Followers

Pages

Monday, October 17, 2011

SEKOLAH - Dulu dan Sekarang

 Kalau mase aku dulu2, semapt lagila merasa apa yang mak ayah aku rasa masa diorang di bangku sekolah:

SEKOLAH DULU
Situasi 1:

Aku tak siap kerja sekolah:

Cikgu 1 : Mat uzir kenapa tak siap kerja sekolah? 

Aku: Sa..say...saya tak sempat cikgu.(tergagap2 nak cari alasan)

Cikgu 1 : Sudah, cikgu tak mahu dengar alasa kamu. Bangun dan paling kebelakang.

cikgu amik rotan, panjang dan merotan punggung aku. Adoii! memang sakit. Nampak tanda rotan kt punggung aku...Aku pun balik dan gitau mak ayah aku. Mereka cakap padan muka. Sapa suruh tak siapkan kerja sekolah.

situasi 2:  Aku ponteng 1 kelas - cikgu pula mase tu PKHEM... Kene plk tngkp dkt tandas.. 

Pk hem:  Mat uzir, kau ponteng kelas Math yer...

(pk hem ape lagi. Suruh aku jalan 'itik' keliling bangunan sekolah. Kt belakang aku ad ditampal kertas yang mempunyai perkataan 'Saya budak malas jadi ponteng kels PkHem'. Setiap kali jalan ditepi kelas lain, pelajar2 sukakan aku.. Waaa!!! malu semalu-malunya....Then aku pun balik rumah. Tah tiba-tiba mak aku datang rotan aku dengan hanger baju.. Perghhh, sakit tau..mak aku ckp: tadi pk hem call, dia ckp kau ponteng kelas.. Apa nak jadi dengan kau. Mak dah ckp dekat pkhem, kalau kau ponteng lagi, mak suruh dia kasi penampar. Biar ad tanda tapak tangan kt muka kau.)

Dah la lenguh2 tulang sbb jalan itik, kena plk rotan.. sakit tau..

SEKOLAH SEKARANG

Situasi 1:
Pelajar kena rotan  ditapak tangan oleh cikgu. Pelajar tu bagitahu ibu bapak diorang. Mak ayah dtg sekolah dan jumpa cikgu yg rotan anaknya.
Ibu bapa pelajar: Kenapa cikgu rotan anak saya sampai merah2 dekat tangannya? sakit tau? anak saya tu manusia, bukan binatang nak buat macam tu.

Cikgu 1: anak tuan/puan ponteng kelas. Jadi sy jalankanlah tangungjawab sy sebagai cikgu disiplin.

Ibu/bapa pelajar: itu lantak anak saya lah. Cikgu ditugas untuk mengajar bukan merotan anak saya. See you in court cikgu.

Pergh...senang2 kan.. . salah skit jmpa di mahkamah.


-CIKGU  mengajar dan mengajar dan mengajar untuk jadikan pelajar seorang manusia. -





No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)