Followers

Pages

Monday, October 24, 2011

Apakah dosa ibu itu.

Allahuakbar... Malam ni, tepat pukul 8.30 malam. Aku baru saja baringkan diri di atas tilam di bilikku. Tiba-tiba terdengar suara perempuan berteriak dari jauh. Suara itu menyebut ' Aku nak anak aku, pulangkan anak aku'... Jeritan itu disertakan dengan esakan tangisan yang boleh didengari lebih kurang 20 meter dari rumah sewaku (tidak diberitahu dimana)... Aku juga terdengar tangisan seorang anak kecik (lingkungan 3 atau 4 tahun). Jeritan kedua-dua suara itu reda 15 minit kemudian. Adakah seorang ibu sudah mendapat anaknya? atau dihalau oleh orang? Aku pun tak tahu. Mendengar jeritan dan tangisan itu menyebabkan hati ini mula rasa simpati. Banyak juga spekulasi2 timbul di hati. Bertanyakan tentang kesudahan yang berlaku dalam mendapatkan sebuah kasih yang dapat mengubati hati nurani seorang yang bergelar ibu. Hati ini juga tertanya2, apakah kesalahan ibu itu sehingga disekat untuk mendapatkan anaknya? 

Allah sahaja yang mengetahui.  Allahuakbar.

Apakah dosa ibu itu? Seorang ibu mempunyai hati yang sememangnya tidak boleh lari dari menyayangi anak sendiri. bagi seorang ibu, anak-anak adalah tempat bermadu kasih, tempat melepaskan kasih, tempat menghiburkan hati. Kenapa anak tidak diberikan kepada ibunya? apakah kerana tidak mempunyai status pekerjaan yang mampu menyara hidup anak menyebabkan dia tidak mendapat anaknya? Atau adakah si suami yang sudah bercerai dengan si isteri tidak mahu anaknya jatuh ke tangan bekas isteri kerana ingin membalas dendam? 

Jika hendak dibandingkan, kesakitan ibu dalam melahirkan anak, jauh lebih tinggi daripada si bapa yang bekerja untuk menyara anak itu. Apalah salah jika diberikan anak kepada si ibu, dan jika sudah bercerai, apalah sangat jika bergilir-gilir menjaga anak sendiri. Seorang anak perlu juga mendapat kasih sayang daripada ibu sendiri. Lain rasanya jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang yang diberikan oleh ibu tiri atau bapa tiri. Berat sangatkah dosa si ibu sehingga tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya? 

Seberatmana atau sejahatmana seorang ibu itu, dia tidak akan mencederakan anak sendiri. Sezalim mana ibu itu, dia tidak akan menzalimi anak sendiri. Seperti harimau/singa yang sanggup pertahankan anaknya daripada diburu oleh manusia. Seorang wanita yang bergelar ibu sepatutnya mempunyai hak wajib dalam menjaga anaknya. Jika dilihat sekarang, segala-gala makan minum anak, basuk berak anak, jaga kesihatan anak adalah ibu. Daripada air tangan ibu. Anak dilahirkan daripada rahim ibu. Kelahiran yang tidak ditanggung kesakitannya oleh seorang yang bergelar suami / bekas suami. 

Seberat mana dosa ibu itu, dia sentiasa berdoa akan kebaikan anak-anaknya. Seberat mana dosa ibu itu, dia tidak akan memberi anak-anak menanggungnya. Seberatmana dosa ibu itu, hanya hati dan perasaan yang menanggungnya. Seberatmana dosa ibu itu, dia tetap ibu kita. 

-Allahuakbar. Ya Allah, temukanlah ibu itu dengan anaknya. Kau bukakanlah pintu hati sesiapa yang menjadi penghalang kepada si ibu itu untuk berjumpa dengan anaknya. Kau jauhkanlah sifat syaitan dalam diri mereka. Kau berilah mereka kebahagiaan. Kau cucurilah nikmat ke atas insan yang bernama ibu. Amin..!!-