Followers

Pages

Thursday, March 15, 2012

Ramainya Pengemis Asing -

Ini kisah aku. Aku yang bersiar-siar mencari ilmu. Samaada ilmu baik atau tidak baik aku pelajari. Untuk aku sumbangkan ke dalam otakku. Satu hari, aku berjalan-jalan di sekitar masjid jamek. Aku lihat ramai manusia. Ada yang berpakaian segak, ada yang bercouple, ada yang berkeluarga, dan yang aku paling simpati ialah golongan peminta sedekah. Aku simpati bukan kerana sebab mereka itu pengemis, namun aku simpati di sebabkan mereka itu bukan dari rakyat Malaysia. Kebanyakan dari pendatang asing. Baik yang dewasa mahupun kanak-kanak meminta sedekah sana-sini. Terdetik aku menuju ke arah salah seorang pengemis asing itu. Lalu aku bertanyakan satu soalan yang sudah bermain di fikiranku sejak pertama kali aku lihat pengemis itu. Aku mendekati dan bertegur dengan pengemis itu. Seorang budak lelaki dalam usia 8 tahun itu berpakaian buruk, seluarnya pendek dan ada koyak sedikit. Mukanya kotor seperti baru lepas bermain dengan habuk-habuk besi. 

"Kamu dari mana? Ada pasport datang sini?"

Entah kenapa soalan itu aku berikan. Apabila aku tanyakan soalan itu, budak lelaki itu terus larikan diri dariku. Adakah mungkin takut sebab aku tanyakan soalan berkenana pasport ataupun dia takut aku yang nak 'pau' dia. Aku pun tak pasti. Aku teruskan perjalananku dalam mencari ilmu dunia di sekitar itu. Aku cukup-cukup tersentak bilaku lihat masih banyak lagi pengemis di sekitar lorong-lorong jalan di kawasan masjid Jamek itu. Rata-ratanya banyak orang asing. Aku lihat seorang wanita asing tua sedang meriba anak kecil. Dia seperti tidak bermaya, namun aku masih lagi dengar kata-katanya yang berbunyi 'tolong anak saya mau makan'. Boleh pula dia berkata bahasa malaysia. Aku mungkin simpati terhadap anak itu, lalu ku berikan sedikit duit kepadanya. Kemudian aku teruskan perjalanan ku. Perjalanan yang tiada hala tuju namun ada tujuan iaitu mencari ilmu. 

Dalam hal itu, banyak kali hatiku ingin bertanyakan soalan. Di harap soalan ini anda (pembaca/kwn2) yang tolong jawabkan kerana aku juga bingung untuk mencari jawapan ini. Soalan berbunyi:

Kenapakan ramai warga asing yang mengemis di sini? Kenapa senang sahaja orang beri mereka masuk ke negara ini? Kenapa? Kenapa? Kenapa beri masuk di sini jika mahu siksa hidup mereka.? 

Maaflah jika kata-kataku itu menimbulkan fahaman yang kurang sedap di dengari. Aku juga ada pendirianku, aku ada pendapatku. Aku ada dengar kata orang tua2 yang menyebut:


"Jika tidak mahu biarkan anak ikan mati di akuarium sendiri, biarkanlah ia mati di dalam sungai. Agar kita tidak berdosa"


Aku harap soalan itu menjawab kepada apa yang anda rasa. Jika ada jwpn, komen2 lah agar sama2 kita dapat ilmu baik. Sekali lagi aku minta maaf jika kata2ku itu menyinggung perasaan anda semasa membaca. 
Sekian..............:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)