Followers

Pages

Thursday, March 22, 2012

Falsafah Galak Hitam - Sedarilah kesilapan diri

Hari ini, ramai kita lihat manusia tidak kira sifatnya banyak yang tidak sedar dalam melakukan kesilapan. Tidak di nafikan ada yang menyedari seterusnya dia akan perbetulkan kesilapannya. Ada juga yang menyedari, tetapi tidak mahu mengubah sikapnya. Jika yang berubah, itu ada semolek-moleknya, namun yang tidak berubah itu lah yang tidak baik. Menjadi lumrah dalam sikap manusia yang melakukan kesilapan, tidak kiralah alimnya orang itu mahupun berilmunya orang itu apatah lagi mahu menyalahkan orang yang jahat, lagilah banyak silapnya. Jika yang jahat melakukan kesilapan, itu kita sudah tahu, namun yang baik, berilmu inilah yang patut dimalukan. Memang malu sekali. Orang yang berilmulah sepatutnya mudah mengetahui akan kesilapan yang dia lakukan dan mencari jalan secepatnya untuk perbetulkan kesilapan. Jika tidak, ilmunya hanya ilmu 'kosong' . Dan orang tidak akan menghormati orang yang sedemikian. 

Orang yang berilmu, banyak juga yang ego. Terutama pabila di kritik, ditegur. Jika di bandingkan dengan yang yang sememangnya mempunyai sikap yang jahat, lagilah. Yang itu kita biarkan sebab kita sudah mengerti keadaannya, namun yang kita persoalkan ialah tentang orang yang berilmu ini. Kebanyakan mereka jika ditegur, mesti tidak akan menerima teguran itu malah sesetengahnya akan menegur balik dan mempertikaikan ilmunya. Tambahan jika si penegur itu bertaraf rendah darinya. Itulah silapnya manusia berilmu itu. Oleh kerana terdapatnya sikap ego di dalam diri, maka banyaklah kesilapan yang dilakukan oleh orang yang membuat silap itu. Apalah salahnya jika di tegur demi kebaikan diri. Bukannya si penegur itu mahukan duit, nama atau apa-apa sahaja, tetapi hanya mahu menegur kesilapan yang di lakukan orang itu. Sesungguhnya jika tidak di tegur kesalahannya, maka semakin lama akan ramailah orang yang berilmu membuat silap. 

Ada juga sikap orang yang berilmu hanya akan berubah jika di tegur oleh orang yang bertaraf lebih tinggi darinya sahaja. Itulah silapnya. Sepatutnya kita tidak boleh berbuat demikian sahaja. Sebagai manusia, kita sepatutnya menerima teguran dari sesiapa sahaja. Bukan sahaja dari orang berilmu, malah orang-orang seperti kanak-kanak, remaja malah orang yang pernah membuat jahat juga boleh menegur. Dan kepada penerima teguran itu, janganlah pertikaikan ilmu, dan taraf, sebaliknya mengkaji teguran yang di berikan dan berfikirlah positif untuk diri sendiri. 

Oleh itu, sebagai manusia, kita seharusnya di galakkan untuk tegur menegur, dan jangan pertikaikan ilmu jika mahu menegur. Tegurlah berpandukan pengalaman, pengkajian, pemerhatian dan sebagainya agar boleh membina seseorang itu. Bak kata orang tua-tua ' itulah kerja ahli-ahli politik semasa berdebat, ada yang menegur, ada yang menerima dan seterusnya memperbaiki kesilapannya barulah negara maju'. Jika adanya budaya sebegitu, bukan sahaja masyarakat bertambah berilmu dan keadaan semakin aman, malah negara akan maju dan tamadun semakin utuh dijulang dunia. 



- Idea dari kata-kata Galak Hitam iaitu ; "Orang jahat memang kerjanya buat jahat, tapi sekarang  banyak orang berilmu lebih ligat melakukan kejahatan demi kepentingan diri"

Bunohan - Persoalannya siapa pembunuh budaya Kita

Salam semua kawan2 blog dan pembaca. Sini aku nak suruh korang renung kata2 ini. Harap faham bahasaku ini.


Bissmillahhirrahmanirrahim...


DI sini aku buka cerita,
tentang kisah filem kita bertaraf 5 bintang,
tidak lain tidak bukan iaitu filem Bunohan,
Filem yang sangat menakjubkan macam filem buatan barat.
Perghhh industri seni sudah makin maju,
jikalah ramai pembikin seperti itu - macam Dain said, Khir Rahman dan lain-lain pembikin 
yang melihat kepada ' filem kita wajah kita'. 


Selepas tonton filem Bunohan,
Cerita tentang rumah pusaka dan bukan saka,
satu persoalan yang aku nampak timbul,
iaitu tentang seorang budak yang bersunguh-sunguh mahu belajar,
wayang kulit - permainan tradisional.


Masih ramai lagikah yang mahu belajar tentang warisan tradisi kita sekarang??


Jawapan ditunjukkan selepas budak itu mati,
 di bunuh pula oleh orangnya berbangsa sendiri.
Aku sudah dapat jawapannya, 
tentang siapa pembunuh kepada warisan kita,




-Maaflah jika apa yang di katakan tidak betul, kerana itu hanya pandanganku berpandukan komen2 dari manusia berilmu - 

Sunday, March 18, 2012

Ini hari aku hanya ingin 'MEREPEK'

Salam semua buat kenalan blog. Semoga sihat selalu kawan2 kiter yer........ :-)


Aku hanya mahu merepek-repek
tentang diri-ku dan bukan tentang diri KAU
hanya AKU.


HA.HA.HA
aku gelak selepas aku siapkan kerjaku,
baru sahaja siap. HA.HA.HA
Itu hanya baru permulaan cerita,
kata orang Act 1 dalam screenplay
atau plot point 1 dalam filem
yang menjadi penggerak cerita. 


Ini baru aku nak cakap,
cakap-cakap tentang hal yang tiadak kaitan dengan siapa-siapa,
namun hanyalah aku, hatiku dan jiwaku serta rohku juga.


Sebenarnya aku sangat-sangat terkilan,
kerana mana hari ini dan hari berikutnya aku selalu,
selalu sahaja melihat manusia-manusia yang hanya
pentingkan duit dari amalan.
Bukan nak kata mereka sahaja, tetapi aku juga. 
Memang aku sudah mulakan merepekku, juga tak terlupa akan
MEMBEBEL..........:P


Manusia sekarang,
Manusia dulu,
Manusia akan datang
Semuanya suka duit. 
Orang putih atau orang MELAYU yang lupa bahasa MELAYUNYA akan kata 'money'
walaupun mereka tidak memahami apa itu 'money'.
Itulah dia. Semuanya kerana duit. 
Kenapa? duit..duit...duit???


Lalu aku terfikir..
Jika moleknya duit boleh beli pahala.
Jika moleknya duit boleh beli air sejuk di neraka,
Jika molek duit boleh beli..........SYURGA????????


"-MEMANG TIDAK BOLEH -"


Namun duit boleh beli bas, 
boleh buat masjid,
boleh sedekah,
boleh menolong......ITULAH SEBAIK_BAIKNYA.


Ini tidak....
Banyak yang guna duit untuk buat DISCO.
Untuk sewa PELACUR,
Untuk minum ARAK.
Untuk berJUDI...
Untuk joli dengan perempuan SIMPANAN...
Untuk beri RASUAH pada orang kampung yang kolot pemikirannya.


Ni apa ini??? APA?????


-Dan AKU HAMPA -


Sekian.......


p/s: lu baca, lu fikir, lu perhati dan lu kaji..... :)

Thursday, March 15, 2012

Ramainya Pengemis Asing -

Ini kisah aku. Aku yang bersiar-siar mencari ilmu. Samaada ilmu baik atau tidak baik aku pelajari. Untuk aku sumbangkan ke dalam otakku. Satu hari, aku berjalan-jalan di sekitar masjid jamek. Aku lihat ramai manusia. Ada yang berpakaian segak, ada yang bercouple, ada yang berkeluarga, dan yang aku paling simpati ialah golongan peminta sedekah. Aku simpati bukan kerana sebab mereka itu pengemis, namun aku simpati di sebabkan mereka itu bukan dari rakyat Malaysia. Kebanyakan dari pendatang asing. Baik yang dewasa mahupun kanak-kanak meminta sedekah sana-sini. Terdetik aku menuju ke arah salah seorang pengemis asing itu. Lalu aku bertanyakan satu soalan yang sudah bermain di fikiranku sejak pertama kali aku lihat pengemis itu. Aku mendekati dan bertegur dengan pengemis itu. Seorang budak lelaki dalam usia 8 tahun itu berpakaian buruk, seluarnya pendek dan ada koyak sedikit. Mukanya kotor seperti baru lepas bermain dengan habuk-habuk besi. 

"Kamu dari mana? Ada pasport datang sini?"

Entah kenapa soalan itu aku berikan. Apabila aku tanyakan soalan itu, budak lelaki itu terus larikan diri dariku. Adakah mungkin takut sebab aku tanyakan soalan berkenana pasport ataupun dia takut aku yang nak 'pau' dia. Aku pun tak pasti. Aku teruskan perjalananku dalam mencari ilmu dunia di sekitar itu. Aku cukup-cukup tersentak bilaku lihat masih banyak lagi pengemis di sekitar lorong-lorong jalan di kawasan masjid Jamek itu. Rata-ratanya banyak orang asing. Aku lihat seorang wanita asing tua sedang meriba anak kecil. Dia seperti tidak bermaya, namun aku masih lagi dengar kata-katanya yang berbunyi 'tolong anak saya mau makan'. Boleh pula dia berkata bahasa malaysia. Aku mungkin simpati terhadap anak itu, lalu ku berikan sedikit duit kepadanya. Kemudian aku teruskan perjalanan ku. Perjalanan yang tiada hala tuju namun ada tujuan iaitu mencari ilmu. 

Dalam hal itu, banyak kali hatiku ingin bertanyakan soalan. Di harap soalan ini anda (pembaca/kwn2) yang tolong jawabkan kerana aku juga bingung untuk mencari jawapan ini. Soalan berbunyi:

Kenapakan ramai warga asing yang mengemis di sini? Kenapa senang sahaja orang beri mereka masuk ke negara ini? Kenapa? Kenapa? Kenapa beri masuk di sini jika mahu siksa hidup mereka.? 

Maaflah jika kata-kataku itu menimbulkan fahaman yang kurang sedap di dengari. Aku juga ada pendirianku, aku ada pendapatku. Aku ada dengar kata orang tua2 yang menyebut:


"Jika tidak mahu biarkan anak ikan mati di akuarium sendiri, biarkanlah ia mati di dalam sungai. Agar kita tidak berdosa"


Aku harap soalan itu menjawab kepada apa yang anda rasa. Jika ada jwpn, komen2 lah agar sama2 kita dapat ilmu baik. Sekali lagi aku minta maaf jika kata2ku itu menyinggung perasaan anda semasa membaca. 
Sekian..............:)

Monday, March 12, 2012

12/3/ 2012 - 9.30 a.m - mimpi atau realiti???


Pagi tu aku baru sampai dari Klate. Aku sampai di rmh sewa kt Sri Damansara pukul 7 pagi. Aku bli nasi lemak. Aku masuk rumah. Aku makan. Kemudian aku mandi, bersiap-siap untuk tidur. Aku pun tidur. Aku kira masa tu dalam pukul 8.30 a.m. Aku rebahkan tubuhku pada katil angin. Dan aku lelapkan mata. Aku tidak tahu samaada aku bermimpi. Tetapi aku yakin, itu bukan mimpi. Aku tidur dan......


Tiba2 aku merasakan bahawa ada seseorang sedang berlaridi sekeliling aku. Katil angin kan, mesti rasa jika ada orang berjalan mengelilingi kita. Apatah lagi berlari. Aku kira seperti budak kecil berlari. Memang aku yakin, aku rasa. Aku cuba angkat tanganku, kakiku, buka mataku, angkat tubuhku....... Namun aku tak berdaya. Tak mampu aku lakukan. aku kuatkan hatiku menyebut ; "Allahuakbar, Astaghrfirullah hal azim"(beberapa kali dalam hati) dan aku meyakini bahawa aku pasti boleh angkat tubuhku...Alhamudillah, aku mampu menggerakkan seluruh badanku, aku mampu buka mataku, dan dengan lantas aku sebut Allahuakbar dan astaghfirullahhalazim beberapa kali.. Aku terus pandang kanan dan kiri, dan sekelilingku, tetapi tiada siapa. 

Aku lihat jam pada hanset. Pukul 9.30 pagi. Aku tidak tahu samaada aku bermimpi(mengigau), tetapi aku yakin aku merasakan ianya benar2 dan bukan mimpi. 

Mungkin aku takut pada masa itu. Namun aku cuba beranikan diri. Orang tua cakap, jangan takut pada benda lain kecuali Allah. Lalu aku angkat tubuhku, aku basuh muka, dan aku tidur balik. Aku memang takut, tetapi aku buat tak tahu, dan hilangkan rasa takutku. Alhamdulillah aku mampu menulis cerita ini walaupun berat mulut untuk beritahu.