Followers

Pages

Friday, October 31, 2014

Hadiah -

Hadiah itu sungguh istimewa,
isi hati, ucapan, pelawaan
semua pada hadiah itu.

kau terima dengan terbuka
tapi tidak teliti akan isinya
hanya buka, ambil dan buang
bila sudah habis.

keistimewaan hilang tanpa kau
tau. Pohon tunduk bangun semula
langit cerah mendung kembali
bila lihat arah tuju hadiah itu.

Sungguh celaka wahai otakmu
yang tidak pernah memikirkan
tentang isi hadiah itu.

Tuesday, October 21, 2014

Apa sudah jadi - Anjing babi mula popular

Apa nak jadi jika sudah terjadi,
ungkapan manusia mula marah,
tak kira anjing atau babi,
jika benda sudah terjadi,
siapa patut dipersalahi?

Adakah
-setiausaha penganjur
-peserta mahupun pengunjung
-atau kamu yang alim sedang membaca

mereka lagi suka
akhlak agama islam musnah
gara-gara ustaz moden zaman ini.
Musnah!! musnah!

aku fikir dunia semakin tua
otak manusia sudah berpusing
ke arah lawannya matahari terbenam
neraka sudah pasti, syurga lagi pasti.

Apa kerajaan buat ?
Tangani atau tepuk tangan,
yang pasti publisiti murahan pasti muncul
tak lama lagi. Pasti.

Saturday, October 11, 2014

Nelayan tua di Pangkin usang.

Nelayan tua di pangkin usang
menungnya jauh ke arah laut
setia menunggu kolek-kolek 
pulang dengan hasilnya,

Nelayan tua di pangkin usang,
kaburnya mata namun tetap memerhati,
tatkala kadangnya nampak objek kecil
di tengah laut yang semakin berombak kasar.

Nelayan tua di pangkin usang,
umurnya sudah pikun,
warasnya sudah surut,
tapi ingatanya setia pada kerjanya.

Datangnya seorang peraih lama,
bertanya tentang hasil laut,
Nelayan tua di pangkin usang menjawab,
"ikan semakin kecil, pukat semakin halus".

Si peraih beredar kecewa,
Memikirkan isi hati Nelayan itu,
meninggalkan pangkin usang,
Nelayan tua tetap di situ.

Senja menjelma cepat,
Nelayan tua masih di situ,
Setia menunggu kolek pulang
takkala malamnya gelap gelita.

Nelayan tua di pangkin usang.
Lantasnya hilang dari pangkin usang,
setelah kolek-kolek pulang kemenangan,
Nelayan tua pergi membawa janji kalam.


Monday, October 6, 2014

Perompak Bodoh - sajak

Dia hanya perompak bodoh,
yang selalu mengambil kesempatan
ketika dunia sedang lena dibuai 
mimpi janji yang tipu.

Dia bodoh kerana hidup dalam kemewahan
hingga tidak mengerti erti kepapaan hidup 
dunia yang setiap harinya hanya menunggu
masa untuk kiamat.

Dia bodoh!!
Sering kali di suruh turun bersama dunia
namun dia lebih memilih untuk bersantai
di kamar emas binaan dunia sokongan
yang dia perbodohkan sejak dari mula.

Aku di sini amatlah yakin,
bahawa si bodoh itu akan pergi
kerana dunia akan turun
mengusir dari berada di situ.

Dia, berkepala sedikitnya rambut
uban dengan sulah kepala
isterinya itu suaminya
dan si bodoh itu adalah lembunya.
Lembu di cucuk hidung.

Thursday, October 2, 2014

Cemburu buta - sikap Negatif

Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakan taulan. 
Sempena hari kenaikan sebanyak Rm 0.20 minyak petrol ron95 ini, saya ada sedikit ulasan.
Ulasan yang tidak sama sekali berkait rapat dengan kesan kenaikan harga minyak tersebut walau harian ke tempat kerja memerlukan sumber kewangan yang boleh menjamin pergerakan kenderaan saya kerana sudah pasti ia memerlukan sumber minyak untuk membolehkan suatu kenderaan bergerak. 

Adapun bergitu, perbelanjaan saya bertambahlah dari 3 ringgit ke 4 ringgit sekali perjalanan. Mungkin. Apapun saya pasti akan merancang segala perjalanan, sumber kewangan agar kelangsungan hidup saya berjalan lancar kecuali jika takdir . Takdir yang sudah pasti tiada siapa yang boleh menyangkal atau menolaknya. 

Berikut sedikit info dan mukaddimah saya. Seterusnya, saya sebenarnya ingin bercerita mengenai suatu sikap negatif dalam kehidupan. Tidak kira yang baik atau yang tidak baik, sikap negatif pastinya akan terjadi dalam kehidupan. Sikap yang saya ingin maksudkan adalah sikap tidak puas hati terhadap orang lain tidak kira sesiapa sahaja samaada rakan baik, kenalan biasa, keluarga dan sebagainya. Apa yang menjadi penyebab kepada berlakunya gejala negatif tersebut?

Satunya ialah bila kita mencemburui pihak lain. Cemburu tidak hanya cemburu kerana kawan mempunyai teman wanita/lelaki yang baik dan menawan atau kaya tetapi cemburu boleh juga dari segi cemburu di sebabkan kawan lagi hebat dari kita, kawan lebih pandai dari kita, kawan lebih di sayangi dari kita, atau sebagainya. Perkara sedemikian sebenarnya bukan sahaja menyebabkan gejala negatif tersebut mulai menguasai diri malah ia akan menjadi lebih parah bila kita akan selalu mempraktikkanya gejala tersebut setiap masa tidak kira seminggu sekali , sebulan sekali atau setiap hari sekalipun, bila kita sudah terbiasa menceburui pihak lain, maka secara tidak sedar gejala tersebut akan terus diterap ke dalam jiwa kita. Maka secara tidak langsung, kita akan selalulah mencemburui pihak lain setiap hari. Walaubagaimanapun, sikap tersebut sebenarnya boleh sahaja di hindar. Caranya adalah dengan bersaing secara adil. Contohnya jika kawan kita dapat menjana pendapatan yang banyak setiap bulan, jadi apa salahnya kita berusaha lebih dari biasa untuk menjada pendapatan yang sama atau lebih dari kawan kita. Maka cari itu bukan sahaja menghindarkan kita dari berfikiran negatif malah ia juga menimbulkan suatu gejala yang positif iaitu bersaing secara sihat. Di nasihatkan juga kita supaya janganlah mudah putus ada walau segala usaha tersebut tidak menjadi. Mungkin rezeki belum lagi sampai. 

Oklah.cau dulu.