Followers

Pages

Monday, March 4, 2013

Berdoa untuk kesejahteraan Pahlawan Malaysia - Lahad Datu ,Samporna. Sabah.

Salam semua rakan-rakan serta pembaca.

Hari ini kita mendengar satu kes di Sabah ( Kg Tanduo Lahad Datu, Samporna) tentang pencerobohan yang mengakui dari kesultanan Sulu. Setakat ini dilaporkan sudah 7 anggota pahlawan kita rebah di medan pertempuran. Walaubagaimanapun itu tidak mematahkan semangat pahlawan-pahlawan Malaysia dari bersama-sama membantu menentang pencerobohan itu. Sambil berdoa agar diselamatkan nyawa, mereka juga gigih mengawal dan melindungi anak-anak bumi di sana dari penceroboh itu. Sehingga hari ini kita dapat dengar bahawa keadaan masih lagi terkawal dan khabarnya anggota penceroboh semakin sedikit kerana ramai sudah berjaya ditumpaskan oleh pahlawan perwira kita. Alhamdulillah. 

Di sini Galak Hitam ingin merayu kepada pembaca serta rakan-rakan Galak Hitam bersama-sama kita menadahkan tangan memohon doa dan ampun kepada Allah S.W.T.

Bismillahhirrahmanirrahim... Ya, Allah. Selamatkanlah perajurit tanah air kita dalam misi menentang pencerobohan yang mengakui bahawa berasal dari kesultanan Sulu. Ya Allah, amankanlah dan kembalikanlah keadaan seperti sedia kala di bumi Sabah. Ya Allah, bukakanlah pintu hati penceroboh itu untuk meletakkan senjata dan menyerah diri. Ya Allah, Selamatkanlah bumi Malaysia dari apa-apa keadaan sekalipun. Ya Allah, teguhkanlah iman kami, kekalkanlah amalan kami agar dapat kami hindarkan diri dari segala kerja-kerja syaitan. Amin. Amin. Amin.

-Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. -