Followers

Pages

Thursday, May 9, 2013

Sepetang sejenak berfikir hidup.


Gambar ni tiada kena mengena dengan apa yang aku ingin ceritakan dibawah. Gambar itu sekadar buat kita berfikir dan mengingati bahawa negara Malaysia mempunyai 14 buah negeri.  Betulkan kawan-kawan. 

Bermulanya cerita petang ini. :


Di mana hendak ku cari diri. Diri yang jauh lari dari hati. Walau rasa masih abadi ini namun terasa diri semakin jauh pergi. Apakah tanda aku semakin malas dan malas. Atau aku inginkan kebebasan untuk tentukan cara hidupku. Aku mengerti erti hidup yang sebenar. Hidup yang menentukan samaada aku menjadi manusia atau tidak. Mengerti! Aku sudah faham kenapa ramai yang memaksa, menyokong, membantu serta memarahi aku kerna sikap ini. Aku sungguh-sungguh bersyukur walau mengetahui bahawa diri ini masih lagi merasa inginkan hiburan. Hiburan di kala poket kering. Hiburan di kala hati runsing. Hiburan dikala ramai sudah berumah tangga. Terdetik hati bertanya, "bila kita mahu jadi macam mereka?". 

Aku kaku diam. Dalam soal itu aku sendiri tidak tahu bila dan bagaimana harusku lakukan untuk menjadi seperti yang berjaya. Sesudah semalaman aku berfikir, hari ini aku cuba bangkit. Mungkin bangkit serendah kucing berdiri yang tidak lama akan jatuh kembali. Atau mungkin aku bangkit seperti kanggaru yang berdiri namun pabila ia berlari, kadang-kadang tangan kecilnya akan mencecah tanah.  Ini satu permulaan pertama bagiku. Walau tidak berdiri semegah menara berkembar Kuala Lumpur yang sombong menegak takkala di waktu ribut atau petir. Atau manusia-manusia jahat yang tidak takut akan keadilan. Itu satu keberanian aku fikir. Namun tahap itu sukar untuk aku capai jika tidak melakukan serangan bertali arus terhadap usaha yang dilakukan. 

Bukan hendak perkecilkan diri, tapi rasa diri sudah tidak semegah dulu. Kalau dulu ku sanggup bermain lumpur, berenang minyak, atau memburu harimau. Namun hari ini aku tidak lagi mampu buat semua itu. Kerana malu? atau memilih. Sikap yang tidak asing bagi semua manusia hari ini. Malu berdepan masa. Aku cuba asingkan diri menjadi sedemikian. Namun masih lagi melekat sisa-sisa tersebut di bahu. 

Kita pergi ke babak seterusnya. 

Dalam bilik yang sunyi ini aku muhasabah diri. Aku tekan butang  'power' pada komputer riba. Aku sambungkan 'broadband' dan aku layari internet. Jari-jari galak menekan huruf-huruf manakala mata liar mencari sesuatu. Hah! jumpa. Itu dia jawatan kosong yang dikemukakan oleh kerajaan dan swasta. Banyak kekosongan. Aku terus mengisi ruangan dan memohon kekosongan itu. Mungkin dapat? mungkin tidak. Selesai sahaja mengisi borang-borang tersebut, aku duduk bertenang. Sambil itu memikirkan adakah aku akan terpilih dalam apa-apa bahagian kerja yang diminta itu sedangkan sijil ku tiada kena mengena dengan apa yang dipilih. Kata orang tua-tua, rezeki tak kemana walau lain yang belajar lain yang dapat. Semua itu ketentuan ilahi. Kadang-kadang tak semua yang belajar perundangan akan menjadi peguam. Sama juga macam pelajar yang mengambil jurusan penulisan. Maka tidak semua akan jadi penulis atau hal-hal yang berkait. Ada juga yang menjadi pengarah syarikat basikal. Atau kerani kilang itik. Atau macam-macam lagi jika itu rezeki mereka. Maka mereka mungkin gembira dengan pencapaian yang mereka miliki. Yang penting itu Rezeki. Tidak semua yang bergaji tinggi itu bahagia, dan ramai yang bergaji rendah itu bahagia. 

Babak seterusnya.

Dari dalam bilik, aku beralih ke ruang tamu. Ku duduk di kerusi. Aku lihat akhbar. Berhenti seketika ketikan membaca. Mataku tepat memerhati satu tajuk. Tajuk yang aku fikir ada kena mengena dengan dunia pekerjaan masa kini. Iaitu Diskriminasi dalam syarikat mahupun institusi. Patutlah ramai yang aku lihat, dengar ada yang mengeluh. Ada yang berasa hampa dengan sikap masyarakat yang 'besar-besar' sekarang ini kerana mereka lebih pentingkan kuantiti ahli keluarga dari kualiti pengeluaran dalam sesebuah institusi. Kata orang sekarang pakai 'kabel' untuk memohon kerja dalam bidang-bidang kerja. Habis kalau semua anak beranak yang bekerja, mana tinggal anak orang miskin yang tidak dikenali. Kerja apakah mereka? kilang? atau pasaraya. Kerja sampai mati dengan gaji pencen atau skim caruman yang tiada. Adilkah begitu? Aku fikir pengarah-pengarah syarikat, pegawai-pegawai syarikat atau institusi besar-besar sekarang sudah cerdik pandai. Takkan mahu mereka pentingkan KUANTITI keluarga dari kualiti produk yang akan dikeluarkan oleh syarikat tertentu. Bukankah begitu. Aku harap mereka baca tulisan ini. Agar mereka tahu bahawa mereka sekarang sudah tidak seperti dulu. Mereka sudah matang dalam berfikir yang mana elok untuk di ambil kira. Kita kan sama-sama manusia. 

Akhir sekali. 

Aku bangun dari kerusi. Aku campakkan surat khabar di meja. Aku buka televisyen. Aku buka cerita kartoon, dan aku tonton sambil tersenyum seorang kerana karenah lucu yang di bawa oleh karton tersebut. Hilang segala stress dalam diri memikirkan jaminan peluang pekerjaan sekarang. 

Sekian. 

-Salam buat rakan-rakan pembaca mahupun blogger- 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda... :)