Followers

Pages

Tuesday, September 20, 2011

KAWAN kenalah HORMAT kawan. Jangan terlalu cepat menuduh kawan

Kawan yang sejati adalah kawan yang menegur, perbetul, marah kawan demi kesempurnaan hidup kawan itu. DAN bukan kawan yang 'SOUND', maki, kawan itu kerana kepentingan diri sendiri. Sedangkan kawannya tidak pernah mengambil apa2 hak dr kawan itu. Namun jika begitu, itu bukan kawan yang sejati dan perlu dihindari. Jika sekali dibuat, boleh lagi di maafkan dan diperbaiki silaturrahim itu. NAMUN jika lebih dari tiga kali. MAAF sekadar ucapan dan tidak dilakukan oleh hati nurani. Berkawan tidak seperti biasa, walaupun kawan itu sudah lama.


- Ini akibat orang yg tidak pandai berkawan dan hina kawan sendiri-

p/s : jauhilah orang sebegitu agar tidak menjadi semakin buruk perhubungan silaturrahim.

Friday, September 16, 2011

Jangan Tamak kerana bodoh

Mereka salah, kita betul!!!... Puak2 dia yang tidak mahu ikut kita, lepas tu tuduh yang bukan2 tentang kita.. BODOH!!! Tak berterima kasih langsung, malah mencaci pula.. Mereka sebenarnya mahukan makanan kita. Kalau kita tidak tentang dengan mereka,  kita nak makan apa? Sebenarnya kita masih kuat untuk tentang mereka, tapi kita perlu kuatkan lagi. Tambah lagi puak2 kita. Cari di mana sahaja, janji mereka suka kita. Dan jangan suka mereka. Aku cadangkan supaya kita banyakkan lagi pinggan-pinggan supaya senang nak bubuh makanan tu. Dapat kita makan semua. Kalau ada tukang masak nak ambil semula makanan mereka, JANGAN bagi mereka!!!


- Jangan  tamak kerana bodoh -

P/s : Harap mengerti kata tersirat ini. Tak faham, buat tak tahu je yer..

Thursday, September 8, 2011

GENRE KEKELUARGAAN DALAM FIlEM 'IBUNDA'

Pict from : http://bicarafilm.com/baca/2011/01/18/ibunda-1986.html


GENRE: KEKELUARGAAN

Filem ini memperoleh 9 penghargaan Piala Citra pada Festival Film Indonesia tahun 1986.
Filem ini juga pernah memenangi festival filem indonesia, lakon layar terbaik dan pengarahan terbaik di indonesia.


Ibu kepada cucu: "Kaya itu hak, terkenal itu hak, tetapi belum pasti  menjadikan orang itu bahagia"

Zulfikar kepada Isterinya: "Bukan senang hendak bawa watak orang lain dalam setiap lakonan"

Isteri Zulfikar kepada Zulfikar : "Kamu mainkan peranan orang lain dalam 
filem, tapi kamu tidak berjaya   memainkan watak kamu sebenar. Cuba kamu mainkan watak saya  sebagai isteri"

Bapa kepada ibu: "prinsip saya, tidak ada keluarga saya yang akan berkahwin/berkwan dgn golongan yang tidak setaraf"

Berikut adalah dialog2 yg dpt sy ingt n catat... Kalo nk bandingkan, dialog tu mmg memantapkan cerita itu...


KENAPA saya kata itu Genre KEKELUARGAAN???

Filem IBUNDA sememangnya memaparkan kisah kekeluargaan. Ibunnya dianggap sebagai watak utama yang menggerakkan cerita ini. Terdapat beberapa adik beradik dalam keluarga ini. antara isu2 yang menjadikan timbulnya masalah keluarga ialah:

Isu 1: Anak bongsu  perempuan (Fitri) dilarang untuk berkawan dengan lelaki indonesia berketurunan Irian (berkulit hitam) bernamaLUKA, Alex Komang.

Isu 2: Seorang anak lelaki yang menjadi tentera tidak pulang2 setelah pergi menjalankan tugasnya.

Isu 3: Zulfikar (anak Ibu) terlalu taksub dengan kerjaya (lakonan) sehingga sanggup tidur di rumah produser dan mengabaikan tangungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang ayah. Malah menjadi anak ikan  kenada produser wanita. Segala kerja dan gerak geri dikawal oleh wanita itu.

Isu 4: Anak sulong  Farida ,Niniek L. Karim  terlalu mengikutkan cara hidup golongan berada sehingga melarang adiknya bergaul dengan golongan yang tidak sama warna/ golongan.

Apa yang kita nampak segala isu yang dijumpa di dalam filem ini adalah berkisarkan krisis kekeluargaan. Sememangnya filem ini bergenrekan kekeluargaan.
Di dalam filem IBUNDA dilakonkan oleh Tuti Indra Malaon ini, watak ibu sangat penting dan berjaya menyedarkan anak-anaknya sehingga pada akhir cerita mereka semua kembali menjadi sebuah keluarga semula. Mereka akhirnya berkumpul dan bersama-sama. Semasa krisis keluarga itu berlaku, selain ibunya, terdapat watak seperti BUDI dan juga LUKA ( lelaki irian) yang membantu ibu untuk menyatukan semula anaknya.

Filem ini mungkin tidak banyak kesan sinematik. Ini kerana tidak banyak latar yang dikemukakan oleh pengarah dalam filem tersebut. Selain itu juga penggunaan muzik latar juga tidak banyak selain daripada muzik latar di dalam teater muzikal yang dilakukan oleh Zulfikar. Apa yang saya nampak, pengarah filem ini, Teguh Karya mungkin ingin menunjukkan kepada penonton tentang ruang kawasan rumah Ibu yang terlalu sempit sehinggakan membuatkan penonton nampak seperti serabut melihat lakonan para pelakon. Ini menunjukkan bahwa pengarah ini berjaya menimbulkan kesan sinematik ke dalam diri penonton.


saya hanya seorang pemerhati dan mengkaji... Jadi jika ada salah silap, harap maaf. Segala baik hanya datang dari yang esa, dan yg buruk dari diri saya... Namun tidak rugi jika sesiapa yang membuat kajian tentang genre kekeluargaan jika berpandukan filem ini. 

SELAMAT MENONTON SEMUA.....

Wednesday, September 7, 2011

Astaghrfirullahhalazim...

Allahuakbar3..

Sabar2. Akibat tekanan. Sebnrnya ia boleh meruntuhkan sesebuah ikatan.. Terutama ikatan kekeluargaan.. Aku hampir2 buat begitu.. Tp Alhamdulillah.. Berkat kesabaran, aku berjaya hindar terjadinya perkara berikut. Apa2 bg yg terasa tu. Aku mintak Maaf la. Benda kecik sbnrnya xperlu dibesar2kan. Jika diperbesarkan ia sememangnya menunjukkan kebodohan kita sendiri. Bukan setakat bodoh, tapi Dungu....

Tekanan sbnrnya sangt berbisa.. Yg boleh buat kita jd kurg berfikir matang.. Buat perkara bodoh. Memang hakikat. Jadi sblum terjadinya perkara bgitu, ucapkanlah Astaghrfirullahalazim. Istighfar banyak2.... 


- Insya'allah, pasti kita akan tenang -

Tuesday, September 6, 2011

Otak serabut buat tesis...... XOXO

Dah sminggu duk pikir2 nk buat tesis ni.. Hadoiiii.. mmg penat. Malam ni jgk aku buatnye.. dh 2 malam dh buat, bab 1 pn xsiap ag.... gimana ni.. mata dh ngantok, tubuh dh letih, tapi otak duk pikir nk siapkan jgk... dh la blur. xtau ap nk nk buat dh... orak lak asyik duk suh aku siapkan, tapi ape tah x tahu nk buat niehhhh....

Ya allah.. tolong lah aku.... esok laknyer kelas pagi.. nk kne bngun awal lagi.. pasti xcukup tido dh.. Xcukup tido lagiiiii..... tp xpe... bak kata org tua2.. adat belajar kan... nk x nk kene jgk buat... hope siap la.. kalo xsiap memnag MAMPUS la aku.. xmo aku tmbh sem... dh la kene repeat 1 paper... baru nk naik pointer aku, dh turun balik.. Fail punye pasal.....,

Sekarang otak aku dh KOSONG.... kosong dgn jiwa yg serabut.....

Ade sape2 kwn, nnti motivate aku ek... dh la xde awek, xde la org nk jadi pnyokong skrg ni. hrpn kwn2 la yg jd pnyokong setia utk bentuk aku ni......... huhu... :p

Monday, September 5, 2011

Speecial Thanks to Pahang Goverment

Beribu2 penghargaan kepada kerajaan negeri Pahang kerana telah menjanjikan keselesaan kepada pengguna jalan raya terutama kepada penduduk negeri kelantan yang pulang beraya, dan juga pulang ke desa pabila cuti. 
Aku salah seorang rakyat kelantan yang tinggal di negeri orang (KL) , yang juga sama dengan masyarakat lain yang selalu pulang ke kampung terutama pada musim-musim cuti tidak kira lah cuti ape, JANJI CUTI..hehe.. kalau dulu nk pulang bukan main susah, JEM la, JALAN hodoh la, TAPI sekarang atau semalam , semasa aku nk pulang balik ke KL, jalan dia semakin baik. terutama jalan Kuala lipis -Gua Musang. Sudah makin siap dh jalan baru. Tidak lame lagi xperlula nak daki bukit 7 tu sebab jalan yang potong bukit 7 dh nk siap.  Boleh la pendekkan masa perjalanan skit. Tak perlulah nk guna banyak tenaga kereta kan... 

Polis trafik pulak memang sudah peka dengan kesesakan lalu lintas, jadi awal-awal lagi sudah bagi keutamaan kepada pengguna jalan utama iaitu dari BENTONG-RAUB-K. LIPIS. Antara yang aku nampak kejayaan mereka ialah dengan menambahkan lorong bagi kenderaan yang pulang , lampu trafik dikawal rapi. Supaya Tidak JEM.... Memang TERBAIK lah mereka ni.... 

Sekali lagi Special THANK's To Kerajaan PAHANG...... Semoga SULTAN PAHANG hidup makmur.... Tidak lupa juga dekat SULTAN KELANTAN juga... Semoga baginda juga makmur, di panjang umur dan ditambahkan lagi rezeki negeri KELANTAN agar dapat menyediakan jalan yang baik kepada mayarakat Kelantan kita..... AMIN......