Followers

Pages

Friday, April 6, 2012

Novel Mandala Dunia Kedua - Allayarham Azizi Hj Abdullah


Alhamdulillah aku semakin hampir menyudahkan bacaanku mengenai novel terakhir beliau 'Mandala Dunia Kedua' yang menemukan watak Jone dan Sima. Seorang mahir dalam ilmu Ekologi manakala seorang lagi dalam bidang sosial dan kemasyarakatan. Penulis novel ini sangat mahir mengenai pelbagai perkara yang di tunjukkan di dalam novel ini. Ternyata penulis ini sangat menitik beratkan tentang aspek kebenaran kerana tiada satupun yang diceritakan berkait dengan 'fiction'. Semuanya berdasarkan fakta. Aku percaya itu. Sungguhpun cerita itu menengenai pertemuan dua insan, namun setelah habis membaca, aku boleh membandingkan maksud yang diceritakan dengan dunia masa kini. Sememangnya aku sendiri sudah memahami. Mungkin anda juga akan memahami jika faham cerita dalam novel itu. Bersyukur kerana dapat membaca novel itu. 

Walaupun isinya memincangkan otakku untuk berfikir. Tentang kata-kata sastera yang sangat susah untukku fahami. Namun aku berjaya melancarkan otakku untuk menajamkan deria pemikiranku untuk memahami kata-kata itu. Alhamudulillah aku berjaya memahami setiap ayat yang ingin diperkatakan. Ceritanya tentang pertemuan dua insan yang berlainan agama. Seorang muslim yang membawa tuhannya bersama, manakala seorang lagi bukan muslim yang tidak percayakan pencipta namun hanya membawa moralnya sahaja. Pertemuan di dalam hutan di banjaran Tititwangsa itu memberiku banyak falsafah dan pengertian mengenai apa itu erti ketinggian moral serta mengagumi ciptaan Allah S.W.T. Sesungguhnya segala-galanya terjawab setelah aku membaca hampir 3/4 helai novel itu. Dalam novel itu banyak perkara yang menyedarkan kita sebagai manusia mengenai ekologi dunia masa kini. Tentang manusia yang hanya pentingkan nilai matawang semata-mata dimana sanggup menarah, menebang balak-balak, serta meneroka mencari sesuatu yang boleh ditukar kepada mata wang. Selain itu jika di dalami mengenai watak-wataknya kita sedari bahawa seorang lelaki yang tidak 'membawa tuhannya' bersama hanya mempercayai nilai moralnya. Dia sering menegaskan tentang kekukuhan moral membawa kepada kejauhan manusia untuk melakukan kejahatan. Bagi watak iaitu manusia muslim pula meletakkan kepercayaan kepada Allah dan dia hanya berlandaskan kepada perintah Allah untuk dia tidak melakukan perbuatan ditegah oleh islam. 

Ketinggian moral + landas perintah islam = MEMBERSIHKAN HATI manusia yang semakin di tunduk oleh sosial yang sial....

Ada banyak pengajaran yang ditunjukkan melalui novel itu. Aku bukan tidak mahu menyatakan, tapi takut jika berlebih aku mungkin menyebabkan ramai manusia benci ku... Jika anda ingin tahu, anda bacalah novel itu. 

Minta maaf jika komenku ini salah. Aku hanya bercakap berdasarkan pemerhatian aku sahaja.  


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)