Followers

Pages

Monday, November 24, 2014

Remaja baru masuk dunia kerjaya, pinjaman peribadi - wajarkah atau berpenyakit?

Assalam dan salam sejahtera buat rakan-rakan serta pembaca blog Galak Hitam. Di sini Galak ingin kupas sedikit isu yang mungkin telah di alami oleh rakan semua atau mungkin juga nasihat tidak sebrapa pakar kepada rakan yang baru meningkat naik/masuk ke alam perkerjaan dalam institusi kerajaan mahupun swasta.

Isu: Remaja yang baru masuk dalam bidang pekerjaan. Galak kaitkan dengan pinjaman peribadi. Wajarkah atau itu satu penyakit. 

p/s; penyakit yang ingin galak maksudkan adalah kesan negatif.

Dewasa ini, semakin ramai masyarakat telah diistihar muflis. Di era serba canggih dan moden serta di zaman korupsi yang mungkin akan menimpa secara tidak sedar, ramai dalam kalangan masyarakat muda atau golongan belia membuat keputusan serba serbi tanpa memikirkan akan kesannya kelak. Apa yang ketara dapat kita lihat ialah ramai golongan belia terlalu cepat ingin merasakan nikmat hasil dari titik peluh. Mungkin ramai di antara mereka yang sudah menyimpan cita-cita untuk memiliki sesuatu tanpa mahu menunggu masa yang sesuai. Kesannya ramai golongan ini mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan. 

Kajian Galak ( kajian bodoh-bodoh jer )  menunjukkan ramai golongan belia sekarang setelah memasuki alam pekerjaan tidak kira dalam institusi kerajaan mahupun swasta mengambil jalan singkat dengan membuat pinjaman peribadi, bak kata orang putih personal loan.  Bukan Galak cemburu mahupun dengki ( sebenarnya cemburu sebab mereka berkelayakan pun )  namun Galak lihat mereka yang mendapat pinjaman tersebut akan berakhiran dengan kehidupan yang tersepit. Maksud Galak, mereka perlu membayar balik pinjaman tiap-tiap bulan walhal gaji mereka hanya sedan-sedan untuk menampung perbelanjaan harian mahupun ingin menyimpan untuk kegunaan dalam masa kecemasan. Memang betul pihak bank akan meluluskan pinjaman kepada yang berkelayakan sahaja, namun kita boleh lihat sejauh mana kita hendak berjimat cermat di belakang hari? 

Sebagai contoh Galak nak tunjuk: 

Jika seorang pekerja dalam bidang Kerajaan bergaji rm 3000 sebulan, maka pinjaman peribadi yang di pinjam dari bank ialah Rm 100,000, dengan tempoh pinjaman selama 10 tahun ( itu dah paling tinggi dah ) , maka peminjamn perlu bayar kepada bank setiap bulan sebanyak Rm 1370++ sebulan. Ok lah, kita kira ya. rm 3000 - Rm 1370/ sebulan : Rm1630/sebulan. Itu baki yang tinggal. Jadi dengan Rm 1630 sebulan, contohlah Galak bagi ye : Minyak kereta ( Rm200/sebulan ), Makan+minum (Rm300/sebulan - itu kalau makan Rm10/sehari ), sewa rumah (Rm 400/sebulan duduk rumah flat tingkat paling tinggi lah ko dengan sewa harga rm400 sebulan ). Ok Galak buat kiraan basic sahaja ye. Kesemua anda perlu belanjakan sebanyak Rm 900/sebulan. Jadi jika ditolak Rm 1630 - Rm 900 : Rm730/sebulan. Jadi dengan Rm 730 itu lah adalah simpanan yang anda dapat. Mungkin cukuplah bagi yang hidup bujang. Kalau yang berkahwin pula? ada pula anak? Mungkin Suami + isteri bekerja, maka boleh lah untuk menampung kehidupan harian. Persoalannya berpeluangkah anda untuk pergi shopping setiap minggu? kelengkapan dapurnya? dan sebagainya.. Itu tidak lagi termasuk bayar bil-bil telefon, eletrik+air, kerosakan kenderaan, pakaian, dll.  Agak-agak anda berapa ringgitkah dapat anda simpan setiap bulan?? Itu persoalan Galak kepada rakan-rakan semua.. 

Oklah, itu sedikit contoh kira-kira yang Galak tunjukkan. Tapi rasa Galak, orang kita sekarang semua kerja gaji besar-besar, jadi tidak ada masalahlah bagi orang kita untuk membuat seberapa banyak pinjaman pun kan. ( Galak senyum sinis sambil korek hidung ). 

Sebenarnya rakan-rakan yang dihormati sekalian, Galak sebenarnya bukanlah prejudis atau cemburu dengan mereka yang berkelayakan membuat pinjaman apa bagai semua itu, cuma Galak sedikit khuatir sebab kebanyakan yang membuat pinjaman adalah semata-mata untuk membeli kereta, buat perbelanjaan untuk kahwin ( memanglah bagus jika berniat baik untuk mendirikan sebuah masjid )  tapi kalau boleh elakkan dari membuat pinjaman, simpan dulu sedikit-sedikit dari gaji anda. sekurang-kurangnya selepas kahwin nanti, tidaklah anda akan terbeban di setiap pelusuk cabang sana sini. Kalau buat pinjaman untuk membeli kereta, selama manakah tahan kereta anda itu? kalau buat pinjaman untuk membeli hartanah ITU OK!!!!... Kerana apa? kerana nilai hartanah di negara kita atau di mana-mana negara susah nak jatuh, makin naik adalah. nak lagi untuk, beli rumah lepas itu bagi sewa. Buat pelaburan la kawan.  Jadi semestinyalah tiap-tiap bulan kita dapat wang (side income la wei.)..  Kebanyakan yang nampak jalan itu, mereka berebut-rebut mencari peluang untuk buat pelaburan. Tapi sayang, orang kita di Malaysia ni tidak berapa ramai yang sanggup atau berani untuk melabur. Yang banyaknya melabur dalam skim cepat miskin terus mampus. Wallahuallam. Sayang seribu kali sayang. Kalau bangsa lain, mereka lagi berebut-rebut untuk membeli hartanah sebagai pelaburan. Nasib baiklah kerajaan cerdik sedikit. Di buatnya tanah untuk rizab Melayu. Hanya orang melayu sahaja yang boleh membeli hartanah di kawasan tersebut. Orang bukan melayu tidak boleh beli. 

Namun kebanyakan rakyat Melayu kita tidak berkelayakan!!! Kenapa tidak layak ye sedangkan gaji besar??? Ni dia jawapan Galak; Macam mana nak layak kalau kau dan buat pelbagai pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta ( beli kereta mahal-mahal sebab cita-cita kan..mana nak pakai kereta seconhand atau kereta kecik-kecik ni.. nanti orang tak pandang )..  Ha... disebabkan pelbagai komitmen tersebutlah maka pinjaman dalam bidang perumahan tidak lulus atau tidak layak. 

Kesimpulannya. ( Meh sini baca Galak nak pesan);
Kita perlulah bijak dalam mengawal segala kemahuan dan kehendak kita. Jangan biarkan nafsu memijak kita untuk kita rebah ke arahnya. Sentiasakanlah beristikharah dan meminta pendapat dari Golongan yang lebih tua mengenai sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.( kalau boleh biarlah jauh lagi tua dari kau, barulah banyak pengalaman. Barulah juga nasihat dia berguna pada kau ).   Kalau boleh, gunalah ke arah yang betul dan menguntungkan anda dan bukan merugikan serta menyempitkan lagi kehidupan anda. Ingatlah wahai rakan-rakan Galak Hitam serta pembaca sekalian. Jadi, anda fikirkanlah samaada Wajar atau berpenyakit entri yang Galak bincang tersebut.  

Sudah letih Galak menaip entri ini. Harapan Galak agar anda membaca sampai habis. Kalau tak faham? buat-buat faham je lah ye. Kang kalu bagi Galak soalan, jenuh pulak Galak nak cari jawapan.. Hehe.. Sehingga ketemu lagi di entri yang lain pula. Sekian. 



p/s: Galak ingin memohon maaf kepada rakan pembaca sekiranya terdapat ayat-ayat Galak yang mengguris hati pembaca sekalian. Niat Galak ikhlas dalam memberi pandangan dan pendapat yakni dari pemikiran serta dari otak kosong Galak ini. Tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja antara yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekian.