Followers

Pages

Tuesday, December 27, 2011

Kisah Ayam Laga



INI kisah, (cerita rekaan) ayam laga. Ayam jantan yang berani(gedebe), dipertaruhkan oleh segelintir masyarakat dulu di dalam gelanggang(bong). 

Kisahnya bermula begini: 


           " KREEEKKKK kooookkk". Ayam jantan Pak Dik berkokok. Pagi-pagi lagi kelihatan Pak Dik keluar dari rumahnya menuju ke arah reban ayamnya. Di pegangnya segenggam dedak. Pak Dik yang terkenal dengan pemilik ayam laga yang tidak pernah kalah di bong, berkulit gelap dan berbadan sasa setiap hari akan memberi makan kepada ayamnya. Baginya ayam adalah segala-galanya. Seperti hari-hari lain, dia akan menyuap ayam jantannya sambil memeluk ayam itu. Setelah ayam itu selesai makan, dia akan membelai-belai, mengusap-usap ayamnya. Setiap hari juga dia akan berkata, "Galak, ayam baik, kau lah nyawa ku. Tanpa kau, kebulurlah aku'. Begitulah setiap hari selepas ayam jantan diberinya makan. 

Suatu hari, seorang lelaki bertubuh kecil tetapi sudah tua. Aku fikir umurnya dalam lingkungan 40 -an. Dia datang berjumpa dengan Pak Dik. Pak Dik pada masa itu sedang membaiki reban ayam, 'Galak' namanya. 

"Kuat bertukang, Dik". Sapa lelaki yang dipanggil Rasy oleh segelinting penduduk di kampung itu. Pak Dik berhenti bertukang. Dia meletakkan tukul di lantai. Kemudian dia menoleh ke arah Rasy. 

" Ha, Rasy. Ada apa?". Balas Pak Dik sambil menggoncangkan reban ayamnya untuk memastikan bahawa reban itu kukuh. 

" Aku datang ada hajat. Ayam aku di rumah tu, lama dah tak masuk bong. Tak ada lawan yang setaraf. Ramai orang cakap, Galak kau ni satu-satunya pencabar ayam aku, Si Rek tu". Rasy senyum sini.  Pak Dik balas senyuman Rasy dengan ketawa terbahak-bahak. 

"  Galak nak beradu dengan Rek? Aku rasa baik tak payahlah, Rasy. Kesian aku tengok si Rek tu. Nanti malu besar di Bong".  Muka Ras berubah sedikit merah. Dia pandang Galak yang sedang menguis-nguis kakinya di tanah berdekatan reban. 

"Belum cuba belum tahu. Aku taruh 10K untuk Rek". Kata Rasy yang matanya masih merenung Galak. Pak Dik tersentak. Dia diam seketika. Matanya beralih pandang ke arah ayamnya, Galak. Dia kemudian pandang   Rasy. 

"Baiklah, Kalau kau dah beria-ia nak sangat. Esok macam biasa jumpa di bong". Kata Pak Dik. 

Rasy mengangguk. Dia kemudian meninggalkan Pak Dik dan Galaknya.



*********************************************************************************


KEESOKAN harinya di bong. Ramai peminat-peminat ayam laga serta penjudi datang menyaksikan ayam Pak Dik dan ayam Rasy berlaga. Aku fikir semua orang yang menyaksikan pertandingan itu semuanya sudah tidak berilmu agama tinggi.  Di atas Bong, Pak Dik dan Rasy masing-masing memegang ayam mereka. Kelihatan bulu di tekak ayam sedang meremang seperti mahu beradu tenaga. Seorang pengadil yang berpakaian hanya kain pelikat serta baju pagoda sedang mengadili perlawanan tersebut. Dia memberi isyarat tangan menandakan perlawan sudah dimulakan. Di luar bong, kelihatan peminat, pengunjung, penjudi sedang bercakap sesama mereka. Ada yang tunjuk ke arah ayam Galak Pak Dik, dan ada yang menunjukkan kepada ayam Rek, Rasy. 

Setelah perlawanan dimulakan, Pak Dik dan Rasy melepaskan kedua-dua ayam mereka. Mereka keluar dar gelanggang dan perhatikan ayam masing-masing. Di atas bong, terdapat Galak dan Rek sahaja. Kesemua manusia-manusia yang aku kira tidak berilmu tinggi dalam agama semuanya sedang memerhatikan ayam itu.  

Aku lihat pemerhati-pemerhati diluar itu kehairanan. Mereka berbisik sesama mereka. Pak Dik dan Rasy kebingungan.  Begitu juga dengan pengadil tua yang berkain pelikat itu. Kebanyakan mereka menggaru kepala masing-masing walaupun tidak gatal.  

"Galak, kenapa ni? kau sakit ke?" Kata Pak Dik. 

" Hoi, Rek, apa kau tunggu lagi, patuk kepala Galak tu. Tunjukkan taring kau" Laung Rasy. Namun aku lihat kedua-dua ekor ayam itu tidak berbuat apa-apa. Tidak berbuat sebagaimana ayam itu pernah bertanding laga sebelum ini. Kelihatan beberapa pengunjung bong berjalan keluar.  Ada juga pengunjung yang cuba meminta duit dari kaunter tiket. Masing-masing seperti tidak puas hati kerana pertandingan tidak berjalan seperti sebelum ini. Beberapa orang penjudi marah-marah. Ada yang melaungkan kepada Pak Dik dan Rasy. 

" Hoi, bila nak laga ni? Aku bertaruh banyak ni." Kata seorang penjudi ayam. Kemudian beberapa penjudi serta pengunjung mula bising. Mereka menyatakan ketidak puas hati masing-masing dalam menyaksikan pertandingan itu. Pengadil mula naik berang.  Dia menyuruh pengunjung dan penjudi tenang dan diamkan diri. Dia kemudian pergi kepada Pak Dik dan Rasy. 

" Bos, macam mana ni? Kalau begini, rugi kita. Penjudi di luar sudah bising tu" kata Pengadil itu sambil menunjukkan muka yang takut. Pak Dik dan Rasy mula risau. Masing-masing cuba untuk membuatkan ayam mereka berlaga. Namun ayam mereka masih tidak berbuat apa-apa. Pak Dik semakin bimbang.  Dia berpaling pada Galak.

"Hei. ayam bodoh. Mulalah cepat. Adoii!!". Tengking Pak Dik kepada ayamnya. Begitu juga dengan Rasy, dia mula naik berang. Dia ambil seliparnya dan baling kepada ayamnya, Rek. Balingan tidak mengenai ayamnya. 

"Ayam tidak kenang budi. Aku bagi kau makan, minum, jaga baik. Ini yang kau balas." Tengking Rasy dengan mimik mukanya yang merah padam kerana marah. Begitulah manusia yang tidak berpendidikan dalam ilmu dunia. Penjudi-penjudi serta pengunjung juga masing-masing sedang memaki ayam di atas bong itu. 

" Kamu manusia bodoh, aku ini ayam, dan aku dicipta bukan untuk dipertaruhkan.Tugas aku memberi kamu kekenyangan dan bukan kesenangan namun aku boleh dijual untuk mendapat kesenangan" Tiba-tiba ayam, Galak bercakap. 

Semua manusia-manusia termasuk Pak Dik, Rasy dan Pengadil tersentak. Mereka diam.

Aku fikir mereka terkejut dengan kata-kata ayam itu. 


-Tamat-

2 comments:

Terima kasih di atas komen anda... :)