Followers

Pages

Monday, September 5, 2011

Speecial Thanks to Pahang Goverment

Beribu2 penghargaan kepada kerajaan negeri Pahang kerana telah menjanjikan keselesaan kepada pengguna jalan raya terutama kepada penduduk negeri kelantan yang pulang beraya, dan juga pulang ke desa pabila cuti. 
Aku salah seorang rakyat kelantan yang tinggal di negeri orang (KL) , yang juga sama dengan masyarakat lain yang selalu pulang ke kampung terutama pada musim-musim cuti tidak kira lah cuti ape, JANJI CUTI..hehe.. kalau dulu nk pulang bukan main susah, JEM la, JALAN hodoh la, TAPI sekarang atau semalam , semasa aku nk pulang balik ke KL, jalan dia semakin baik. terutama jalan Kuala lipis -Gua Musang. Sudah makin siap dh jalan baru. Tidak lame lagi xperlula nak daki bukit 7 tu sebab jalan yang potong bukit 7 dh nk siap.  Boleh la pendekkan masa perjalanan skit. Tak perlulah nk guna banyak tenaga kereta kan... 

Polis trafik pulak memang sudah peka dengan kesesakan lalu lintas, jadi awal-awal lagi sudah bagi keutamaan kepada pengguna jalan utama iaitu dari BENTONG-RAUB-K. LIPIS. Antara yang aku nampak kejayaan mereka ialah dengan menambahkan lorong bagi kenderaan yang pulang , lampu trafik dikawal rapi. Supaya Tidak JEM.... Memang TERBAIK lah mereka ni.... 

Sekali lagi Special THANK's To Kerajaan PAHANG...... Semoga SULTAN PAHANG hidup makmur.... Tidak lupa juga dekat SULTAN KELANTAN juga... Semoga baginda juga makmur, di panjang umur dan ditambahkan lagi rezeki negeri KELANTAN agar dapat menyediakan jalan yang baik kepada mayarakat Kelantan kita..... AMIN......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)