Followers

Pages

Thursday, March 22, 2012

Falsafah Galak Hitam - Sedarilah kesilapan diri

Hari ini, ramai kita lihat manusia tidak kira sifatnya banyak yang tidak sedar dalam melakukan kesilapan. Tidak di nafikan ada yang menyedari seterusnya dia akan perbetulkan kesilapannya. Ada juga yang menyedari, tetapi tidak mahu mengubah sikapnya. Jika yang berubah, itu ada semolek-moleknya, namun yang tidak berubah itu lah yang tidak baik. Menjadi lumrah dalam sikap manusia yang melakukan kesilapan, tidak kiralah alimnya orang itu mahupun berilmunya orang itu apatah lagi mahu menyalahkan orang yang jahat, lagilah banyak silapnya. Jika yang jahat melakukan kesilapan, itu kita sudah tahu, namun yang baik, berilmu inilah yang patut dimalukan. Memang malu sekali. Orang yang berilmulah sepatutnya mudah mengetahui akan kesilapan yang dia lakukan dan mencari jalan secepatnya untuk perbetulkan kesilapan. Jika tidak, ilmunya hanya ilmu 'kosong' . Dan orang tidak akan menghormati orang yang sedemikian. 

Orang yang berilmu, banyak juga yang ego. Terutama pabila di kritik, ditegur. Jika di bandingkan dengan yang yang sememangnya mempunyai sikap yang jahat, lagilah. Yang itu kita biarkan sebab kita sudah mengerti keadaannya, namun yang kita persoalkan ialah tentang orang yang berilmu ini. Kebanyakan mereka jika ditegur, mesti tidak akan menerima teguran itu malah sesetengahnya akan menegur balik dan mempertikaikan ilmunya. Tambahan jika si penegur itu bertaraf rendah darinya. Itulah silapnya manusia berilmu itu. Oleh kerana terdapatnya sikap ego di dalam diri, maka banyaklah kesilapan yang dilakukan oleh orang yang membuat silap itu. Apalah salahnya jika di tegur demi kebaikan diri. Bukannya si penegur itu mahukan duit, nama atau apa-apa sahaja, tetapi hanya mahu menegur kesilapan yang di lakukan orang itu. Sesungguhnya jika tidak di tegur kesalahannya, maka semakin lama akan ramailah orang yang berilmu membuat silap. 

Ada juga sikap orang yang berilmu hanya akan berubah jika di tegur oleh orang yang bertaraf lebih tinggi darinya sahaja. Itulah silapnya. Sepatutnya kita tidak boleh berbuat demikian sahaja. Sebagai manusia, kita sepatutnya menerima teguran dari sesiapa sahaja. Bukan sahaja dari orang berilmu, malah orang-orang seperti kanak-kanak, remaja malah orang yang pernah membuat jahat juga boleh menegur. Dan kepada penerima teguran itu, janganlah pertikaikan ilmu, dan taraf, sebaliknya mengkaji teguran yang di berikan dan berfikirlah positif untuk diri sendiri. 

Oleh itu, sebagai manusia, kita seharusnya di galakkan untuk tegur menegur, dan jangan pertikaikan ilmu jika mahu menegur. Tegurlah berpandukan pengalaman, pengkajian, pemerhatian dan sebagainya agar boleh membina seseorang itu. Bak kata orang tua-tua ' itulah kerja ahli-ahli politik semasa berdebat, ada yang menegur, ada yang menerima dan seterusnya memperbaiki kesilapannya barulah negara maju'. Jika adanya budaya sebegitu, bukan sahaja masyarakat bertambah berilmu dan keadaan semakin aman, malah negara akan maju dan tamadun semakin utuh dijulang dunia. 



- Idea dari kata-kata Galak Hitam iaitu ; "Orang jahat memang kerjanya buat jahat, tapi sekarang  banyak orang berilmu lebih ligat melakukan kejahatan demi kepentingan diri"

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)