Followers

Pages

Thursday, September 8, 2011

GENRE KEKELUARGAAN DALAM FIlEM 'IBUNDA'

Pict from : http://bicarafilm.com/baca/2011/01/18/ibunda-1986.html


GENRE: KEKELUARGAAN

Filem ini memperoleh 9 penghargaan Piala Citra pada Festival Film Indonesia tahun 1986.
Filem ini juga pernah memenangi festival filem indonesia, lakon layar terbaik dan pengarahan terbaik di indonesia.


Ibu kepada cucu: "Kaya itu hak, terkenal itu hak, tetapi belum pasti  menjadikan orang itu bahagia"

Zulfikar kepada Isterinya: "Bukan senang hendak bawa watak orang lain dalam setiap lakonan"

Isteri Zulfikar kepada Zulfikar : "Kamu mainkan peranan orang lain dalam 
filem, tapi kamu tidak berjaya   memainkan watak kamu sebenar. Cuba kamu mainkan watak saya  sebagai isteri"

Bapa kepada ibu: "prinsip saya, tidak ada keluarga saya yang akan berkahwin/berkwan dgn golongan yang tidak setaraf"

Berikut adalah dialog2 yg dpt sy ingt n catat... Kalo nk bandingkan, dialog tu mmg memantapkan cerita itu...


KENAPA saya kata itu Genre KEKELUARGAAN???

Filem IBUNDA sememangnya memaparkan kisah kekeluargaan. Ibunnya dianggap sebagai watak utama yang menggerakkan cerita ini. Terdapat beberapa adik beradik dalam keluarga ini. antara isu2 yang menjadikan timbulnya masalah keluarga ialah:

Isu 1: Anak bongsu  perempuan (Fitri) dilarang untuk berkawan dengan lelaki indonesia berketurunan Irian (berkulit hitam) bernamaLUKA, Alex Komang.

Isu 2: Seorang anak lelaki yang menjadi tentera tidak pulang2 setelah pergi menjalankan tugasnya.

Isu 3: Zulfikar (anak Ibu) terlalu taksub dengan kerjaya (lakonan) sehingga sanggup tidur di rumah produser dan mengabaikan tangungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang ayah. Malah menjadi anak ikan  kenada produser wanita. Segala kerja dan gerak geri dikawal oleh wanita itu.

Isu 4: Anak sulong  Farida ,Niniek L. Karim  terlalu mengikutkan cara hidup golongan berada sehingga melarang adiknya bergaul dengan golongan yang tidak sama warna/ golongan.

Apa yang kita nampak segala isu yang dijumpa di dalam filem ini adalah berkisarkan krisis kekeluargaan. Sememangnya filem ini bergenrekan kekeluargaan.
Di dalam filem IBUNDA dilakonkan oleh Tuti Indra Malaon ini, watak ibu sangat penting dan berjaya menyedarkan anak-anaknya sehingga pada akhir cerita mereka semua kembali menjadi sebuah keluarga semula. Mereka akhirnya berkumpul dan bersama-sama. Semasa krisis keluarga itu berlaku, selain ibunya, terdapat watak seperti BUDI dan juga LUKA ( lelaki irian) yang membantu ibu untuk menyatukan semula anaknya.

Filem ini mungkin tidak banyak kesan sinematik. Ini kerana tidak banyak latar yang dikemukakan oleh pengarah dalam filem tersebut. Selain itu juga penggunaan muzik latar juga tidak banyak selain daripada muzik latar di dalam teater muzikal yang dilakukan oleh Zulfikar. Apa yang saya nampak, pengarah filem ini, Teguh Karya mungkin ingin menunjukkan kepada penonton tentang ruang kawasan rumah Ibu yang terlalu sempit sehinggakan membuatkan penonton nampak seperti serabut melihat lakonan para pelakon. Ini menunjukkan bahwa pengarah ini berjaya menimbulkan kesan sinematik ke dalam diri penonton.


saya hanya seorang pemerhati dan mengkaji... Jadi jika ada salah silap, harap maaf. Segala baik hanya datang dari yang esa, dan yg buruk dari diri saya... Namun tidak rugi jika sesiapa yang membuat kajian tentang genre kekeluargaan jika berpandukan filem ini. 

SELAMAT MENONTON SEMUA.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)