Followers

Pages

Friday, February 24, 2012

Perihal perubahan arus masa - tidak sama seperti dulu

Sini cerita perihal melayu
yang tinggal di kota  dunia,
penuh dengan sosialistik dan mesin-mesin
semulajadi yang dicipta manusia
canggih.
Semua mudah didapati,
mudah diaplikasi hinga ke saban hari.

Ini perihal melayu hidup sebagai kutu kuyu,
di bandar mulia bagi si mulia yang membina,
namun kotor bagi yang paling mulia.
Itulah dunia tanpa sempadan, canggih serba moden.

Manusia mengikuti arus perdana,
tidak lagi berpandu pada kutub yang betul,
tetapi berpandukan kutub-kutub seperti:

Kutub utara bertemu utara,
kutub selatan bertemu selatan,
kutub timur bertemu timur,
kutub barat bertemu barat.

Sudah tidak sama dengan melayu dahulu,
yang hanya berpandukan pada kutub yang tidak sama,
contohnya kutub utara bertemu selatan,
dan timur bertemu barat.
Itulah kerana melayu sudah layu. 
Layu diarus perdana serba perihal dunia,
yang serba mudah, serba susah.

Friday, February 10, 2012

Aku Bebas Nak Buat Apa Saja -

Pict: from Google.com.my

INI kisah aku nak cerita skit pasal manusia. Bukan cerita kanak-kanak, bukan cerita orang yang dah mati, tetapi ini cerita kita, remaja masa kini dan selamanya a.k.a akan datang.  Aku sedar dunia sekarang ialah dunia moden, dunia serba canggih. Segala yang kita mahu senang nak di capai. Senang nak di lakukan, dan senang dan dapat. Dulu kalau manusia berjalan kaki mahu ke suatu tempat, sekarang sudah ada pengangkutan. Kalau dulu mengambil masa yang panjang untuk sampai ke destinasi, sekarang pula semakin singkat. Kalau dulu susah nak makan makanan sedap-sedap, sekarang boleh saja 'Drive-tru' atau senang di dapati. Kalau dulu manusia kerja membanting tulang empat kerat, kerah tenaga sampai sakit-sakit badan, sekarang duk rumah goyang kaki, tunggu saja duit masuk. Kalau dulu manusia sering kali merotan anak-anak mereka, sekarang anak-anak dibelai. Tujuan mereka sama sahaja iaitu 'kasih sayang'. Kalau dulu manusia dapat hidup sampai 90 tahun lebih, sekarang pula manusia dapat hidup dengan singkat. Itulah 'bahana' zaman moden, zaman serba canggih. Manusia juga canggih, makan, minum serta bebas berbuat apa saja dengan senang. 

Cerita sebenarnya bukan terletak pada maksud aku di atas, tetapi ini cerita sebenarnya. Ha.Ha.Ha..... Apa yang aku lihat, perhati, tengok, pandang, jeling - itulah yang aku nak ceritakan di blog aku ni. Melalui juga pemikiran, pengalaman, pengetahuan, serta pandangan aku terhadap apa yang aku lihat. 

      HARI ini, kita lihat manusia/remaja kita sudah banyak yang 'tinggal jauh' dari keluarga mereka. Termasuk aku. Dan hari ini juga, kita lihat ramai manusia remaja ini gemar melakukan sesuatu di luar pengetahuan keluarga. DAN HARI INI - kita lihat, ramai manusia remaja yang suka bersosial, termasuk aku. Mungkin Aku. Bertujuan pula untuk menghiburkan hati, mencari ketenangan-lah katakan. Namun aku tahu, itu semua bukan hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang merosakkan diri. Merosakkan minda, akidah. Sama juga aku. Aku bukan baik, tetapi aku nak beritahu itu semua tidak semestinya baik. Allahuakbar. Kenapalah itu semua terjadi kepada manusia remaja zaman ini? kenapa tidak manusia remaja zaman dahulu. Jawapannya ada tertera pada permulaan ayat aku. Anda renungkanlah. 

Aku juga berada di bandar metropolitan yang penuh dengan tempat-tempat hiburan, sosialistik, serta kancah-kancah maksiat. Namun dugaan itu insyallah aku lalui dengan penuh kesabaran dan berkat ilmu yang di berikan oleh mereka yang membesarkan serta yang mengajarku tentang erti kehidupan. Aku hairan, manusia remaja kini, terutama yang 'duduk jauh' dari keluarga- mungkin melanjutkan pelajaran, bekerja atau 'lari rumah'. Mungkin. Itu semua menyebabkan kita lupa akan nama kita sebagai anak. Anak yang taat hanyalah di rumah, dan bukan di tempat baru kita. Itu yang selalu bermain di fikiran aku masa ini (remaja). Mungkin juga sama dengan mereka. 

Aku bukan hendak tunjuk baik, tetapi aku tahu yang mana baik dan yang mana tidak. Aku juga sama seperti anda, aku juga pernah bersosial, aku juga pernah lupa tanggungjawab sebagai anak. Itu aku (yang dahulu) insyallah. Hari-hari aku lihat, hari-hari aku perhati, hari-hari aku tengok - (semua sama). Yang paling jelas aku lihat ialah golongan wanita. (Maaflah jika terasa), dan tidak dinafikan ada lelaki adalah sedikit peratusnya jika dibandingkan dengan wanita.  Apa yang aku perhatikan, kebanyakan wanita remaja hari ini suka sangat bertindak luar batasan pabila tidak dikawal oleh ibu bapa mereka. Atau kata lain, 'shock cultural'. apa yang diperhatikan, kebanyakan remaja wanita yang datangnya dari kampung ke bandar. Kebanyakannya yang datang melanjutkan pelajaran. Apalah salah ibu bapa mereka sampai anak-anak berubah sakan. Bertentangan semasa berada di kampung, dirumah. Ini mungkin mereka merasakan mereka sudah terlepas dari belenggu kawalan ketat ibu bapa mereka. Apakah salah di kawal rapi oleh ibu bapa? Aku katakan tidak. Kerana tanpa kawalan, mereka tidak akan jadi 'manusia'. Manusia yang benar-benar hidup dalam kejayaan. Tidak bermaksud kejayaan yang menyebabkan kita jadi kaya, tetapi kejayaan hidup yang 'bermakna'. 

Kenapa perkara sebegini berlaku? ada sesetengah pihak mengatakan itu disebabkan peningkatan 'hormon' dari remaja meningkat dewasa. Dan dalam masa itu banyak perkara yang cuba dilakukan oleh remaja ini untuk merasakan sesuatu atau ingin mencuba benda baru. Tapi kenapa perlu mencuba benda-benda yang tidak 'sepatutnya'? Alangkah baiknya jika kita cuba untuk jadi nombor satu dalam pelajaran. Alangkah bagusnya jika kita cuba untuk menjadi orang nombor satu dalam keluarga. Dan alangkah sejuknya hati ibu bapa bila mengetahui anaknya mencuba untuk menjadi imam/ustat/mengajar manusia di tempatnya. Itu semua tidak mustahil dan mustahil bagi mereka yang tidak berfikir positif. Yang selalu positifnya ialah berhibur, dan negatifnya mencuba perkara yang di perintahkan.  

Oleh itu kawan-kawan, juga mengingati diriku ini. Kejayaan kita, itulah harapan ibubapa kita. Kita berjaya, nama ibu bapa di sebut-sebut di kampung - kerana anaknya berjaya/berkerjaya. Jika kita 'hancur', mereka juga yang malu. Malu kerana dipersalah tidak pandai mendidik anak-anak. Anda yang menentukan ke mana nama mereka disebuat. 

-Penegasan: Janganlah kamu buat perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana pegang tiket - Free From Family (3F)-

Salam semua buat pembaca. Apa yang anda faham akan tulisan di atas, apa yang anda fikirkan, atau apa yang anda merasakan tidak puas hati dengan kata-kataku itu, aku harap anda komen. Sekali lagi aku minta maaf jika kata-kataku itu mencetuskan kemarahan anda (pembaca). Apa yang ku tulis, itu juga aku, dan mungkin anda. Ha.Ha.Ha.......:)



Thursday, February 9, 2012

Aku hanya manusia yang menginginkan sesuatu - Membantu sesama manusia..

Jika aku seorang petani, pasti aku tanam padi.
Dapat juga aku menyumbang pada masyarakat di bumi.

Jika aku seorang nelayan, pasti aku mencari ikan.
Dapat juga aku beri pada orang yang kebuluran.

Jika aku seorang penternak, pasti aku menternak kijang
Dapat juga aku salurkan kepada mereka yang keciciran.

Jika aku seorang pencipta, pasti aku mencipta kapal terbang.
Dapat juga aku sedekahkan tiket kepada manusia yang ingin ke mekah.

Jika aku seorang pencari, pasti aku mencari ilmu yang banyak.
Dapat juga aku sumbang pada anak Melayu yang dipinggirkan.

Jika aku seorang pemimpin, pasti aku mencari duit yang berjuta-juta.
Dapat juga aku menolong rakyat yang miskin dan memerlukan.

Akhir sekali kawan-kawan.
Jika aku seorang manusia yang hina, miskin, tidak berpelajaran.
Murahkanlah ilmu anda, agar aku dapat belajar dalam mencari kehidupan di masa depan.

Mengata dan Dikata menjadi sengketa

Salam semua. lama dh xupdate blog ni..Huhu...Bukan ape, semenjak masuk semester last ni, banyak dugaan, cabaran,sibuk buzy, malas berat, memaksa dan terpaksa dalam melakukan hal2 berkaitan dgn pelajaran. Masuk sem ni, aku jadi malas nk blajar. Dalam malas tu aku merajinkan diri. Semakin sedikit masa untuk belajar, semakin malas aku belajar. Entah kenapa dan tak tahu apa yg x kena dgn aku. Hasutan syaitan? Mungkin!. Mintak jauh dari aku.. Allahuakbar!.

Hari ni aku ada terfikir satu benda, di sebalik sedikit kejadian yg aku merasakan hati ku jadi terasa. Hal ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa, namun aku harap sesiapa yang merasakan perkara yg aku nk ckp ni ada mengena dengan mereka, harap mereka berubah. Bukan saja mereka, kamu malah juga aku. Insyallah.

Aku nak berceritalah sikit pasal 'mengata' dan 'dikata' yang menjadikan kita sengketa. 

Lumrah manusia dalam perangai masing-masing. Bukan semua dan hanya segelintir mungkin juga aku. Mulut kita memang tidak boleh lari dari 'mengata' sesuatu. Tidak semestinya mengata pada benda tetapi mengata manusia. Sebagai contoh : kawan mengata kawan, mengata orang kerana tidak puas hati dengannya dan sebagainya. Kenapa jadi macam tu? Kenapa mengata? 

Mata selalu melihat, otak selalu berfikir, perangai buruk selalu mencemburui, mulut pula yang menyebut, telinga yang mendengar. Itulah yang terjadi jika orang itu mula mengata. Selalunya sebab mereka tidak puas hati dengan orang lain. Tidak puas hati disebabkan orang lain lebih dari mereka. Maka kerana sebab itu, terjadilah perkataan mengata. Bukan saja mengata di belakang, malah di depan. Selalu saja tidak puas hati dengan orang lain. (Aku higlight kan perkataaan tidak puas hati). 

Pengata yang mengata kebanyakannya suka mengata namun jika dikata pula, pasti marah. Kenapa mereka suka sangat mengata, tetapi sebaliknya mereka marah jika orang lain mengata mereka. Biasanya orang begini tidak suka mengalah, tidak suka dikritik dan menganggap mereka selalu betul(walaupun mereka salah). Kenapalah mereka begini? kenapa mereka tidak menerima kritikan orang lain sedangkan mereka selalu mengkritik. Bilalah mereka mahu sedar dengan perbuatan itu. 

Biasanya jika pengata bertemu dengan pengata. Sama2 mengata masing2, perkara begini pasti akan jadi sengketa. Jika sengketa berlaku, maka hancurlah tamadun kita. Selalunya orang2 yang tidak suka mengalahlah yng selalu bersengketa. Kenapalah mereka tidak berfikiran positif. Selalu sahaja fikir negatif. Allahuakbar. Itu salah. Tidak nafikan juga tiada yang tidak boleh menerima kritikan dan menerima kritikan itu.  Harap mereka sedar dari melakukan perbuatan itu. 

Jika ramai yang mengata dalam dunia ini, maka ramailah yang bersengketa. Jika ramai yang menerima kritikan , maka majulah negara kita. Fikir positif, buang yang negatif..... Sekian.

Friday, February 3, 2012

Kisah Lelaki tua mencari anaknya -

                  
                       AKU berjalan di sekitar Kota Metropolitan. Banyak kereta sungguh. Maklumlah malam 'minggu'. Malam yang penuh dengan manusia-manusia yang setiap minggu keluar. Ada yang bersiar-siar , Ada yang ber-dating dengan 'Gf 'masing-masing, ada yang keluar sekumpulan dan melepak, ada yang seorang diri berdiri di bahu jalan melihat persekitaran. Aku terpandang seorang lelaki tua sedang berjalan. Di tangannya memegang satu tongkat. Aku fikir dia buta, namun sebaliknya dia tidak buta. Mungkin tongkat itu sebagai satu bantuan untuk dia menguatkan badan. Mungkin. Lelaki tua itu berjalan di bahu jalan, menuju ke arah bertentangan denganku. Aku menghentikan perjalananku. Aku hanya berdiri ditepi bahu jalan dan memerhatikan lelaki tua itu. Takut-takut dia rebah. Ada juga peluangku untuk mencari pahala di malam itu. Mungkin juga aku sudah mendapat 'pahala' kerana mempunyai niat yang baik. Mungkin juga pahalaku tiada kerana aku hanya memikirkan 'pahala' di sebalik keihlasanku berniat untuk menolong lelaki tua itu. Aku biarkan lelaki itu dengan tongkatnya. Dia masih berjalan ke arahku. 

                Lelaki tua yang berkopiah putih itu tiba-tiba berhenti seketika. Aku merasakan dia kepenatan dan inginkan rehat seketika sebelum meneruskan perjalanannya. Dia duduk. Dia mengeluarkan sesuatu di dalam kocek bajunya. Aku lihat seperti satu kertas putih. Pak cik itu pandangku. Dia kemudian bangun dari duduk dan menuju ke arahku. Aku seperti menjangkakan dia akan datang ke tempatku. Fikirku, adakah pak cik ini ingin meminta sedekah dari ku? Aku pun buka beg duitku. Aku lihat ada sepuluh ringgit, satu ringgit dua keping dan lima ringgit satu keping. Yang mana satu aku akan berikan jika lelaki tua itu minta. Aku membuat percaturan. Lima ringgit lah. Ah, banyak sangat. Urm, kalau begitu, seringgit cukuplah. Sudah cukup untuk dia beli air bagi menghilangkan dahaganya. Tekaan aku sebenarnya salah. 

                     Lelaki tua itu menghampiriku. Dia memberi salam dan aku menjawab salamnya. Dia bertanyakan tentang apa ku buat disitu. Aku hanya menyatakan keluar untuk mengambil angin. Dia kemudiannya menyatakan minta pertolongan. Aku jangkakan dia mahukan sedikit 'sumbangan ikhlas'. Namun aku salah. Lelaki itu keluarkan kembali satu kertas dari kocek bajunya yang dia telah menyimpan semasa melihatku ketika dia berehat tadi. Dia menanyakan aku tentang seseorang di dalam kertas itu. Sebenarnya kertas itu adalah sekeping gambar seorang lelaki yang aku jangka berumur dalam 30 tahun. Lelaki itu menyatakan bahawa anaknya sudah lama tidak pulang ke kampung. Dan dia khuatiri anaknya hilang. Dia ke situ adalah untuk mencari anaknya yang telah hilang darinya. Aku menyatakan bahawa aku tidak mengenali dan tidak pernah melihat manusia di dalam gambar itu. Lelaki itu kemudian mengangguk dan senyum kepadaku. Dia menyatakan bahawa tidak mengapa. Dan kemudian dia terus beredar meninggalkanku. 

Banyak benda bermain difikiranku pada masa itu. Seorang ayah yang sudah tua, aku jangka dalam umur 60 tahun sedang mencari anak lelaki yang mungkin sudah mempunyai keluarga dan kerjaya. Tanpa mengenal penat lelah, tanpa mengenal erti payah dia meneruskan perjalannya demi mencari anaknya.Tapi kenapa harus bapa yang mencari anak, dan bukan anak yang balik mencari bapa? Persoalan itu bermain difikiranku. Aku sedih melihat lelaki tua itu. Sangat-sangat sedih. 

Teringat aku akan kata-kata nenekku dahulu: 

"Tanpa ayah yang mencari rezeki, tanpa ibu yang menjaga anak dengan berkat nafkah daripada ayah, anak itu takkan hidup dan membesar." 


Ini hanya cerita rekaan dan mungkin menjadi kisah benar. Anda yang tentukan.

Aku pemburu cita-cita dan cinta - USAHA

Aku pemburu cita-cita dan cinta. Tidak tahu mana ku pilih dahulu.
Aku pemburu Cinta dan cita-cita. Tidak tahu mana ku perlu tuju kemudian.
Aku pemburu kekayaan dan kejayaan. Antara cita-cita dan cinta.
Aku pemburu nama dan darjat. Di sebalik cita-cita atau cinta.

Dunia hari ni penuh dengan manusia
yang guna jalan mudah untuk mengejar
kejayaan, kekayaan, nama dan darjat
bukan melalui cita-cita tetapi
cinta.

                           Adakah aku perlu mencontohi mereka?
                           Yang sangat mulia mengejar cita-cita melalui cinta.

Salahkan mereka berbuat demikian?
Aku kata tidak. Mereka juga berusaha dalam mengejar cita-cita mereka
siang malam menunggu, mengintai, mengubati, meracuni
cinta mereka demi cita-cita
dari dua-dua jantina manusia.

Aku mahu berusaha mengejar cita-cita,
dalam memburu cita-cita dan cinta.
Melalui usaha sendiri.


-Kejar cita-cita melalui usaha dan bukan melalui 'Usha' cinta-

Aku Mahu Mereka Kenal Aku - Bukan sekadar NAMA

Situasi: Seorang remaja lelaki (diberi nama J) sedang menulis di bangku mejanya di dalam kelas. Remaja berambut pendek itu berpakaian seperti ala-ala budak kampung begitu khusyuk menulis sesuatu di buku diarinya. Seorang Guru sedang menyoal tentang cita-cita kepada murid-murid di dalam kelasnya itu.(Guru diberi nama Cikgu I).  Cikgu I pandang ke arah J. 


Cikgu I: Kamu J, apa cita-cita kamu bila kamu dewasa nanti?

J berhenti menulis. Dia bangun dan pandang kepada Cikgu I.

J: Saya mahu semua orang di dunia ini kenal saya bukan hanya sekadar nama.


Cikgu I kaku. Dia pelik dengan jawapan yang diberikan oleh J. Cikgu I tidak dapat menangkap apa yang ingin di sampaikan sebenarnya oleh J. 


Cikgu I: Mahu kenal kamu ya. Kamu mahu jadi artis?

J: Iya cikgu.

Cikgu I: Pelakon terkenal la ni. Hebat cita-cita kamu J.

J: Bukan pelakon, cikgu. 


Cikgu I tersentak. Dia hairan. Kemudian dia bertanyakan lagi kepada J.


Cikgu I:  Kalau bukan pelakon, apa dia J?


J ambil bukunya dan mengangkat buku itu. Di satu halaman yang 'kosong' terdapat satu perkataan yang ditulis oleh J iaitu:

"PENULIS"