Followers

Pages

Monday, October 24, 2011

Nasihat Galak Hitam 1

Salam kwn2, mesti kamu sume tertanya2 kenapa nama blog aku 'Galak Hitam'??? Sebenarnya nm tu aku amik sempena gelaran terhadap seorng kwn di kampung yg amat dan teramat aku hormati...seorang kawan yg jauh lebih tua dari ku (sekarag dh ad anak )....Panggilan lain bg Galak Hitam ialah Pak dik... hehe..(kwn2 sekampung mesti kenal org ni)... Aku selalu lepak dgn Galak ni..Selalunya dalam perbualan kitaorang, dia banyak memberi nasihat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dia... Dan aku salah seorang pendengar yg setia, ad jgk aku ikut nasihatnya.. Nasihat2 galak ni sangat2 bernas jgk, dan boleh guna pakai tau...Antaranya nasihatnya  ialah :

Untuk golongan solo/single :
1. Walau kita hodoh, kita tetap akan kahwin jika ada jodoh.

2. Jauhi dadah, kerana berbahaya, rokok tu boleh la sikit2... Jangan tegar. sekadar untuk lepas sangap saja.

3. Jangan lumba motor, sebab bahaya. Boleh exsiden dan mati. 

4. Jangan mencuri, nanti barang kita akan dicuri pula.

5. Enjoylah hidup solo, dan jangan risau untuk melakukan sesuatu. Lantak p lah orang puan nak cakap pe, janji kita happy dan tak kacau mereka.

6. sabarlah kalau tak ada awek, sebab sabar tu boleh menyebabkan kita akan dapat awek lebih baik dari yg kita nak.

7.Selalulah lepak di kedai kopi, dan borak2 dengan orang tua. Orang tua banyak ilmu dan pengalaman. Tmbah2 ilmu rumah tangga....


Untuk orang sedang bercouple:

1. Jangan terlalu percaya kepada kekasih kita walaupun kita sayang sesangat. Hanya boleh percayakan perkara2 tertentu saja. Perkara yng pasti, terbukti n yakin. Kalau was2, jangan percaya dahulu. Cari bukti dahulu. Kalau tak ada bukti, so jangan percaya. Sebab kadang2 tak semua perkara yg kekasih kita cakap itu betul... - Jangan percaya sepenuh hati sebelum berkahwin-

2. Memilih kekasih walaupun hodoh di mata orang, namun biarlah cantik dimata kita. Lantak orang lain nk kata apa, janji kita happy dgnnya. 

3. Jangan terlalu mengongkong kekasih kita. Biarkan saja dia nak buat apa. Kalau ad jodoh tak kemana. 

4. Jangan hipokrit. Kata lain - jangan bercakap tentang kekasih orng hodoh ke apa, nnti jadi kt kita.

5. Jangan asyik berjumpa/ berkepit saja. Nanti lama2 jadi bosan. Lama2 putus kecuali isteri.

6. Jangan mencampuri private kekasih kita. Sebab kdg2 ad juga benda yg kita tak boleh tahu.


Untuk golongan berkahwin  macam dia(Galak Hitam):

1. Biar kita lelaki/ suami yang lapar, tapi jangan anak bini yg kebuluran.

2. Jangan tinggalkan isteri di rumah malam2, sebab bahaya tak dapat dihidu. So jagalah isteri di waktu malam.

3. selalu bercakap sayang2 macam tengah couple dengan isteri kita setiap hati agar nampak romantik.

4. Selalu beri kata semangat dekat isteri, seperti 'abang tak boleh beri kemewahan, tapi abang boleh beri  kebahagian'.

5. Bila isteri marah, peluklah dan cakap abang minta maaf. Jangan balas dengan kemarahan, sebab ia boleh menyebabkan berlaku sesuatu tak diingini.

6. Jaga makan minum isteri. Jangan biar dia hisap rokok sebab tak molek dipandang masyarakat.

7. Tegur isteri bila mereka tak sembahyang. Kalau boleh marah dengan cara molek.

8. Setiap hari, cakaplah sayang kepada isteri. 


Ini antara sedikit nasihat yang dapat aku ingt dari kata2 Galak Hitam. Nanti kalo aku ingt ag, nanti aku gitau lagi di page Nasihat Galak Hitam 2....nk tahu cmne peribadi galak hitam, tanye lah.... Heeeee~ 

-Ad benda yg boleh pakai tu, pilih2 ek mane yg sesuai utk korang -