Followers

Pages

Thursday, November 3, 2011

Di Bilik seminar kosong.....

AKU di kelas kosong yang tiada guru untuk mengajar, hanya jari ini menekan-nekan huruf-huruf di laptop acer yg tidak seberapa cangih, namun lebih canggih dr acer yg keluaran 2009, Ini acer 2010. Tidak sangka jari-jari ini telah berjaya mencipta satu benda yang tidak berapa nilainya jika dibandingkan dengan tulisan-tulisan agung seperti tulisan A.Samad Said ataupun Profesor Madya di universiti-universiti ternama di Malaysia mahupun luar negara. Jam menunjukkan pukul 3.25 petang. Hari pula hujan, hujan yang baru sahaja berhenti dari lebat. Hanya renyai-renyai yang boleh membasahkan tubuh kering yang berbaju biru ini.  Sudah ku janji, kelas kosong ini dipenuhi dengan ahli kumpulan kami yang terdiri dari 4 orang ahli. Masing-masing sibuk menaip kerja kumpulan yang hanya tidak lebih 24 jam dari sekarang untuk dipersembahkan kepada pensyarah , esok. Sunguh penat, penat dan penat. Baju masih dibasahi oleh air hujan semasa pergi makan di kedai di luar kolej. Tubuh basah di sejukkan dengan suhu aircond di kelas yang sejuk sekali. Menggigil! 


Penat aku bekerja di kelas ini. Sehingga aku rasa aku mahu pulang kerana bosan di kelas ini. Tidak perlu kerjasama jika tidak bekerjasama. Tidak perlu bergandingan jika kita tidak mahu berganding bahu. Tidak perlu ceria jika kita tidak menceriakan sekeliling. Itulah yang sedang bermain di dalam mindaku yang tidak seberapa bijak seperti pelajar yang sedang menduduki P.H.D atau Master. Aku tidak mahu. Aku tidak perlu jadi macam mereka. Aku hanya mahu berjaya. Berjaya di semua masa. Berjaya di dalam kalangan orang2 berjaya.   Tiba-tiba jariku berhenti, berhenti dari menaip. Berhenti dari bercakap, berhenti dari memikirkan sesuatu . Kerana sekarang aku hanya mahu sambung kerjaku. Menjayakan kerja group kami.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)