Followers

Pages

Thursday, August 9, 2012

Filem Pengaruhi Masyarakat. Anda setuju?

SALAM semua kawan-kawan blog Galak Hitam... Sudah lama aku tidak menjenguk blog ni. Rindu pula rasanya. Pernah juga aku hanya membelek-belek blog ini tapi tidak ku tulis sesuatu. Bukan tidak mahu, tapi aku tidak mampu. Tidak mampu kerana perjalanan sistem internet yang tidak mengizinkan aku untuk meng'ases' blog ini. Sebenak aku di sini, aku mahu menulis sesuatu idea dan perbincangan. Tajuknya mengenai filem dan masyarakat. Yang mana mempengaruhi yang mana. Jadi aku cuba mengemukakan pendapat aku ya... Sama-sama kita bincang kalau ada yang tidak berpuas hati dengan kata-kataku melalui tulisan di bawah.... : >

FILEM seperti yang kita tahu, ia adalah satu medium bagi penulis mahupun pengarah serta pembikin filem itu untuk mengutarakan pendapat, idea serta ideologi masing-masing. Walaupun tidak semua yang memahami serta dapat menangkap apa yang ingin di sampaikan oleh pembikin itu namun kesan-kesan daripada suatu filem adakalanya menunjukkan kepada kita tentang berkesannya ideologi, idea atau pendapat pembikin filem itu kepada khalayak. Apa yang aku ingin buktikan ialah melalui lakon layar yang telah divisualkan sedikit sebanyak mempengaruhi khalayak yang menonton filem tersebut. 

CONTOHNYA : Bahasa SLANGA yang telah digunakan oleh pelakon-pelakon filem ditiru oleh sesetengah khalayak. Aku ingat lagi, di kampung aku, ada seorang anak lelaki berumur dalam lingkungan 4 tahun berkata kepada ayahnya ; "Ape Celop Toq". Adik aku juga pernah berkata kepadaku ; "Ade aku kesah". yang tidak boleh blah ialah orang tua-tua yang melepak di kedai kopi. Dalam perbualan mereka, ada terdengar perkataan; "Lu Langsi, gua cabut lari"... Sedikit sebanyak kita dapat tahu bahawa perkataan yang disebut adalah lahirnya dari bahasa slanga. Bahasa yang dicipta oleh sekelompok masyarakat dan akhirya tersebar. Walaupun biasanya tidaklah begitu lama untuk perkataan itu bertahan, namun adakalanya ada juga yang menyebut perkataan demikian di suatu-suatu masa. 

Selain itu pengaruh TREND. Contohnya trend berpakaian. Aku masih ingat lagi, orang tua-tua ada mengatakan bahawa dulu masyarakat kita hanya nampak 'biji mata saja' (tutup aurat), sekarang 'tindik di lidah pun sudah nampak' (buka aurat). Aku cuba memahami apa yang diperkatakan. Aku cuba mengetengahkan perkara-perkara itu melalui pengaruh filem. Bukan filem dalam Malaysia, tetapi filem-filem luar negara (Hollywood, Kollywood, dan lain-lain) yang banyak mempengaruhi masyarakat sekarang. Dalam filem, kita lihat ada perempuan seksi yang berpakaian seksi, lelaki yang handsem dengan pakaian yang kot, serta berkasut kilat dan bertai. Sekarang, kita lihat masyarakat kita juga sudah ramai yang mengikuti trend-trend berpaian seperti itu. Aku bukan mahu katakan tidak bagus, tetapi ia sebenarnya tidak molek terutama bagi yang beragama ISLAM. Pakaian yang tidak menutup aurat adalah sebenarnya haram di sisi ISLAM. 

Seterusnya ialah mengenai cara aksi yang dilakukan di dalam filem. Orang putih biasalah kalau kita lihat ada aksi bercumbuan, tetapi kita orang islam ditegah melakukan perbuatan begitu. Ia adalah berdosa kerana jika bukan muhrim bercumbuan, itu sudah dianggap zina. Tetapi aku lihat, sudah ramai yang berani bercumbuan, berpelukan, gara-gara terpengaruh dengan adegan di dalam filem-filem barat. 

Ada lagi perkara-perkara lain contohnya:

Mempengaruhi pembikin filem di Malaysia untuk mencipta filem-filem seperti aksi, komedi yang lebih kurang filem barat. Ini kerana filem-filem seperti aksi, komedi, seram dan lain-lain boleh memberi kutipan yang lumayan kepada pembikin filem itu. Jika dulu kita lihat filem-filem kita berbentuk dakwah, sekarang filem kita berbentuk hiburan kosong. Jangan kita ketemukan ada yang filem berbentuk pengisian ilmu walaupun tidak dinafikan ada filem-filem yang berbentuk ilmu dipersembahkan di khalayak. 

Allahurabbi... Setakat ini saja aku berbicara tentang pengaruh filem, walaupun aku rasa masih banyak lagi ingin aku perkatakan di dalam ini, namun masa tidak mengizinkan aku. Jika ada sebarang komen, aku persilakan. Jika ada yang ingin menyangkal pendapat ini, silakanlah juga. Jika ada masa, kita sama-sama bincangkan pendapat anda. Sekian..... :))

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)