Followers

Pages

Thursday, February 21, 2013

HARAPAN melalui USAHA.

Sudah lama tidak ku jenguk 'Galak Hitam'. Rindu? Bukan! Tapi hati rasa kurang selesa kerana tidak menyatakan sesuatu di sini. Ha, sebelum ni saya cerita tentang 'makna Cinta' yang walaupun saya rasa banyak benda lagi yang perlu saya nyatakan di situ.


************************


         HARAPAN. Saya percaya semua manusia mempunyai suatu benda atau perkara yang sangat di'harapkan' dalam kehidupan seharian mereka. Semua manusia tidak terkecuali saya. Harapan saya adalah inginkan pekerjaan yang menjamin masa depan, berkahwin, ada anak, ada kereta besar, ada rumah besar, dan yang paling utama sekali ialah mengharapkan untuk diteguhkan iman di dada. Ha..Ha..Ha.. Besarnya harapan saya itu. Tapi mana kita tahukan jika impian itu dapat dirasai. Agak-agak anda akan terlaksanakah? Bagi saya jika tidak digandakan dengan usaha, saya rasa jika hanya dengan berharap sahaja memang impian tersebut tidak tercapai. Jadi adalah pentingnya kita berusaha. Berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh diri. 

USAHA adalah suatu yang sangat-sangat perlu dilakukan oleh tuan punya badan. Bukan senang untuk berusaha dan tidak susah untuk melakukan usaha. cuma yang perlu digerakkan oleh hati kita sendiri. Kalau tubuh sahaja yang cuba berusaha tapi hati tidak mahu, usaha itu tidak mungkin akan berlaku. Maka jadilah usaha itu suatu MALAS. Jadi hati yang memainkan peranan penting untuk menggerakkan kita supaya berusaha. Jika kita mahukan sesuatu, pasti kita akan usaha. Usaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Seperti contoh, memiliki seorang teman wanita. Haaa... Itu yang ramai manusia berusaha. Usaha ke arah nafsu kan. Ha..Ha..Ha.. Ramai yang diiktiraf berjaya jika memiliki impian sebegitu. Itu lah pemikiran manusia sekarang. Usaha ke arah yang tidak menjamin. 

Usaha dan berusaha itu sebenarnya bukan perkara mudah. Jadi sebelum kita cuba berusaha, perlulah kita betulkan niat kita dahulu. Memasang impian yang betul dan berusaha untuk mencapainya. Insya'Allah, pasti akan dapat. Perlu juga diingatkan supaya bila mana kita sudah habis-habisan dalam berusaha, kita perlu ingatlah akan Allah, pencipta kita. Jadi banyakkanlah menadah tangan, mendongak ke langit dan meminta Doa kepadanya. Melaluinya segala hal yang berkaitan dengan hidup mati kita ditentukan oleh-NYA. Allah maha Adil. Adil kepada semua makhluk ciptaanya. Sedangkan Syaitan diberi peluang untuk men-sujud kepada Nabi Adam A.S. Inikan kita manusia cucu cicit Adam. Walaupun diberi peluang, namun Syaitan ingkar dan akhirnya ditempatkan neraka kepada golongan mereka.

 Jadi, kita juga perlulah ingat, sekiranya kita berjaya melalui hasil usaha dan Doa. Maka janganlah kita lupa akan yang mencipta kita, iaitu Allah S.W.T. Nanti kita akan jadi seperti 'syaitan yang ingkar dengan perintah Allah untuk sujud pada nabi Adam. 

Sampai di sini dahulu, saya mohon maaf sekira ada yang tersalah melalui kata bahasa saya. Jika salah pendapat atau kenyataan saya, sila betulkan. Komen atau pendapat anda di alu-alukan agar dapat kita kongsi bersama. Tegur saya jika saya salah. Insya'Allah, melalui teguran itu dapat menambahka  ilmu saya untuk menulis di blog ini.. Salam semua rakan pembaca. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)