Followers

Pages

Thursday, December 26, 2013

Barang lama itu masih sama seperti biasa

Kalau dulu, aku masih bermain guli, sekarang aku masih bermain guli. Itu adalah aku. Sekian lama aku cuba meninggalkan permainan itu, namun ingatan serta pengalaman bermain itu sering saja mengingatkan ku mengenai cara bermain permainan itu. Itu satu kiasan sahaja yang aku tulis.

Ingatlah anda semua, walau kita cuba menukar personaliti sehingga sanggup menukar apa sahaja dalam diri kita, nescaya masih ada benda yang membolehkan orang mengenali anda. Masih ada perangai yang menampak imej anda. Masih ada. Di tegaskan, masih ada.

"... Aku yang dulu, masih sama dengan sekarang. Walau usia menampakkan wajah tua namun perangai masih sama. Walau matang dan waras, jiwaku masih sama. Walau wajah menampak urat-urat, namun hati tetap serupa. Walau jauh ku pergi menimba pengalaman, namun aku sendiri tahu siapa aku. Dan kawan-kawan masih mengenaliku. Aku adalah manusia yang dari kecilnya hingga besar ini masih sama. Seperti barang lama itu walau berkurun-kurun di pamer di muzeum, namun bentuknya masih sama, tiada perubahan..."

- sahaja ku dedikasi ayat ini untuk diri sendiri-

Friday, November 22, 2013

Kevin Skinner,The American's Got Talent 2009, patut di jadikan sumber rujukan bagi pencebur seni bidang nyanyian di Malaysia.


Kali pertama saya dengar lagu yang di nyanyikan oleh kevin Skinner - (if tomorrow never comes by ronan keating) di American's Got Talent, 2009. Satu nyanyian yang bagus, power, nyanyian yang menyentuh hati dan perasaan saya semasa menghayati lagu itu. Lagu yang di ubah menjadi satu lagu 'slow motion' masuk dengan nada suara dan penghayatan yang berkesan. Bagi saya, bakat yang ada di dalam 'penangkap ayam' ini adalah semula jadi yang patut di contohi oleh artis / penyanyi terutamannya di Malaysia.
 
Saya mencadangkan, kepada sesiapa yang ingin mencebur diri dalam bidang nyanyian, perlulah menjadikan Kevin Skinner ini sebangai satu kajian / rujukan yang perlu di contohi. Jika anda berjaya menjadi sepertinya, menyanyikan lagu sehingga mengusik jiwa pendengar, maka anda akan berjaya kelak. Percayalah. 

Jadikan, video di http://www.youtube.com/watch?v=LTXGYoRIINc ini sebagai satu rujukan atau kajian yang perlu di ambil berat bagi pencebur seni bidang nyanyian terutama kepada artis-artis baru . tidak percaya? anda klik link tersebut dan hayatilah nyanyian dari Kevin Skinner (pemenang american's got Talent, 2009). 

Vokal mantap
Nada yang menyentuh jiwa
Bakat yang ada
Kreatif .



Monday, November 4, 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Chicken Catcher - Kevin Skinner 

Dalam hidup, kita memiliki cita-cita. Sesiapa sahaja ada cita-cita. Tak kira kecil, besar, tua, muda mesti mempunyai cita-cita. Adapun yang beritahu cita-cita, ada juga yang mendiamkan diri pabila ditanya tentang cita-cita. Cita-cita paling utama mestilah mahu jadi KAYA kan. Bukan anda sahaja,  malah saya pun bercita-cita untuk jadi kaya. Bak kata TEGAR  'cita-citaku nak jadi orang kaya' . Dia masih kecil tapi memiliki cita-cita besar. 

Satu hari, kawanku menyuruh spy dengar satu lagu. Tajuknya lupa tapi yang saya ingat ialah nama: KEVIN SKINNER . Sebelum memulakan ujibakat 'American Got's Talent'. Sebelum memulakan nyanyian, para juri bertanyakan dia mengenai biodata diri.

Juri1: Kerja apa? 

Kevin Skinner: Tangkap ayam.

( Suasana menjadi riuh dengan ketawa dari penonton dan para juri)

Juri: Berapa ekor suatu hari dapat tangkap ayam?

Kevin: Lebih kurang 8 ribu ekor.

(ketawa dari penonton dan juri semakin kuat)

Seperti menghina pula pekerjaan yang dilakukan oleh Kevin Skinner (Chicken Catcher)

Tiba masa untuk memulakan nyanyian. Kevin Skinner memegang gitar akustiknya, duduk di kerusi dan mic di hadapannya. Petikan lagu dimainkan. Suasana menjadi diam. Semua penonton dan juri tertumpu pada Kevin Skinner. Pabila lagu dan lirik dinyanyikan oleh Kevin, semua penonton kelihatan ternganga, terpegun mendengar suara serta alunan melodi yang di mainkan oleh kevin. Saya pun kagum mendengar nyanyian dan lagu yang di mainkan kevin. Bukan nak kata 'dasyat' dengan nyanyiannya, tapi disitu saya melihat semangat kesungguhan kevin walau sudah berumur 40-an, beliau masih berusaha memainkan lagu untuk ujibakat tersebut. 

BAKAT, sebenarnya tidak kira dari mana, asal siapa, hidup di negara mana, umur walau nak mati orang itu, jika diberikan anugerah bakat, buruk pun akan jadi seni. 

Sedar tidak sedar, akhirnya pemenang American Got's Talent ialah KEVIN SKINNER. Si penangkap ayam (Chicken catcher)

Lihatlah, walau sesiapapun kita, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, InshaAllah kita akan berjaya dengan berkat usaha dan doa yang di lakukan setiap hari kita. 

Di kesempatan ini, saya selitkan video Kevin Skinner  - How his Carreer started, menceritakan permulaan cerita hidup kevin sebagai seorang penghibur. 

Klik Link ni... Tq



Salam blogger semua. 

p/s: sori la ayat x brape betul nahunya, tunggang bacaannya serta ringkas typing nya. 

Tuesday, October 22, 2013

Penyelesaian bagi yang sedang mencari rumah di Sekitar Selangor/ Kuala Lumpur??

Anda sedang mencari rumah @ kediaman @ pelaburan di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur. 

Sekarang anda tidak perlu lagi ke mana2 tempat atau melayari laman web yang susah2. Hanya di Facebook anda boleh layari 


Di 'Page '  ini anda boleh mencari rumah yang mungkin anda minat. Dengan medium ini, anda tidak perlu bersusah2 untuk membuka web lain malah dengan hanya / sambil2 berkomen2 dengan kawan di medium Facebook, anda juga boleh melihat/ mencari jenis rumah/ kediaman yang anda sedang mencari hingga sekarang dan akan datang. 





Carilah aset anda sebelum tahun2 akan datang!! Fikirkan demi masa depan anda serta keluarga/peribadi.




Thursday, October 10, 2013

Belatok


Belatok,
mencipta perlindungan diri,
tuk..tuk..tuk..tuk paruh mengetuk,
tuk..tuk..tuk..tuk paruk menebok,
berjam-jam mengetuk kayu,
walau jati, nyatoh, balak sekalipun,
gigih belatok mengetok,
bina rumah peribadi,
dalam melestari keluarga sendiri,

andainya lubang terhasil,
belatok boleh membina keluarga,
anak-anak belatok membesar riang,
suka ria mengetuk lagi, lagi,lagi.
pokok di tebuk lagi.

Cis, marah pembalak,
kayu punah diketuk belatok,
harga merudum permintaan kurang,
belatok punya pasal!
Pembalak mengupah menembak belatok.

Hari ini belatok tiada,
kayu pokok nyata baik,
ekosistem belatok tiada lagi,

Thursday, May 9, 2013

Sepetang sejenak berfikir hidup.


Gambar ni tiada kena mengena dengan apa yang aku ingin ceritakan dibawah. Gambar itu sekadar buat kita berfikir dan mengingati bahawa negara Malaysia mempunyai 14 buah negeri.  Betulkan kawan-kawan. 

Bermulanya cerita petang ini. :


Di mana hendak ku cari diri. Diri yang jauh lari dari hati. Walau rasa masih abadi ini namun terasa diri semakin jauh pergi. Apakah tanda aku semakin malas dan malas. Atau aku inginkan kebebasan untuk tentukan cara hidupku. Aku mengerti erti hidup yang sebenar. Hidup yang menentukan samaada aku menjadi manusia atau tidak. Mengerti! Aku sudah faham kenapa ramai yang memaksa, menyokong, membantu serta memarahi aku kerna sikap ini. Aku sungguh-sungguh bersyukur walau mengetahui bahawa diri ini masih lagi merasa inginkan hiburan. Hiburan di kala poket kering. Hiburan di kala hati runsing. Hiburan dikala ramai sudah berumah tangga. Terdetik hati bertanya, "bila kita mahu jadi macam mereka?". 

Aku kaku diam. Dalam soal itu aku sendiri tidak tahu bila dan bagaimana harusku lakukan untuk menjadi seperti yang berjaya. Sesudah semalaman aku berfikir, hari ini aku cuba bangkit. Mungkin bangkit serendah kucing berdiri yang tidak lama akan jatuh kembali. Atau mungkin aku bangkit seperti kanggaru yang berdiri namun pabila ia berlari, kadang-kadang tangan kecilnya akan mencecah tanah.  Ini satu permulaan pertama bagiku. Walau tidak berdiri semegah menara berkembar Kuala Lumpur yang sombong menegak takkala di waktu ribut atau petir. Atau manusia-manusia jahat yang tidak takut akan keadilan. Itu satu keberanian aku fikir. Namun tahap itu sukar untuk aku capai jika tidak melakukan serangan bertali arus terhadap usaha yang dilakukan. 

Bukan hendak perkecilkan diri, tapi rasa diri sudah tidak semegah dulu. Kalau dulu ku sanggup bermain lumpur, berenang minyak, atau memburu harimau. Namun hari ini aku tidak lagi mampu buat semua itu. Kerana malu? atau memilih. Sikap yang tidak asing bagi semua manusia hari ini. Malu berdepan masa. Aku cuba asingkan diri menjadi sedemikian. Namun masih lagi melekat sisa-sisa tersebut di bahu. 

Kita pergi ke babak seterusnya. 

Dalam bilik yang sunyi ini aku muhasabah diri. Aku tekan butang  'power' pada komputer riba. Aku sambungkan 'broadband' dan aku layari internet. Jari-jari galak menekan huruf-huruf manakala mata liar mencari sesuatu. Hah! jumpa. Itu dia jawatan kosong yang dikemukakan oleh kerajaan dan swasta. Banyak kekosongan. Aku terus mengisi ruangan dan memohon kekosongan itu. Mungkin dapat? mungkin tidak. Selesai sahaja mengisi borang-borang tersebut, aku duduk bertenang. Sambil itu memikirkan adakah aku akan terpilih dalam apa-apa bahagian kerja yang diminta itu sedangkan sijil ku tiada kena mengena dengan apa yang dipilih. Kata orang tua-tua, rezeki tak kemana walau lain yang belajar lain yang dapat. Semua itu ketentuan ilahi. Kadang-kadang tak semua yang belajar perundangan akan menjadi peguam. Sama juga macam pelajar yang mengambil jurusan penulisan. Maka tidak semua akan jadi penulis atau hal-hal yang berkait. Ada juga yang menjadi pengarah syarikat basikal. Atau kerani kilang itik. Atau macam-macam lagi jika itu rezeki mereka. Maka mereka mungkin gembira dengan pencapaian yang mereka miliki. Yang penting itu Rezeki. Tidak semua yang bergaji tinggi itu bahagia, dan ramai yang bergaji rendah itu bahagia. 

Babak seterusnya.

Dari dalam bilik, aku beralih ke ruang tamu. Ku duduk di kerusi. Aku lihat akhbar. Berhenti seketika ketikan membaca. Mataku tepat memerhati satu tajuk. Tajuk yang aku fikir ada kena mengena dengan dunia pekerjaan masa kini. Iaitu Diskriminasi dalam syarikat mahupun institusi. Patutlah ramai yang aku lihat, dengar ada yang mengeluh. Ada yang berasa hampa dengan sikap masyarakat yang 'besar-besar' sekarang ini kerana mereka lebih pentingkan kuantiti ahli keluarga dari kualiti pengeluaran dalam sesebuah institusi. Kata orang sekarang pakai 'kabel' untuk memohon kerja dalam bidang-bidang kerja. Habis kalau semua anak beranak yang bekerja, mana tinggal anak orang miskin yang tidak dikenali. Kerja apakah mereka? kilang? atau pasaraya. Kerja sampai mati dengan gaji pencen atau skim caruman yang tiada. Adilkah begitu? Aku fikir pengarah-pengarah syarikat, pegawai-pegawai syarikat atau institusi besar-besar sekarang sudah cerdik pandai. Takkan mahu mereka pentingkan KUANTITI keluarga dari kualiti produk yang akan dikeluarkan oleh syarikat tertentu. Bukankah begitu. Aku harap mereka baca tulisan ini. Agar mereka tahu bahawa mereka sekarang sudah tidak seperti dulu. Mereka sudah matang dalam berfikir yang mana elok untuk di ambil kira. Kita kan sama-sama manusia. 

Akhir sekali. 

Aku bangun dari kerusi. Aku campakkan surat khabar di meja. Aku buka televisyen. Aku buka cerita kartoon, dan aku tonton sambil tersenyum seorang kerana karenah lucu yang di bawa oleh karton tersebut. Hilang segala stress dalam diri memikirkan jaminan peluang pekerjaan sekarang. 

Sekian. 

-Salam buat rakan-rakan pembaca mahupun blogger- 

Monday, March 4, 2013

Berdoa untuk kesejahteraan Pahlawan Malaysia - Lahad Datu ,Samporna. Sabah.

Salam semua rakan-rakan serta pembaca.

Hari ini kita mendengar satu kes di Sabah ( Kg Tanduo Lahad Datu, Samporna) tentang pencerobohan yang mengakui dari kesultanan Sulu. Setakat ini dilaporkan sudah 7 anggota pahlawan kita rebah di medan pertempuran. Walaubagaimanapun itu tidak mematahkan semangat pahlawan-pahlawan Malaysia dari bersama-sama membantu menentang pencerobohan itu. Sambil berdoa agar diselamatkan nyawa, mereka juga gigih mengawal dan melindungi anak-anak bumi di sana dari penceroboh itu. Sehingga hari ini kita dapat dengar bahawa keadaan masih lagi terkawal dan khabarnya anggota penceroboh semakin sedikit kerana ramai sudah berjaya ditumpaskan oleh pahlawan perwira kita. Alhamdulillah. 

Di sini Galak Hitam ingin merayu kepada pembaca serta rakan-rakan Galak Hitam bersama-sama kita menadahkan tangan memohon doa dan ampun kepada Allah S.W.T.

Bismillahhirrahmanirrahim... Ya, Allah. Selamatkanlah perajurit tanah air kita dalam misi menentang pencerobohan yang mengakui bahawa berasal dari kesultanan Sulu. Ya Allah, amankanlah dan kembalikanlah keadaan seperti sedia kala di bumi Sabah. Ya Allah, bukakanlah pintu hati penceroboh itu untuk meletakkan senjata dan menyerah diri. Ya Allah, Selamatkanlah bumi Malaysia dari apa-apa keadaan sekalipun. Ya Allah, teguhkanlah iman kami, kekalkanlah amalan kami agar dapat kami hindarkan diri dari segala kerja-kerja syaitan. Amin. Amin. Amin.

-Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. -

Tuesday, February 26, 2013

AKU SEDANG SAKIT - cerita pendek dari GALAK HITAM.

Cerita pendek ini tiada kena mengena dengan kehidupan sesiapa. Ia hanyalah rekaan GALAK HITAM semata-mata. Cerita yang biasa jika dibandingkan dengan cerpen-cerpen dari penulis bernama besar di luar sana. Selamat membaca ya...:) 

******************************


         AKU SEDANG SAKIT. Aku tahu aku ada penyakit. Tapi… Demi anak-anak, aku tak boleh hanya berehat. Siapa nak bagi makan minum mereka. Isteriku? Sudah dua tahun meninggalkan kami tiga beranak ini. Dia kemalangan semasa cuba melintas jalan di pekan. Langgar lari. Sampai sekarang masih tiada apa-apa berita tentang pesalah itu. Pihak polis ada mengatakan bahawa pihak mereka akan mencari pesalah itu. Aku serahkan kepada mereka menjalankan tugas masing-masing. Aku redha. Allah lebih menyayangi isteriku. Saudara mara ramai, tapi maklumlah…Bila orang kaya lihat orang miskin macam kami ini. Seperti sampah di kaki lima jalan. Tidak dipandang malah di usir. Hanya yang bekerja sebagai pengutip sampah macam aku ini yang sering memandang sampah. Satu tin susu sudah  memberiku seribu makna tentang rezeki. Rezeki yang dikurniakan Allah, hanya memerlukan daya usaha untuk mengutip dan menjualnya. Yang perlu ku buang hanyalah sikap pemalu dan rasa rendah diri sahaja. Aku tidak malu dengan kerjaku ini. Pernah juga ku dengar orang mengata, menghina. Katanya ‘busuk’, ‘pengotor’. Aku pekakkan telinga sahaja. Yang penting tin, kotak atau apa-apa yang boleh dijual itu aku kutip. Bukan aku beli, tapi mengutip hasil buangan iaitu sampah. Walau kotor, busuk , aku tetap akan ambil sampah itu. Itulah kerjaku. Janji halal.  

 Aku tak mengharapkan apa-apa bantuan. Selagi Allah masih memberi nafas padaku, selagi itu aku akan membanting tulang empat kerat ini demi anak-anak. Aku tahu. Aku tahu aku tidak mempunyai kerja tetap. Kerjaku hanya mengutip sampah, tin, kertas kotak di tong-tong sampah sahaja. Hari-hari ku jual di kedai India dekat pekan. Sampai mereka semua sudah mengenaliku. Malah mereka juga pernah menolongku. Bantu memberi sedikit rezeki halal. Anakku yang sulong, Samil akan menduduki ujian Upsr tak lama lagi. Anak ku  yang bongsu Rizah masih di darjah 3.  Mereka perlu belajar, makan dan rehat dengan selesa. Pakaian, sumber pembelajaran mesti lengkap. Aku telah usaha semua itu untuk masa ini. Akan datang? Aku tidak tahu apa bakal muncul.. Ku pohon padamu Ya Allah, panjangkanlah usiaku agar dapat ku usahakan demi kesejahteraan anak-anakku. Merekalah harapanku. Aku tak nak mereka ikut jejak langkah ku. Aku mahu mereka hidup senang di masa dewasa nanti. Biarku sakit, biarku lapar asalkan anak-anakku dapat apa yang diperlukan.  

Tentang Solat. Setakat ini Alhamdulillah, walaupun tidak selalu untuk ku menjadi imam kepada Samil dan Rizah, mereka sudah tahu tentang pentingnya sembahyang. Suatu hari, aku pulang lewat. Kira-kira dalam pukul 6 petang. Masa tu Samil dan rizah sudah ada di rumah. Samil sedang membaca buku. Aku sampai saja di pintu rumah, Rizah bergegas keluar. Dia mendapatkan ku. Di suruhnya pula supaya aku bergegas mandi dan sembahyang kerana waktu sudah lewat. Masih ku ingat lagi kata-katanya; “cepatlah Abah, Asar sudah nak habis ni, jangan terlepas, nanti masuk neraka!”..  Aku senyum seorang diri. Alangkah gembiranya hati seorang bapa bila anak sendiri sudah tahu mengenai hukum Allah.

Ada kalanya mereka merungut tentang pakaian sudah usang, kasut sudah robek, seluar penuh dengan tampalan dan ada suatu hari tu, Rizah pulang sambil menangis. Katanya kawan-kawan mengejek dia kerana pakaiannya yang buruk dan kasutnya yang koyak sehingga nampak jari ibu kaki. Abangnya, Samil datang. Samil lah yang memujuk Rizah. Samil beritahu bahawa kita dari keluarga miskin. Aku tidak bekerja besar macam ibu bapa kawan-kawannya, aku hanya berkerja menjual sampah. Rizah dengar kata-kata abangnya itu. Riak wajahnya menunjukkan Rizah sudah mengerti apa yang dialami kami sekeluarga. Tambah Samil lagi, “Walau Abah tiada duit banyak, tapi Abah kita adalah seorang bapa yang paling penyayang”. Aku sebak seketika mendengar luahan Samil tapi ku tahan sebak, ku tahan titisan air mata yang ku kira cuba untuk melimpah di ruang kelopak.  Terima kasih Samil. Terima kasih Ya, Allah krana kau kurniakan anak yang mudah memahami keadaan kami sekeluarga. 

Rizah kembali ceria. Dia datang padaku. Masa tu aku duduk di tangga di pintu hadapan rumah. Rizah datang. Dipeluknya aku erat. Katanya, Rizah minta maaf sebab buat aku susah deminya. Samil juga datang dan terusnya juga memelukku. Kedua-dua anakku itu memeluk erat. Aku membalas pelukan mereka dengan pelukan yang ku kira sudah lama tidak memeluk mereka. Terasa tenang hati pabila merasakan dakapan anak-anak. Ku pasti kamu sebagai bapa juga mengerti dan merasai ketenangan bila memeluk anak sendiri. Samil beritahuku bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh dan mengubah hidup kami sekeluarga. Rizah juga menyatakan hasrat yang sama dengan abangnya. Masa itu aku tidak dapat menahan sebak di dada. Terusku mengalirkan air mata. Ku bersyukur padamu Ya, Allah. Walau tidak diberi kesenangan dalam hidupku ini, tetapi aku senang bila melihat, merasakan kasih sayang anak-anak yang kau berikan padaku. Aku berjanji padamu, selagi aku hidup, selagi nyawaku tidak diambilmu, aku akan mencari rezeki demi anak-anakku. Insya’Allah.

-Tentang penyakitku? Aku tahu itu penyakit. Aku akan usahakan untuk menyembuhkan penyakitku ini. Tentang mati? Ku serahkan pada Allah S.W.T yang tentukan- 

Thursday, February 21, 2013

HARAPAN melalui USAHA.

Sudah lama tidak ku jenguk 'Galak Hitam'. Rindu? Bukan! Tapi hati rasa kurang selesa kerana tidak menyatakan sesuatu di sini. Ha, sebelum ni saya cerita tentang 'makna Cinta' yang walaupun saya rasa banyak benda lagi yang perlu saya nyatakan di situ.


************************


         HARAPAN. Saya percaya semua manusia mempunyai suatu benda atau perkara yang sangat di'harapkan' dalam kehidupan seharian mereka. Semua manusia tidak terkecuali saya. Harapan saya adalah inginkan pekerjaan yang menjamin masa depan, berkahwin, ada anak, ada kereta besar, ada rumah besar, dan yang paling utama sekali ialah mengharapkan untuk diteguhkan iman di dada. Ha..Ha..Ha.. Besarnya harapan saya itu. Tapi mana kita tahukan jika impian itu dapat dirasai. Agak-agak anda akan terlaksanakah? Bagi saya jika tidak digandakan dengan usaha, saya rasa jika hanya dengan berharap sahaja memang impian tersebut tidak tercapai. Jadi adalah pentingnya kita berusaha. Berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh diri. 

USAHA adalah suatu yang sangat-sangat perlu dilakukan oleh tuan punya badan. Bukan senang untuk berusaha dan tidak susah untuk melakukan usaha. cuma yang perlu digerakkan oleh hati kita sendiri. Kalau tubuh sahaja yang cuba berusaha tapi hati tidak mahu, usaha itu tidak mungkin akan berlaku. Maka jadilah usaha itu suatu MALAS. Jadi hati yang memainkan peranan penting untuk menggerakkan kita supaya berusaha. Jika kita mahukan sesuatu, pasti kita akan usaha. Usaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Seperti contoh, memiliki seorang teman wanita. Haaa... Itu yang ramai manusia berusaha. Usaha ke arah nafsu kan. Ha..Ha..Ha.. Ramai yang diiktiraf berjaya jika memiliki impian sebegitu. Itu lah pemikiran manusia sekarang. Usaha ke arah yang tidak menjamin. 

Usaha dan berusaha itu sebenarnya bukan perkara mudah. Jadi sebelum kita cuba berusaha, perlulah kita betulkan niat kita dahulu. Memasang impian yang betul dan berusaha untuk mencapainya. Insya'Allah, pasti akan dapat. Perlu juga diingatkan supaya bila mana kita sudah habis-habisan dalam berusaha, kita perlu ingatlah akan Allah, pencipta kita. Jadi banyakkanlah menadah tangan, mendongak ke langit dan meminta Doa kepadanya. Melaluinya segala hal yang berkaitan dengan hidup mati kita ditentukan oleh-NYA. Allah maha Adil. Adil kepada semua makhluk ciptaanya. Sedangkan Syaitan diberi peluang untuk men-sujud kepada Nabi Adam A.S. Inikan kita manusia cucu cicit Adam. Walaupun diberi peluang, namun Syaitan ingkar dan akhirnya ditempatkan neraka kepada golongan mereka.

 Jadi, kita juga perlulah ingat, sekiranya kita berjaya melalui hasil usaha dan Doa. Maka janganlah kita lupa akan yang mencipta kita, iaitu Allah S.W.T. Nanti kita akan jadi seperti 'syaitan yang ingkar dengan perintah Allah untuk sujud pada nabi Adam. 

Sampai di sini dahulu, saya mohon maaf sekira ada yang tersalah melalui kata bahasa saya. Jika salah pendapat atau kenyataan saya, sila betulkan. Komen atau pendapat anda di alu-alukan agar dapat kita kongsi bersama. Tegur saya jika saya salah. Insya'Allah, melalui teguran itu dapat menambahka  ilmu saya untuk menulis di blog ini.. Salam semua rakan pembaca. 


Sunday, January 27, 2013

Erti 'CINTA' dari pandangan GALAK HITAM.

ASsalamualaikum w.b.t teman-teman semua. 

Sudah lama tidakku 'update' blog ini. Mungkin disebabkan kekangan masa, mungkin juga disebabkan kekangan minda untuk berfikir suatu cerita pedoman. Di sini ingin saya nyatakan suatu kisah. Bukan kisah cinta, mahupun kisah cerita, tetapi kisah pendapat sendirian untuk kita sama-sama renungkan dan fikirkan apa yang betul, apa yang salah dan apa pendapat yang ingin dikemukakan. Sekadar sebuah motivasi bersama. Mungkin. 

Cinta. Ku dahulukan dengan tajuk CINTA. Apa yang diertikan dengan cinta? Seringkali ku dengar bahawa cinta dikaitkan dengan 'cinta kepada Allah', 'cinta sesama manusia dalam erti kata couple dan sebagainya', serta cinta kepada alam semula jadi'. Sering juga aku menanyakan diri sendiri, itu kah dinamakan cinta ? Rupa-rupanya ternyata aku sendiri silap. Sehinggalah aku membaca 'subtitle' dalam sebuah cerita serta melihat erti 'cinta' yang disampaikan dalam sebuah cerita 'korea' yang tajuknya aku sendiri lupa kerana sudah lama ku tonton cerita itu. Dan ia membuka mata mindaku untuk berfikir adakah ia suatu 'cinta'. 

CINTA, ialah satu ungkapan yang mempunyai banyak erti. Cinta boleh dikaitkan dengan kasih sayang. Di mana kasih sayang yang terbahagi kepada bagai-bagai jenis kasih sayang. Tidak semestinya kita suka, sayang itu adalah kasih sayang. Tetapi sebenarnya ia sangat luas. Yang membawa kepada sayang, gembira, sedih, marah, memberontak, benci dan sebagainya. Itulah yang ingin ku kaitkan dengan CINTA. Dan ku sangkal cinta adalah dari segi kasih sayang sahaja. Anda pernah bercinta, anda pernah merasakan cinta itu. Jadi, dalam masa bercinta dengan apa-apa sahaja, kadang-kadang anda akan merasakan pelbagai rasa seperti yang dinyatakan itu. Sedih, marah, sayang, gembira dan lain-lain. Tanpa semua sifat ini, maka, cinta yang anda alami itu sebenarnya bukanlah suatu cinta tetapi ia adalah suatu nafsu yang menjadi penyebab kepada keinginan anda untuk melansungkan cinta buta. 

Cinta juga boleh di kritik, di puji, di maki, di awasi. Ini semua adalah faktor kepada kita untuk menjaga 'cinta' kita dari hilang di hati. Tanpa adanya sikap sebegitu, nescaya cinta anda tidak akan lama. Kerna ia hanyalah cinta buta. Buta dari segi hati dan kasih. 

Ini sahaja inginku katakan bab mengenai 'cinta'. Akal mindaku mengatakan itulah perkataan ;cinta' yang kita guna pakai untuk seharian. Samaada 'cinta kepada Allah, manusia serta alam'. Jika pendapatku ini tidak benar atau anda ingin menyatakan pendapat anda, silakanlah komen. Agar kita sama-sama mengenal apa itu erti 'cinta' yang sebenar.