Followers

Pages

Saturday, October 22, 2011

Aku Bukan Budak Baik Seperti Kau.

Aku bukan budak baik,
Yang mulia sepertimu,
Kau selalu dipuji,
Aku pula selalu dihina, dikeji.
Kerana aku bukan budak baik,
Kau selalu buat benda baik,
Tidak pula aku,

Semua kawan kau, semuanya baik, mulia,
Semua kawanku jahat-jahat belaka,
Semua kawan kau  kerja tinggi-tinggi,
Semua kawanku peminta sedekah, mencuri makanan yang orang buang,
Semua kawankau berbau harum, bersih,
Semua kawanku busuk, pengotor,
Semua kawankau halau kawanku semasa mereka meminta sedekah,
Semua kawanku menghormati kawankau, menghabiskan sisa-sia makanan yang kawankau buang.

Masa kau gembira, semua kawan kau bersuka ria dengan kau,
Masa aku sedih banyak pula kawanku datang meminta kongsi kesedihan,
Masa kau kaya , semua kawan, kau belanja,
Masa aku miskin, semua kawanku datang belanjaku.

-bila kau jatuh sakit kerana penyakit berjangkit, semua kawan kau tak peduli,
-bila aku sakit dipukul orang, semua kawanku datang menolongku.

Aku sedar aku bukan orang baik,
Dan aku tahu kawan-kawanku semua jahat,
Aku mahu jadi macam kawan-kawanku
Kerana mereka kawan yang sejati.
Dan  kau penyebab kepada kejahatan mereka,
Kau yang tidak peduli mereka,
Kau halau mereka, kau caci mereka,

- JAHAT KERANA BUAT PERKARA BAIK-

2 comments:

  1. alhamdulillah dipertumukan lg dgn karya y baik, namun kadg2 nampak spt lebih kpd luah rasa y terkandung, namun terlalu jelas d lurus maknanya, apa2 pn saudara uzir, smga anda membikin karya y baik d membina lg=)

    ReplyDelete
  2. hahahahhaa... jange kato gitu..supo buat nyanyi ko ambo jah......puisi xseberapa gini pn dikatakan karya yg baik... malu la sero demo royak gitu ko ambo.....xyh puji2 lebih, nnti ambo jadi takbur.....

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda... :)