Followers

Pages

Monday, December 29, 2014

PUISI BAH 2014 - PANTAI TIMUR

Puisi Bah 2014 - Pantai Timur

Kami, rakyat pantai timur
yang terperusuk di hujung dunia
Tidak tersiar di kaca media,

walhal teruknya kami,
hampir semua musnah,
hampir segelintir manusia pergi
bertemu ilahi.
Hampir semua pemimpin lari,
dan hampir semua tenaga kami beri.

Apakah bencana ini yang paling teruk?
oh tidak! itu baru sedikit. Sedikit 
bencana Allah s.w.t turunkan 
tujuan untuk kita sama-sama mengingati.

Ini hanya secebis mimpi hitam,
yang hitam ada putihnya,
yang berbalah kini berbaik,
yang jauh kini dekat,
yang kaya miskin bersama-sama,
yang wangi busuk setia berdampingan.
Muafakatnya kali ini. Harapnya esok juga
sama dan seterusnya.

Terima kasih pada yang memberi,
Bantuan moral dan fizikal.
Bantuan wang dan juga Doa,
semoga berkat hidup kalian,
dan dirahmati Yang Maha Esa.

Sedar dari mimpi, kelmarin sudah terjadi, 
hari ini kita nanti dengan penuh debar
esok tidak ketahui lagi,Tidak kita ketahui!!
apa bencana yang mungkin pasti.
Bila kita masih menjauhi,
akan perintah Yang Maha Kuasa.

Friday, December 26, 2014

BANJIR BESAR DI KELANTAN December 2014

Hari ni masuk hari ke Seminggu Kelantan di landa banjir. Banjir yang aku boleh katakan sebagai BAH MERAH Ke-2. Kenapa ?

           DISEBABKAN banjir yang melanda Negeri Kelantan kali ini adalah lebih teruk dari kejadian banjir pada tahun 2004 dulu yang mana hampir keseluruhan Bandar Kota Bharu di naiki air. Namun hari ini, bersamaan 27 december 2014, kita dapat menyaksikan bahawa seluruh Bandar Kota Bharu sudah dipenuhi air yang mana takat air sudah melepasi paras pinggang dan makin naik ke paras dada. Ada sesetengah tempat, bangunannya sudah di tenggelam oleh air Bah.

Antara Bandar serta daerah yang teruk dilanda banjir ialah Gua Musang, Kuala Krai. Dua bandar ini pada masa ini boleh di katakan sudah mengalami tahap kritikal di mana semua bangunan sudah ditenggelami air. Penduduk masing-masing sedang bertungkus lumus dalam misi untuk menyelamatkan diri, keluarga masing-masing dibantu oleh pihak-pihak seperti JPAM, BOMBA, POLIS, wakil NGO, Pemimpin, wakil rakyat dan ramai lagi. Tidak kurangnya ramai juga yang mencemuh Negeri ini. Ada sesetengahnya sanggup melempar kata-kata hina terhadap Negeri Kelantan. Negeri saya, dan Negeri Kami. Semoga Allah s.w.t sedarkan mereka yang berprasangka buruk itu dari terus mencaci, menghina negeri ini. 

Tidak ku nafikan bahawa mungkin ramai yang telah terkorban dalam bencana alam ini. Antara sebabnya mungkin lemas dibawa arus deras, kesejukan serta kelaparan kerana terputus bekalan makanan serta perhubungan. Tidak juga ku nafikan ada juga yang masih dipanjangkan umurnya oleh Allah walaupun sedang bertarung dengan arus deras atau kebuluran dan kesejukan. Allahuakbar, sebak di dada, terdetik hati untuk pulang ke Negeri ku untuk menyumbang tenaga dalam membantu mangsa yang memerlukan, namun keadaan tidak memaksaku untuk pulang kerana semua perhubungan untuk pulang ke Kampung sudah terputus. Gua Musang terpaksa di tutup kerana banjir, begitu juga dengan pahang dan terengganu juga jalannya di tutup dari di lalui kerana di naiki air banjir. Ingin pulang dari Perak pun tidak juga mengizinkan apabila tanah di jeli selepas Titiwangsa telah runtuh akibat dari lebihan hujan yang terus mencurah ke bumi. 

Allahuakbar, sungguh besar ujian kali ini KAU berikan pada saudara-saudara kami di Negeri-negeri yang mengalami banjir terutama negeri Kelantan. Sesungguhnya ujian itu sangatlah berat untuk mereka tempuhi. Namun KAU lagi mengetahui akan beban yang dipikul oleh mangsa-mangsa banjir. 
Kami redha dengan ketentuanMu. Sesungguhnya perancanganMU adalah tepat. Mungkin juga Kau mahu sucikan tanah di Negeri kami sebelum kami menyambut hukum Hudud pada tahun 2015 ini. InshaAllah, jika itu adalah satu sebabnya, kami redha menerima ujian pertamaMu ini. 

Berita semasa di Gua Musang, hari ini menampakkan keadaan banjir semakin surut walaupun tidak surut sepenuhnya. Persoalannya kemanakah aliran air banjir itu pergi. Jawapannya ialah air mengalir ke hilir. Jadi tempias pertama yang terkena adalah di Kuala Krai. Hari ini kita dapat saksikan banyak rumah-rumah, sekolah hampir ditenggelami air. Di sini ada sedikit gambar yang Galak ambil dari media-media sosial dan page2 yang beritanya sahih.






Pusat Reakriasi Lata Rek, Laloh, 


SMK Manek Urai, Kuala Krai


Masjid di Gua Musang


Jika dilihat dengan mata kasar, kita semua tahu bahawa Gua Musang adalah kawasan yang tinggi kerana terletak di kawasan yang berbukit, jika di sana pun banjir, maka air banjir nya yang sekarang menuju ke hilir akan jadi lebih besar, Tempias pertama d Kuala Krai yang menyaksikan hampir 99% kawasan di sana sudah ditenggelami air banjir. Habis, kemanakah penduduknya dipindahkan? 

Tertanya-tanya kita. Menang tidak di nafikan sudah ada yang meninggal dunia. Wallahuallam. Itu semua takdir Allah s.w.t. 


Terdapat penduduk di Kuala Krai terpaksa berhujan sejuk di dalam hutan yang berbukit tinggi.

Pasar Besar Kuala Krai

Bukit Bekok, Kuala Krai


Sayu hati ini tidak mampu ku ucap dengan kata-kata. Hanyaku mampu tadahkan doa mohon dari Allah s.w.t supaya mereka di jauhi segala ujian berat. 

Sungguhpun banjir besar ini melanda bumi serendah sekebun bunga ini, kita jelas boleh nampak juga dimana terdapat manusia yang ikhlas memberi bantuan, dan tidak juga dinafikan ada yang cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan yang di hadapi oleh mangsa banjir. kita juga boleh lihat rakyat bersatu padu dalam menangani masalah ini. Antaranya kita boleh lihat gotong royong antara penduduk, masyarakat setempat dan di luar yang sama-sama membantu, golongan pemimpin tidak kira pembangkang mahupun kerajaan negeri yang turut memberi sumbangan dari segi bantuan fizikal mahupun kewangan, Masing-masing dilihat sudah membuang ego masing-masing dan bersama-sama memberi bantuan. Yang paling bertuah apabila Sultan sendiri yang turut turun mencemar duli bersama-sama rakyatnya menghulurkan bantuan dalam operasi penyelamat, bantuan fizikal mahupun apa-apa bantuan. Allahuakbar, Panjangkanlah umut Sultan Kami, Sultan Mohamad ke 5, Taunku Faris Petra.  Bertuah kami kerana memiliki Sultan yang berjiwa rakyat. Sultan yang tidak mementingkan darjat dan kebesaran. Sultan yang sangat mengambil berat akan rakyatnya, Khalifah Allah yang benar-benar berjiwa rakyat. Sama-sama turun selami kesakitan, keperitan rakyatnya, Daulat Tuanku.


Sultan Kelantan sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Berpakaian seperti rakyat biasa, tidak berkasut.


Sultan Mohamad ke 5 bersalaman dengan salah seorang mangsa banjir.

Para Pemimpin tidak kira berlainan parti politik duduk semeja berbincang mengenai cara untuk menyelesaikan masalah banjir.


Sesungguhnya banjir pada penghujung tahun 2014 ini adalah satu sejarah banjir di Negeri Kelantan yang boleh saya simpulkan sebagai salah satu sejarah banjir terbesar di Negeri ini. Boleh saya katakan bahawa ini ialah BAH MERAH KE- 2 di Kelantan. 

Ada juga kebaikan yang dapat kita lihat daripada bencana alam ini. Antaranya:

Hubungan silaturrahim antara masyarakat semakin erat dengan adanya semangat tolong menolong, bantu membantu, dan sebagainya.

Pemimpin duduk bersama-sama membincangkan masalah rakyat tanpa memikirkan soal kelainan parti.

Menunjukkan kepada Kerajaan serta pihak bertanggung jawab akan keburukan jika adanya pembalakan secara haram masih berleluasa, peneresan bukit, pembinaan bangunan sehingga sanggup menggondol bukit semata-mata mengejar wang , dan sebagainya. Ini kerana banyak keburukan jika tanah kita sudah semakin tipis , pokok kayu tiada untuk menyerap air dan sebagainya.

Menunjukkan kepada masyarakat untuk sentiasa muhasabah diri serta beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh-NYA.

. Ok lah, setakat ini sahaja entri Galak Hitam mengenai isu banjir di Kelantan tahun 2014 ini, sehingga ketemu lagi di entri yang lain pula. 

Bantuan melalui helikopter di kg Guchil, Kuala Krai

Gambar sebahagian Negeri Kelantan yang mengalami Banjir, ( Diambil pada 26/12/2014)




Tentera sedang memberi bantuan kepada mangsa banjir di SMK Manek Urai, K.Krai. Gambar di ambil dr facebook.com/oghebachok.



Sekian....


note; Semua Gambar di copy dari page-page:

Kelantanfa.com
KelantanFa
Infobanjirkelantan
Berita semasa Kelantan
Fb/Oghebachok




Monday, November 24, 2014

Remaja baru masuk dunia kerjaya, pinjaman peribadi - wajarkah atau berpenyakit?

Assalam dan salam sejahtera buat rakan-rakan serta pembaca blog Galak Hitam. Di sini Galak ingin kupas sedikit isu yang mungkin telah di alami oleh rakan semua atau mungkin juga nasihat tidak sebrapa pakar kepada rakan yang baru meningkat naik/masuk ke alam perkerjaan dalam institusi kerajaan mahupun swasta.

Isu: Remaja yang baru masuk dalam bidang pekerjaan. Galak kaitkan dengan pinjaman peribadi. Wajarkah atau itu satu penyakit. 

p/s; penyakit yang ingin galak maksudkan adalah kesan negatif.

Dewasa ini, semakin ramai masyarakat telah diistihar muflis. Di era serba canggih dan moden serta di zaman korupsi yang mungkin akan menimpa secara tidak sedar, ramai dalam kalangan masyarakat muda atau golongan belia membuat keputusan serba serbi tanpa memikirkan akan kesannya kelak. Apa yang ketara dapat kita lihat ialah ramai golongan belia terlalu cepat ingin merasakan nikmat hasil dari titik peluh. Mungkin ramai di antara mereka yang sudah menyimpan cita-cita untuk memiliki sesuatu tanpa mahu menunggu masa yang sesuai. Kesannya ramai golongan ini mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan. 

Kajian Galak ( kajian bodoh-bodoh jer )  menunjukkan ramai golongan belia sekarang setelah memasuki alam pekerjaan tidak kira dalam institusi kerajaan mahupun swasta mengambil jalan singkat dengan membuat pinjaman peribadi, bak kata orang putih personal loan.  Bukan Galak cemburu mahupun dengki ( sebenarnya cemburu sebab mereka berkelayakan pun )  namun Galak lihat mereka yang mendapat pinjaman tersebut akan berakhiran dengan kehidupan yang tersepit. Maksud Galak, mereka perlu membayar balik pinjaman tiap-tiap bulan walhal gaji mereka hanya sedan-sedan untuk menampung perbelanjaan harian mahupun ingin menyimpan untuk kegunaan dalam masa kecemasan. Memang betul pihak bank akan meluluskan pinjaman kepada yang berkelayakan sahaja, namun kita boleh lihat sejauh mana kita hendak berjimat cermat di belakang hari? 

Sebagai contoh Galak nak tunjuk: 

Jika seorang pekerja dalam bidang Kerajaan bergaji rm 3000 sebulan, maka pinjaman peribadi yang di pinjam dari bank ialah Rm 100,000, dengan tempoh pinjaman selama 10 tahun ( itu dah paling tinggi dah ) , maka peminjamn perlu bayar kepada bank setiap bulan sebanyak Rm 1370++ sebulan. Ok lah, kita kira ya. rm 3000 - Rm 1370/ sebulan : Rm1630/sebulan. Itu baki yang tinggal. Jadi dengan Rm 1630 sebulan, contohlah Galak bagi ye : Minyak kereta ( Rm200/sebulan ), Makan+minum (Rm300/sebulan - itu kalau makan Rm10/sehari ), sewa rumah (Rm 400/sebulan duduk rumah flat tingkat paling tinggi lah ko dengan sewa harga rm400 sebulan ). Ok Galak buat kiraan basic sahaja ye. Kesemua anda perlu belanjakan sebanyak Rm 900/sebulan. Jadi jika ditolak Rm 1630 - Rm 900 : Rm730/sebulan. Jadi dengan Rm 730 itu lah adalah simpanan yang anda dapat. Mungkin cukuplah bagi yang hidup bujang. Kalau yang berkahwin pula? ada pula anak? Mungkin Suami + isteri bekerja, maka boleh lah untuk menampung kehidupan harian. Persoalannya berpeluangkah anda untuk pergi shopping setiap minggu? kelengkapan dapurnya? dan sebagainya.. Itu tidak lagi termasuk bayar bil-bil telefon, eletrik+air, kerosakan kenderaan, pakaian, dll.  Agak-agak anda berapa ringgitkah dapat anda simpan setiap bulan?? Itu persoalan Galak kepada rakan-rakan semua.. 

Oklah, itu sedikit contoh kira-kira yang Galak tunjukkan. Tapi rasa Galak, orang kita sekarang semua kerja gaji besar-besar, jadi tidak ada masalahlah bagi orang kita untuk membuat seberapa banyak pinjaman pun kan. ( Galak senyum sinis sambil korek hidung ). 

Sebenarnya rakan-rakan yang dihormati sekalian, Galak sebenarnya bukanlah prejudis atau cemburu dengan mereka yang berkelayakan membuat pinjaman apa bagai semua itu, cuma Galak sedikit khuatir sebab kebanyakan yang membuat pinjaman adalah semata-mata untuk membeli kereta, buat perbelanjaan untuk kahwin ( memanglah bagus jika berniat baik untuk mendirikan sebuah masjid )  tapi kalau boleh elakkan dari membuat pinjaman, simpan dulu sedikit-sedikit dari gaji anda. sekurang-kurangnya selepas kahwin nanti, tidaklah anda akan terbeban di setiap pelusuk cabang sana sini. Kalau buat pinjaman untuk membeli kereta, selama manakah tahan kereta anda itu? kalau buat pinjaman untuk membeli hartanah ITU OK!!!!... Kerana apa? kerana nilai hartanah di negara kita atau di mana-mana negara susah nak jatuh, makin naik adalah. nak lagi untuk, beli rumah lepas itu bagi sewa. Buat pelaburan la kawan.  Jadi semestinyalah tiap-tiap bulan kita dapat wang (side income la wei.)..  Kebanyakan yang nampak jalan itu, mereka berebut-rebut mencari peluang untuk buat pelaburan. Tapi sayang, orang kita di Malaysia ni tidak berapa ramai yang sanggup atau berani untuk melabur. Yang banyaknya melabur dalam skim cepat miskin terus mampus. Wallahuallam. Sayang seribu kali sayang. Kalau bangsa lain, mereka lagi berebut-rebut untuk membeli hartanah sebagai pelaburan. Nasib baiklah kerajaan cerdik sedikit. Di buatnya tanah untuk rizab Melayu. Hanya orang melayu sahaja yang boleh membeli hartanah di kawasan tersebut. Orang bukan melayu tidak boleh beli. 

Namun kebanyakan rakyat Melayu kita tidak berkelayakan!!! Kenapa tidak layak ye sedangkan gaji besar??? Ni dia jawapan Galak; Macam mana nak layak kalau kau dan buat pelbagai pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta ( beli kereta mahal-mahal sebab cita-cita kan..mana nak pakai kereta seconhand atau kereta kecik-kecik ni.. nanti orang tak pandang )..  Ha... disebabkan pelbagai komitmen tersebutlah maka pinjaman dalam bidang perumahan tidak lulus atau tidak layak. 

Kesimpulannya. ( Meh sini baca Galak nak pesan);
Kita perlulah bijak dalam mengawal segala kemahuan dan kehendak kita. Jangan biarkan nafsu memijak kita untuk kita rebah ke arahnya. Sentiasakanlah beristikharah dan meminta pendapat dari Golongan yang lebih tua mengenai sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.( kalau boleh biarlah jauh lagi tua dari kau, barulah banyak pengalaman. Barulah juga nasihat dia berguna pada kau ).   Kalau boleh, gunalah ke arah yang betul dan menguntungkan anda dan bukan merugikan serta menyempitkan lagi kehidupan anda. Ingatlah wahai rakan-rakan Galak Hitam serta pembaca sekalian. Jadi, anda fikirkanlah samaada Wajar atau berpenyakit entri yang Galak bincang tersebut.  

Sudah letih Galak menaip entri ini. Harapan Galak agar anda membaca sampai habis. Kalau tak faham? buat-buat faham je lah ye. Kang kalu bagi Galak soalan, jenuh pulak Galak nak cari jawapan.. Hehe.. Sehingga ketemu lagi di entri yang lain pula. Sekian. 



p/s: Galak ingin memohon maaf kepada rakan pembaca sekiranya terdapat ayat-ayat Galak yang mengguris hati pembaca sekalian. Niat Galak ikhlas dalam memberi pandangan dan pendapat yakni dari pemikiran serta dari otak kosong Galak ini. Tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja antara yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekian.

Friday, October 31, 2014

Hadiah -

Hadiah itu sungguh istimewa,
isi hati, ucapan, pelawaan
semua pada hadiah itu.

kau terima dengan terbuka
tapi tidak teliti akan isinya
hanya buka, ambil dan buang
bila sudah habis.

keistimewaan hilang tanpa kau
tau. Pohon tunduk bangun semula
langit cerah mendung kembali
bila lihat arah tuju hadiah itu.

Sungguh celaka wahai otakmu
yang tidak pernah memikirkan
tentang isi hadiah itu.

Tuesday, October 21, 2014

Apa sudah jadi - Anjing babi mula popular

Apa nak jadi jika sudah terjadi,
ungkapan manusia mula marah,
tak kira anjing atau babi,
jika benda sudah terjadi,
siapa patut dipersalahi?

Adakah
-setiausaha penganjur
-peserta mahupun pengunjung
-atau kamu yang alim sedang membaca

mereka lagi suka
akhlak agama islam musnah
gara-gara ustaz moden zaman ini.
Musnah!! musnah!

aku fikir dunia semakin tua
otak manusia sudah berpusing
ke arah lawannya matahari terbenam
neraka sudah pasti, syurga lagi pasti.

Apa kerajaan buat ?
Tangani atau tepuk tangan,
yang pasti publisiti murahan pasti muncul
tak lama lagi. Pasti.

Saturday, October 11, 2014

Nelayan tua di Pangkin usang.

Nelayan tua di pangkin usang
menungnya jauh ke arah laut
setia menunggu kolek-kolek 
pulang dengan hasilnya,

Nelayan tua di pangkin usang,
kaburnya mata namun tetap memerhati,
tatkala kadangnya nampak objek kecil
di tengah laut yang semakin berombak kasar.

Nelayan tua di pangkin usang,
umurnya sudah pikun,
warasnya sudah surut,
tapi ingatanya setia pada kerjanya.

Datangnya seorang peraih lama,
bertanya tentang hasil laut,
Nelayan tua di pangkin usang menjawab,
"ikan semakin kecil, pukat semakin halus".

Si peraih beredar kecewa,
Memikirkan isi hati Nelayan itu,
meninggalkan pangkin usang,
Nelayan tua tetap di situ.

Senja menjelma cepat,
Nelayan tua masih di situ,
Setia menunggu kolek pulang
takkala malamnya gelap gelita.

Nelayan tua di pangkin usang.
Lantasnya hilang dari pangkin usang,
setelah kolek-kolek pulang kemenangan,
Nelayan tua pergi membawa janji kalam.


Monday, October 6, 2014

Perompak Bodoh - sajak

Dia hanya perompak bodoh,
yang selalu mengambil kesempatan
ketika dunia sedang lena dibuai 
mimpi janji yang tipu.

Dia bodoh kerana hidup dalam kemewahan
hingga tidak mengerti erti kepapaan hidup 
dunia yang setiap harinya hanya menunggu
masa untuk kiamat.

Dia bodoh!!
Sering kali di suruh turun bersama dunia
namun dia lebih memilih untuk bersantai
di kamar emas binaan dunia sokongan
yang dia perbodohkan sejak dari mula.

Aku di sini amatlah yakin,
bahawa si bodoh itu akan pergi
kerana dunia akan turun
mengusir dari berada di situ.

Dia, berkepala sedikitnya rambut
uban dengan sulah kepala
isterinya itu suaminya
dan si bodoh itu adalah lembunya.
Lembu di cucuk hidung.

Thursday, October 2, 2014

Cemburu buta - sikap Negatif

Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakan taulan. 
Sempena hari kenaikan sebanyak Rm 0.20 minyak petrol ron95 ini, saya ada sedikit ulasan.
Ulasan yang tidak sama sekali berkait rapat dengan kesan kenaikan harga minyak tersebut walau harian ke tempat kerja memerlukan sumber kewangan yang boleh menjamin pergerakan kenderaan saya kerana sudah pasti ia memerlukan sumber minyak untuk membolehkan suatu kenderaan bergerak. 

Adapun bergitu, perbelanjaan saya bertambahlah dari 3 ringgit ke 4 ringgit sekali perjalanan. Mungkin. Apapun saya pasti akan merancang segala perjalanan, sumber kewangan agar kelangsungan hidup saya berjalan lancar kecuali jika takdir . Takdir yang sudah pasti tiada siapa yang boleh menyangkal atau menolaknya. 

Berikut sedikit info dan mukaddimah saya. Seterusnya, saya sebenarnya ingin bercerita mengenai suatu sikap negatif dalam kehidupan. Tidak kira yang baik atau yang tidak baik, sikap negatif pastinya akan terjadi dalam kehidupan. Sikap yang saya ingin maksudkan adalah sikap tidak puas hati terhadap orang lain tidak kira sesiapa sahaja samaada rakan baik, kenalan biasa, keluarga dan sebagainya. Apa yang menjadi penyebab kepada berlakunya gejala negatif tersebut?

Satunya ialah bila kita mencemburui pihak lain. Cemburu tidak hanya cemburu kerana kawan mempunyai teman wanita/lelaki yang baik dan menawan atau kaya tetapi cemburu boleh juga dari segi cemburu di sebabkan kawan lagi hebat dari kita, kawan lebih pandai dari kita, kawan lebih di sayangi dari kita, atau sebagainya. Perkara sedemikian sebenarnya bukan sahaja menyebabkan gejala negatif tersebut mulai menguasai diri malah ia akan menjadi lebih parah bila kita akan selalu mempraktikkanya gejala tersebut setiap masa tidak kira seminggu sekali , sebulan sekali atau setiap hari sekalipun, bila kita sudah terbiasa menceburui pihak lain, maka secara tidak sedar gejala tersebut akan terus diterap ke dalam jiwa kita. Maka secara tidak langsung, kita akan selalulah mencemburui pihak lain setiap hari. Walaubagaimanapun, sikap tersebut sebenarnya boleh sahaja di hindar. Caranya adalah dengan bersaing secara adil. Contohnya jika kawan kita dapat menjana pendapatan yang banyak setiap bulan, jadi apa salahnya kita berusaha lebih dari biasa untuk menjada pendapatan yang sama atau lebih dari kawan kita. Maka cari itu bukan sahaja menghindarkan kita dari berfikiran negatif malah ia juga menimbulkan suatu gejala yang positif iaitu bersaing secara sihat. Di nasihatkan juga kita supaya janganlah mudah putus ada walau segala usaha tersebut tidak menjadi. Mungkin rezeki belum lagi sampai. 

Oklah.cau dulu.


Tuesday, September 9, 2014

Bla bla bla...Entri Kosong sahaja

haih ( mengeluh )... Lama benar tidak menjenguk medium blog Galak ni. Tetiba rasa rindu untuk menaip huruf-huruf di sini. Kengkangan masa serta laptop Galak yang rosak menjadi faktor utama Galak tidak mempunyai kesempatan untuk menulis. Idea? itu pun satu punca utama juga.. hihi ( gelak kecil )... Mata melihat jam menunjukkan sudah pukul 6.30 petang. Sepatutnya Galak sudah pulang ke rumah, namun apa kan daya, appoiment ( gila cakap org putih pulak ) melanda.. Terpaksa mengikuti temu janji yang sudah di janjikan.. 

Waduh-waduh... apa benda yang nak galak cakapkan ni... ( otak pusing )

okay..okay... Pertama-tamanya, Galak menulis ni atas sebab ingin menaikkan semangat Galak untuk menulis dan menulis. Tak kira cerita kucing, gajah, manusia, benda sekalipun, yang penting galak nak bercerita mengenai sesuatu benda yang boleh memberi pengetahuan serta berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan pembaca sekalian. Tak kiralah boring anda membaca ataupun tidak kan.. Yang penting apa yang galak ingin sampaikan itu sampai kepada anda sekalian... Hehe...

Entri ni sebenarnya 'kosong' bak menepuk angin di mana-mana sahaja. Suatu benda pun tak rasakan.. Tapi nanti jika ada sesuatu samaada pengalaman, pengetahuan, sejarah atau apa-apa sahaja, galak akan bercerita dalam medium ni.. 

Mood: tunggu laptop Galak siap di baiki..hehe... 

ok bai.... 

Tuesday, July 22, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

AS SALAM dan SALAM SEJAHTERA,

Buat sabahat handai serta sahabat blog Galak Hitam. Hari ni bertarikh 23 hb 7 tahun 2014. Lagi 5 hari untuk kita sebagai umat islam menyambut hari lebaran Raya puasa. Walau sudah lama Galak Hitam tidak update Blog disebabkan oleh kengkangan masa dan juga yang paling penting LAPTOP Galak Hitam rosak... Waaaaa tak boleh la nk online. Namun di kesempatan ini, Galak Hitam terpaksa mencuri masa di tempat keje untuk meng-update blog ni.

Ok lah.. Dari membebel mengarut sampai kawan2 tidak mahu bace, jadi Galak Hitam nk pendekkan cerita lah... 

Di kesempatan ini, Galak Hitam ingin mengucapkan Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri bagi umat islam di Malaysia serta di mana jua. Semoga hari raya tahun ni memberi seribu keberkatan serta kegembiraan bagi kalian semua. In Sha Allah... Galak Hitam juga ingin memohon ampun maaf sekiranya terdapat ayat-ayat, nukilan yang tidak seberapa menimbul rasa tidak puas hati bagi kalian yang membaca. :) 

SALAM RAMAHDAN dan SALAM LEBARAN dari GALAK HITAM. 



Wednesday, February 19, 2014

Pohon redup di kaki bukit

Pohon redup di kaki bukit. Nyaman dan tenang, menjadi perteduhan sang petani, kala dalam bercucuk tanam. 
Kala dalam perjalanan hidup. 

Dunia menjadi metropolitan, pokok redup bertukar balak, petani mula bongkok usia. 
Tanah kebun menjadi Kubur.