Followers

Pages

Monday, December 29, 2014

PUISI BAH 2014 - PANTAI TIMUR

Puisi Bah 2014 - Pantai Timur

Kami, rakyat pantai timur
yang terperusuk di hujung dunia
Tidak tersiar di kaca media,

walhal teruknya kami,
hampir semua musnah,
hampir segelintir manusia pergi
bertemu ilahi.
Hampir semua pemimpin lari,
dan hampir semua tenaga kami beri.

Apakah bencana ini yang paling teruk?
oh tidak! itu baru sedikit. Sedikit 
bencana Allah s.w.t turunkan 
tujuan untuk kita sama-sama mengingati.

Ini hanya secebis mimpi hitam,
yang hitam ada putihnya,
yang berbalah kini berbaik,
yang jauh kini dekat,
yang kaya miskin bersama-sama,
yang wangi busuk setia berdampingan.
Muafakatnya kali ini. Harapnya esok juga
sama dan seterusnya.

Terima kasih pada yang memberi,
Bantuan moral dan fizikal.
Bantuan wang dan juga Doa,
semoga berkat hidup kalian,
dan dirahmati Yang Maha Esa.

Sedar dari mimpi, kelmarin sudah terjadi, 
hari ini kita nanti dengan penuh debar
esok tidak ketahui lagi,Tidak kita ketahui!!
apa bencana yang mungkin pasti.
Bila kita masih menjauhi,
akan perintah Yang Maha Kuasa.

Friday, December 26, 2014

BANJIR BESAR DI KELANTAN December 2014

Hari ni masuk hari ke Seminggu Kelantan di landa banjir. Banjir yang aku boleh katakan sebagai BAH MERAH Ke-2. Kenapa ?

           DISEBABKAN banjir yang melanda Negeri Kelantan kali ini adalah lebih teruk dari kejadian banjir pada tahun 2004 dulu yang mana hampir keseluruhan Bandar Kota Bharu di naiki air. Namun hari ini, bersamaan 27 december 2014, kita dapat menyaksikan bahawa seluruh Bandar Kota Bharu sudah dipenuhi air yang mana takat air sudah melepasi paras pinggang dan makin naik ke paras dada. Ada sesetengah tempat, bangunannya sudah di tenggelam oleh air Bah.

Antara Bandar serta daerah yang teruk dilanda banjir ialah Gua Musang, Kuala Krai. Dua bandar ini pada masa ini boleh di katakan sudah mengalami tahap kritikal di mana semua bangunan sudah ditenggelami air. Penduduk masing-masing sedang bertungkus lumus dalam misi untuk menyelamatkan diri, keluarga masing-masing dibantu oleh pihak-pihak seperti JPAM, BOMBA, POLIS, wakil NGO, Pemimpin, wakil rakyat dan ramai lagi. Tidak kurangnya ramai juga yang mencemuh Negeri ini. Ada sesetengahnya sanggup melempar kata-kata hina terhadap Negeri Kelantan. Negeri saya, dan Negeri Kami. Semoga Allah s.w.t sedarkan mereka yang berprasangka buruk itu dari terus mencaci, menghina negeri ini. 

Tidak ku nafikan bahawa mungkin ramai yang telah terkorban dalam bencana alam ini. Antara sebabnya mungkin lemas dibawa arus deras, kesejukan serta kelaparan kerana terputus bekalan makanan serta perhubungan. Tidak juga ku nafikan ada juga yang masih dipanjangkan umurnya oleh Allah walaupun sedang bertarung dengan arus deras atau kebuluran dan kesejukan. Allahuakbar, sebak di dada, terdetik hati untuk pulang ke Negeri ku untuk menyumbang tenaga dalam membantu mangsa yang memerlukan, namun keadaan tidak memaksaku untuk pulang kerana semua perhubungan untuk pulang ke Kampung sudah terputus. Gua Musang terpaksa di tutup kerana banjir, begitu juga dengan pahang dan terengganu juga jalannya di tutup dari di lalui kerana di naiki air banjir. Ingin pulang dari Perak pun tidak juga mengizinkan apabila tanah di jeli selepas Titiwangsa telah runtuh akibat dari lebihan hujan yang terus mencurah ke bumi. 

Allahuakbar, sungguh besar ujian kali ini KAU berikan pada saudara-saudara kami di Negeri-negeri yang mengalami banjir terutama negeri Kelantan. Sesungguhnya ujian itu sangatlah berat untuk mereka tempuhi. Namun KAU lagi mengetahui akan beban yang dipikul oleh mangsa-mangsa banjir. 
Kami redha dengan ketentuanMu. Sesungguhnya perancanganMU adalah tepat. Mungkin juga Kau mahu sucikan tanah di Negeri kami sebelum kami menyambut hukum Hudud pada tahun 2015 ini. InshaAllah, jika itu adalah satu sebabnya, kami redha menerima ujian pertamaMu ini. 

Berita semasa di Gua Musang, hari ini menampakkan keadaan banjir semakin surut walaupun tidak surut sepenuhnya. Persoalannya kemanakah aliran air banjir itu pergi. Jawapannya ialah air mengalir ke hilir. Jadi tempias pertama yang terkena adalah di Kuala Krai. Hari ini kita dapat saksikan banyak rumah-rumah, sekolah hampir ditenggelami air. Di sini ada sedikit gambar yang Galak ambil dari media-media sosial dan page2 yang beritanya sahih.






Pusat Reakriasi Lata Rek, Laloh, 


SMK Manek Urai, Kuala Krai


Masjid di Gua Musang


Jika dilihat dengan mata kasar, kita semua tahu bahawa Gua Musang adalah kawasan yang tinggi kerana terletak di kawasan yang berbukit, jika di sana pun banjir, maka air banjir nya yang sekarang menuju ke hilir akan jadi lebih besar, Tempias pertama d Kuala Krai yang menyaksikan hampir 99% kawasan di sana sudah ditenggelami air banjir. Habis, kemanakah penduduknya dipindahkan? 

Tertanya-tanya kita. Menang tidak di nafikan sudah ada yang meninggal dunia. Wallahuallam. Itu semua takdir Allah s.w.t. 


Terdapat penduduk di Kuala Krai terpaksa berhujan sejuk di dalam hutan yang berbukit tinggi.

Pasar Besar Kuala Krai

Bukit Bekok, Kuala Krai


Sayu hati ini tidak mampu ku ucap dengan kata-kata. Hanyaku mampu tadahkan doa mohon dari Allah s.w.t supaya mereka di jauhi segala ujian berat. 

Sungguhpun banjir besar ini melanda bumi serendah sekebun bunga ini, kita jelas boleh nampak juga dimana terdapat manusia yang ikhlas memberi bantuan, dan tidak juga dinafikan ada yang cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan yang di hadapi oleh mangsa banjir. kita juga boleh lihat rakyat bersatu padu dalam menangani masalah ini. Antaranya kita boleh lihat gotong royong antara penduduk, masyarakat setempat dan di luar yang sama-sama membantu, golongan pemimpin tidak kira pembangkang mahupun kerajaan negeri yang turut memberi sumbangan dari segi bantuan fizikal mahupun kewangan, Masing-masing dilihat sudah membuang ego masing-masing dan bersama-sama memberi bantuan. Yang paling bertuah apabila Sultan sendiri yang turut turun mencemar duli bersama-sama rakyatnya menghulurkan bantuan dalam operasi penyelamat, bantuan fizikal mahupun apa-apa bantuan. Allahuakbar, Panjangkanlah umut Sultan Kami, Sultan Mohamad ke 5, Taunku Faris Petra.  Bertuah kami kerana memiliki Sultan yang berjiwa rakyat. Sultan yang tidak mementingkan darjat dan kebesaran. Sultan yang sangat mengambil berat akan rakyatnya, Khalifah Allah yang benar-benar berjiwa rakyat. Sama-sama turun selami kesakitan, keperitan rakyatnya, Daulat Tuanku.


Sultan Kelantan sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Berpakaian seperti rakyat biasa, tidak berkasut.


Sultan Mohamad ke 5 bersalaman dengan salah seorang mangsa banjir.

Para Pemimpin tidak kira berlainan parti politik duduk semeja berbincang mengenai cara untuk menyelesaikan masalah banjir.


Sesungguhnya banjir pada penghujung tahun 2014 ini adalah satu sejarah banjir di Negeri Kelantan yang boleh saya simpulkan sebagai salah satu sejarah banjir terbesar di Negeri ini. Boleh saya katakan bahawa ini ialah BAH MERAH KE- 2 di Kelantan. 

Ada juga kebaikan yang dapat kita lihat daripada bencana alam ini. Antaranya:

Hubungan silaturrahim antara masyarakat semakin erat dengan adanya semangat tolong menolong, bantu membantu, dan sebagainya.

Pemimpin duduk bersama-sama membincangkan masalah rakyat tanpa memikirkan soal kelainan parti.

Menunjukkan kepada Kerajaan serta pihak bertanggung jawab akan keburukan jika adanya pembalakan secara haram masih berleluasa, peneresan bukit, pembinaan bangunan sehingga sanggup menggondol bukit semata-mata mengejar wang , dan sebagainya. Ini kerana banyak keburukan jika tanah kita sudah semakin tipis , pokok kayu tiada untuk menyerap air dan sebagainya.

Menunjukkan kepada masyarakat untuk sentiasa muhasabah diri serta beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh-NYA.

. Ok lah, setakat ini sahaja entri Galak Hitam mengenai isu banjir di Kelantan tahun 2014 ini, sehingga ketemu lagi di entri yang lain pula. 

Bantuan melalui helikopter di kg Guchil, Kuala Krai

Gambar sebahagian Negeri Kelantan yang mengalami Banjir, ( Diambil pada 26/12/2014)




Tentera sedang memberi bantuan kepada mangsa banjir di SMK Manek Urai, K.Krai. Gambar di ambil dr facebook.com/oghebachok.



Sekian....


note; Semua Gambar di copy dari page-page:

Kelantanfa.com
KelantanFa
Infobanjirkelantan
Berita semasa Kelantan
Fb/Oghebachok