Followers

Pages

Friday, August 19, 2011

Filem Psychological (Triller)


Pict from : http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/Misery


Award Best Actor: Kathy Bates- berjaya membawa watak yang sangat real dan baik.


Filem MISERY oleh Stephen King novel. Mengisahkan tentang seorang novelist Paul Sheldon (James Caan),seorang penulis yang berjaya menulis beberapa novel sehingga membuatkan salah seorang peminat novelnya taksub dengannya. Peminatnya ialah  Annie Wilkes (Kathy Bates), seorang bekas jururawat yang mempunyai masalah mental. Setiap kali Paul Sheldon ingin menyiapkan satu novelnya, dia akan menyewa sebuah rumah diatas bukit dimana rumah itu berada diatas bukit yang jauh dari penduduk. Setelah Paul Sheldon menyiapkan novelnya, dia bersiap2 untuk pulang. Dalam perjalanan, Paul Sheldon berlaku kemalangan menyebabkan dia cedera teruk. Dan diselamatkan oleh Annie Wilkes. Annie Wilkes membawa Paul kerumahnya untuk dirawat. Semasa berada di rumah Annie Wilkes, Paul dikejutkan dengan perubahan pelik yang berlaku keatas Annie setiap kali beliau bercerita tentang novel Misery yang ditulis oleh Paul Sheldon. Annie sangat taksub dengan Paul Sheldon sehinnga mengurung Paul dan memaksa Paul untuk menulis semula novel 'misery' yang baru. Paul dipaksa untuk menghidupkan semula watak misery yang ingin dimatikan oleh Paul. Setiap kali perubahan yang berlaku keatas diri Annie, dia akan berlaku pelik dan bertindak mencederakan Paul. Annie yang mempunyai sakit mental mempunyai sejarah membunuh bayi semasa dia bekerja sebagai jururawat. Dia juga mencederakan Paul dengan mematahkan kaki Paul agar Paul tidak melarikan diri dari Annie. Di akhir cerita, PAul dengan tekad dan menggunakan segala taktik akhirnya berjaya men-psiko Annie dan mereka bergelut. Paul berjaya membunuh Annie dan akhirnya dia selamat.

PSYCHOLOGICAL (Triller)
Selain Filem 'PSYCHO', filem MISERY ini juga sangat baik untuk dijadikan bahan kajian untuk mengkaji filem jenis psikological. Kita dapat mengetahui dengan mengkaji watak Annie Wilkes yang mempunyai penyakit mental. Dalam masa yang sama juga, dia sangat taksub dengan Paul Sheldon. Kita juga dapat tahu bahawa pesakit mental selalunya sangat teliti dalam melakukan pembunuhan. Jika kita menonton filem Misery ini, kita akan dapat lihat melalui watak Annie juga yang mana dia sangat teliti dalam menyimpan pisau ditempat tinggi, banyak ubat-ubatan di dalam satu bilik serta dia juga meneliti dalam meletakkan barang-barangnya. Terdapat juga kecuaian Annie iaitu semasa kita lihat bahawa terdapat satu 'pin' terjatuh didalam bilik Paul menyebabkan Paul berjaya membuka pintu biliknya. Kecuaian lain ialah Annie cuai dalam menyimpan minyak Gas di bawah rumahnya sehingga menyebabkan Paul dapat membakar novelnya pada akhir cerita. 

Seterusnya, kita juga dapat tahu pada akhir cerita dimana untuk melawan orang yang mempunyai masalah mental ialah dengan melawan melalui cara psiko semula pesakit itu. Di akhir cerita kita dapat kaji dimana Paul berjaya mempsiko Annie dengan membakar novelnya sehingga menyebabkan Annie menjadi tidak tentu dan akhirnya Paul berjaya membunuhnya....

p/s: Tulisan ini ditulis mengikut apa yang saya lihat dan kaji sahaja. Apa yang saya belajar, saya kemukakan untuk pengetahuan bersama. Jika ada tambahan, sila komen ya...." Terima kasih....:))


3 comments:

  1. filem ini sangat bagus dipertontonkan tambah2 orang y mungkin kurang berpengalaman dalam mengetahui imbut psiko mcam mana. ini adalah contoh terbaik dimana kita juga dapat melihat dimana plot nya yang teratur dan ada turun naik dalam setiap adegan ke adegan seterusnya yang menjadi punya, sebab dan akibat dalam pembikinan idea dalam permulaan sehingga pengakhiran.

    pada permulaan cerita ini juga sgt jelas d telah dpt mengemukakan persoalan diawal 5 minit cerita dan membawa kepada penyelesaian seterusnya merungkai setiap scene. apabila watak jelas, ini tidak akan menjadikan masalah dalam penceritaan dalam cerita.

    kepada saudara uzair saya mengucapkan tahniah, walau bgaimanapun dengan sedikit imput y anda kongsi saya percya, anda telah membantu pelajar diluar untuk mengetahui serba sedikit imput dalam cerita ini.=)

    ReplyDelete
  2. futuwwah sayumbara qtikah: terima kasih sbb support saya... heee~ samo2 share lah deh....

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda... :)