http://www.new-dream.de/image/wallpaper/film/gladiator/gladiator-16.jpg

Filem gladiator(2000), yang diarahkan oleh Ridley Scott, sememangnya mempunyai maksud yang mendalam. Mengikut penghayatan saya, sebenarnya Gladiator bukan sahaja memaparkan tentang kejatuhan Rom, malam ia jugamenunjukkan tema kekeluargaan. Dalam 15 minit pertama kita dapat tahu dimana Watak Russell Crowe (Protagonis), telah memberitahu rajanya untuk pulang ke kampung halamannya setelah tamatnya perang antara Roman Army dengan Germany Barbarian pada masa itu.

Kita menonton filem itu, tetapi kita tidak hayatinya. Jadi ambillah masa dan tonton filem gladiator sekali lagi. Selamat menonton.

SEDIKIT BICARA DI BULAN PUASA

Pertama-tama sekali saya ingin ucapkan selamat menyambut dan melakukan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Sama juga dengan kalian semua, sebagai umat islam kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan Al-mubarak ini.  Anda letih? Lapar? Malas? Mengantuk? Haus?


Memang kita akan merasakan semua itu. Namun itu sebenarnya ujian daripada allah s.w.t kepada kita. Jika kita tidak teguh iman, maka kita akan langgar perintah ini dan makan atau melakukan benda-benda yang membatalkan puasa semata-mata untuk kepuasan diri.  Kita sepatutnya bersyukur kerana kita diwajibkan berpuasa di bulan ramadhan sahaja, dan lakukan ibadah puasa sunat di hari lain jika mampu, namun anda pernah tak terfikir tentang masyarakat yang tidak berupaya untuk makan? pernah tak anda lihat bagaimana cara hidup mereka?  mungkin anda pernah dengar tetapi tidak pernah lihat dengan mata sendiri, dan hanya melihat melalui internet, surat khabar, berita dan sebagainya. Yang mana itu hanya boleh memberikan keinsafan yang sementara sahaja kepada anda. Bukan saja anda, saya pun turut sama. Namun apabila kita fikirkan, selagi kita tidak makan satu hari, ada lagi yang tidak makan dua hari. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di negara yang aman damai dan tidak diturunkan bencana yang berat-berat kepada kita, tidak seperti di Negara Afrika yang kering kontang. Penduduk di sana berkepala besar dan perut buncit, Buncit dengan cacing. KEnapa mereka jadi begitu???

Negara mereka yang miskin menyebabkan penduduk hidup susah, melarat dan kebuluran. Jika bernasib baik, mereka boleh makan seminggu sekali. Tidakkan itu lebih dari puasa kita kan? mereka bukan sahaja puasa, tetapi mereka kebuluran. Ada yang mati sebab tidak makan. Tidak seperti penduduk di negara kita sekarang dimana, mereka meninggal dunia bukan sebab kebuluran tetapi kekenyangan. Makan tidak mengikut keseimbangan, kurang lakukan senaman, makan makanan tidak berkhasiat dan sebagainya. 


Masyarakat zaman sekarang @moden ini kebanyakannya MANJA. Manja dengan nafsu diri. Ramai yang sudah jauh dengan agama. Lihatlah di bulan ramadhan yang baik ini, masih lagi ramai umat islam yang bertubuh sihat, namun tidak berpuasa malah berpura-pura puasa setelah pulang ke rumah atau ditanya ibu bapa.  Kenapa jadi begini?? salah siapa??? tepuk dada tanya selera. 

Kita sepatutnya kena kuat untuk menjaga puasa kita supaya tidak batal atau sengaja batalkan puasa. Kalau setakat berkawat atau berlari atau berjalan ditengah panas sudah buatkan anda makan atau minum, itu menunjukkan anda seorang yang lemah. Kalau nak di bandingkan dengan cabaran yang dihadapi oleh nabi kita Rasulullah s.w.t, baginda lebih berat, namun tidak pernah sekalipun baginda makan atau minum semasa menjalankan ibadah puasa.   Jika rasulullah s.w.t boleh lakukan ibadah puasa dalam peperangan pada masa itu di padang pasir yang panas, tidakkan kita tidak boleh tahan puasa semasa bekerja di dalam pejabat yang ber aircond???  Contohilah Nabi kita Muhammad ya Rasulullah s.w.t.  

Setakat ini dahulu bicara kita. Yang baik datang dari Allah s.w.t dan buruk itu dari saya.. saya mohon maaf jika ada yang terasa dan ada yang marah dengan bicara saya yang tidak seberapa baik ini.

 "Saya ingin ingatkan diri dan juga anda semua, supaya kuatkanlah iman kita kerana agama tiang kepada kita."



Thursday, August 11, 2011

MANUSIA dan TABIAT DIRI


Manusia sememangnya tidak boleh lari dari tabiat. Tabiat terbahagi kepada baik dan buruk. Tabiat baik memang sangat bagus kepada mausia itu, namun tabiat buruk itu yang selalu menjadi masalah kepada orang sekeliling, terutama kawan rapat kepada seseorang yang mempunyai tabiat buruk. Memang kita tidak boleh lari dari mempunyai tabiat buruk, namun kita boleh hendak mengurangkan atau meninggalkan tabiat buruk itu. Salah satu caranya ialah dengan mendengar dan menerima teguran sdaripada orang sekeliling. Disitu lah kita dapat tahu sejauh manakan keburukan kita itu. Namun manusia sekarang susah untuk menerima teguran. Yang itulah menjadi masalah. Namun jika kita perhatikan, orang yang tidak suka menerima teguran daripada orang lain itu sebenarnya adalah bersikap buruk. Sudah Nampak terang-terang didaratan.
Kebanyakan manusia juga selaluhya tidak dapat mengawal sikap buruknya itu. Antaranya yang selalu kita lihat ialah melewa-lewakan masa. Sebenarnya masa itu penting dalam kehidupan kita. Kita sememangnya disuruh untuk mengaplikasikan masa kita dengan baik, ini supaya kita tidak akan ketinggalan dari apa-apa perkara sekalipun terutama yang membabitkan orang lain. Orang  yang berjaya adalah orang yang pandai menguruskan masa dengan baik. Disiplin itu sebenarnya membentuk kita kearah kejayaan.
Bagi sesiapa sahaja, begitu juga peringatan kepada diri saya agar terimalah teguran , serta mendisiplinkan diri dengan baik. Jika perkara semudah dan basic ini tidak dapat di lakukan, jadi bagaimana kita hendak berjaya  di masa depan kelak.
Rahsia bagi orang yang berjaya adalah pandai mengurus masa dan disiplin