Followers

Pages

Monday, May 14, 2012

Aku bayang-bayang di sebalik Kabus.


Aku hanya bayang-bayang,
diseluputi kabus bukit pagi,
sungguh kabur pabila disuluh lampu,
dikala malam. Bahaya! kabus
menghalang penglihatan pemandu,
menipu andaian manusia,
akhirnya. Manusia mati kerana kabus
di malam dan siang hari.

Aku hanya bayang-bayang di sebalik kabus,
bersembunyi tanpa berlindung,
boleh saja aku menjadi penipu,
namun tidak dapat menipu diri sendiri,


-berlindung di sebalik kabus -

Pict from: google image

Tuesday, May 8, 2012

Sekadar untuk lepaskan perasaan

Salam sejahtera kawan-kawan bloggerku yang ku hormati.

Maaflah entri ini hanya entri kosong. Sekadar ingin melepaskan perasaan dan tekanan. Dalam sebulan lagi aku akan menduduki satu presentation tentang projek akhirku iaitu pembentangan skrip filem. Memang susah, memang takut dan memang aku rasa mahu lari dari semua ini. Namun kita tahu kan, setiap pelajar tidak boleh lari dari masalah yang berkaitan dengan pelajaran. Jika rajin kita, maka mudahlah untuk kita hadapi masalah itu, dan jika malas kita, sama seperti akulah. Maka banyaklah masalah lain timbul. Hahahaha... Aku budak malas, tapi aku ikut dan belajar apa yang diajar. Matlamat aku adalah untuk habiskan pelajaranku ini. Huhuhu... Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun aku belajar di negeri orang ini, sedar tidak sedar, dari tidak berpengetahuan dalam bidang ini, aku semakin mencintai bidangku ini. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. 

Biasalah, setiap orang pasti ada masalah tersendiri, ada masalah peribadi, masalah dengan kekasih, masalah kewangan, masalah kesihatan dan lain-lain . Benda ini selalunya terjadi semasa kita dekat atau sudah sampai untuk menamatkan semester last. Ia juga sebenarnya adalah ujian daripada Allah untuk menguatkan kita sebagai manusia. Tanpa dugaan, cabaran dan ujian, sampai bila-bila kita tidak akan merasakan bagaimana susah dalam belajar ni kan.... aku juga pernah merasakan ujian sebegitu. Kalau dulu memang aku buat dek je bila ada masalah timbul, tapiiiii sekarang ini, semester last dalam tahun akhir sudah. Aku ditimpa masalah. Antaranya handset yang menjadi penghubung antara anak murid dengan pensyarah, antara kawan dengan kawan, antara anak dengan keluarga... Waaaa...Rusak sudah hanset aku... Geram3... Dahlah duit semakin kekeringan, bagai ditiup angin taufan, lepastu dakwat printer yang selalu diguna untuk memprint paperwork pulak habis... paling2 murah pun dalam Rm 40 juga... Rasa macam mahu gelak sampai tiga hari. Biar orang fikir aku tidak waras a.k.a gila.. Hahahahahhaha... Tapi tu lah... Aku fikir aku perlu buat seperti sebelum ini jugalah. Buat tak tahu jer bila ada masalah... Oleh kerana marah tadi, aku campak sudah handset aku... hahahahha.. bye2 hanset yang tak seberapa canggih. Guna hnset harga Rm 100 lagi tahan lama dari guna yang beratus-ratus hinggit... 

kesimpulannya kawan-kawan.. Sebenarnya aku dah habis idea sekarang, maklumlah waktu malam orang suruh tidur, bukan suruh menjadi gostbird a.k.a burung hantu... haha.. Ok lah kawan2. Ini cerita aku hanya sekadar nak luahkan perasaan jer... Jangan ambil kisah tentang kata2 aku yang karut marut itu. Maklumlah aku manusia biasa yang masih belajar dan mencari ilmu selagi masih hidup, Insyaallah.... Apa-apapun, terima kasih kerana sudi membaca.. 

Bye2 semua....:)

Aku seekor binatang buruk.

Aku hanya ikan buntal,
makan bangkai,
kembong bila berlanggar,
isi beracun jika salah di potong.

Aku hanya seekor landak,
badan penuh duri-duri,
berlari hanya lari anak,
bau busuk semakin dijauhi.

Aku hanya kambing biri-biri,
takut basah dan takut mandi,
Isiku manis dan berhamis,
menaikkan juga darah tinggi.

Aku hanya seekor merpati,
terbang bebas di udara,
boleh dijadi sumber rezeki,
najisku berkimia rosakkan bumbung rumah.


Wednesday, May 2, 2012

Bila berjauhan - pandai-pandailah jaga diri.

Manusia tunjuk belangnya. 
Bagaimana kita mahu mengenalpasti keperibadian manusia zaman sekarang.
Bagi aku dan ini pendapat aku ialah;

Manusia akan menunjuk 'belangnya'( diri sebenar) ialah pabila mereka berjauhan dengan keluarga. Di situ kita sendiri akan dapat lihat siapa diri kita, siapa kawan kita, siapa manusia yang kita akan cuba untuk mendekatinya. Anda juga perasan, bila kita duduk berjauhan dari keluarga, kita akan 'bebas'. Bebas dalam makna bebas melakukan sesuatu tanpa pengetahuan daripada ibu bapa. Hal ini kerana jika kita melakukan sesuatu, kita tidak perlu meminta kebenaran daripada ibu bapa. Tidak kira baik atau buruk. 

Hari ini, kita sendiri lihat, lihatlah remaja kini, tapi sebelum itu lihatlah diri sendiri. Adakah ia menyamai sikap kita semasa berada di samping keluarga? Aku fikir tidak sama! 

Kenapa?
Seperti yang aku sudah katakan, bila berjauhan, sesiapa pun tidak akan tahu apa yang kita ingin lakukan selama ini dan cuba melakukan perkara tersebut. Kita lihatlah, sedarlah. Sesungguhnya perangai, cara, tingkah laku kita tidak akan sama dengan semasa berada di samping keluarga. Kita bebas melakukan segala perkara. Samaada baik atau buruk. Jika baik, baiklah jadinya, jika buruk maka faham-faham sahajalah. Kita semua sudah besar. 

Jika ada yang ingin menyangkal pendapat aku. Sila kemukakan, TETAPI sebelum itu, aku ingin buktikan pendapat aku ini. Yang pertama, anda semua lihatlah anak-anak muda sekarang, kita ambil contoh di kolej-kolej, universiti-universiti dan sebagainya. Anak-anak itu secara automatiknya akan berada berjauhan dengan keluarga. Di sana, mereka akan bergaul dengan pelbagai manusia-manusia dari segala tempat. Jadi, bila berjumpa, bergaul maka masing-masing akan memperlihatkan diri masing-masing. Samaada meniru cara, ataupu menunjukkan cara masing-masing. Inilah yang selalunya berlaku dalam kalangan mereka. Aku pernah melihat, seorang wanita semasa di rumahnya: alahai bukan main baik, sopan, menuruti segala perintah keluarga. Namun bila berjauhan, allahuakbar...Anda andaikanlah sendiri. Tapi, aku tidak menyatakan ada yang baik, ada yang menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apa yang menjadi faktor kepada perubahan itu adalah : jiwa. Jiwa yang menjadi penghalang kepada segala perkara yang kita akan lakukan. Jika jiwa kita memegang erat perintah agama, nescaya mereka akan melakukan perkara yang baik, namun jika jauhnya pegangan itu, aku tidak pasti mereka akan menjadi baik. Wallauallam. 

Maka secara tidak langsung, perkara sedemikian membentuk diri kita yang sebenar bilamana kita sudah berjauhan dengan keluarga. Namun kena juga ingat , jika kita ingin lakukan perkara buruk, ingatlah nama baik ibu bapa kita. Kalaupun tidak mahu menjaga nama baik mereka, anda tunggulah sehingga mereka meninggal dunia. Agar tidak menyakitkan perasaan mereka. Jika anda anak yang taat, ikutlah perintah mereka. Ini kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Janganlah kerana perubahan terhadap diri kita menyakitkan jiwa mereka, memburukkan nama baik mereka. 

Aku tidak kata aku sempurna, aku tidak kata aku baik dan aku tidak menyangkal bahawa aku adalah hina. Namun aku senantiasa berdoa agar aku tidak memburukkan nama baik ibu bapaku serta keluargaku. Jadi, bila berjauhan itu, pandai-pandailah kita jaga diri kita. Jika ada yang mengajak melakukan perkara jahat, cubalah jauhkan diri dari perkara itu. SEKIAN.....