Followers

Pages

Thursday, December 22, 2011

Usaha dalam hidup untuk berjaya - Lumrah alam dunia sementara

             DALAM hidup ni, ada yang baik, ada yang buruk, ada yang berjaya dan ada yang sensara namun tidak semua yang menderita akibat sensara itu. Dan yang menderita ada yang berjaya. Begitulah lumrah alam ini. Allah telah menetapkan semua jadi makhluk di dunia ini tidak kira manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan mahupun zarah-zarah  yang tidak dilihat sekalipun. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berusaha. Berusaha untuk menjayakan hidup kita walaupun kita tahu bahawa penentu masa depan kita adalah sang pencipta. Namun tanpa usaha, kita pasti tidak dapat merubah kehidupan kita di masa hadapan. 

Ramai orang cakap ' kita hanya mampu usaha dan allah yang menentukan'. Itu betul. Betul juga bagiku. Namun perkataan 'Usaha' itu , ramai yang 'buat tak tau'. Iyalah, apa tidaknya, mereka tahu dan aku juga tahu, namun tidak mengaplikasikan 'usaha' dalam kehidupan mereka. Tidak dinafikan ada yang berusaha. Dan ada yang berjaya dalam usaha mereka. Ada juga yang menimpa 'kecelakaan' walaupun sudah berusaha, ada juga yang 'celaka' dalam berusaha. Yang ditimpa, yang berjaya itu sudah semestinya bagus, dan aku ucapkan 'syukur' namun sebaliknya yang 'celaka' ini kita jauhkan. 

Maksud 'celaka' yang aku ingin katakan ialah golongan manusia yang berusaha dan bijak dalam melakukan usahanya, namun 'arah' usahanya itu salah. Contohnya: Penjenayah yang berusaha untuk melarikan diri dari pihak polis. Pengedar dadah yang berusaha dalam mengedar dadah kepada penagih. Dan sebagainya. (anda tentu faham). Itu adalah 'celaka' namanya.  Kebanyakan yang aku lihat orang2 yang banyak melakukan jenayah ini adalah orang2 yang berlatar belakangkan orang yang bijak pandai. Tapi kenapa aliran yang diambil itu salah. Kenapa mereka memilih jalan yang salah. Allahuakbar!!! 

Kalaulah orang sebegini berusaha ke arah jalan yang baik di samping mempunyai nilai ilmu yang tinggi, adalah bagus. Pasti mereka berjaya kelak. Namun... Aku pun tidak boleh nak cakap. Begitulah kehidupan di alam ini. 

Berbalik dengan orang yang sensara menderita. Dalam hidup ada yang menderita, ada yang sensara dan ada yang gembira. Namun bagi yang ditimpa kecelakaan, anggaplah itu sebagai ujian dari Allah kepadanya. Allah sebenarnya ingin menguji sejauh mana kesabaran golongan ini dalam menempuh kehidupan mereka. apakah hikmahnya? 

Walaupun tidak ditunjukkan dengan jelas, namun kita sendiri pernah belajar. Belajar akan apa itu Pahala-dosa. Demikian bagi orang yang banyak bersabar, banyak berdoa, nescaya mereka pasti ditempatkan di syurga. Hikmah tidak semestinya ditunjukkan dan ada juga yang kita nampak. Tetapi aku tidak cakap yang aku nampak 'hikmah' itu. Apa yang ingin aku katakan ialah melalui contoh ini:

Sebuah keluarga yang terlalu daif hidupnya, memiliki pula 9 orang anak. Si ayah-ibu selalu keluar mencari rezeki untuk menyuap anak-anak makan, sekolah dan sebagainya. Namun mereka tidak lupa akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak dalam ilmu agama, dan matapelajaran, serta erti kehidupan. Dengan berkat kesabaran ibu-bapa itu akhirnya  anak mereka besar dan berjaya.Anak-anak masing-masing memiliki kerjaya besar, miliki kereta mewah-mewah, miliki rumah sendiri dan harta. Dan anak-anak itu yang diajar erti kehidupan, erti ilmu, erti agama masing-masing tahu akan kesusah-payahan ibu-bapa mereka. Akhirnya mereka pula yang berebut-rebut untuk menyara ibu-bapa mereka(yang masih hidup). Alangkah bahagianya seorang ibu-bapa itu apabila mereka dilayani sungguh mulia oleh anak-anak mereka. Alangkah bersyukurnya seorang ibu-bapa itu kerana dihargai penuh oleh anak-anak mereka. Dan alangkah bertuahnya anak-anak itu kerana dididiki dan diasuh oleh ibu-bapa mereka. Kesemua mereka pasti ke syurga jika terus berpegang kepada doa, sabar dan menuruti perintah Allah. Insyallah. 

Kita lihat ayat contoh di atas. Apa yang ingin aku katakan ialah ibu-bapa sudah berusaha mencari rezeki, dan berjaya mendidiki anak-anak mereka sehingga berjaya. Anak-anak pula berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam menghargai ibu-bapa mereka. Apakah bahagianya keluarga itu. Semoga sama2 berdoalah agar kita dijadikan dalam keluarga sedemikina.  Insyallah....:)

Setakat ini saja yer kawan2... Banyak lagi nk cerita ni, tapi....maklumlah, saya ni budak kecik dalam dunia pengetahuan, dan apa yang aku rasa betul, itu yang aku tulis. Agar kita faham dan selami apa yang ingin aku cakapkan....Semoga terhibur dengan kata2 ku diatas yer....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)