Followers

Pages

Wednesday, May 2, 2012

Bila berjauhan - pandai-pandailah jaga diri.

Manusia tunjuk belangnya. 
Bagaimana kita mahu mengenalpasti keperibadian manusia zaman sekarang.
Bagi aku dan ini pendapat aku ialah;

Manusia akan menunjuk 'belangnya'( diri sebenar) ialah pabila mereka berjauhan dengan keluarga. Di situ kita sendiri akan dapat lihat siapa diri kita, siapa kawan kita, siapa manusia yang kita akan cuba untuk mendekatinya. Anda juga perasan, bila kita duduk berjauhan dari keluarga, kita akan 'bebas'. Bebas dalam makna bebas melakukan sesuatu tanpa pengetahuan daripada ibu bapa. Hal ini kerana jika kita melakukan sesuatu, kita tidak perlu meminta kebenaran daripada ibu bapa. Tidak kira baik atau buruk. 

Hari ini, kita sendiri lihat, lihatlah remaja kini, tapi sebelum itu lihatlah diri sendiri. Adakah ia menyamai sikap kita semasa berada di samping keluarga? Aku fikir tidak sama! 

Kenapa?
Seperti yang aku sudah katakan, bila berjauhan, sesiapa pun tidak akan tahu apa yang kita ingin lakukan selama ini dan cuba melakukan perkara tersebut. Kita lihatlah, sedarlah. Sesungguhnya perangai, cara, tingkah laku kita tidak akan sama dengan semasa berada di samping keluarga. Kita bebas melakukan segala perkara. Samaada baik atau buruk. Jika baik, baiklah jadinya, jika buruk maka faham-faham sahajalah. Kita semua sudah besar. 

Jika ada yang ingin menyangkal pendapat aku. Sila kemukakan, TETAPI sebelum itu, aku ingin buktikan pendapat aku ini. Yang pertama, anda semua lihatlah anak-anak muda sekarang, kita ambil contoh di kolej-kolej, universiti-universiti dan sebagainya. Anak-anak itu secara automatiknya akan berada berjauhan dengan keluarga. Di sana, mereka akan bergaul dengan pelbagai manusia-manusia dari segala tempat. Jadi, bila berjumpa, bergaul maka masing-masing akan memperlihatkan diri masing-masing. Samaada meniru cara, ataupu menunjukkan cara masing-masing. Inilah yang selalunya berlaku dalam kalangan mereka. Aku pernah melihat, seorang wanita semasa di rumahnya: alahai bukan main baik, sopan, menuruti segala perintah keluarga. Namun bila berjauhan, allahuakbar...Anda andaikanlah sendiri. Tapi, aku tidak menyatakan ada yang baik, ada yang menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apa yang menjadi faktor kepada perubahan itu adalah : jiwa. Jiwa yang menjadi penghalang kepada segala perkara yang kita akan lakukan. Jika jiwa kita memegang erat perintah agama, nescaya mereka akan melakukan perkara yang baik, namun jika jauhnya pegangan itu, aku tidak pasti mereka akan menjadi baik. Wallauallam. 

Maka secara tidak langsung, perkara sedemikian membentuk diri kita yang sebenar bilamana kita sudah berjauhan dengan keluarga. Namun kena juga ingat , jika kita ingin lakukan perkara buruk, ingatlah nama baik ibu bapa kita. Kalaupun tidak mahu menjaga nama baik mereka, anda tunggulah sehingga mereka meninggal dunia. Agar tidak menyakitkan perasaan mereka. Jika anda anak yang taat, ikutlah perintah mereka. Ini kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Janganlah kerana perubahan terhadap diri kita menyakitkan jiwa mereka, memburukkan nama baik mereka. 

Aku tidak kata aku sempurna, aku tidak kata aku baik dan aku tidak menyangkal bahawa aku adalah hina. Namun aku senantiasa berdoa agar aku tidak memburukkan nama baik ibu bapaku serta keluargaku. Jadi, bila berjauhan itu, pandai-pandailah kita jaga diri kita. Jika ada yang mengajak melakukan perkara jahat, cubalah jauhkan diri dari perkara itu. SEKIAN.....


4 comments:

  1. Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati?

    ReplyDelete
  2. manusia mati, neraka menanti sebelum dikurnia syurga firdaus(muslim)... :)

    bagi saya, manusia mati, hnay kenangan jadi ingatan.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda... :)