Followers

Pages

Friday, February 10, 2012

Aku Bebas Nak Buat Apa Saja -

Pict: from Google.com.my

INI kisah aku nak cerita skit pasal manusia. Bukan cerita kanak-kanak, bukan cerita orang yang dah mati, tetapi ini cerita kita, remaja masa kini dan selamanya a.k.a akan datang.  Aku sedar dunia sekarang ialah dunia moden, dunia serba canggih. Segala yang kita mahu senang nak di capai. Senang nak di lakukan, dan senang dan dapat. Dulu kalau manusia berjalan kaki mahu ke suatu tempat, sekarang sudah ada pengangkutan. Kalau dulu mengambil masa yang panjang untuk sampai ke destinasi, sekarang pula semakin singkat. Kalau dulu susah nak makan makanan sedap-sedap, sekarang boleh saja 'Drive-tru' atau senang di dapati. Kalau dulu manusia kerja membanting tulang empat kerat, kerah tenaga sampai sakit-sakit badan, sekarang duk rumah goyang kaki, tunggu saja duit masuk. Kalau dulu manusia sering kali merotan anak-anak mereka, sekarang anak-anak dibelai. Tujuan mereka sama sahaja iaitu 'kasih sayang'. Kalau dulu manusia dapat hidup sampai 90 tahun lebih, sekarang pula manusia dapat hidup dengan singkat. Itulah 'bahana' zaman moden, zaman serba canggih. Manusia juga canggih, makan, minum serta bebas berbuat apa saja dengan senang. 

Cerita sebenarnya bukan terletak pada maksud aku di atas, tetapi ini cerita sebenarnya. Ha.Ha.Ha..... Apa yang aku lihat, perhati, tengok, pandang, jeling - itulah yang aku nak ceritakan di blog aku ni. Melalui juga pemikiran, pengalaman, pengetahuan, serta pandangan aku terhadap apa yang aku lihat. 

      HARI ini, kita lihat manusia/remaja kita sudah banyak yang 'tinggal jauh' dari keluarga mereka. Termasuk aku. Dan hari ini juga, kita lihat ramai manusia remaja ini gemar melakukan sesuatu di luar pengetahuan keluarga. DAN HARI INI - kita lihat, ramai manusia remaja yang suka bersosial, termasuk aku. Mungkin Aku. Bertujuan pula untuk menghiburkan hati, mencari ketenangan-lah katakan. Namun aku tahu, itu semua bukan hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang merosakkan diri. Merosakkan minda, akidah. Sama juga aku. Aku bukan baik, tetapi aku nak beritahu itu semua tidak semestinya baik. Allahuakbar. Kenapalah itu semua terjadi kepada manusia remaja zaman ini? kenapa tidak manusia remaja zaman dahulu. Jawapannya ada tertera pada permulaan ayat aku. Anda renungkanlah. 

Aku juga berada di bandar metropolitan yang penuh dengan tempat-tempat hiburan, sosialistik, serta kancah-kancah maksiat. Namun dugaan itu insyallah aku lalui dengan penuh kesabaran dan berkat ilmu yang di berikan oleh mereka yang membesarkan serta yang mengajarku tentang erti kehidupan. Aku hairan, manusia remaja kini, terutama yang 'duduk jauh' dari keluarga- mungkin melanjutkan pelajaran, bekerja atau 'lari rumah'. Mungkin. Itu semua menyebabkan kita lupa akan nama kita sebagai anak. Anak yang taat hanyalah di rumah, dan bukan di tempat baru kita. Itu yang selalu bermain di fikiran aku masa ini (remaja). Mungkin juga sama dengan mereka. 

Aku bukan hendak tunjuk baik, tetapi aku tahu yang mana baik dan yang mana tidak. Aku juga sama seperti anda, aku juga pernah bersosial, aku juga pernah lupa tanggungjawab sebagai anak. Itu aku (yang dahulu) insyallah. Hari-hari aku lihat, hari-hari aku perhati, hari-hari aku tengok - (semua sama). Yang paling jelas aku lihat ialah golongan wanita. (Maaflah jika terasa), dan tidak dinafikan ada lelaki adalah sedikit peratusnya jika dibandingkan dengan wanita.  Apa yang aku perhatikan, kebanyakan wanita remaja hari ini suka sangat bertindak luar batasan pabila tidak dikawal oleh ibu bapa mereka. Atau kata lain, 'shock cultural'. apa yang diperhatikan, kebanyakan remaja wanita yang datangnya dari kampung ke bandar. Kebanyakannya yang datang melanjutkan pelajaran. Apalah salah ibu bapa mereka sampai anak-anak berubah sakan. Bertentangan semasa berada di kampung, dirumah. Ini mungkin mereka merasakan mereka sudah terlepas dari belenggu kawalan ketat ibu bapa mereka. Apakah salah di kawal rapi oleh ibu bapa? Aku katakan tidak. Kerana tanpa kawalan, mereka tidak akan jadi 'manusia'. Manusia yang benar-benar hidup dalam kejayaan. Tidak bermaksud kejayaan yang menyebabkan kita jadi kaya, tetapi kejayaan hidup yang 'bermakna'. 

Kenapa perkara sebegini berlaku? ada sesetengah pihak mengatakan itu disebabkan peningkatan 'hormon' dari remaja meningkat dewasa. Dan dalam masa itu banyak perkara yang cuba dilakukan oleh remaja ini untuk merasakan sesuatu atau ingin mencuba benda baru. Tapi kenapa perlu mencuba benda-benda yang tidak 'sepatutnya'? Alangkah baiknya jika kita cuba untuk jadi nombor satu dalam pelajaran. Alangkah bagusnya jika kita cuba untuk menjadi orang nombor satu dalam keluarga. Dan alangkah sejuknya hati ibu bapa bila mengetahui anaknya mencuba untuk menjadi imam/ustat/mengajar manusia di tempatnya. Itu semua tidak mustahil dan mustahil bagi mereka yang tidak berfikir positif. Yang selalu positifnya ialah berhibur, dan negatifnya mencuba perkara yang di perintahkan.  

Oleh itu kawan-kawan, juga mengingati diriku ini. Kejayaan kita, itulah harapan ibubapa kita. Kita berjaya, nama ibu bapa di sebut-sebut di kampung - kerana anaknya berjaya/berkerjaya. Jika kita 'hancur', mereka juga yang malu. Malu kerana dipersalah tidak pandai mendidik anak-anak. Anda yang menentukan ke mana nama mereka disebuat. 

-Penegasan: Janganlah kamu buat perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana pegang tiket - Free From Family (3F)-

Salam semua buat pembaca. Apa yang anda faham akan tulisan di atas, apa yang anda fikirkan, atau apa yang anda merasakan tidak puas hati dengan kata-kataku itu, aku harap anda komen. Sekali lagi aku minta maaf jika kata-kataku itu mencetuskan kemarahan anda (pembaca). Apa yang ku tulis, itu juga aku, dan mungkin anda. Ha.Ha.Ha.......:)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)