Followers

Pages

Saturday, October 29, 2011

Manaf Mamat (penyerang Terengganu 2011 - Demo memey ganah ngolek..

Ni sorang pemain bola sepak lincah dan berbisa.. kawe pun suko ke demo.Demo silap la bgabung dgn sek2 pnyerang tu... .Demo ni sbenar molek bergabung dgn Mat yo.. Duk d klate key sedap.. Demo cpt naik.. Demo ganah, gabung pulok dgn Mat yo, gerenti Klate naik boh...Demo main sedap, ngolek pn sedap, supo dgn Mat Yo, samo2 sedap... Kalulah Dato' Wa kito amik demo.. Demo keno trimo deh.. Main d Klate.. Nescayo lah, demo akan lbih dikenal, supo sek2 hk lepas.... Kalu demo duk d Klate, memang demo hebat boh...

Kawe harap demo jange sedih dgn kekalahan Terengganu kpd N.9 malam ni deh... Walau kaloh, demo memey ganah, setanding dgn pemain2 hebat lain supo HAI-O, Mat Yo, dan lain2(oghre lamo2)

-Manaf mamat(penyerang terengganu 2011), memang hebat.... Tak ada yg setanding dengannya di skuad Terengganu...Demo memang hebat... Kawe harap benar demo g main dgn skuad Klate....

P/s: Kpd Dato'Wa kito.. Ambo harap, Dato' ejahlah gano2 biar Manaf Mamat main utk Klate pulok.... Dio sedap tuwwww..... Kalu ado gandingan dio dgn Mat Yo, ambo gerenti, Kelantan akan naik pulok, Manaf mamat pn akan naik.. Dio akan terkenal dato' seiring dgn kebangkitan kembali Kelantan kito.....

HIDUP KELATE.....ALLAHUAKBAR3!!!!

Bisa penangan Hairudin Omar - Pemain terbaik final bolasepak 2011 malaysia

HAI-O
Bukan jenama minuman bersih, tapi Hairudin Omar, penyerang bola berbisa...

Umur 32 tahun masih lg bermain bola.. Itulah Hai-o, bekas pemain bolasepak negeri Kelantan, dan sekarang pemain bolasepak N.9... Hairudin Omar ni mmg bawak tuah la org ckp. Sudah 3 musim berturut2 dia angkat piala.. Masa dia berada di n,9 megalahkan negeri Kelantan , pastu dia masuk Kelantan lawan pulak N.9, kelantan menang.. Tahun lepas la... Hasilnya, HAI-O diberi pingat pemain terbaik, pastu hari ini 29/10/2011, Hairudin sekali lagi membantu Negeri 9 menentang Terengganu ( yg diheboh2kan terengganu akan menang) dan hasilnya, HAI-O pemusnah harapan Negeri Terengganu.. hahahhaa.. skuad Negeri 9 ni mmg skuad yg kosisten, tak pernah kalah awal, dan selalu masuk final.. Tak ada pencabar yang boleh tewaskan negeri 9 kecuali Negeri Kelantan( mengikut perlawanan2 sblum ini)......... Bagi mereka Negeri terengganu tu kacang je kot.... diorng xgentar, selalin bertemu dgn ngeri Klntan.... 
Hairudin omar ni, aku katekan sebagai bawak tuahlah.. Ape tak nyer, tengok lah - 
  • Tahun lepas menjadi pemaik terbaik semasa membantu Kelantan vs N.9
  • Hari ni Pemain terbaik semasa membantu N.9
  • 3 musim angkat piala - 
  1. 2009 -  Negeri 9
  2. 2010-  Kelantan
  3. 2011 -  Negeri 9
 Kawe respect ko demo, Hai-O...kawe minat demo... Terbaikkkkkklah HAI-O

Tahun dpn mai d Klate pulok deh.... Naik Klate pulok tahun dpn... Demo bantu Klate kalohkan Teganu...


Suara hati yang tidak pasti.

Sesuatu yg tersirat di hati ini tidak akan di nyatakan sekarang. Kerana ia belum pasti, tapi pasti nanti akan ketahui jawapannya. Sampai masa nanti, suara hati akan di ketahui. Namun, suara hati ini, aku saja yang akan pastikan, samaada ia perlu dinyata atau tidak. Jawapannya akan ketahui suatu hari nanti.

.....xoxoxoxoxoxoxoxoxo.....

Wednesday, October 26, 2011

Air sungai mengalir

Air sungai,
Mengalir ke hilir,
Membawa bersama daun,
Di temani oleh kayu reput,
Mengalir ke hilir.

Air sungai,
Air yang mengalir adalah tidak sama,
Dengan yang lepas,
Dengan yang baru,
Berubah.

Air sungai mengalir,
Terus mengalir,
Dalam membawa cita-citanya,
Besar tanggungjawabnya,
Membawa daun dan kayu reput,
Sampai ke hilir.

Namun ,
cabaran dan halangan,
Ditempuh daun itu,
Ditempuh kayu reput itu,
Untuk sampai ke hilir sungai.

- Mencapai matlamat dan cita-cita-

Tuesday, October 25, 2011

HAKIKAT

Bukan mudah bg seseorang itu menerima sesuatu hakikat .  hakikat yg x dapat kita terima dan tempuhi....  Tapi terimalah dengan hati tenang. Ada hikmah di sebalik kejadian. Kejadian yang mendewasakan kita. Ilmu baru untuk terus ke depan. Dan bukan ke belakang. Yang patah akan tumbuh kembali, yang tumbang akan diganti semula, yang hilang akan dicari, yang buruk biarkan pergi, yang hitam dibasuh dicuci...

-Agar kau bangkit kembali-

Aku tak pandai nk berkata kata cinta - tapi

Tiba2 aku nak cakap pasal cinta (wlaupun kurg pengalaman dlm bab ni) hehehehehe...:P

'Ungkapan aku cinta pada mu'... Memang semua orang boleh kata begitu. Aku pun boleh. Ala.... cakap jer kan.. Tapi sama ke dengan hati yang bercakap? Ada benar dan ada  yang tidak. Mengungkap dengan perkataan sangat mudah, dan juga mudah diterima bagi penerima ayat itu. Tapi adakah penerima itu tahu isi hati orang yang bercakap itu sama dengan hati dia cakap? anda fikirlah sendiri.  

Aku tak pandai nak berkata kata cinta, tapi aku boleh tunjukkan makna cinta itu melalui hati dan cara. Tak semua orang yang mengungkap kata cinta kepada kekasihnya benar2 mengaplikasikan makna cinta itu. Perasaan cinta sebenarnya tidak perlu di ungkapkan dengan mulut/tutur kata. Cinta boleh di tunjukkan dengan cara lain seperti mengambil berat terhadap orang tu, tidak menipu, selalu memikirkan orang itu, selalu menghindar perkara yg boleh menyebabkan kekasih kita marah like tengok perempuan/laki lain atau menduakan mereka. Menghargai seseorang jika kita benar2 cintakannya. Tidak perlulah sampai nk cakap 'aku cinta padamu' sebab kadang2 orang yg cakap benda tu sbnrnya sudah banyak kali mengatakan kepada orang lain selain kekasih sendiri. Tidak juga dinafikan ada yang betul2 cinta seseorang itu, dan selalu bercakap aku cinta pada mu.

Aku ni, pun ada perasaan cinta terhadap orang. Tapi kdg2 cinta ni tak boleh dipaksa. Jika ada jodoh, maka adalah peluang kita utk mencintainya, dan jika tidak ada jodoh, lebih baik kita mendoakan cinta kita agar orang itu sejahtera dan bahagian disamping orang lain.  Anda boleh cuba cara ni..... 

- Mengarut2 saja time boring nie (hikhikhik5)

Monday, October 24, 2011

Hari ini aku berumur 22 tahun

Pejam celik-pejam celik, hari ni dh cukup umurku 22 tahun.. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah izinnya masih menghidupkan aku hingga hari ini. Hari ni jgk aku berazam untuk cuba baiki diri, dan akan bersunguh2 utk mencari ilmu dan mmberi ilmu semampu diri.

Tidak lupa juga kepada sesiapa yang mengucap selamat kepadaku.. AMIN3!!!!! semoga doamu menjadi realiti...

Beribu2 terima kasih diucapkan kepada ahli keluargaku, kawan2 ASWARA, kawan2 satu sekolah, kawan2 sekampung dan kawan2 kenalan FB sebab wish my birthday... Semoga kamu semua di rahmati Allah s.w.t.

-Nak nangis terharu tapi xkeluar air mata..hehehehe-

Apakah dosa ibu itu.

Allahuakbar... Malam ni, tepat pukul 8.30 malam. Aku baru saja baringkan diri di atas tilam di bilikku. Tiba-tiba terdengar suara perempuan berteriak dari jauh. Suara itu menyebut ' Aku nak anak aku, pulangkan anak aku'... Jeritan itu disertakan dengan esakan tangisan yang boleh didengari lebih kurang 20 meter dari rumah sewaku (tidak diberitahu dimana)... Aku juga terdengar tangisan seorang anak kecik (lingkungan 3 atau 4 tahun). Jeritan kedua-dua suara itu reda 15 minit kemudian. Adakah seorang ibu sudah mendapat anaknya? atau dihalau oleh orang? Aku pun tak tahu. Mendengar jeritan dan tangisan itu menyebabkan hati ini mula rasa simpati. Banyak juga spekulasi2 timbul di hati. Bertanyakan tentang kesudahan yang berlaku dalam mendapatkan sebuah kasih yang dapat mengubati hati nurani seorang yang bergelar ibu. Hati ini juga tertanya2, apakah kesalahan ibu itu sehingga disekat untuk mendapatkan anaknya? 

Allah sahaja yang mengetahui.  Allahuakbar.

Apakah dosa ibu itu? Seorang ibu mempunyai hati yang sememangnya tidak boleh lari dari menyayangi anak sendiri. bagi seorang ibu, anak-anak adalah tempat bermadu kasih, tempat melepaskan kasih, tempat menghiburkan hati. Kenapa anak tidak diberikan kepada ibunya? apakah kerana tidak mempunyai status pekerjaan yang mampu menyara hidup anak menyebabkan dia tidak mendapat anaknya? Atau adakah si suami yang sudah bercerai dengan si isteri tidak mahu anaknya jatuh ke tangan bekas isteri kerana ingin membalas dendam? 

Jika hendak dibandingkan, kesakitan ibu dalam melahirkan anak, jauh lebih tinggi daripada si bapa yang bekerja untuk menyara anak itu. Apalah salah jika diberikan anak kepada si ibu, dan jika sudah bercerai, apalah sangat jika bergilir-gilir menjaga anak sendiri. Seorang anak perlu juga mendapat kasih sayang daripada ibu sendiri. Lain rasanya jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang yang diberikan oleh ibu tiri atau bapa tiri. Berat sangatkah dosa si ibu sehingga tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya? 

Seberatmana atau sejahatmana seorang ibu itu, dia tidak akan mencederakan anak sendiri. Sezalim mana ibu itu, dia tidak akan menzalimi anak sendiri. Seperti harimau/singa yang sanggup pertahankan anaknya daripada diburu oleh manusia. Seorang wanita yang bergelar ibu sepatutnya mempunyai hak wajib dalam menjaga anaknya. Jika dilihat sekarang, segala-gala makan minum anak, basuk berak anak, jaga kesihatan anak adalah ibu. Daripada air tangan ibu. Anak dilahirkan daripada rahim ibu. Kelahiran yang tidak ditanggung kesakitannya oleh seorang yang bergelar suami / bekas suami. 

Seberat mana dosa ibu itu, dia sentiasa berdoa akan kebaikan anak-anaknya. Seberat mana dosa ibu itu, dia tidak akan memberi anak-anak menanggungnya. Seberatmana dosa ibu itu, hanya hati dan perasaan yang menanggungnya. Seberatmana dosa ibu itu, dia tetap ibu kita. 

-Allahuakbar. Ya Allah, temukanlah ibu itu dengan anaknya. Kau bukakanlah pintu hati sesiapa yang menjadi penghalang kepada si ibu itu untuk berjumpa dengan anaknya. Kau jauhkanlah sifat syaitan dalam diri mereka. Kau berilah mereka kebahagiaan. Kau cucurilah nikmat ke atas insan yang bernama ibu. Amin..!!-

Nasihat Galak Hitam 1

Salam kwn2, mesti kamu sume tertanya2 kenapa nama blog aku 'Galak Hitam'??? Sebenarnya nm tu aku amik sempena gelaran terhadap seorng kwn di kampung yg amat dan teramat aku hormati...seorang kawan yg jauh lebih tua dari ku (sekarag dh ad anak )....Panggilan lain bg Galak Hitam ialah Pak dik... hehe..(kwn2 sekampung mesti kenal org ni)... Aku selalu lepak dgn Galak ni..Selalunya dalam perbualan kitaorang, dia banyak memberi nasihat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dia... Dan aku salah seorang pendengar yg setia, ad jgk aku ikut nasihatnya.. Nasihat2 galak ni sangat2 bernas jgk, dan boleh guna pakai tau...Antaranya nasihatnya  ialah :

Untuk golongan solo/single :
1. Walau kita hodoh, kita tetap akan kahwin jika ada jodoh.

2. Jauhi dadah, kerana berbahaya, rokok tu boleh la sikit2... Jangan tegar. sekadar untuk lepas sangap saja.

3. Jangan lumba motor, sebab bahaya. Boleh exsiden dan mati. 

4. Jangan mencuri, nanti barang kita akan dicuri pula.

5. Enjoylah hidup solo, dan jangan risau untuk melakukan sesuatu. Lantak p lah orang puan nak cakap pe, janji kita happy dan tak kacau mereka.

6. sabarlah kalau tak ada awek, sebab sabar tu boleh menyebabkan kita akan dapat awek lebih baik dari yg kita nak.

7.Selalulah lepak di kedai kopi, dan borak2 dengan orang tua. Orang tua banyak ilmu dan pengalaman. Tmbah2 ilmu rumah tangga....


Untuk orang sedang bercouple:

1. Jangan terlalu percaya kepada kekasih kita walaupun kita sayang sesangat. Hanya boleh percayakan perkara2 tertentu saja. Perkara yng pasti, terbukti n yakin. Kalau was2, jangan percaya dahulu. Cari bukti dahulu. Kalau tak ada bukti, so jangan percaya. Sebab kadang2 tak semua perkara yg kekasih kita cakap itu betul... - Jangan percaya sepenuh hati sebelum berkahwin-

2. Memilih kekasih walaupun hodoh di mata orang, namun biarlah cantik dimata kita. Lantak orang lain nk kata apa, janji kita happy dgnnya. 

3. Jangan terlalu mengongkong kekasih kita. Biarkan saja dia nak buat apa. Kalau ad jodoh tak kemana. 

4. Jangan hipokrit. Kata lain - jangan bercakap tentang kekasih orng hodoh ke apa, nnti jadi kt kita.

5. Jangan asyik berjumpa/ berkepit saja. Nanti lama2 jadi bosan. Lama2 putus kecuali isteri.

6. Jangan mencampuri private kekasih kita. Sebab kdg2 ad juga benda yg kita tak boleh tahu.


Untuk golongan berkahwin  macam dia(Galak Hitam):

1. Biar kita lelaki/ suami yang lapar, tapi jangan anak bini yg kebuluran.

2. Jangan tinggalkan isteri di rumah malam2, sebab bahaya tak dapat dihidu. So jagalah isteri di waktu malam.

3. selalu bercakap sayang2 macam tengah couple dengan isteri kita setiap hati agar nampak romantik.

4. Selalu beri kata semangat dekat isteri, seperti 'abang tak boleh beri kemewahan, tapi abang boleh beri  kebahagian'.

5. Bila isteri marah, peluklah dan cakap abang minta maaf. Jangan balas dengan kemarahan, sebab ia boleh menyebabkan berlaku sesuatu tak diingini.

6. Jaga makan minum isteri. Jangan biar dia hisap rokok sebab tak molek dipandang masyarakat.

7. Tegur isteri bila mereka tak sembahyang. Kalau boleh marah dengan cara molek.

8. Setiap hari, cakaplah sayang kepada isteri. 


Ini antara sedikit nasihat yang dapat aku ingt dari kata2 Galak Hitam. Nanti kalo aku ingt ag, nanti aku gitau lagi di page Nasihat Galak Hitam 2....nk tahu cmne peribadi galak hitam, tanye lah.... Heeeee~ 

-Ad benda yg boleh pakai tu, pilih2 ek mane yg sesuai utk korang -

Saturday, October 22, 2011

Tak tahu apa nak jadi - huhu (mengeluh)

Pagi ni - Tetibe jer aku nk cek komen2 kt laman sosial Tagged aku. Sungguh aku terkilan dan terdetik rasa sedih melihat satu gmbr seorang hamba allah (muslim), xnk gtau la sape orangnya. Entahlah mana silapnya, boleh aje die letak gmbr seksinya kt laman tu. gmbr2 lain berpakaian tudung. Allahuakbar.. Apa nak jadi. wanita itu islam. Nk kate xde rupa, ade. Tapi kenapalah sampai begitu sekali nak dedahkan tubuh untuk dilihat khalayak laman sosial tu. Bukan nak menuduh atau nk burukkan hamba allah tu, tapi kenapalah mentalitinya sampai begitu sekali. Maaflah kalau hendak sebut bahawa wanita tu mungkin kemaruk hendakkan cinta, jadi dia dedahkan susuk tubuhnya untuk menarik perhatian lelaki. Tapi kenapa sampai begitu sekali? adakah kejutan budaya? atau memang trend masa kini? 
Mentaliti kian rapuh. Cubalah jangan tunjuk kebodohan kita. n janganlah tunjuk ketidak kerdikan kita dalam menginginkan sesuatu. kalau mahukan sesuatu, janganlah sampai memburukkan diri sendiri.. Ingtlah nama baik ibu bapa kita di rumah. Tak malu ke jika dilihat orang lain...Jika kamu salah seorang kawannya, tolonglah nasihatinya agar tidak berbuat demikian.
Aku bukan nak tunjuk aku ni baik. Namun aku tak buat atau tak mempromosi diri untuk mendapatkan seseorang awek atau menunjukkan susuk tubuh. Maklumlah aku pun kurus kering...haha.... Aku sangat2lah sedih dengan wanita itu. Bukan tak cantik , tapi kebodohan itu menunjukkan dia tidak cantik. 

Ya Allah, bukakanlah pintu hati dia. Turunkanlah hidayah dan petunjuk kpadanya agar dia boleh menginsafi dirinya dan mendekatkan diri kepadamu... Allahuakbar...

p/s: Mohon seribu kemaafan  jika saya bercakap tentang kamu. Harap berfikiran positif dengan kata2ku itu.

Aku Bukan Budak Baik Seperti Kau.

Aku bukan budak baik,
Yang mulia sepertimu,
Kau selalu dipuji,
Aku pula selalu dihina, dikeji.
Kerana aku bukan budak baik,
Kau selalu buat benda baik,
Tidak pula aku,

Semua kawan kau, semuanya baik, mulia,
Semua kawanku jahat-jahat belaka,
Semua kawan kau  kerja tinggi-tinggi,
Semua kawanku peminta sedekah, mencuri makanan yang orang buang,
Semua kawankau berbau harum, bersih,
Semua kawanku busuk, pengotor,
Semua kawankau halau kawanku semasa mereka meminta sedekah,
Semua kawanku menghormati kawankau, menghabiskan sisa-sia makanan yang kawankau buang.

Masa kau gembira, semua kawan kau bersuka ria dengan kau,
Masa aku sedih banyak pula kawanku datang meminta kongsi kesedihan,
Masa kau kaya , semua kawan, kau belanja,
Masa aku miskin, semua kawanku datang belanjaku.

-bila kau jatuh sakit kerana penyakit berjangkit, semua kawan kau tak peduli,
-bila aku sakit dipukul orang, semua kawanku datang menolongku.

Aku sedar aku bukan orang baik,
Dan aku tahu kawan-kawanku semua jahat,
Aku mahu jadi macam kawan-kawanku
Kerana mereka kawan yang sejati.
Dan  kau penyebab kepada kejahatan mereka,
Kau yang tidak peduli mereka,
Kau halau mereka, kau caci mereka,

- JAHAT KERANA BUAT PERKARA BAIK-

Manusia akan mengalami keinsafan - Suatu Hari Nanti

Kehidupan. Ada banyak perkara dlm kehidupan. Kehidupan dunia hanya sementara. Kehidupan yang tidak kekal. Akan roboh suatu hari nanti. Saya - anda - kita - mereka - masyarakat - penduduk bumi adalah manusia. Yang tidak kekal abadi seperti dia. Pencipta alam ini. Manusia memiliki hati yang menjadi penyebab kepada adanya perasaan, perangai, perbuatan - yang boleh ditunjukkan  melalui pancaindera. Manusia dan kehidupan dunia sementara. Ada yang berkelakuan baik, ada yang berkelakuan tidak baik. Namun manusia sekarang bukan seperti Ya Rasulullah : Nabi Muhammad s.a.w. Yang dibersihkan hatinya. Manusia sekarang ada yang baik, namun dalam kebaikan itu ada juga tidak baik yang dilakukan. Berlaku tidak baik yang akan membetulkan kita suatu masa nanti. Tanpa ketidak-baikkan itu, manusia tidak akan mengenal erti kebaikan. Segala-galanya ditentukan oleh masa. Masa yang menjadi hakim kepada pembetulan diri. Keinsafan diri.  Percayalah, setiap manusia yang melakukan perkara tidak baik, akan ada masa untuk mereka insaf. Mereka akan rasa keinsafan dalam diri, walaupun tidak ditunjuk dengan pancaindera, namun ditunjuk dengan hati nurani setiap insan. 


-Tidak ada manusia yang tidak merasa keinsafan dalam diri-

Monday, October 17, 2011

SEKOLAH - Dulu dan Sekarang

 Kalau mase aku dulu2, semapt lagila merasa apa yang mak ayah aku rasa masa diorang di bangku sekolah:

SEKOLAH DULU
Situasi 1:

Aku tak siap kerja sekolah:

Cikgu 1 : Mat uzir kenapa tak siap kerja sekolah? 

Aku: Sa..say...saya tak sempat cikgu.(tergagap2 nak cari alasan)

Cikgu 1 : Sudah, cikgu tak mahu dengar alasa kamu. Bangun dan paling kebelakang.

cikgu amik rotan, panjang dan merotan punggung aku. Adoii! memang sakit. Nampak tanda rotan kt punggung aku...Aku pun balik dan gitau mak ayah aku. Mereka cakap padan muka. Sapa suruh tak siapkan kerja sekolah.

situasi 2:  Aku ponteng 1 kelas - cikgu pula mase tu PKHEM... Kene plk tngkp dkt tandas.. 

Pk hem:  Mat uzir, kau ponteng kelas Math yer...

(pk hem ape lagi. Suruh aku jalan 'itik' keliling bangunan sekolah. Kt belakang aku ad ditampal kertas yang mempunyai perkataan 'Saya budak malas jadi ponteng kels PkHem'. Setiap kali jalan ditepi kelas lain, pelajar2 sukakan aku.. Waaa!!! malu semalu-malunya....Then aku pun balik rumah. Tah tiba-tiba mak aku datang rotan aku dengan hanger baju.. Perghhh, sakit tau..mak aku ckp: tadi pk hem call, dia ckp kau ponteng kelas.. Apa nak jadi dengan kau. Mak dah ckp dekat pkhem, kalau kau ponteng lagi, mak suruh dia kasi penampar. Biar ad tanda tapak tangan kt muka kau.)

Dah la lenguh2 tulang sbb jalan itik, kena plk rotan.. sakit tau..

SEKOLAH SEKARANG

Situasi 1:
Pelajar kena rotan  ditapak tangan oleh cikgu. Pelajar tu bagitahu ibu bapak diorang. Mak ayah dtg sekolah dan jumpa cikgu yg rotan anaknya.
Ibu bapa pelajar: Kenapa cikgu rotan anak saya sampai merah2 dekat tangannya? sakit tau? anak saya tu manusia, bukan binatang nak buat macam tu.

Cikgu 1: anak tuan/puan ponteng kelas. Jadi sy jalankanlah tangungjawab sy sebagai cikgu disiplin.

Ibu/bapa pelajar: itu lantak anak saya lah. Cikgu ditugas untuk mengajar bukan merotan anak saya. See you in court cikgu.

Pergh...senang2 kan.. . salah skit jmpa di mahkamah.


-CIKGU  mengajar dan mengajar dan mengajar untuk jadikan pelajar seorang manusia. -





Friday, October 14, 2011

Org Kaya Selesa Dalam Kesenangan - Org Miskin Derita Dalam Kesempitan

Syukur kehadrat ilahi kerana kita dilahirkan dlm keadaan baik. Tak ada yg x cukup. Dan kalau x cukup, mesti nangis n minta utk mencukupkan apa yg tidak cukup itu. Memang kita diajar begitu. Tngok penduduk di Afrika, Somalia, Palestin... Kasihan mereka. Terpaksa menjadi pelarian, terpaksa ikat perut dlm kehidupan seharian, dan terpaksa memakan bangkai2 binatang yg sudah busuk, minum air kencing dan sebagainya sebab kekuarangan sumber makana di tempat mereka. Kalau nak dibandingkan dgn kita, mmg kita jauh meninggalkan mereka dari segi kehidupan seharian. Makanan tak habis kita buang, tp mereka simpan baki, n makan sedikit2 dan simpan utk di hari lain. Kalau kita pakai pakaian butik, mahal2, mereka hanya pakai kain carik yg hanya mampu menutupi tubuh sahaja. Kalau kita pakai selipar sandal, crock. Mereka cuma ikat botol air dengan tali dan dipakai menjadi selipar..  Bagaimana kalau kita di tempat mereka????????

Kalau kedekut utk derma seringgit, derma satu sen pun jadilah kpd mereka.. Di darab 1 sen dengan 5 juta lebih org di negara ini, bukankah sudah banyak.... 

ALA!!!!, xpyh nk tngk jauh2, cuba jer tngk org miskin, seorang ibu bawak anaknya dtg mintak sedekah, apa lagi. 'Halau jer org tu'. Buat pe nk bagi diorg kan....Tapi kalau kwn baik yg kesempitan duit, adoi, bagi banyak.. Tmbh2 kalau gf/bf sndiri yg xde duit...  Kasihanilah org yg tak mampu ######  KASIHANILAH MEREKA YANG TAK MAMPU ######

-Bantu membantu sesama manusia  - 

KECIK tapi LAJU... Alhamdulillah selamat!!!!

Pernah naik kete kelisa 1.0, selaju 150km/j di jalan raya? pergh... Baru kejap td ak lalui saat yg bagaikan nak tecabut jantung.. Laju giler rase duk dlm kete yg kecik..Kawan punye pasal bawak ( dah clas pro, maklumlah runner) bawak die punye kete, laju... aku kt dlm tu pe lagi, senyap je la (tp kt dlm hati duk mengucap, tawakkal n mintak selamat).. Mau x nyer, siap amik sight utk coner bagai... Adoi, kalau excident, mmg x nmpak rupala jwbnya... dr damansara ke Shah alam amik masa xsampai 30 mnit... Mujo ler time balik, bwk slow, kalo x mngucap lagila aku.... huhu.. tp pape pun best jgk dpt duduk dlm kete laju wlaupun xdpt duk dlm Ferrary or kete2 lumba lain...hehhee...

-Membaca doa selamat sebelum melakukan perjalanan : walaupun dekat -

p/s : len kali biar aku yg bawak kete ( slow n steady) hak3.

Tuesday, October 11, 2011

MEMANG, MEMANG - Tak pandai pikir ... Dungu!!

Ade pulak kes ari ni. Betapa BODOHnya org tu( aku taruk mana SI 'A' sbb xtau sape )... Entah mana marahnya dekat si 'B' ni. Bukan nak pegi pukul ke ape ke si B ni. Tapi pegi pecahkan motornya pulak.. memang BODOH sesangat. X JANTAN langsung. Kalau ye marah pun, xpyh la smpai nk hancurkan brg org lain. Ape ke bengap sunggu pemikiran. Tah de SIVIK langsung. Kalau ye nk tnjuk HERO pn, nk tnjuk LANGSI ( org klate ckp Gedebe) tu xyah lah tnjuk ngan cara gitu. Tu bukan brani, tp penakut. Tak pasal2 si B terpaksa baiki motornya. KASIHAN. SABAR si B, insyallah pasti akan terbalas perbuatan org yg melakukan salah itu.
          MEMANG x nafikan semua orang ada perasaan marahnya. Tapi sekurang2nya xyah la marah dekat benda yg x sepatutnya. Bukankah itu satu kerugian. Kita manusia, marah tu biasa la. Sekurang2nya kalau dh marah, cakap je dkt org yg buat anda marah. TAPI jangan PUKUL.. Sebab tu bukan jalan pnyelesaian tau. PUKUL MEMUKUL ni bukan jalan baik utk lepaskan kemarahan, tp AKAN menambahkan bnyk kemarahan. Kedua2 pihak akan marah. TAPI kalau cakap elok2, gitau mana silapnya dan disertakan dengan MAAF didahulukan, insyallah org yg salah tu pasti akan rasa rendah diri. Sebab walau marah sekalipun , bila dengar perkataan MAAF dari org yg tak bersalah, secara tak langsung mereka akan merasakan mereka yg bersalah,  

Jangan la sesekali kita berdendam dengan org tu. Sebab jika berdendam, kita pasti akan mencari peluang utk mmbalas dendam. Namun kena ingt jika dendam dibalas, nescaya org yg dh kena balas atau org yg rapat dengan si 'terkene' pasti akan balas balik, begitu-lah selanjutnya. Jika mereka berdendam dan membalas dendam, hancurlah kita. Memang dinyatakan dalam hadis : "Hutang darah dibayar darah, tapi memaafkan adalah sebaiknya". Namun kena ingt, hutang darah dibayar darah tu kena setimpal dengan apa yg dah dibuat. Jika setitik darah, kenalah dibayar dengan setitik darah. Adakah kita boleh melakukan begitu???? TIDAK!!!!
Lumrah manusia. jika dipukul sekali, nescaya akan balas dua kali.. Memang LUMRAH. 

Jadi seelok2nya, maaf bermaafan, dan tegurlah mana silap agar dapat hindar dari perkara yg x diingini. Peganglah kata2 MAHATMA GHANDI : 'An eye for an eye will make whole nation blind'

Tahu maksudnya??? Jika ramai yg berdendam, maka hancurlah bangsa kita ( begitulah rasanya)

- Janganlah kita menyimpan perasaan dendam kerana ia menghancurkan kita kelak -

Monday, October 10, 2011

BAIK SUNGGUH -

Ad sesetengah wanita, bila putus cinta dgn boyfriendnye, msti ckp ' BODOH PUNYA LAKI'.. (Pdahal sedih ditinggalkan laki dia).. N ad sesetngah laki2 plk, bila ditingglkan aweknye, diorg akan kate ' BODOH PUNYA PEMPUAN' (padahal mahukan lagi pmpuan tu, tp dh ditinggalkan)....  SAMA SAJE.. ... Bila ditanyakan pada mereka, pasti mereka akan salahkan pihak satu lg.. yg betulnye kite la.. yg salahnye diorg. Walaupun kita yg salah. 'X NAMPAK SALAH KITE'

Aku pun konpius. X nafikan aku xkate gitu....Kadg2 ak pn mungkin akan ckp gitu. Tapi bila dipikir2 balik.. Adoi.. kita yg ckp ni sbnrnya BODOH... Bodoh sbb xpikir, bodoh sbb terlalu mahukan, n bodoh sbb ap yg diinginkan tak dpt..

-Bila dh putus/ xdpt nk elakkan. Terima je lah.. jngn nk salahkan sape2... Mungkin terjadi sbb kekurangan kita-

p/s : kita usahakan, allah tentukan.

RISAU SESUATU YG TAK PASTI

Dulu hingga sekarang, aku masih risau. Risau pasal benda yg xtentu. Kenapa? Mungkin sbb sifat semulajadi. Bila risau, ak jadi xtentu. X tentu dalam melakukan ap2 perkara. Tapi, aku selalu buat tak tau. Tambah2 di dpn kwn2. Walaupun begitu, hati aku masih xtentu. Dalam menghadapi kerisauan itu. Kalau AKU ada perasaan begitu, nescaya ANDA juga ada. Begitu juga org2 KAYA, org2 yg dah BAHAGIA, serta org2 yg dah BEKERJAYA. Walaupun anda tidak tahu. Tapi  juga pasti merasakan kerisauan itu.

Jika kita tahu, kita pasti berwaspada, kita pasti bergembira, Kita pasti dapat menangani, dan kita pasti lalai. Sebab kita tahu cara untuk menghindarnya. Namun kita pasti akan LEKA. Bila mengetahui isi kerisauan kita.

-  MASA DEPAN  -

Sunday, October 9, 2011

KEBESARAN ALLAH S. W. T



Pict From: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=289027404460337&set=a.217804791582599.69216.215566825139729&type=1&theater

Pitc ini sy ambil dari laman sesawang facebook yg dipublish di situ. Sedikit info/ilmu sy dapat dan ingin di kongsi bersama kawan2.

Kalimah 'ALLAH; S.W.T pada gambar bulan.. 
Subhanallah. 

Memang satu kerugian bagi saya kerana tidak dapat menyaksikan satu kebesaran Allah.  Begitu besarnya kekuasaan Allah s. w.t. ditunjuknya pada : 10/10/11 pd pkul 12.am. Jika dilihat dengan mata kasar , ia adalah cantik. Bagi sy , ia juga cantik. Namun di sebaliknnya? Saya pun tidak tahu. TAPI bg pendapat sy, Allah mungkin ingin memberitahu atau menunjukkan sesuatu kepada umatnya . Wallahualam.
semoga dijauhi perkara buruk dan didatangi perkara baik kepada umat Islam.

-Jangan pula kita membuat persepsi lain terhadap apa yang ditunjuk di dalam gambar ini. Dan jangan kita membuat tanggapan yang tidak tahu kebenarannya agar tidak tercemar akidah.-

Saturday, October 8, 2011

BAPA LIWAT BAYI YANG BERUMUR 23 HARI SEMASA ISTERI DALAM PANTANG.

Apalah nasib si anak kecil yang baru lahir tak sampai sebulan ini. Gara2 bapa durjana yg sanggup meliwat bayi yg berusia 23 hari semasa isteri dalam pantang sehingga menyebabkan kesakitan yg teramat, sampai lebam2. Bapa yg zalim ini sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini gara2 ingin melayan nafsu serakahnya itu. Bayi yg tak berdosa menanggung derita. Ibu mangsa yang curiga dengan kesan lebam2 pada bahagian mulut mangsa itu terus memeriksa bahagian dubur bayi itu. Dan terdapat kesan lebam. Sungguh kejam, zalim dan tidak berkeperimanusiaan seorang bapa itu yg sanggup melakukan perbuatan sebegitu jijik itu. Pengesahan doktor mendapati bahawa bayi itu diliwat menyebabkan isteri serta ibu kepada mangsa membuat laporan polis. Pihak polis berjaya menahan bapa mangsa. 


Sememangnya/sepatutnya jika disabit kesalahan, kita patut saja bagi hukuman HUDUD ke atas pesalah agar memberi pengajaran kepada pesalah serta menunjukkan hukuman di hadapan masyarakat. 


Ingin mengetahui lebih lanjut kes ' Bapa Liwat Bayi 23 hari' sila lawat :

- http://utusan-malaysia-online.com/isteri-dalam-pantang-bapa-liwat-bayi-23-hari

- http://www.harian-metro-online.com/liwat-bayi-23-hari

- http://mynewshub.my/2011/10/08/bayi-23-hari-diliwat-bapa/