Followers

Pages

Friday, November 23, 2012

BUDI DAN RASA

Salam, semua blog dan pembaca. Lama sungguh ku tidak perbaharui tulisanku di dalam blog ini. Selalu juga buka, namun hanya buka dan tutup. Maklumlah idea tidak datang menerpa otak untuk memusingkan tulisan. Hari ini, aku cuba ingat kembali setelah sekian lama aku menyimpan kata-kata ini, iaitu 'BUDI'. Sikit saja inginku katakan. Kerna idea sekarang mungkin tidak memberiku kata-kata jernih untuk disediakan sebagai santapan minda anda........:)

Kau kena ingat, budi dibawa mati. Orang berbudi pada kita. Ingatlah supaya kau balas budinya kembali. Tidak balas kepada dia, kau balaslah pada anak, cucu cicitnya nanti. " Orang berbudi, kita merasa. Orang berjasa, kita berjaya. " Manusia sekarang muda saja lupa akan balas budi. Kita kena ingat, budi-budi ini dibawa mati. Sampai bila-bila orang akan ingat budi kita kalau kita selalu berbudi. Jangan risau untuk berbudi walaupun kau berbudi pada orang yang salah. Ingat!!! Biar kita berbudi, insyaallah kalau bukan kita merasa, anak cucu kita pasti akan menerima tempias dari budi kita nanti. 

Saturday, October 13, 2012

Menenangkan diri dengan lagu-lagu Inggeris.



Puas-puas memuaskan hati bila mendengar lagu-lagu lama System Of A down -  Hipnotize, Soldier Side, Tentative dan Lonely Day. Terdetik juga lagu-lagu Dido - White Flag, Life For Rent, Here Wiht Me. Dan maca-maca lagu seperti Metallica, Westlife dan banyak lagi. Maybe this can make my 'heart calm' dengan banyak perkara berlaku di belakang hari ini. Banyak perkara suka dan duka. Banyak perkara dibuat dibikin. Walaupun lagu-lagu yang dinyatakan itu adalah lagu-lagu barat. Banyak cerita di cerita diserta dengan berita kini. Dunia hari ini tidak seperti dunia dulu.

lalalallalala.... sini saja aku bikin cerita. 

Saturday, September 8, 2012

Sudah tidak dapat dihindari - mungkin boleh.

Aku sudah bisa berjalan berlari,
mencari sesuap nasi menggalas beban,
dalam era serba cukup ini,
aku masih dipenjara gelap di -
lorong chow kit.

bisa saja aku gembira melihat kanak-kanak
bermain ligat di gigi jalan yang tidak ketahui
bila ajal tiba, boleh saja sekejap lagi
atau sekarang. Itu takdir ilahi.
Yang bisa kita usaha untuk lari,
bukan ditukil yang azali, tapi usaha 
demi masa hadapan walaupun sudah dicatit 
masanya untuk kembali.

Bunga mekar di sini tidak sekali cantik
seperti di hutan belantara yang dihuni oleh
oksigen yang nyaman sekali,
Tidak seperti disini. Banyak mati.
Banyak mati. Banyak mati bila sedut 
udara yang pongah keluar dari corong besi,
busuk.


Bila kita cuba hidari,
makin ia hinggapi. Bila kita
cuba lari, makin ia mencari.
Bila kita cuba berdiri, ia mari
menutupi hari.

Thursday, August 9, 2012

Manusia celaka - Cis perampas.

Lelaki itu mahu lagakan ayamnya dengan Raja laga,
Ayam dipanggil ayam baik, 
baik seperti tuannya. Ahh, bukan! 
Baik hanya untuk mencari wang.
Di arena dunia sekarang,
manusia dilaga manusia,
dalam mencari kemewahan duniawi,
yang hanya diguna di dalam realiti.

Cis, manusia ini, kau adalah manusia celaka,
yang celaka menggunakan orang lain untuk
kesenangan kau. Aku orang kau, 
kau peralatkan sahaja.
Kau rampas! Rampas! Hak aku sebagai sekutu kau,
aku jadi mangsa. Mereka juga kau jadikan mangsa juga.
Kau makan dengan rakus sehingga tulang kau telan, 
asalkan kau kenyang, tidak mati.

Hak aku hilang sebagai anak buahmu,
sebagai penyokongmu, namun kau rampas.
Celaka. Aku sudah bosan dengan hidup 
sebagai kuli, yang asyik saja menolong kau.
Untuk menentang sekutu yang lain. Untuk
mengukuhkan tiang rumahmu.
Yang aku kira tidak lama lagi akau tumbang.
Tumbang kerana kesilapan sendiri.

Filem Pengaruhi Masyarakat. Anda setuju?

SALAM semua kawan-kawan blog Galak Hitam... Sudah lama aku tidak menjenguk blog ni. Rindu pula rasanya. Pernah juga aku hanya membelek-belek blog ini tapi tidak ku tulis sesuatu. Bukan tidak mahu, tapi aku tidak mampu. Tidak mampu kerana perjalanan sistem internet yang tidak mengizinkan aku untuk meng'ases' blog ini. Sebenak aku di sini, aku mahu menulis sesuatu idea dan perbincangan. Tajuknya mengenai filem dan masyarakat. Yang mana mempengaruhi yang mana. Jadi aku cuba mengemukakan pendapat aku ya... Sama-sama kita bincang kalau ada yang tidak berpuas hati dengan kata-kataku melalui tulisan di bawah.... : >

FILEM seperti yang kita tahu, ia adalah satu medium bagi penulis mahupun pengarah serta pembikin filem itu untuk mengutarakan pendapat, idea serta ideologi masing-masing. Walaupun tidak semua yang memahami serta dapat menangkap apa yang ingin di sampaikan oleh pembikin itu namun kesan-kesan daripada suatu filem adakalanya menunjukkan kepada kita tentang berkesannya ideologi, idea atau pendapat pembikin filem itu kepada khalayak. Apa yang aku ingin buktikan ialah melalui lakon layar yang telah divisualkan sedikit sebanyak mempengaruhi khalayak yang menonton filem tersebut. 

CONTOHNYA : Bahasa SLANGA yang telah digunakan oleh pelakon-pelakon filem ditiru oleh sesetengah khalayak. Aku ingat lagi, di kampung aku, ada seorang anak lelaki berumur dalam lingkungan 4 tahun berkata kepada ayahnya ; "Ape Celop Toq". Adik aku juga pernah berkata kepadaku ; "Ade aku kesah". yang tidak boleh blah ialah orang tua-tua yang melepak di kedai kopi. Dalam perbualan mereka, ada terdengar perkataan; "Lu Langsi, gua cabut lari"... Sedikit sebanyak kita dapat tahu bahawa perkataan yang disebut adalah lahirnya dari bahasa slanga. Bahasa yang dicipta oleh sekelompok masyarakat dan akhirya tersebar. Walaupun biasanya tidaklah begitu lama untuk perkataan itu bertahan, namun adakalanya ada juga yang menyebut perkataan demikian di suatu-suatu masa. 

Selain itu pengaruh TREND. Contohnya trend berpakaian. Aku masih ingat lagi, orang tua-tua ada mengatakan bahawa dulu masyarakat kita hanya nampak 'biji mata saja' (tutup aurat), sekarang 'tindik di lidah pun sudah nampak' (buka aurat). Aku cuba memahami apa yang diperkatakan. Aku cuba mengetengahkan perkara-perkara itu melalui pengaruh filem. Bukan filem dalam Malaysia, tetapi filem-filem luar negara (Hollywood, Kollywood, dan lain-lain) yang banyak mempengaruhi masyarakat sekarang. Dalam filem, kita lihat ada perempuan seksi yang berpakaian seksi, lelaki yang handsem dengan pakaian yang kot, serta berkasut kilat dan bertai. Sekarang, kita lihat masyarakat kita juga sudah ramai yang mengikuti trend-trend berpaian seperti itu. Aku bukan mahu katakan tidak bagus, tetapi ia sebenarnya tidak molek terutama bagi yang beragama ISLAM. Pakaian yang tidak menutup aurat adalah sebenarnya haram di sisi ISLAM. 

Seterusnya ialah mengenai cara aksi yang dilakukan di dalam filem. Orang putih biasalah kalau kita lihat ada aksi bercumbuan, tetapi kita orang islam ditegah melakukan perbuatan begitu. Ia adalah berdosa kerana jika bukan muhrim bercumbuan, itu sudah dianggap zina. Tetapi aku lihat, sudah ramai yang berani bercumbuan, berpelukan, gara-gara terpengaruh dengan adegan di dalam filem-filem barat. 

Ada lagi perkara-perkara lain contohnya:

Mempengaruhi pembikin filem di Malaysia untuk mencipta filem-filem seperti aksi, komedi yang lebih kurang filem barat. Ini kerana filem-filem seperti aksi, komedi, seram dan lain-lain boleh memberi kutipan yang lumayan kepada pembikin filem itu. Jika dulu kita lihat filem-filem kita berbentuk dakwah, sekarang filem kita berbentuk hiburan kosong. Jangan kita ketemukan ada yang filem berbentuk pengisian ilmu walaupun tidak dinafikan ada filem-filem yang berbentuk ilmu dipersembahkan di khalayak. 

Allahurabbi... Setakat ini saja aku berbicara tentang pengaruh filem, walaupun aku rasa masih banyak lagi ingin aku perkatakan di dalam ini, namun masa tidak mengizinkan aku. Jika ada sebarang komen, aku persilakan. Jika ada yang ingin menyangkal pendapat ini, silakanlah juga. Jika ada masa, kita sama-sama bincangkan pendapat anda. Sekian..... :))

Saturday, June 23, 2012

Sosial membinasa manusia.

Comel sangat bila dia lahir,
manis pula bila kanak-kanak,
manis pula berkata-kata bila remaja,
Cantik bila dewasa,
bila berjauhan dari keluarga,
mereka bersosial.

Hidup dalam pura-pura. 
Bila mati, aduh. Sedih sekali.
Aku lihat sensara,
kerana memperkosa agama sendiri,
dalam mencari hiburan hati,
mengikuti naluri mati.

Dan aku lihat lagi. Lagi dan lagi.
Rupa mereka bila menuju azabnya.
Hodoh, busuk, jijik dalam
meminta bantuan ilahi.

Ilmu manusia dahulu - api, air, angin dan tanah.

Ilmu orang tua zaman dahulu.
Dalam sebuah rumah desa,
cahaya bulan berganding pelita,
menerangi malam.

Kata datuk,
Anak, bila kamu panjang umur,
kamu akan lihat,
dunia ini.
"Api dalam kaca,
air dalam besi,
angin menjadi kuasa,
tanah dimakan duit,
jantina bertukar terbalik,
besi boleh terbang,
orang kaya jadi penyamun,"

Kata nenek jika mahu pilih manusia,
pilihlah mengikut petua alam,
seperti;

"Air, api, tanah dan angin.
Air sejuk, api pula hangat,
tanah keras dan angin pula menghembus nafasnya,"


Masing-masing ada bisanya,
ada juga cara atasinya.

Aku tanya bagaimana,
mereka jawab, lihatlah sendiri.




Saturday, June 16, 2012

SELESAI sudah PeTA Aku.

klik utk besarkan.


Pertama sekali, BERSYUKUR ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinnya, kemudahan yang sangat memudahkan aku untuk menyelesaikan satu projek akhirku di ASWARA melalui ViVA PeTA 12 hb 6 2012 baru2 ini.. Alhamdulillah..... 

PENILAIAN PROJEK AKHIRKU (PeTA) ialah mengenai naskah skrip. Nak tau pe tajuknye... Carilah ye melalui buku2 kt atas ni (Uzair Mohd Zin).. Salah satu buku tu, ada karya aku... hehhee.. Karya yang biasa, jika nak dibandingkan dengan karya2 penulis2 besar di tanah air, karya aku hanyalah sebesar zarah saja. Berkat dan tunjuk ajar dari pensyarah yang juga penulis2 seperti : En Zakaria Arifin, Al-Jafree Yusof, En Jefri Talib, Penyeliaku: En A. Wahab Hamzah, Puan Siti Jasmina Ibrahim dan ramai lagi, aku berjaya berada di tahap ini. Terima kasih buat mereka yang banyak mengajar, mendidik aku.. 

Selain itu juga, aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantuku. Kawan2 seperti Mat, Amie, Mek Yu, Mimi, Zati, Mat Din gunong, dan sabahat2 yang mengenaliku... hehhee.. Terima kasih tau, terutama yang banyak mengomen2 karyaku...

Seterusnya terima kasih kepada penilai dalam dan luar :
 En Adman Salleh ( Paloh) , dan Dr Mahadi J Murad ( Uitm )yang memberi komen2 yang membantu. Segala silap itu datang dari kealpaan saya.... Terima kasih banyak2..

Maka dengan ini, berakhirnya ViVa PeTA aku - Lakon Layar..... :))

-Ini semua baru permulaan bagiku.... Insyallah, aku akan jadi apa yang mereka inginkan.... PENULIS...

Monday, May 14, 2012

Aku bayang-bayang di sebalik Kabus.


Aku hanya bayang-bayang,
diseluputi kabus bukit pagi,
sungguh kabur pabila disuluh lampu,
dikala malam. Bahaya! kabus
menghalang penglihatan pemandu,
menipu andaian manusia,
akhirnya. Manusia mati kerana kabus
di malam dan siang hari.

Aku hanya bayang-bayang di sebalik kabus,
bersembunyi tanpa berlindung,
boleh saja aku menjadi penipu,
namun tidak dapat menipu diri sendiri,


-berlindung di sebalik kabus -

Pict from: google image

Tuesday, May 8, 2012

Sekadar untuk lepaskan perasaan

Salam sejahtera kawan-kawan bloggerku yang ku hormati.

Maaflah entri ini hanya entri kosong. Sekadar ingin melepaskan perasaan dan tekanan. Dalam sebulan lagi aku akan menduduki satu presentation tentang projek akhirku iaitu pembentangan skrip filem. Memang susah, memang takut dan memang aku rasa mahu lari dari semua ini. Namun kita tahu kan, setiap pelajar tidak boleh lari dari masalah yang berkaitan dengan pelajaran. Jika rajin kita, maka mudahlah untuk kita hadapi masalah itu, dan jika malas kita, sama seperti akulah. Maka banyaklah masalah lain timbul. Hahahaha... Aku budak malas, tapi aku ikut dan belajar apa yang diajar. Matlamat aku adalah untuk habiskan pelajaranku ini. Huhuhu... Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun aku belajar di negeri orang ini, sedar tidak sedar, dari tidak berpengetahuan dalam bidang ini, aku semakin mencintai bidangku ini. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. 

Biasalah, setiap orang pasti ada masalah tersendiri, ada masalah peribadi, masalah dengan kekasih, masalah kewangan, masalah kesihatan dan lain-lain . Benda ini selalunya terjadi semasa kita dekat atau sudah sampai untuk menamatkan semester last. Ia juga sebenarnya adalah ujian daripada Allah untuk menguatkan kita sebagai manusia. Tanpa dugaan, cabaran dan ujian, sampai bila-bila kita tidak akan merasakan bagaimana susah dalam belajar ni kan.... aku juga pernah merasakan ujian sebegitu. Kalau dulu memang aku buat dek je bila ada masalah timbul, tapiiiii sekarang ini, semester last dalam tahun akhir sudah. Aku ditimpa masalah. Antaranya handset yang menjadi penghubung antara anak murid dengan pensyarah, antara kawan dengan kawan, antara anak dengan keluarga... Waaaa...Rusak sudah hanset aku... Geram3... Dahlah duit semakin kekeringan, bagai ditiup angin taufan, lepastu dakwat printer yang selalu diguna untuk memprint paperwork pulak habis... paling2 murah pun dalam Rm 40 juga... Rasa macam mahu gelak sampai tiga hari. Biar orang fikir aku tidak waras a.k.a gila.. Hahahahahhaha... Tapi tu lah... Aku fikir aku perlu buat seperti sebelum ini jugalah. Buat tak tahu jer bila ada masalah... Oleh kerana marah tadi, aku campak sudah handset aku... hahahahha.. bye2 hanset yang tak seberapa canggih. Guna hnset harga Rm 100 lagi tahan lama dari guna yang beratus-ratus hinggit... 

kesimpulannya kawan-kawan.. Sebenarnya aku dah habis idea sekarang, maklumlah waktu malam orang suruh tidur, bukan suruh menjadi gostbird a.k.a burung hantu... haha.. Ok lah kawan2. Ini cerita aku hanya sekadar nak luahkan perasaan jer... Jangan ambil kisah tentang kata2 aku yang karut marut itu. Maklumlah aku manusia biasa yang masih belajar dan mencari ilmu selagi masih hidup, Insyaallah.... Apa-apapun, terima kasih kerana sudi membaca.. 

Bye2 semua....:)

Aku seekor binatang buruk.

Aku hanya ikan buntal,
makan bangkai,
kembong bila berlanggar,
isi beracun jika salah di potong.

Aku hanya seekor landak,
badan penuh duri-duri,
berlari hanya lari anak,
bau busuk semakin dijauhi.

Aku hanya kambing biri-biri,
takut basah dan takut mandi,
Isiku manis dan berhamis,
menaikkan juga darah tinggi.

Aku hanya seekor merpati,
terbang bebas di udara,
boleh dijadi sumber rezeki,
najisku berkimia rosakkan bumbung rumah.


Wednesday, May 2, 2012

Bila berjauhan - pandai-pandailah jaga diri.

Manusia tunjuk belangnya. 
Bagaimana kita mahu mengenalpasti keperibadian manusia zaman sekarang.
Bagi aku dan ini pendapat aku ialah;

Manusia akan menunjuk 'belangnya'( diri sebenar) ialah pabila mereka berjauhan dengan keluarga. Di situ kita sendiri akan dapat lihat siapa diri kita, siapa kawan kita, siapa manusia yang kita akan cuba untuk mendekatinya. Anda juga perasan, bila kita duduk berjauhan dari keluarga, kita akan 'bebas'. Bebas dalam makna bebas melakukan sesuatu tanpa pengetahuan daripada ibu bapa. Hal ini kerana jika kita melakukan sesuatu, kita tidak perlu meminta kebenaran daripada ibu bapa. Tidak kira baik atau buruk. 

Hari ini, kita sendiri lihat, lihatlah remaja kini, tapi sebelum itu lihatlah diri sendiri. Adakah ia menyamai sikap kita semasa berada di samping keluarga? Aku fikir tidak sama! 

Kenapa?
Seperti yang aku sudah katakan, bila berjauhan, sesiapa pun tidak akan tahu apa yang kita ingin lakukan selama ini dan cuba melakukan perkara tersebut. Kita lihatlah, sedarlah. Sesungguhnya perangai, cara, tingkah laku kita tidak akan sama dengan semasa berada di samping keluarga. Kita bebas melakukan segala perkara. Samaada baik atau buruk. Jika baik, baiklah jadinya, jika buruk maka faham-faham sahajalah. Kita semua sudah besar. 

Jika ada yang ingin menyangkal pendapat aku. Sila kemukakan, TETAPI sebelum itu, aku ingin buktikan pendapat aku ini. Yang pertama, anda semua lihatlah anak-anak muda sekarang, kita ambil contoh di kolej-kolej, universiti-universiti dan sebagainya. Anak-anak itu secara automatiknya akan berada berjauhan dengan keluarga. Di sana, mereka akan bergaul dengan pelbagai manusia-manusia dari segala tempat. Jadi, bila berjumpa, bergaul maka masing-masing akan memperlihatkan diri masing-masing. Samaada meniru cara, ataupu menunjukkan cara masing-masing. Inilah yang selalunya berlaku dalam kalangan mereka. Aku pernah melihat, seorang wanita semasa di rumahnya: alahai bukan main baik, sopan, menuruti segala perintah keluarga. Namun bila berjauhan, allahuakbar...Anda andaikanlah sendiri. Tapi, aku tidak menyatakan ada yang baik, ada yang menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apa yang menjadi faktor kepada perubahan itu adalah : jiwa. Jiwa yang menjadi penghalang kepada segala perkara yang kita akan lakukan. Jika jiwa kita memegang erat perintah agama, nescaya mereka akan melakukan perkara yang baik, namun jika jauhnya pegangan itu, aku tidak pasti mereka akan menjadi baik. Wallauallam. 

Maka secara tidak langsung, perkara sedemikian membentuk diri kita yang sebenar bilamana kita sudah berjauhan dengan keluarga. Namun kena juga ingat , jika kita ingin lakukan perkara buruk, ingatlah nama baik ibu bapa kita. Kalaupun tidak mahu menjaga nama baik mereka, anda tunggulah sehingga mereka meninggal dunia. Agar tidak menyakitkan perasaan mereka. Jika anda anak yang taat, ikutlah perintah mereka. Ini kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Janganlah kerana perubahan terhadap diri kita menyakitkan jiwa mereka, memburukkan nama baik mereka. 

Aku tidak kata aku sempurna, aku tidak kata aku baik dan aku tidak menyangkal bahawa aku adalah hina. Namun aku senantiasa berdoa agar aku tidak memburukkan nama baik ibu bapaku serta keluargaku. Jadi, bila berjauhan itu, pandai-pandailah kita jaga diri kita. Jika ada yang mengajak melakukan perkara jahat, cubalah jauhkan diri dari perkara itu. SEKIAN.....


Friday, April 6, 2012

Novel Mandala Dunia Kedua - Allayarham Azizi Hj Abdullah


Alhamdulillah aku semakin hampir menyudahkan bacaanku mengenai novel terakhir beliau 'Mandala Dunia Kedua' yang menemukan watak Jone dan Sima. Seorang mahir dalam ilmu Ekologi manakala seorang lagi dalam bidang sosial dan kemasyarakatan. Penulis novel ini sangat mahir mengenai pelbagai perkara yang di tunjukkan di dalam novel ini. Ternyata penulis ini sangat menitik beratkan tentang aspek kebenaran kerana tiada satupun yang diceritakan berkait dengan 'fiction'. Semuanya berdasarkan fakta. Aku percaya itu. Sungguhpun cerita itu menengenai pertemuan dua insan, namun setelah habis membaca, aku boleh membandingkan maksud yang diceritakan dengan dunia masa kini. Sememangnya aku sendiri sudah memahami. Mungkin anda juga akan memahami jika faham cerita dalam novel itu. Bersyukur kerana dapat membaca novel itu. 

Walaupun isinya memincangkan otakku untuk berfikir. Tentang kata-kata sastera yang sangat susah untukku fahami. Namun aku berjaya melancarkan otakku untuk menajamkan deria pemikiranku untuk memahami kata-kata itu. Alhamudulillah aku berjaya memahami setiap ayat yang ingin diperkatakan. Ceritanya tentang pertemuan dua insan yang berlainan agama. Seorang muslim yang membawa tuhannya bersama, manakala seorang lagi bukan muslim yang tidak percayakan pencipta namun hanya membawa moralnya sahaja. Pertemuan di dalam hutan di banjaran Tititwangsa itu memberiku banyak falsafah dan pengertian mengenai apa itu erti ketinggian moral serta mengagumi ciptaan Allah S.W.T. Sesungguhnya segala-galanya terjawab setelah aku membaca hampir 3/4 helai novel itu. Dalam novel itu banyak perkara yang menyedarkan kita sebagai manusia mengenai ekologi dunia masa kini. Tentang manusia yang hanya pentingkan nilai matawang semata-mata dimana sanggup menarah, menebang balak-balak, serta meneroka mencari sesuatu yang boleh ditukar kepada mata wang. Selain itu jika di dalami mengenai watak-wataknya kita sedari bahawa seorang lelaki yang tidak 'membawa tuhannya' bersama hanya mempercayai nilai moralnya. Dia sering menegaskan tentang kekukuhan moral membawa kepada kejauhan manusia untuk melakukan kejahatan. Bagi watak iaitu manusia muslim pula meletakkan kepercayaan kepada Allah dan dia hanya berlandaskan kepada perintah Allah untuk dia tidak melakukan perbuatan ditegah oleh islam. 

Ketinggian moral + landas perintah islam = MEMBERSIHKAN HATI manusia yang semakin di tunduk oleh sosial yang sial....

Ada banyak pengajaran yang ditunjukkan melalui novel itu. Aku bukan tidak mahu menyatakan, tapi takut jika berlebih aku mungkin menyebabkan ramai manusia benci ku... Jika anda ingin tahu, anda bacalah novel itu. 

Minta maaf jika komenku ini salah. Aku hanya bercakap berdasarkan pemerhatian aku sahaja.  


Putih

Apakah putih itu bersih,
maka bersihkanlah hati manusia,
yang sial.

Apakah putih itu cantik,
maka cantikkanlah dunia
yang semakin buruk
angkaran teknologi.

Jika putih itu hitam,
aku percaya semua
manusia, dunia, ekologi,
berubah!

Sakit Kepala hari ini -

AKU, 
SAKIT,
KEPALA,
AKU SAKIT!
AKU SAKIT KEPALA!!!!
HEADACHE,HEADACHE,HEADACHE.


SAKIT,
SAKIT,
SAKIT,
SAKIT KEPALA!!!!!


BANYAK SANGAT TERPERAP DI BILIK,
SAMPAI NAIK SAKIT KEPALA AKU,
BANYAK SANGAT TIDUR,
SAMPAI SAKIT KEPALA AKU,
BANYAK SANGAT MAIN PANAS,
SAMPAI SAKIT KEPALA AKU,
BANYAK SANGAT, BANYAK-BANYAK SANGAT.

SAMPAI AKU JADI SAKIT,
KEPALA AKU SAKIT DAN AKU JADI SAKIT KEPALA 
SAMPAI BERDENYUT KEPALA KU SEBAB SAKIT DISEBABKAN
SAKIT KEPALA YANG SAKIT.
LALALALALLALA...... 


P/s: lps bace jangan anggap saya gila yer...... hehehe,... Ini sekadar luahan semasa merasai sakit kepala yang bukan migrain(mungkin).... :)


Thursday, March 22, 2012

Falsafah Galak Hitam - Sedarilah kesilapan diri

Hari ini, ramai kita lihat manusia tidak kira sifatnya banyak yang tidak sedar dalam melakukan kesilapan. Tidak di nafikan ada yang menyedari seterusnya dia akan perbetulkan kesilapannya. Ada juga yang menyedari, tetapi tidak mahu mengubah sikapnya. Jika yang berubah, itu ada semolek-moleknya, namun yang tidak berubah itu lah yang tidak baik. Menjadi lumrah dalam sikap manusia yang melakukan kesilapan, tidak kiralah alimnya orang itu mahupun berilmunya orang itu apatah lagi mahu menyalahkan orang yang jahat, lagilah banyak silapnya. Jika yang jahat melakukan kesilapan, itu kita sudah tahu, namun yang baik, berilmu inilah yang patut dimalukan. Memang malu sekali. Orang yang berilmulah sepatutnya mudah mengetahui akan kesilapan yang dia lakukan dan mencari jalan secepatnya untuk perbetulkan kesilapan. Jika tidak, ilmunya hanya ilmu 'kosong' . Dan orang tidak akan menghormati orang yang sedemikian. 

Orang yang berilmu, banyak juga yang ego. Terutama pabila di kritik, ditegur. Jika di bandingkan dengan yang yang sememangnya mempunyai sikap yang jahat, lagilah. Yang itu kita biarkan sebab kita sudah mengerti keadaannya, namun yang kita persoalkan ialah tentang orang yang berilmu ini. Kebanyakan mereka jika ditegur, mesti tidak akan menerima teguran itu malah sesetengahnya akan menegur balik dan mempertikaikan ilmunya. Tambahan jika si penegur itu bertaraf rendah darinya. Itulah silapnya manusia berilmu itu. Oleh kerana terdapatnya sikap ego di dalam diri, maka banyaklah kesilapan yang dilakukan oleh orang yang membuat silap itu. Apalah salahnya jika di tegur demi kebaikan diri. Bukannya si penegur itu mahukan duit, nama atau apa-apa sahaja, tetapi hanya mahu menegur kesilapan yang di lakukan orang itu. Sesungguhnya jika tidak di tegur kesalahannya, maka semakin lama akan ramailah orang yang berilmu membuat silap. 

Ada juga sikap orang yang berilmu hanya akan berubah jika di tegur oleh orang yang bertaraf lebih tinggi darinya sahaja. Itulah silapnya. Sepatutnya kita tidak boleh berbuat demikian sahaja. Sebagai manusia, kita sepatutnya menerima teguran dari sesiapa sahaja. Bukan sahaja dari orang berilmu, malah orang-orang seperti kanak-kanak, remaja malah orang yang pernah membuat jahat juga boleh menegur. Dan kepada penerima teguran itu, janganlah pertikaikan ilmu, dan taraf, sebaliknya mengkaji teguran yang di berikan dan berfikirlah positif untuk diri sendiri. 

Oleh itu, sebagai manusia, kita seharusnya di galakkan untuk tegur menegur, dan jangan pertikaikan ilmu jika mahu menegur. Tegurlah berpandukan pengalaman, pengkajian, pemerhatian dan sebagainya agar boleh membina seseorang itu. Bak kata orang tua-tua ' itulah kerja ahli-ahli politik semasa berdebat, ada yang menegur, ada yang menerima dan seterusnya memperbaiki kesilapannya barulah negara maju'. Jika adanya budaya sebegitu, bukan sahaja masyarakat bertambah berilmu dan keadaan semakin aman, malah negara akan maju dan tamadun semakin utuh dijulang dunia. 



- Idea dari kata-kata Galak Hitam iaitu ; "Orang jahat memang kerjanya buat jahat, tapi sekarang  banyak orang berilmu lebih ligat melakukan kejahatan demi kepentingan diri"

Bunohan - Persoalannya siapa pembunuh budaya Kita

Salam semua kawan2 blog dan pembaca. Sini aku nak suruh korang renung kata2 ini. Harap faham bahasaku ini.


Bissmillahhirrahmanirrahim...


DI sini aku buka cerita,
tentang kisah filem kita bertaraf 5 bintang,
tidak lain tidak bukan iaitu filem Bunohan,
Filem yang sangat menakjubkan macam filem buatan barat.
Perghhh industri seni sudah makin maju,
jikalah ramai pembikin seperti itu - macam Dain said, Khir Rahman dan lain-lain pembikin 
yang melihat kepada ' filem kita wajah kita'. 


Selepas tonton filem Bunohan,
Cerita tentang rumah pusaka dan bukan saka,
satu persoalan yang aku nampak timbul,
iaitu tentang seorang budak yang bersunguh-sunguh mahu belajar,
wayang kulit - permainan tradisional.


Masih ramai lagikah yang mahu belajar tentang warisan tradisi kita sekarang??


Jawapan ditunjukkan selepas budak itu mati,
 di bunuh pula oleh orangnya berbangsa sendiri.
Aku sudah dapat jawapannya, 
tentang siapa pembunuh kepada warisan kita,




-Maaflah jika apa yang di katakan tidak betul, kerana itu hanya pandanganku berpandukan komen2 dari manusia berilmu - 

Sunday, March 18, 2012

Ini hari aku hanya ingin 'MEREPEK'

Salam semua buat kenalan blog. Semoga sihat selalu kawan2 kiter yer........ :-)


Aku hanya mahu merepek-repek
tentang diri-ku dan bukan tentang diri KAU
hanya AKU.


HA.HA.HA
aku gelak selepas aku siapkan kerjaku,
baru sahaja siap. HA.HA.HA
Itu hanya baru permulaan cerita,
kata orang Act 1 dalam screenplay
atau plot point 1 dalam filem
yang menjadi penggerak cerita. 


Ini baru aku nak cakap,
cakap-cakap tentang hal yang tiadak kaitan dengan siapa-siapa,
namun hanyalah aku, hatiku dan jiwaku serta rohku juga.


Sebenarnya aku sangat-sangat terkilan,
kerana mana hari ini dan hari berikutnya aku selalu,
selalu sahaja melihat manusia-manusia yang hanya
pentingkan duit dari amalan.
Bukan nak kata mereka sahaja, tetapi aku juga. 
Memang aku sudah mulakan merepekku, juga tak terlupa akan
MEMBEBEL..........:P


Manusia sekarang,
Manusia dulu,
Manusia akan datang
Semuanya suka duit. 
Orang putih atau orang MELAYU yang lupa bahasa MELAYUNYA akan kata 'money'
walaupun mereka tidak memahami apa itu 'money'.
Itulah dia. Semuanya kerana duit. 
Kenapa? duit..duit...duit???


Lalu aku terfikir..
Jika moleknya duit boleh beli pahala.
Jika moleknya duit boleh beli air sejuk di neraka,
Jika molek duit boleh beli..........SYURGA????????


"-MEMANG TIDAK BOLEH -"


Namun duit boleh beli bas, 
boleh buat masjid,
boleh sedekah,
boleh menolong......ITULAH SEBAIK_BAIKNYA.


Ini tidak....
Banyak yang guna duit untuk buat DISCO.
Untuk sewa PELACUR,
Untuk minum ARAK.
Untuk berJUDI...
Untuk joli dengan perempuan SIMPANAN...
Untuk beri RASUAH pada orang kampung yang kolot pemikirannya.


Ni apa ini??? APA?????


-Dan AKU HAMPA -


Sekian.......


p/s: lu baca, lu fikir, lu perhati dan lu kaji..... :)

Thursday, March 15, 2012

Ramainya Pengemis Asing -

Ini kisah aku. Aku yang bersiar-siar mencari ilmu. Samaada ilmu baik atau tidak baik aku pelajari. Untuk aku sumbangkan ke dalam otakku. Satu hari, aku berjalan-jalan di sekitar masjid jamek. Aku lihat ramai manusia. Ada yang berpakaian segak, ada yang bercouple, ada yang berkeluarga, dan yang aku paling simpati ialah golongan peminta sedekah. Aku simpati bukan kerana sebab mereka itu pengemis, namun aku simpati di sebabkan mereka itu bukan dari rakyat Malaysia. Kebanyakan dari pendatang asing. Baik yang dewasa mahupun kanak-kanak meminta sedekah sana-sini. Terdetik aku menuju ke arah salah seorang pengemis asing itu. Lalu aku bertanyakan satu soalan yang sudah bermain di fikiranku sejak pertama kali aku lihat pengemis itu. Aku mendekati dan bertegur dengan pengemis itu. Seorang budak lelaki dalam usia 8 tahun itu berpakaian buruk, seluarnya pendek dan ada koyak sedikit. Mukanya kotor seperti baru lepas bermain dengan habuk-habuk besi. 

"Kamu dari mana? Ada pasport datang sini?"

Entah kenapa soalan itu aku berikan. Apabila aku tanyakan soalan itu, budak lelaki itu terus larikan diri dariku. Adakah mungkin takut sebab aku tanyakan soalan berkenana pasport ataupun dia takut aku yang nak 'pau' dia. Aku pun tak pasti. Aku teruskan perjalananku dalam mencari ilmu dunia di sekitar itu. Aku cukup-cukup tersentak bilaku lihat masih banyak lagi pengemis di sekitar lorong-lorong jalan di kawasan masjid Jamek itu. Rata-ratanya banyak orang asing. Aku lihat seorang wanita asing tua sedang meriba anak kecil. Dia seperti tidak bermaya, namun aku masih lagi dengar kata-katanya yang berbunyi 'tolong anak saya mau makan'. Boleh pula dia berkata bahasa malaysia. Aku mungkin simpati terhadap anak itu, lalu ku berikan sedikit duit kepadanya. Kemudian aku teruskan perjalanan ku. Perjalanan yang tiada hala tuju namun ada tujuan iaitu mencari ilmu. 

Dalam hal itu, banyak kali hatiku ingin bertanyakan soalan. Di harap soalan ini anda (pembaca/kwn2) yang tolong jawabkan kerana aku juga bingung untuk mencari jawapan ini. Soalan berbunyi:

Kenapakan ramai warga asing yang mengemis di sini? Kenapa senang sahaja orang beri mereka masuk ke negara ini? Kenapa? Kenapa? Kenapa beri masuk di sini jika mahu siksa hidup mereka.? 

Maaflah jika kata-kataku itu menimbulkan fahaman yang kurang sedap di dengari. Aku juga ada pendirianku, aku ada pendapatku. Aku ada dengar kata orang tua2 yang menyebut:


"Jika tidak mahu biarkan anak ikan mati di akuarium sendiri, biarkanlah ia mati di dalam sungai. Agar kita tidak berdosa"


Aku harap soalan itu menjawab kepada apa yang anda rasa. Jika ada jwpn, komen2 lah agar sama2 kita dapat ilmu baik. Sekali lagi aku minta maaf jika kata2ku itu menyinggung perasaan anda semasa membaca. 
Sekian..............:)

Monday, March 12, 2012

12/3/ 2012 - 9.30 a.m - mimpi atau realiti???


Pagi tu aku baru sampai dari Klate. Aku sampai di rmh sewa kt Sri Damansara pukul 7 pagi. Aku bli nasi lemak. Aku masuk rumah. Aku makan. Kemudian aku mandi, bersiap-siap untuk tidur. Aku pun tidur. Aku kira masa tu dalam pukul 8.30 a.m. Aku rebahkan tubuhku pada katil angin. Dan aku lelapkan mata. Aku tidak tahu samaada aku bermimpi. Tetapi aku yakin, itu bukan mimpi. Aku tidur dan......


Tiba2 aku merasakan bahawa ada seseorang sedang berlaridi sekeliling aku. Katil angin kan, mesti rasa jika ada orang berjalan mengelilingi kita. Apatah lagi berlari. Aku kira seperti budak kecil berlari. Memang aku yakin, aku rasa. Aku cuba angkat tanganku, kakiku, buka mataku, angkat tubuhku....... Namun aku tak berdaya. Tak mampu aku lakukan. aku kuatkan hatiku menyebut ; "Allahuakbar, Astaghrfirullah hal azim"(beberapa kali dalam hati) dan aku meyakini bahawa aku pasti boleh angkat tubuhku...Alhamudillah, aku mampu menggerakkan seluruh badanku, aku mampu buka mataku, dan dengan lantas aku sebut Allahuakbar dan astaghfirullahhalazim beberapa kali.. Aku terus pandang kanan dan kiri, dan sekelilingku, tetapi tiada siapa. 

Aku lihat jam pada hanset. Pukul 9.30 pagi. Aku tidak tahu samaada aku bermimpi(mengigau), tetapi aku yakin aku merasakan ianya benar2 dan bukan mimpi. 

Mungkin aku takut pada masa itu. Namun aku cuba beranikan diri. Orang tua cakap, jangan takut pada benda lain kecuali Allah. Lalu aku angkat tubuhku, aku basuh muka, dan aku tidur balik. Aku memang takut, tetapi aku buat tak tahu, dan hilangkan rasa takutku. Alhamdulillah aku mampu menulis cerita ini walaupun berat mulut untuk beritahu. 

Friday, February 24, 2012

Perihal perubahan arus masa - tidak sama seperti dulu

Sini cerita perihal melayu
yang tinggal di kota  dunia,
penuh dengan sosialistik dan mesin-mesin
semulajadi yang dicipta manusia
canggih.
Semua mudah didapati,
mudah diaplikasi hinga ke saban hari.

Ini perihal melayu hidup sebagai kutu kuyu,
di bandar mulia bagi si mulia yang membina,
namun kotor bagi yang paling mulia.
Itulah dunia tanpa sempadan, canggih serba moden.

Manusia mengikuti arus perdana,
tidak lagi berpandu pada kutub yang betul,
tetapi berpandukan kutub-kutub seperti:

Kutub utara bertemu utara,
kutub selatan bertemu selatan,
kutub timur bertemu timur,
kutub barat bertemu barat.

Sudah tidak sama dengan melayu dahulu,
yang hanya berpandukan pada kutub yang tidak sama,
contohnya kutub utara bertemu selatan,
dan timur bertemu barat.
Itulah kerana melayu sudah layu. 
Layu diarus perdana serba perihal dunia,
yang serba mudah, serba susah.

Friday, February 10, 2012

Aku Bebas Nak Buat Apa Saja -

Pict: from Google.com.my

INI kisah aku nak cerita skit pasal manusia. Bukan cerita kanak-kanak, bukan cerita orang yang dah mati, tetapi ini cerita kita, remaja masa kini dan selamanya a.k.a akan datang.  Aku sedar dunia sekarang ialah dunia moden, dunia serba canggih. Segala yang kita mahu senang nak di capai. Senang nak di lakukan, dan senang dan dapat. Dulu kalau manusia berjalan kaki mahu ke suatu tempat, sekarang sudah ada pengangkutan. Kalau dulu mengambil masa yang panjang untuk sampai ke destinasi, sekarang pula semakin singkat. Kalau dulu susah nak makan makanan sedap-sedap, sekarang boleh saja 'Drive-tru' atau senang di dapati. Kalau dulu manusia kerja membanting tulang empat kerat, kerah tenaga sampai sakit-sakit badan, sekarang duk rumah goyang kaki, tunggu saja duit masuk. Kalau dulu manusia sering kali merotan anak-anak mereka, sekarang anak-anak dibelai. Tujuan mereka sama sahaja iaitu 'kasih sayang'. Kalau dulu manusia dapat hidup sampai 90 tahun lebih, sekarang pula manusia dapat hidup dengan singkat. Itulah 'bahana' zaman moden, zaman serba canggih. Manusia juga canggih, makan, minum serta bebas berbuat apa saja dengan senang. 

Cerita sebenarnya bukan terletak pada maksud aku di atas, tetapi ini cerita sebenarnya. Ha.Ha.Ha..... Apa yang aku lihat, perhati, tengok, pandang, jeling - itulah yang aku nak ceritakan di blog aku ni. Melalui juga pemikiran, pengalaman, pengetahuan, serta pandangan aku terhadap apa yang aku lihat. 

      HARI ini, kita lihat manusia/remaja kita sudah banyak yang 'tinggal jauh' dari keluarga mereka. Termasuk aku. Dan hari ini juga, kita lihat ramai manusia remaja ini gemar melakukan sesuatu di luar pengetahuan keluarga. DAN HARI INI - kita lihat, ramai manusia remaja yang suka bersosial, termasuk aku. Mungkin Aku. Bertujuan pula untuk menghiburkan hati, mencari ketenangan-lah katakan. Namun aku tahu, itu semua bukan hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang merosakkan diri. Merosakkan minda, akidah. Sama juga aku. Aku bukan baik, tetapi aku nak beritahu itu semua tidak semestinya baik. Allahuakbar. Kenapalah itu semua terjadi kepada manusia remaja zaman ini? kenapa tidak manusia remaja zaman dahulu. Jawapannya ada tertera pada permulaan ayat aku. Anda renungkanlah. 

Aku juga berada di bandar metropolitan yang penuh dengan tempat-tempat hiburan, sosialistik, serta kancah-kancah maksiat. Namun dugaan itu insyallah aku lalui dengan penuh kesabaran dan berkat ilmu yang di berikan oleh mereka yang membesarkan serta yang mengajarku tentang erti kehidupan. Aku hairan, manusia remaja kini, terutama yang 'duduk jauh' dari keluarga- mungkin melanjutkan pelajaran, bekerja atau 'lari rumah'. Mungkin. Itu semua menyebabkan kita lupa akan nama kita sebagai anak. Anak yang taat hanyalah di rumah, dan bukan di tempat baru kita. Itu yang selalu bermain di fikiran aku masa ini (remaja). Mungkin juga sama dengan mereka. 

Aku bukan hendak tunjuk baik, tetapi aku tahu yang mana baik dan yang mana tidak. Aku juga sama seperti anda, aku juga pernah bersosial, aku juga pernah lupa tanggungjawab sebagai anak. Itu aku (yang dahulu) insyallah. Hari-hari aku lihat, hari-hari aku perhati, hari-hari aku tengok - (semua sama). Yang paling jelas aku lihat ialah golongan wanita. (Maaflah jika terasa), dan tidak dinafikan ada lelaki adalah sedikit peratusnya jika dibandingkan dengan wanita.  Apa yang aku perhatikan, kebanyakan wanita remaja hari ini suka sangat bertindak luar batasan pabila tidak dikawal oleh ibu bapa mereka. Atau kata lain, 'shock cultural'. apa yang diperhatikan, kebanyakan remaja wanita yang datangnya dari kampung ke bandar. Kebanyakannya yang datang melanjutkan pelajaran. Apalah salah ibu bapa mereka sampai anak-anak berubah sakan. Bertentangan semasa berada di kampung, dirumah. Ini mungkin mereka merasakan mereka sudah terlepas dari belenggu kawalan ketat ibu bapa mereka. Apakah salah di kawal rapi oleh ibu bapa? Aku katakan tidak. Kerana tanpa kawalan, mereka tidak akan jadi 'manusia'. Manusia yang benar-benar hidup dalam kejayaan. Tidak bermaksud kejayaan yang menyebabkan kita jadi kaya, tetapi kejayaan hidup yang 'bermakna'. 

Kenapa perkara sebegini berlaku? ada sesetengah pihak mengatakan itu disebabkan peningkatan 'hormon' dari remaja meningkat dewasa. Dan dalam masa itu banyak perkara yang cuba dilakukan oleh remaja ini untuk merasakan sesuatu atau ingin mencuba benda baru. Tapi kenapa perlu mencuba benda-benda yang tidak 'sepatutnya'? Alangkah baiknya jika kita cuba untuk jadi nombor satu dalam pelajaran. Alangkah bagusnya jika kita cuba untuk menjadi orang nombor satu dalam keluarga. Dan alangkah sejuknya hati ibu bapa bila mengetahui anaknya mencuba untuk menjadi imam/ustat/mengajar manusia di tempatnya. Itu semua tidak mustahil dan mustahil bagi mereka yang tidak berfikir positif. Yang selalu positifnya ialah berhibur, dan negatifnya mencuba perkara yang di perintahkan.  

Oleh itu kawan-kawan, juga mengingati diriku ini. Kejayaan kita, itulah harapan ibubapa kita. Kita berjaya, nama ibu bapa di sebut-sebut di kampung - kerana anaknya berjaya/berkerjaya. Jika kita 'hancur', mereka juga yang malu. Malu kerana dipersalah tidak pandai mendidik anak-anak. Anda yang menentukan ke mana nama mereka disebuat. 

-Penegasan: Janganlah kamu buat perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana pegang tiket - Free From Family (3F)-

Salam semua buat pembaca. Apa yang anda faham akan tulisan di atas, apa yang anda fikirkan, atau apa yang anda merasakan tidak puas hati dengan kata-kataku itu, aku harap anda komen. Sekali lagi aku minta maaf jika kata-kataku itu mencetuskan kemarahan anda (pembaca). Apa yang ku tulis, itu juga aku, dan mungkin anda. Ha.Ha.Ha.......:)



Thursday, February 9, 2012

Aku hanya manusia yang menginginkan sesuatu - Membantu sesama manusia..

Jika aku seorang petani, pasti aku tanam padi.
Dapat juga aku menyumbang pada masyarakat di bumi.

Jika aku seorang nelayan, pasti aku mencari ikan.
Dapat juga aku beri pada orang yang kebuluran.

Jika aku seorang penternak, pasti aku menternak kijang
Dapat juga aku salurkan kepada mereka yang keciciran.

Jika aku seorang pencipta, pasti aku mencipta kapal terbang.
Dapat juga aku sedekahkan tiket kepada manusia yang ingin ke mekah.

Jika aku seorang pencari, pasti aku mencari ilmu yang banyak.
Dapat juga aku sumbang pada anak Melayu yang dipinggirkan.

Jika aku seorang pemimpin, pasti aku mencari duit yang berjuta-juta.
Dapat juga aku menolong rakyat yang miskin dan memerlukan.

Akhir sekali kawan-kawan.
Jika aku seorang manusia yang hina, miskin, tidak berpelajaran.
Murahkanlah ilmu anda, agar aku dapat belajar dalam mencari kehidupan di masa depan.

Mengata dan Dikata menjadi sengketa

Salam semua. lama dh xupdate blog ni..Huhu...Bukan ape, semenjak masuk semester last ni, banyak dugaan, cabaran,sibuk buzy, malas berat, memaksa dan terpaksa dalam melakukan hal2 berkaitan dgn pelajaran. Masuk sem ni, aku jadi malas nk blajar. Dalam malas tu aku merajinkan diri. Semakin sedikit masa untuk belajar, semakin malas aku belajar. Entah kenapa dan tak tahu apa yg x kena dgn aku. Hasutan syaitan? Mungkin!. Mintak jauh dari aku.. Allahuakbar!.

Hari ni aku ada terfikir satu benda, di sebalik sedikit kejadian yg aku merasakan hati ku jadi terasa. Hal ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa, namun aku harap sesiapa yang merasakan perkara yg aku nk ckp ni ada mengena dengan mereka, harap mereka berubah. Bukan saja mereka, kamu malah juga aku. Insyallah.

Aku nak berceritalah sikit pasal 'mengata' dan 'dikata' yang menjadikan kita sengketa. 

Lumrah manusia dalam perangai masing-masing. Bukan semua dan hanya segelintir mungkin juga aku. Mulut kita memang tidak boleh lari dari 'mengata' sesuatu. Tidak semestinya mengata pada benda tetapi mengata manusia. Sebagai contoh : kawan mengata kawan, mengata orang kerana tidak puas hati dengannya dan sebagainya. Kenapa jadi macam tu? Kenapa mengata? 

Mata selalu melihat, otak selalu berfikir, perangai buruk selalu mencemburui, mulut pula yang menyebut, telinga yang mendengar. Itulah yang terjadi jika orang itu mula mengata. Selalunya sebab mereka tidak puas hati dengan orang lain. Tidak puas hati disebabkan orang lain lebih dari mereka. Maka kerana sebab itu, terjadilah perkataan mengata. Bukan saja mengata di belakang, malah di depan. Selalu saja tidak puas hati dengan orang lain. (Aku higlight kan perkataaan tidak puas hati). 

Pengata yang mengata kebanyakannya suka mengata namun jika dikata pula, pasti marah. Kenapa mereka suka sangat mengata, tetapi sebaliknya mereka marah jika orang lain mengata mereka. Biasanya orang begini tidak suka mengalah, tidak suka dikritik dan menganggap mereka selalu betul(walaupun mereka salah). Kenapalah mereka begini? kenapa mereka tidak menerima kritikan orang lain sedangkan mereka selalu mengkritik. Bilalah mereka mahu sedar dengan perbuatan itu. 

Biasanya jika pengata bertemu dengan pengata. Sama2 mengata masing2, perkara begini pasti akan jadi sengketa. Jika sengketa berlaku, maka hancurlah tamadun kita. Selalunya orang2 yang tidak suka mengalahlah yng selalu bersengketa. Kenapalah mereka tidak berfikiran positif. Selalu sahaja fikir negatif. Allahuakbar. Itu salah. Tidak nafikan juga tiada yang tidak boleh menerima kritikan dan menerima kritikan itu.  Harap mereka sedar dari melakukan perbuatan itu. 

Jika ramai yang mengata dalam dunia ini, maka ramailah yang bersengketa. Jika ramai yang menerima kritikan , maka majulah negara kita. Fikir positif, buang yang negatif..... Sekian.

Friday, February 3, 2012

Kisah Lelaki tua mencari anaknya -

                  
                       AKU berjalan di sekitar Kota Metropolitan. Banyak kereta sungguh. Maklumlah malam 'minggu'. Malam yang penuh dengan manusia-manusia yang setiap minggu keluar. Ada yang bersiar-siar , Ada yang ber-dating dengan 'Gf 'masing-masing, ada yang keluar sekumpulan dan melepak, ada yang seorang diri berdiri di bahu jalan melihat persekitaran. Aku terpandang seorang lelaki tua sedang berjalan. Di tangannya memegang satu tongkat. Aku fikir dia buta, namun sebaliknya dia tidak buta. Mungkin tongkat itu sebagai satu bantuan untuk dia menguatkan badan. Mungkin. Lelaki tua itu berjalan di bahu jalan, menuju ke arah bertentangan denganku. Aku menghentikan perjalananku. Aku hanya berdiri ditepi bahu jalan dan memerhatikan lelaki tua itu. Takut-takut dia rebah. Ada juga peluangku untuk mencari pahala di malam itu. Mungkin juga aku sudah mendapat 'pahala' kerana mempunyai niat yang baik. Mungkin juga pahalaku tiada kerana aku hanya memikirkan 'pahala' di sebalik keihlasanku berniat untuk menolong lelaki tua itu. Aku biarkan lelaki itu dengan tongkatnya. Dia masih berjalan ke arahku. 

                Lelaki tua yang berkopiah putih itu tiba-tiba berhenti seketika. Aku merasakan dia kepenatan dan inginkan rehat seketika sebelum meneruskan perjalanannya. Dia duduk. Dia mengeluarkan sesuatu di dalam kocek bajunya. Aku lihat seperti satu kertas putih. Pak cik itu pandangku. Dia kemudian bangun dari duduk dan menuju ke arahku. Aku seperti menjangkakan dia akan datang ke tempatku. Fikirku, adakah pak cik ini ingin meminta sedekah dari ku? Aku pun buka beg duitku. Aku lihat ada sepuluh ringgit, satu ringgit dua keping dan lima ringgit satu keping. Yang mana satu aku akan berikan jika lelaki tua itu minta. Aku membuat percaturan. Lima ringgit lah. Ah, banyak sangat. Urm, kalau begitu, seringgit cukuplah. Sudah cukup untuk dia beli air bagi menghilangkan dahaganya. Tekaan aku sebenarnya salah. 

                     Lelaki tua itu menghampiriku. Dia memberi salam dan aku menjawab salamnya. Dia bertanyakan tentang apa ku buat disitu. Aku hanya menyatakan keluar untuk mengambil angin. Dia kemudiannya menyatakan minta pertolongan. Aku jangkakan dia mahukan sedikit 'sumbangan ikhlas'. Namun aku salah. Lelaki itu keluarkan kembali satu kertas dari kocek bajunya yang dia telah menyimpan semasa melihatku ketika dia berehat tadi. Dia menanyakan aku tentang seseorang di dalam kertas itu. Sebenarnya kertas itu adalah sekeping gambar seorang lelaki yang aku jangka berumur dalam 30 tahun. Lelaki itu menyatakan bahawa anaknya sudah lama tidak pulang ke kampung. Dan dia khuatiri anaknya hilang. Dia ke situ adalah untuk mencari anaknya yang telah hilang darinya. Aku menyatakan bahawa aku tidak mengenali dan tidak pernah melihat manusia di dalam gambar itu. Lelaki itu kemudian mengangguk dan senyum kepadaku. Dia menyatakan bahawa tidak mengapa. Dan kemudian dia terus beredar meninggalkanku. 

Banyak benda bermain difikiranku pada masa itu. Seorang ayah yang sudah tua, aku jangka dalam umur 60 tahun sedang mencari anak lelaki yang mungkin sudah mempunyai keluarga dan kerjaya. Tanpa mengenal penat lelah, tanpa mengenal erti payah dia meneruskan perjalannya demi mencari anaknya.Tapi kenapa harus bapa yang mencari anak, dan bukan anak yang balik mencari bapa? Persoalan itu bermain difikiranku. Aku sedih melihat lelaki tua itu. Sangat-sangat sedih. 

Teringat aku akan kata-kata nenekku dahulu: 

"Tanpa ayah yang mencari rezeki, tanpa ibu yang menjaga anak dengan berkat nafkah daripada ayah, anak itu takkan hidup dan membesar." 


Ini hanya cerita rekaan dan mungkin menjadi kisah benar. Anda yang tentukan.

Aku pemburu cita-cita dan cinta - USAHA

Aku pemburu cita-cita dan cinta. Tidak tahu mana ku pilih dahulu.
Aku pemburu Cinta dan cita-cita. Tidak tahu mana ku perlu tuju kemudian.
Aku pemburu kekayaan dan kejayaan. Antara cita-cita dan cinta.
Aku pemburu nama dan darjat. Di sebalik cita-cita atau cinta.

Dunia hari ni penuh dengan manusia
yang guna jalan mudah untuk mengejar
kejayaan, kekayaan, nama dan darjat
bukan melalui cita-cita tetapi
cinta.

                           Adakah aku perlu mencontohi mereka?
                           Yang sangat mulia mengejar cita-cita melalui cinta.

Salahkan mereka berbuat demikian?
Aku kata tidak. Mereka juga berusaha dalam mengejar cita-cita mereka
siang malam menunggu, mengintai, mengubati, meracuni
cinta mereka demi cita-cita
dari dua-dua jantina manusia.

Aku mahu berusaha mengejar cita-cita,
dalam memburu cita-cita dan cinta.
Melalui usaha sendiri.


-Kejar cita-cita melalui usaha dan bukan melalui 'Usha' cinta-

Aku Mahu Mereka Kenal Aku - Bukan sekadar NAMA

Situasi: Seorang remaja lelaki (diberi nama J) sedang menulis di bangku mejanya di dalam kelas. Remaja berambut pendek itu berpakaian seperti ala-ala budak kampung begitu khusyuk menulis sesuatu di buku diarinya. Seorang Guru sedang menyoal tentang cita-cita kepada murid-murid di dalam kelasnya itu.(Guru diberi nama Cikgu I).  Cikgu I pandang ke arah J. 


Cikgu I: Kamu J, apa cita-cita kamu bila kamu dewasa nanti?

J berhenti menulis. Dia bangun dan pandang kepada Cikgu I.

J: Saya mahu semua orang di dunia ini kenal saya bukan hanya sekadar nama.


Cikgu I kaku. Dia pelik dengan jawapan yang diberikan oleh J. Cikgu I tidak dapat menangkap apa yang ingin di sampaikan sebenarnya oleh J. 


Cikgu I: Mahu kenal kamu ya. Kamu mahu jadi artis?

J: Iya cikgu.

Cikgu I: Pelakon terkenal la ni. Hebat cita-cita kamu J.

J: Bukan pelakon, cikgu. 


Cikgu I tersentak. Dia hairan. Kemudian dia bertanyakan lagi kepada J.


Cikgu I:  Kalau bukan pelakon, apa dia J?


J ambil bukunya dan mengangkat buku itu. Di satu halaman yang 'kosong' terdapat satu perkataan yang ditulis oleh J iaitu:

"PENULIS"


Friday, January 27, 2012

Flora dan Fauna - Alam sekitar

Langit cerah terik tanda hujan mahu turun, 
Tanah suka mendengar berita dari guruh,
Pokok-pokok gembira menunggu,
Setelah kekeringan di mamah bahang matahari
yang panas,

Dulunya pokok kayu gembira di dalam hutan,
Haiwan-haiwan juga bertempiaran menyorak keghairahan,
Sejuk mendamaikan suasana flora fauna
yang mendiami seluruh belantara.

Kininya pula pokok kayu bertukar wajah,
Banyak menjadi kayu keras berbatu besi,
Haiwan pula banyak menjadi pengotor, pengkhianat,
Semua berkeliaran di dunia moden serba canggih.
Menanti masa di makan usia.

-Kiamat-

Bersedekah -

Terdetik hati kau nak bercerita tentang bersedekah ni pada kawan2. Semalam aku ada lah terbaca satu artikel tentang Tan sri Syed Mokhtar Al bukari. Sesungguhnya orang ini bukan calang-calang manusia. Seorang Bilionair dan salah seorang Melayu yang menduduki tangga dalam manusia terkaya di Malaysia. Asalnya pun dari keluarga yang miskin. Namun dengan berkat kesungguhhannya beliau telah mencapai tahap orang yang terkaya di Negara Malaysia ini. 

Apa yang aku nak crita pasal dia ni, ialah ada satu dialog dia sebut " hari ini kita tolong mereka, esok2 mereka tolong kita pula" - Syed Al-Bukhari. 

Dalam dialog itu apa yang aku fahamkan ialah Tan Sri ini telah menolong orang miskin semasa dia masih muda. Di fahamkan separu daripada gaji pertama beliau disedekahkan kepada fakir2 miskin. Sungguh mulia manusia ini. 

Orang tua2/imam selalu berkata. Begitu juga dalam hadis pernah menyebut, Satu sen kita bersedekah kepada orang, insyallah sepuluh sen kita akan dibalas. Jika kita tidak kedekut untuk bersedekah, pasti kita akan menerima balasannya walaupun tidak tahu bila tarikhnya. Pasti!

Bersedekah yang diterima ialah bersedekah dengan niat yang betul. Bukan bersedekah untuk 'menunjuk2'.kebanyakkan manusia zaman sekarang bersedekah untuk menunjukkan bahawa dia kaya. Itu lah silapnya manusia ini. Jika ikhlas kamu bersedekah walaupun hanya 1 sen, itu lebih baik daripada bersedekah sebalanyak 1 ribu jika hanya kerana sifat menunjuk-nunjuk.  

Khuatir dalam bersedekah? 
Benda begini sering terjadi pada zaman sekarang. Mau taknya, kita lihat banyak sendiket yang mencari kekayaan dengan meminta sedekah kepada orang ramai. Itu tak apa. Kita sedekahlah dengan ikhlas. Jika ada yang mengambil kesempatan dengan menipu itu, itu adalah urusannya dengan Allah. Yang penting, kita bersedekah dengan niat yang baik. 

Thursday, January 19, 2012

Muzik dan Wangian - Ubat otak


picture from: Google image

SALAM semua. Hari ni aku nak cerita la sikit tentang Muzik dan Wangian berkaitan dengan Otak kita. Sekadar apa yang aku rasa-la. Renung2kanlah yer samaada betul atau salah tentang apa yang aku nak cerita ni yer....:)

Muzik: seperti yang kita tau di Negara kita ni, banyak bentuk genre muzik yang kita telah tau. Antaranya bergenre Rock, Jazz, Pop, Indie, dan ada juga yang berbentuk hanya dengan instrumental saja(muzik tanpa ada nyanyian) serta banyak lagi la muzik2 yang dimainkan oleh pemuzik. Dalam muzik sebenarnya ada faedahnya terutama kepada Otak kita. Mungkin anda tertanya2 kenapa muzik ini ada faedah untuk otak. Senang saja nak tau. Kadang-kadang kita selalu dengar muzik-muzik yang berbentuk slow, tidak heavy terutama bila kita mahu tenangkan diri. Dan ternyata kita boleh tenang bila dengar lagu/muzik. Untuk melihat dengan mata kasar keberkesanan muzik kepada otak, kita boleh cuba buat kajian terhadap pesakit mental. Mula-mula kurung dia dalam satu bilik. Pasangkan muzik/lagu yang bergenre rock atau heavy2 rock. Saya pasti kebanyakan mereka akan merasakan terganggu. Mungkin akan ada yang meronta-ronta semacam tidak tenteram kerana muzik yang dimaiankan terlalu bersifat 'celaru' (mungkin). dan seterusnya kita tukar pula muzik heavy itu kepada muzik yang slow tenang berbentuk instrumental atau lagu-lagu yang tidak heavy. Saya percaya pesakit jiwa akan rasa tenteram kerana muzik yang dimainkan itu berbentuk rilek yang secara automatik boleh menenangkan otak mereka. 

Wangian: Hari ini banyak wangian yang kita lihat dijual di market2 di mana-mana sahaja. Bau2 yang wangi juga boleh menenangkan otak juga. Anda boleh cuba sendiri untuk memastikan keberkesanan terhadap otak kita. Cuba kita duduk di dua persekitara iaitu di sekitar kawasan busuk dengan bau-bau sampah dan juga duduk di sekitar kawasan yang aman dengan bau-bau bunga-bunga mahupun di kawasan bauan yang dicipta oleh manusia. Nescaya anda sendiri tidak akan tahan jika duduk di kawasan busuk berbanding dengan kawasan yang baunya wangi. Secara tidak langsung wangian juga mempengaruhi otak kita. 

Apa yang saya nak sampaikan ialah muzik dan wangian ini sebenarnya mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Saya percaya sudah ada yang tahu dan mempraktikan perkara-perkara sedemikian untuk menenangkan jiwa masing-masing. Saya percaya juga kajian ini sudah dibuat oleh doktor-doktor atau ahli falsafah suatu masa dahulu. Mungkin saya baru sahaja tau tentang perkara ini, namun apa yang baik kita kongsi bersama. 

sekian sahaja apa yang aku nak cite tentang muzik dan wangian ini. Sekadar renungan dan pengetahuan sahaja bagi sesiapa yang tidak mengetahui atau yang berburuk prasangka tentang perkara ini terutama hal-hal yang berkaitan dengan muzik. 

Saturday, January 14, 2012

Sepi sendirian


Pict from Google image


Cerita aku seorang lelaki,
Lelaki hanyut di alam duniawi,
banyak kali ku tempuhi alam pancaroba 
yang penuh dengan onak duri menyucuk diri
terasa bagai luka dihati, hari-hari.
Menunggu sesuatu yang tidak tentu pasti,
Ke sana-ke sini mencari peneman,
untuk menemani ke arah senja hari,
untuk ku cari waris peribadi.
Walaupun diri ini tidak semula jadi
bagai pungguk yang terbang di dinihari,
menanti malam menunggu bulan.
Namun aku kesepian tanpa ditemani.

KEMENANGAN KE 8 DATO' LEE CHONG WEI - 14/01/12

Dato' Lee Chong Wei
                                                                                                Cheng Long

Picture from google image


Dato' Lee Chong Wei menang kali ke 8 dalam menentang pemain dari China iaitu Cheng Long. Cheng Long seorang pemain Badminton yang juga bukan sebarangan kerana mempunyai taktik serta ketangkasan yang tidak dapat dijangka.  Perlawanan Badminton yang mengambil masa selama 76 minit yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil dipenuhi dengan para penyokong yang datang dari dalam serta luar negara. Ini membuktikan bahawa Dato' Lee Chong Wei sememangnya seorang pemain Badminton yang handal. Kemenangan beliau dalam menentnag Cheng Long dari China telah melonjakkan beliau memasuki perlawanan akhir bertemu pemain badminton dari Jepun (nama tak ingt). Kemenagan Dato' Lee Chong Wei hari ini ialah kemenangan kali ke 8 dalam rekod beliau. Pada set pertama Lee Chong Wei menang dengan 21-18, manakala set kedua beliau kalah dengan 17-21, namun kekalahan itu telah menyuntik semangat baru kepada beliau dengan melakukan serangan demi serangan pada set ketiga sekaligus melonjakkan beliau menang dalam set ketiga iaitu 21-13. 

Monday, January 9, 2012

Lepak di Taman Layang-layang

Semalam aku bawak sorg kawan -  mai dr perak nun jauh dekat sana. Satu hari berjalan ni. Badan pun naik letih, otak kata mau rilek. Petang pun menjelma. Jadi sambil2 menunggu petang jadi semakin gelap, kami singgahlah di sebuah taman yg dinamakan taman layang-layang yang berdekatan dengan Damansara. Jalan dia antara Dmansara, kepong menghala ke Batu Cave, Kuantan, Ampang ( MRR2). Highway tu lah. Tanam ni x jauh la jugak dgn tempat kitar semula sampah2 sarap. 

Maka sampailah kami kt tanam tu. Suasana mendung dengan ramai pengunjung yang datang. Ada yang bermain layang2, ada yang joging2, ada yang berdate, ada juga yang berpicnik. Maklumlah tanam reakriasi. Semua orang ada. Bermacam2 gelagat boleh dijumpai di sana. Tenang juga duduk lepak kt sana. Sambil2 melihat layang2 yang bermacam jenis, ada yang 'cap' Angry bird lah, Ada yang ditampal dengan kertas 'Giant', ada yang macam burung, kelawar dan macam2. Cuma satu ja yang aku rasa kekuarang . Iaitu Wau2 tradisional macam wau Bulan, dan lain2. 

Lepaklah kami di sana sambil borak2 kosong. Melihat juga pengunjung2 yang sedang berekriasi. Urm, tenang dan boleh rilek2 la. Ni aku nk tunjuk lah gmbr sikit yang aku amik semasa berada di sana. Maaflah sebab kualiti gambar kurang sikit. Maklumlah 2 megapixel je. 



Gambar 1.


Gambar 2.


Gambar 3.


Gambar 4.


Gambar 5.


Gambar 6: Ha, ni lah layang2 Angry Bird yg aku cakap tu.. hehehe...lelaki tu? Abaikan, tah sape lah xtau..hehhe...


Gambar 7: nah, tu dia. Banyak lagi layang2 dijual. Bukan Angry bird saje, tapi macam ada. Cuma yang tak ada ialah Layang2 tradisional. Tapi kalao korang mau, bagitau aku. Aku leh dptkan Layang2 Tradisional yang cantik2 dari org kampung. Harga boleh nego... :)